Thursday, January 27, 2011

Karnival Buku Karangkraf






Bermula esok (28 Januari 2011) hingga ke Ahad (30 Januari 2011) bertempat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam akan berlangsungnya Karnival Buku Karangkraf.






Kepada mereka yg berminat untuk membeli novel2 saya, sudi-sudikanlah menjengah ke sana. InsyaALLAH novel2 saya ada di situ...(w/pun mungkin tidak tersenarai dlm list buku Best-Seller!...hehe)

Ramai yg bertanya kenapa novel2 saya seperti Melodi Kasih (MK) dan Cinta Tak Beralih (CTB) cukup susah nak jumpa di kedai2 buku. Minta maaf banyak-banyak... saya tak boleh nak jawab soalan tu. Maka dengan itu, saya cadangkan kepada mereka yg masih mencari novel2 saya tu... silalah ke Karnival tersebut di Karangkraf. Di sana pasti ada... (w/pun saya tak de :) And of course, you might even get a discount for those books too!

Enjoy shopping and enjoy reading!

~Takziah kpd rakan novelis Dhiya Zafira dan keluarganya di atas pemergian adik tersayang ke Rahmatullah pada hari Selasa lepas.
~Tahniah kpd rakan novelis Lynn Dayana dengan kelahiran novel ke5 nya 'Juara Carta Cinta' yg bakal berada di pasaran... soon... very soon! :)

Saturday, January 15, 2011

Our 10 + 11 years together...

What?! 21 years oredi??

Yup… itulah tempoh saya dan husband berkenal, bercinta dan berkahwin (3+7+11). In calculation, I’ve have spent more than half of my age to be with him!! Wahh… tat long, arrr??

Saya pernah diajukan satu soalan ni pada thn 1996 (at tat time I was 23 yrs old) oleh seorg kakak di office.

Kakak: “Kenapa cepat sgt nak ada steady boyfriend? Kan muda lagi… kenal2 la dgn lebih ramai orang. Then you choose the best to be your life time partner.”
Saya: (Terdiam sekejap bila mendengar soalan tu. Dlm hati baru terfikir, kenapa ya… baru umur 23 tahun saya dah beriya2 sgt untuk SETIA pada seorg lelaki sejak 3 tahun yang lalu? Bukannya kami dah bertunang atau apa pun. Best jugak kan, kalau dapat kumpul kawan ramai2. Lepas tu shorlisted mana sesuai jadi calon suami. Ceh… macam ramai benar nak jadikan saya calon isteri!! Hehe. Kemudian, pilih the top 3… dan lepas tu pemenangnya adalah…. Jeng… jeng…jeng!!) After a while, eventually this was my answer, “Because I don’t think I need to know more people when the right candidate to be my life time partner is just right in front of me!”

Wah… terlebih confident jawapan saya masa tu!! Sungguh convincing, sampaikan kakak tu pun terkedu!! Hahahaha. Yup… tat was my answer 15 years ago. And even if asked the same question now… I would give the same answer!! Pergh….

Apa yg buatkan saya sungguh confident masa tu ye? Sebetulnya, saya memang ada ramai kawan lelaki. Masa saya berkawan dengan dia pun, ada ramai lagi kawan lelaki sekeliling saya. Tapi dlm ramai2 kawan lelaki tu, saya ‘sangat suka’ berkawan dengan dia sebab saya dapat lihat nilai2 true friends dalam dia. Err… contohnya… dia seorang kawan yg tak lokek. In other words… sungguh tak kedekut bila bab membelanja saya dan kawan2 lain keluar makan. Dan kemudian sudi pula jadi chauffeur kami dari Yow Chuan Plaza balik ke rumah masing2 lepas melepak main bowling!! Hahaha. Is that how I value true friends??? Uish... uish... Materialistic sungguh!! Hehe. Tak… tak… faktor2 itu menyumbang sedikit saje peratusan kenapa saya ‘ter’suka kat dia… :D Peratusan selebihnya, since the day we became friends… he has been a good listener, a great advisor and always lend a helping hand. Tak percaya?? Tanya la kengkawan G21 yg pernah merasa dibelanja makan dan dihantar balik ke rumah oleh dia!! Hehehe.

Dan ketika saya buat keputusan untuk lebih serius dengan dia (the lovey dovey part) seawal usia 20 tahun… saya sudah nampak dgn jelas kesungguhan dan keikhlasan dia. Sebab tu bila dia tanya, “Where is this relationship heading to? How do you want it to be?” Saya langsung tidak teragak2 memberi jawapan. Yes… we were very opened about that. We just laid our cards down… and the decision was made 5 hours after later. The decision that lead us to what we are now… 11 years of being husband and wife!!

Frankly speaking… it’s not easy to keep this relationship. Bak nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee… sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri. Masing2 ada angin puting beliung, darah kejap naik... sekejap turun, pagi tersentap... petang dah tersengih, ada ego tersendiri, ada kelemahan yg masih cuba diperbaiki. But somehow, we will try to work things out. We'll try to talk over it… until we find the solution to all the problems we face… (walaupun ada masanya saya lebih suka sweep everything under the carpet…hehe) No…no… don’t follow my style… not healthy for a relationship! Tapi husband saya memang gitu… dia suka bercakap… apa yg dia tak puas hati, semua dia nak cakap. Sampaikan ada masanya, saya pulak tak sanggup nak dengar apa dia cakap!! Hahaha. But then again, I suppose that’s how we survived for the past 11 years.

