Monday, January 30, 2012

APD's lolichoc...

Inilah dia lolichoc berimej cover APD yg saya jadikan cenderahati kepada semua pembeli/pembaca yg telah datang menemui saya semalam; Ahad 29 Januari 2012 bersempena Karnival Karangkraf yg diadakan di Seksyen 15, Shah Alam.

Kepada yg datang beramah mesra dgn saya, menghulurkan APD untuk ditandatangani, saya ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan semangat anda mengharungi kesesakan lalu lintas dan lautan manusia untuk sampai ke booth Grupbuku yg di bawah rimbunan pokok rhu itu. Untuk anda semua, selamat membaca APD sambil makan cokelat ya...:)

Dan kepada mereka yg tidak dapat menikmati lolichoc ini mahupun membeli APD sepanjang festival berlangsung... saya mohon maaf byk2. Bukan saya tak nak bagi lolichoc tu, tapi saya dikhabarkan yg APD sudah kehabisan stok!! *Alhamdulillah*

Walau apa pun, saya berharap agar anda tidak putus harapan... teruskan pencarian APD di kedai2 buku berhampiran anda, k?? :)

Wednesday, January 25, 2012

Jom kita ke Festival!!






Tinggal 2 hari sahaja lagi!!!!
Untuk apa??
Untuk Festival Penulis Karangkraf!!!

Jom datang beramai2 pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ini (27,28 & 29 Januari) bermula dari jam 9 pagi hingga 9 malam!!
Pelbagai acara menarik menanti anda di sana!!
Diskaun hebat sehingga 70% untuk novel2 GBK!!
InsyaAllah... saya tetap akan temui anda di sana pada AHAD (29 Januari) jam 10 pagi hingga 1 tengah hari!! (w/pun anda mungkin tak nampak nama saya dlm senarai tu...(kocik bonar tulisan eh...camno den nak bosarkan poster nih? Den tak rhoti!) hehehe.

Tuesday, January 17, 2012

Our 10 + 12 years together...

This entry supposedly being posted last 2 days (15 Jan). Baru la releven tarikh dan ceritanya. :P Tapi dek kerana sibuk yg entah apa2 kat rumah tu, nak bukak blog sendiri pun tak sempat.

Apa relevennya 15 Jan tu? Owh... it's my wedding anniversary, actually! Opss silap...our wedding anniversary (bila ckp 'my' nnt, hubby tanya pulak... "anniversary you dgn siapa??" hihihi...)

So... here we are... 12 years of being husband and wife (but before that; 3 years of being friends and 7 years of being a couple) Fuh... lamanya!!! Rasa macam tak percaya pun ada jugak!! :D

Kalau ada yg bertanya, petua kami menjaga hubungan ini... sejujurnya saya tak tahu nak bagi nasihat. Apa yg saya boleh kongsikan, we just follow the flow... with our own way.

Kami bukan couple yg lovey-dovey... ala2 jiwang karats gitu yg panggil each other 'yang, darling, etc' dpn org lain...hehe. Ataupun menonjolkan 'keromantikan' di khalayak ramai. Seriously, saya kagum dgn couple yg berjaya mengekalkan keromantikan sebegitu secara terbuka di depan orang. Sedangkan kami ni, lebih selesa untuk keep low profile...

Kami tidak sempurna (each one of us have flaws and we knew that a long time ago). Kami tidak kaya harta. Kami juga tidak mewah berbelanja untuk menzahirkan rasa cinta (ada pasangan yg sikit2 bagi hadiah. Hadiah mahal2 pulak tuh!! hu hu) Tapi kami cuba bersederhana dalam semua perkara. Dalam kesederhanaan ini, kami berusaha untuk mengimbangi ketidaksempurnaan itu agar kami boleh jadi satu pasangan yg sempurna.

