Saturday, December 31, 2011

Year End and New Year

Menghitung waktu untuk meninggalkan tahun 2011 dan melangkah ke tahun 2012!!!

Apa sejarah yg terlakar dalam tahun 2011 untuk saya??

Looking back at those 12 months, I am still driving the same old car (cuma belanja untuk Cik Pug agak melonjak utk tahun ini... hu hu. Cik Pug kerap kali mengejutkan saya dgn 'kesakitan' yg one after another)

Still working at the same place (mmg rasa tak nak cari kerja kat tempat lain pun. Kalau pun saya berniat untuk berhenti kerja, itu bukan bermakna saya nak berubah majikan, tapi sebenarnya nak duduk rumah jadi full time house wife cum writer ;)

Still doing the same routine... bla...bla...bla.

TAPI...

2011 menyaksikan terbitnya novel ke4 saya iaitu Aku Pilih Dia (APD) yang ada sejarahnya tersendiri.
Saya mula menulis APD pada pertengahan Januari 2011, menoktahkannya pada September 2011 dan kemunculannya di pasaran pada December 2011!! Semuanya berlaku dlm tahun yg sama... iaitu 2011!!
Alhamdulillah... saya syukur sgt2. APD merupakan pencapaian terbaik saya setakat ini. Di mana, proses editingnya tidak makan masa yg lama. Pada mula menghantarnya kepada editor, saya waswas jugak. Boleh ke keluar cepat? Dan kalau cepat...how 'cepat' is 'cepat'? Sebagai penulis, memanglah saya harap buku saya terbit dengan cepat tapi dalam waktu yg sama, saya juga takut nak mengharap. Dah lah lambat hantar... ada hati pulak mintak keluar cepat?? Mmg ada masanya saya tidak sedar diri... hu hu.
Namun rezeki itu di tangan ALLAH... APD tidak melalui fasa yg sukar. Ianya diterbitkan setelah diedit dalam masa sebulan lebih tanpa sebarang perubahan. Inilah yg saya katakan rezeki. APD muncul dalam bulan terakhir tahun 2011 ini.

Dan pada ketika ini, saya pasti ada yg sudah baca dan sedang baca APD. Terima kasih kpd semua atas sokongan dan komen anda terhadap APD dengan mengatakan APD merupakan yang terbaik daripada saya setakat ini!! Saya terima komen tersebut dengan besar hati (seluas Tasik Loch Rannoch yg pernah Ian Redza kelilingi...ahaks!!)
Dalam waktu yg sama, saya juga menghargai komen anda jika ada yg kata Melodi Kasih (MK) is still the best. Atau berterusan memuji Kenangan Terindah (KT) sebagai 'unbeatable so far'. Atau menganggap Cinta Tak Beralih (CTB) jauh lebih cheesy.

Apapun komen anda, saya lapangkan dada untuk mendengarnya!!

Terima ksih semua... dan selamat tahun baru!! Semoga anda lebih sukses menjalani hari2 dalam tahun 2012 ini!!

Thursday, December 29, 2011

APD as at 25th December...


Alhamdulillah, APD masih berada di dalam carta top 10 Karangkraf 19th-25th December 2011. Sedikit tergelincir daripada nombor 3 ke nombor 5 jika dibandingkan dgn carta terdahulu; 12 hingga 18 December 2011.

Walau apapun, Saya masih dlm mood APD... anything related to APD... makes me smile and happy. Especially reading comments from all of u, APD readers!!

And here are some of the comments yg saya sempat copy paste dari FB wall utk masa ini. Komen2 lain, akan dipostkan kemudian.


btw APD really show me that u really really improve! gaya penulisan akak makin best! santai, sweet... and I love the way u 'design' u character... dpt bayangkan keselambaan Jo, keprihatinan Raif and kemelayuaan Ian.. some dialog really turn me on! ade yg sweet.. kelakar...

Br selesai baca apd......mmg best sgt...5* utk hezzy :)

Wohoooo best sangat novel tu akak.

dah abes bce pg td..kak hezzy...terbaik la kak...sedih...hepi..geram..sume ade...

komen~mmg x mngecewakn..best sgt!! cam CTB gak..

Selamat khatam APD selepas 3 hari berulit dgn Jo, Raif & Ian (ehem..ehem..). Another unforgettable story from Hezzy Azra. Well done, sis!

sy dah selesai membaca APD. as usual cerita2 Hezzy Azra sentiasa buat saya tersenyum berada diawang2an.

Thanks to Azrin, Wan Masturah, Suriana, Mimi Syafiqah, Arbaatun, Intan Rosnitta & Nacha for the inspiring comments :)

Friday, December 23, 2011

APD... goes on air & on the shelf...


Khamis 22 Disember 2011 jam 10 hingga 11 pagi... saya dgn ditemani editor kesayangan iaitu Moon, telah bersiaran di Radio Web Selangor (RWS) untuk mempromosikan Aku Pilih Dia.

Terima kasih byk2 kepada RWS terutama DJ Mansor yg sudi bersembang2 dgn kami berdua berkisah tentang novel2 saya. Pada mula ingat nak cerita ttg APD saje... tapi sudahnya MK, KT & CTB pun masuk slot jugak. Alhamdulillah, DJ Mansor yg santai dan happening tu sudi nak kupas novel2 saya yg terdahulu.

Dan terima kasih juga kpd pihak GBK dan Alaf21 krn memberi peluang untuk saya ke udara dan 'menceceh' sikit pasal APD. Dapatlah APD goes on air yesterday...:)

Kepada mereka yg masih tercari2APD, saya umumkan di sini yang APD sudah mula berada di rak2 buku sejak dua, tiga hari lepas. I've spotted APD at MPH 1-Utama yesterday. Dan rasanya, kedai2 lain pun sudah mula menjual APD.