Tempoh 3 tahun berkawan, kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Tempoh 7 tahun bercinta, kami dalam zon berkasih sayang. Dan untuk tempoh 11 tahun berkahwin ni, I guess we are in the phase of comprehending, accommodating and holding on to each other. We are trying to balance everything (our own weaknesses and strengths) in order to keep this relationship going stronger… and stronger in future. InsyaALLAH…



Teringat lagu Michael Buble bertajuk "Hold On"...



There's so many dreams that we have given up

Take a look at all we've got

And with this kind of love

What we've got here is enough

So hold on to me tight

Hold on, I promise it'll be alright

Cause we are stronger here together

Then we could ever be alone

Just hold on to me

Don't you ever let me go

Hold on to me, it's gonna be alright

Wednesday, January 05, 2011

1st entry for 2011

Diam tak diam... dah 5 hari rupanye meninggalkan thn 2010 dan 5 hari menjejaki 2011. Tapi kenapa saya tak rasa mcm tahun baru, ek?? Sebab saya masih 'orang lama' kot... hehehe. Agaknya masih 'orang lama' la gamaknya... sampai tulis cek pun tersilap tarikh... January 2010!! Dah membazir 15 sen utk sekeping cek yg tersalah!! Uish...


AHA pun dah naik Tahun 3... dah mula bersekolah petang. First two days ni masih kelam kabut menguruskan transportation dia. Hari pertama, van sekolah lupa nak ambil dia. Masa tu dah pukul 12.30... AHA dah berpeluh2 dgn baju sekolah tunggu Che Ros tak sampai2. Rupanya Che Ros terlupa nak jemput. Apa lagi... saya pun keluar ofis 12.40... pecut masuk NKVE... sampai KD ambik AHA pukul 12.50. AHA sampai sekolah 12.55. Just 5 minutes before the school hour starts. Mujur la mama AHA mmg kaki speeding... tak ada la AHA jadi late comer on her first day of school... hehe.

Second day semalam, pun kelam kabut sikit sebab hujan punyalah lebat waktu petang. Kesian kat AHA kalau terpaksa menunggu Che Ros dlm hujan2 tu. Unfortunately, saya di ofis tersangkut pulak kat exit parking almost 20 minutes tak dapat nak keluar sebab depan ofis dah naik air. Ramai drivers yg tak berani nak redah banjir tu. Adusss.... tension betul la!! Semua takut sangat nak lalu air tu. Apa susahnya... kalau drive manual, put on 1st gear, balance clutch dan tekan minyak... make sure air tak masuk dalam ekzos... InsyaALLAH... boleh lepas. That's the tip I've got from my husband and that's what I've been doing everytime this thing happened. Lepas pun... Alhamdulilah. Cumanya, tak sempat nak jemput AHA di sekolah. Nasib baik la papa AHA pun kaki speeding lebih dahsyat daripada mama AHA... hehe. Lastnya, AHA dijemput oleh husband saya... whom managed to reach the school just in time AHA was out. Hari ketiga ni... harap2 semua dah okay and manageable... for AHA and the parents :)


Ok... let's talk a bit of what happened in 2010. Hmm... what have I gone thru, ya?? Nothing much I supposed. Still living in the same house... going to the same office... getting the same pay...doing the same routine... driving the same car... park my car at the same bay... and AHA is still the only child!! Oh ye... anak saudara saya bertambah lagi seorang di penghujung tahun 2010. Tapi belum sempat nak snap gambar baby NAI (tentatively, ini initial utk nama dia) dan upload kat sini. One of these days... hopefully.

Other than that, as expected in 2010... menyaksikan terbitnya novel ketiga saya iaitu Cinta Tak Beralih. Another personal achievement for me. Sesuatu yang membuatkan senyuman saya melebar bila tengok CTB di rak2 buku dan membaca komen2 readers di FB. Thank u to all of u who reads CTB... enjoying it and liking it!! Saya memang terharu sgt2 dgn penerimaan anda semua. Menulis CTB lain feel nya berbanding semasa menulis MK dan KT. Dan CTB juga mempunyai sejarahnya yg tersendiri. Novel yg memakan masa paling lama utk menyiapkannya berbanding dgn MK dan KT iaitu 1 tahun 4 bulan. (Apabila tempoh menulis itu melebihi duration mengandung, maknanya lama la tu untuk saya...hu hu) Novel yg agak lama juga saya 'tercari-cari' karekter heronya... puas saya skodeng sana sini... hehehe. Dah sampai bab 15 rasanya... baru saya dapat finalised hero saya. Kalau MK dan KT dulu... watak Ahmad Fariq (MK) dan Akmal (KT), awal2 saya dah tahu how to go about it. Tapi si Shaqril Hafizi ni... huh... took a real effort to think and write about him (sehingga terpaksa berkorban tenaga dan masa...hehe)


And as 2011... seriously, I dont know what to expect. Saya tahu yg saya perlu menulis lagi...dan saya juga tahu, kerja2 di ofis ni masih banyak yg perlu dilangsaikan. Kedua-duanya masih pending and delayed... dan saya seboleh-bolehnya tak mahu drag lagi segala-galanya. Bila tarak settle... hati tarak senang lorrr!! I want to get it done and over with... BUT who can help me out here??


Let's just hope, everything will be fine for the next 12 months... for me, for my family, for my office, for my friends and for you; ALL my readers/bloggers out there... InsyaALLAH.

Antologi Cinta Dia 2 - Marry Ku Ril?

Memandangkan dah lama tak blogging, maka lama jugaklah tak share ttg buku sendiri. So skrg ni barulah terhegeh-hegeh nak promote buku saya...