Thursday, September 30, 2010

Antara fantasi dan realiti dlm CTB...



Nacha kata buku ni best...Buku ini mengingatkan aku tentang kisah aku dan dia. Cerita yang indah. Sesungguhnya novel bukan fantasi kerana bagi sesetengah orang... ia realiti...


Comment via FB... terima kasih byk2 kpd Nacha (for promoting CTB)



Karya Hezzy Azra ini sangat manis. Manis kerana setelah aku habis membacanya aku bagai diseru semangat baharu bahawasanya dalam hidup ini kebahagiaan tidak datang bergolek, tidak juga datang meluru dan tidak juga ia datang saat kita mahukannya.
Kisah cinta semusim aku kira, kenal bunyi kereta, kenal kereta (Subaru Impreza... I like too!) tapi tidak kenal tuan punya kereta! Flamboyant cocky guy katanya walhal dalam hati ada cinta. Perkenalan di tempat letak kereta memutikkan cinta. Where do I met him first? At the basement too, right? Yeah... that's the first significant points of this story. Shaqril Hafizi vs Larra Kirana, cinta yang unik kerana sesingkat itu perkenalan mereka sudah membuahkan cinta dan kasih sayang yang utuh sesama mereka.
BTW aku bukan nak review buku ini tetapi kisahnya yang bersangkutan (banyak) denganku bagai menyeru dan menyuntik semangat baharu bahawa hidup ini sangat indah bilamana kita bersedia dengan jiwa yang tenang untuk berhadapan dengan sesuatu ujian.
Tahniah buat penulisnya.

Dipetik drp http://nazurah-nazurah.blogspot.com/2010/09/cinta-tak-beralih.html Terima kasih byk2 utk Nazurah Aisyah krn sudi baca CTB dan atas komen yg cukup ikhlas.

Bagi penulis kecil-kecilan mcm saya, menulis sebuah novel bukan perkara mudah. Takes a lot of thinking & observation. Soalan2 seperti "what if? why did he/she do tat? how come?" akan sentiasa berlegar di fikiran saya sepanjang proses penulisan. Kerana sesungguhnya, novel bagi saya bukan fantasi semata-mata... ia juga satu realiti. It may be a creative writing... tidak seperti autobiography yg segala2nya adalah fakta dan realiti. Tapi kalau menulis cerita dgn hanya berfantasi tanpa berpijak di alam realiti... then for me, tat wont be a 'story'!!


Semasa saya ingin mula menulis CTB... saya sudah pun terfikirkan konfliknya i.e. 'ter'bercinta dgn tunang orang. Dlm melayari konflik itu juga, saya dah fikir mcm2 mesej dan moral of the story utk diketengahkan dlm novel ni. Kalau boleh, saya mahu pembaca rasa puas hati and gain something out of it bila baca buku saya hingga ke mukasurat terakhir. Bukannya selesai baca, tutup buku and that's it!! Err... wat was the story, again???


Tapi utk mencipta plot2 yg 'real' dan 'hidup'... mmg saya berlandaskan kepada orang2 dan keadaan sekeliling saya. Ianya satu realiti yg 'dipercantik dan diperkemaskan' supaya kisah realiti itu akan menjadi semakin indah dan manis dalam bentuk tulisan. Contohnya, plot Larra dan Shaq berjumpa di parking itu boleh dikaitkan with my own personal experience. No.. no.. I'm not saying tat I've met my husband at the parking lot and we fell in love!! Saya jumpa dia first time kat tempat lain... hehehe. Anyway, what I'm saying is... saya selalu park kereta di lot dan level yg sama di bangunan pejabat saya iaitu berhampiran dengan lif sejak dua tahun yg lalu. Lot saya tu bukan lot reserved tapi ia seakan2 'reserved' bila tak de pemilik kereta lain yg berani nak ceroboh lot tu gara2 kereta saya... hehehe. Satu hari sewaktu dlm kereta dan saya perhatikan sekeliling... saya terfikir, what if ada org lain yg tak reti bahasa cuba 'curi' parking saya tu. Atau cuba2 nak menyibuk dan menyelit kat situ. Atau tak tahu apa2 dan 'ter'park kat situ tanpa sengaja. Mesti saya bengang dan rasa nak calar2kan kereta tu (w/pun tak tertulis parking tu saya punya... but well, I consider that lot as mine... hahaha) I never know who ever the owner of the car is. Tapi apa akan jadi jika lepas kejadian calar mencalar tu, rupanya saya pernah terjumpa dan berpandangan dengan 'dia' kat food court nearby office. Tak ke haru!! This surely will create a story of it's own!! Hah... masa tu lah, timbul idea utk menulis ttg Larra dan Shaq yg berebut parking di basement berhampiran tangga!! And of coz, saya tukar sikit plot tu dan cuba jadi kreatif. Dan selebihnya, berimaginasi untuk menulisnya :)


Have to admit that, terdapat insiden2 dlm CTB yg sesungguhnya real... termasuk dialog2 yg diucapkan. Malah, beberapa character dlm CTB sememangnya wujud. Saya tidak menulis watak2 ciptaan semata-mata. Tapi watak2 tu mmg tercipta utk karya saya!! Hahahah... boleh gitu??