Do grab a copy!!! :) TQ!!!

Wednesday, December 21, 2011

Sembang Buku di Radio Web Selangor



Alhamdulillah... AKU PILIH DIA berjaya menduduki tangga ketiga carta Karangkraf utk tempoh 11 Disember - 18 Disember 2011. Sokongan anda yg telah membeli & membaca APD amat2 saya hargai. Kepada yg masih belum membeli APD...harap bersabar. APD akan berada di kedai2 buku berhampiran anda dlm beberapa hari lagi. InsyaAllah. (Tapi kalau nak lagi cepat, boleh beli dari saya directly. Hantar email kepada saya spt address yg tertera di tepi blog saya ni)

Dan esok, InsyaAllah... saya akan ke udara dalam Segmen Sembang Buku bersama DJ Mansor di siaran Radio Web selangor jam 10 - 11 pagi. Turut ada bersama saya nnt ialah Editor kesayangan... Puan Patonah yg akan tolong menjawabkan soalan untuk saya berkaitan APD yg pernah dieditnya...hehe.

Luangkan masa anda untuk mendengarnya di http://tvnews.net/rws_new/

Friday, December 09, 2011

APD as at 8th December...

APD 'dilahirkan' (mula berada di pasaran) pada Jumaat lepas bersamaan 2 Disember. So hari ni genap seminggu usia APD... moga Jumaat membawa berkat {kalau siapa yg dh baca APD, mungkin perasan apa signifikan hari Jumaat utk Jo...hehe)

Neway, great news to share here!! Dalam masa seminggu APD dipasarkan, APD sudah menduduki tangga ke5. Ok..ok... bukan first... but being in the top 10 list...I'm already happy with it. Bukan senang untuk menulis sesuatu yg buat org nak beli dan baca, tau! :)

Syukur alhamdulillah dan terima kasih kpd mereka yg sudah membeli, membaca dan menghayati kisah Jo, Raif dan Ian. Saya hargai anda semua!!

Kepada sesiapa yg masih belum mendapatkan APD... silalah ke kedai buku yg berhampiran anda (I really hope by now APD dh sampai ke kedai2 buku). Mudah2an APD menduduki carta di kedai2 buku pula... just like Melodi Kasih, Kenangan Terindah dan Cinta Tak Beralih... Amin.

Friday, December 02, 2011

Temui saya di Fiesta Karangkraf...

Jom ke Fiesta Buku Karangkraf!!!

Dan temui saya serta rakan-rakan spt Hani Fazuha, Ramlah Rashid dll. Saya akan mula berada di sana pada pukul 2.30pm hingga 5 pm.
Datanglah beramai-ramai. Sekiranya anda merupakan antara 30 pembeli terawal novel Aku Pilih Dia semasa waktu saya bertugas itu, akan ada cenderahati menanti anda!!

Nothing fancy... just a small token as a way of my appreciation to all of you... especially APD readers (pembeli terawal APD)

Thursday, December 01, 2011

Trionovel Disember dan ....Aku Pilih Dia!!!


Alhamdulillah...akhirnya novel keempat saya iaitu AKU PILIH DIA (APD- bukan Aku Pasang Dua dan bukan juga Akanku Paksa Dirimu... hehe) akan mula berada di pasaran pada Disember ini!!!

Sekiranya anda ingin mendapatkan APD... datanglah beramai2 ke FIESTA KARANGKRAF yg bermula pada 2 - 4 Disember bertempat di Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam. APD akan menemui anda di sana!!

Dan saya?? InsyaALLAH akan menemui anda semua pada 3 Disember (Sabtu) jam 2-5 petang. Sudi-sudikanlah membeli APD saya ini. Dan jika anda pembeli bertuah... mungkin anda berpeluang menerima cenderahati daripada saya dengan pembelian naskah APD. Cenderahati yg ditempah khas utk APD tau... mmg tak bleh jumpa kat tempat lain punya...hehe.

Kepada yg menunggu kemunculan karya kecil Hezzy Azra, APD adalah hadiah saya untuk anda. Harapan saya, agar anda semua terhibur dgn APD seperti mana anda pernah terhibur membaca MK, KT & CTB saya. Saya telah berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan APD sebaris dgn novel2 kegemaran anda...semoga ianya memenuhi citarasa!

Sinopsis AKU PILIH DIA... (kisah Jo, Raif dan Ian)

Pemergian Khalil tiga bulan sebelum diijabkabulkan, mengheret cinta Johana hingga ke pusara. Bertahun-tahun dia merawat duka di hati, namun pengganti Khalil tetap sukar dicari. Bila ada yang bertanya siapa Raif Imran di sisinya, jawapan yang diulang berkali-kali; lelaki itu cuma teman... tapi mesra.

Raif pula tidak pernah meluah rasa kepada Johana. Baginya, walau didampingi ramai gadis sekalipun, Johana tetap ada ruang istimewa di hati. Johana sering menduduki senarai teratasnya biarpun tidak pernah mengisytiharkan gadis itu miliknya. Kemunculan Ian Redza mula mengubah segala-galanya. Kali pertama Raif menonton kemesraan Ian dan Johana, dia dijangkiti virus cemburu.

Raif kata: Ian merampas Johana daripada aku!
Ian balas: Aku tak mencuri hak sesiapa.
Hati Johana berbisik: Hanya aku yang tahu... ada seorang sahaja yang aku cinta.

Dalam pada ingin mencintai, tidak seharusnya ada yang akan terluka.

Antologi Cinta Dia 2 - Marry Ku Ril?

Memandangkan dah lama tak blogging, maka lama jugaklah tak share ttg buku sendiri. So skrg ni barulah terhegeh-hegeh nak promote buku saya...