Kami punya pemikiran yang ada kalanya bercanggah (sebab tu kadang-kadang seorang ke hulu, seorang ke hilir...hehe). Sehingga ramai yg pelik bila tengok kami boleh drive different car when going to the same destination. But that is normal to us. Coz the most important thing is, we try to respect each other's priority and privacy...:D

Wahrever it is... he is still THE MAN who has been with me all these years... as a partner, a lover and a father (to AHA). He's the man that hold my hand, walk with me across the sand and even when I strike down my anger... there he stands!!

On a serious note:
Bersyukur dgn limpah kurniaNYA... that we are still together as a soul mate. Bersyukur dgn rezekiNYA... kerana memberi saya kesempatan untuk jadi isteri dia. Moga jodoh kami dipelihara olehNYA hingga ke hujung usia... Amin.

You,
turned me inside out and you showed me.
what life was about.
Only you, the only one that stole my heart away.
I wanna do all I can, just to show you.
Make you understand.
Only you, the only one that stole my heart away
~ THE ONLY ONE by LIONEL RICHIE

Thursday, January 12, 2012

APD at 8th placing...(from 26th Dec 2011 to 1st Jan 2012)





Alhamdulillah, APD masih berada di dalam carta Karangkraf setakat 1 Januari 2012 tempoh hari. Walaupun menduduki tangga ke 8... tapi bagi saya, bila tersenarai tu, kira happy dah! :) Biasa la... penulis kecil-kecilan mcm saya ni. Dapat pengiktirafan yg 'kecil-kecil' macam ni pun, sudah mampu untuk tersenyum... :)

Tapi sebenarnya bukan saya nak cakap pasal APD jer... ada yg lebih penting daripada tu.

Anda nampak poster di atas?? The main promo... bukan carta yg diselitkan di tepi tu...hehe.


Ya...GRUP BUKU KARANGKRAF akan mengadakan Festival Penulis bermula dari 27 hingga 29 Januari 2012 ini!!!

Apa ada di Festival ini??

Lihat poster2 di bawah...

Antaranya; Sembang Buku dan Bedah Karya. Sembang Buku tiga hari berturut-turut di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf. Panel dan moderator adalah jemputan khas, pakar bahasa, pensyarah, penulis skrip, pengacara televisyen dan mereka yang terbabit dalam industri buku
Konsert & Anugerah PPMH Media Hiburan pada 28 Jan 2012 (Jam 8.30pm) di pentas utama, antara artis yang akan membuat persembahan : Dafi, Akim, Alif Aziz, Adira, Mila, Nubhan, Awie Rafael, Sixth Sense, dan ramai lagi artis jemputan yang akan hadir bagi Anugerah PPMH Media Hiburan.

Masuk adalah percuma. Dibuka dari 9 pagi hingga 9 malam. Datanglah beramai-ramai ke Festival yg julung kali diadakan ini!!

Tuesday, January 10, 2012

My first 10 days of 2012

Tengok calendar pagi tadi... dah hari ke 10 rupanya kita berada di tahun 2012. Selamat Tahun Baru semua!!

So, what have I done for the first ten days of 2012??

1) Tukar sikit warna dan penampilan blog saya ni.
Ok tak??? Hehe. Tak reti nak buat canggih2... so pakai jer la template yg ada kat design ni. Kira okey jugak kan... yg lama tu dah boring tengok, ek? :)

2) Niat di hati nak start semula jogging selepas hampir setahun berhenti. Plan to do it after sending AHA to school i.e 7.20am
Tapi dah masuk 5 hari AHA bersekolah... sehari pun tak berjoging! (Smlm saya berkobar-kobar nak pegi...tapi hujan lak!!) *alasan*

3) Start menulis manuskrip kelima.
Am doing it now! Malu nak mengaku sebenarnya... baru 2 mukasurat!! Tapi saya dah tulis rangka sampai bab 50, tau!!! Hahaha.

Ini 'pencapaian' saya sepanjang 10 hari yg lepas...anda pula bagaimana? :)

Antologi Cinta Dia 2 - Marry Ku Ril?

Memandangkan dah lama tak blogging, maka lama jugaklah tak share ttg buku sendiri. So skrg ni barulah terhegeh-hegeh nak promote buku saya...