Apa-apa pun, saya berterima kasih kpd semua yg sudi baca CTB... sama ada anda menyukainya atau tidak. Tetapi jika anda menyukai dan terhibur dgn CTB... ianya memberi kepuasan utk saya sebagai penulisnya. Dan jika anda menganggap CTB bukan sekadar fantasi tapi juga realiti and could 'gain something out of it'.... ianya satu bonus dan rahmat utk saya! Alhamdulillah...

Tuesday, September 07, 2010

Berakhirnya Ramadhan dan tibanya Syawal

Hari ni dah 28 Ramadhan (hmm... kalau dalam CTB, 28 Ramadhan ni hari terakhir Shaq bekerja sebelum cuti raya dan cuti kahwin... kesian Larra...hehe)

Ramadhan kali ni menyaksikan :-

1) pecah rekod... setakat ini, tak sekali pun kami berbuka puasa di hotel! Tak seperti tahun2 lepas, akhirnya dapat juga kami menahan nafsu dari menjejakkan kaki ke mana2 hotel yg ada buffet ramadhan.

2) Alhamdulillah... setakat ni, AHA tak tinggal puasa walaupun sehari! Sungguh pun ada sekali tu, kami sekeluarga ter'missed' sahur gara2 terlajak tidur. Tidur mati saya masa tu, tak sedar langsung bunyi alarm! Or may be I should use a bigger alarm!! Hehe. Tiba2 AHA kejutkan saya "Mama, kita ni puasa ke tidak? Kenapa kita tak sahur... dah pukul 6!" Memang terlompatlah saya dari katil dan terus pesan kat dia, cuba puasa dulu... tapi kalau dah tak larat, nanti buka. Alhamdulillah... berjaya juga dia menunaikan fardhu puasa hari tu!


Neway, mixed feeling sebenarnya bila dh hujung2 puasa dan nak raya ni. Sebab tak tahu dah banyak ke pahala yg dikumpul di bulan yg mulia ini? Dan bila raya muncul, bermakna dah 11 tahun kami tidak meraikannya dengan arwah abah.



Walaupun masih terasa kehilangan, tapi kami tetap menyambutnya sama seperti ketika arwah abah ada. Kalau dulu, arwah abah yg menyertai rombongan takbir dari rumah ke rumah di kawasan perumahan kami ni... dan semestinya rumah kami pun diziarahi... tak kira rumah paling awal atau paling akhir. Arwah abah mesti suruh kami siapkan makanan yg best2 utk menjamu rakan2 dan jiran2. Dan skrg ni, bila arwah tak ada... Alhamdulillah, rutin itu masih diteruskan dengan menantu2 lelaki yg take over. Ikut giliran dan availability. Kalau abang ipar sulung saya tak ada, abang ipar nombor 2 akan ikut. Dan kalau dua2 tak de krn beraya di kampung masing2, husband saya akan follow suit. Dan kami akan cuba mengekalkannya sampai bila2. InsyaALLAH.


Persiapan raya tahun ni pun paling minimal. Baju raya utk AHA cuma tiga pasang i.e kebaya, baju kurung & dress. Suami saya, baju melayu sepasang. Saya, cuma kasut sepasang. And that's it!! Eh...wait a minute... haaa... tahun ni kami tukar langsir baru dan sarung cushion baru!! Yeah... after 3 years!! Tapi klau org tak perasan, sure tak tahu itu baru sbb kami beli colour dan design yg sama jugak!! Hehe... sewel kan?


Seperti juga tahun2 sebelum ni, saya tetap akan beraya di KL. Kalau keluar dari KL pun mungkin pergi ke Tampin dan Kuala Kubu Baharu. Best ke beraya di KL? Atau boring seperti yg dikatakan oleh org2 luar KL... "Raya kat KL apa ada? Kat kampung lagi best!" Saya juga sebenarnya, pernah merasa beraya di kampung masa kecik2 dulu sehinggalah arwah atuk meninggal. Tapi, sesudah lebih 20 tahun beraya di kotaraya ni... raya kat mana2 pun serupa aje.... tak de beza. Kalau ada pun yg berbeza, cara kita meraikannya. And I think, it's not so much of the location... but it's how you celebrate it and whom are you celebrating with. Dan saya pun tak rasa rugi atau terkilan bila tak ada kampung nak balik semasa hari raya. I'm so used to that already!! Dan yg paling best... tak pyh gaduh2 dgn husband nak balik beraya di rumah siapa. Sebab rumah mak saya dan rumah mertua lebih kurang 15 minit aje! Hehehe.

Saya akhiri entry saya kali ini dengan ucapan Selamat Hari Raya...mohon maaf zahir dan batin di atas segala kesilapan bicara dan tulisan. Semoga anda semua ceria di hari lebaran ini dan sampai ke destinasi yg dituju dengan selamatnya.

Antologi Cinta Dia 2 - Marry Ku Ril?

Memandangkan dah lama tak blogging, maka lama jugaklah tak share ttg buku sendiri. So skrg ni barulah terhegeh-hegeh nak promote buku saya...