Friday, March 30, 2012

Karangkraf berKARNIVAL...jom!!!

Kepada penduduk di sekitar Kuala Selangor, anda dijemput beramai-ramai mengunjungi Pesta Buku Sinar Bestari yang diadakan di Ground Floor 1 Plaza bermula hari ini (30 Mac) hingga 8 April. Ada banyak acara menarik di sana di samping bertemu novelis2 serta diskaun yg hebat utk buku2 terbitan GBK.
Manakala penduduk di sekitar Port Dickson pula, anda dijemput ke Kolej Uniti bermula hari ini juga untuk memeriahkan Karnival Uniti-Karangkraf yg akan berlangsung sehingga Ahad, 1 April ini.


Ramai penulis yang akan turun padang bagi menjayakan kedua2 karnival ini. Walaupun saya tidak berkesempatan untuk menyertainya... tapi buku2 saya (Melodi Kasih, Kenangan Terindah, Cinta Tak Beralih dan Aku Pilih Dia) TURUT ADA dijual di sana. Kepada mereka yg mengalami kesukaran utk mendapatkan buku2 saya di kedai2, inilah peluang untuk ada memillikinya... :)

Tuesday, March 20, 2012

Weekend getaway...

Antara halangan2 dlm menulis manuskrip kelima...;)

~ idea ada TAPI tak cukup umph...tak berapa mantap
~ idea dah dikira okey... TAPI rangka cerita tak buat lagi
~ rangka cerita dah buat TAPI mood nak menulis pulak tak kunjung tiba
~ mood nak menulis dah timbul TAPI masa nak duduk menghadap laptop takde
~ masa nak menghadap laptop ada TAPI terpaksa 'bersaing' dgn kerja2 rumah dan pejabat

Memandangkan saya terpaksa bersaing dgn kerja2 kat rumah  yg mmg tak pernah habis tu... maybe I should write outside the house (kononnya...nak justify diri sendiri)

And so, I've decided to go to PD for a weekend getaway...

And this was the destination...

Adakah saya berjaya dgn misi tersebut???




I think the pictures said it all (errr.... takde satu pun gambar yg menunjukkan saya menghadap notebook....:(



Monday, March 12, 2012

Cuci The Musical 3 Last Kopek...






Cuci The Musical is back!!!

Saya tgk persembahan CTM yang pertama dulu... in 2009 (alaaa.... masa Raif bawak Jo tu... dlm bab 11 APD...hehe). Persembahan yang kedua (2010) saya missed. But since this is supposed to be the last one (last kopek)... so saya pergi bawak AHA malam tadi.

It was an awesome performance... the jokes are fresh and spontaneous. Rasanya byk kali Nabil, Awie dan Afdlin ad-lib... sbb muka masing2 atas stage tu dok menahan tawa aje. Saya duduk betul2 dpn stage... mmg clear tgk expression muka diorg. Asyik nak tergelak aje. Tapi some of the jokes yg menjurus ke arah 18SX tu... AHA pulak sibuk bisik kat saya... "Dia ckp apa, mama?" Alamak aiii....how to explain one?? :)

Tapi ada terpalit kenangan 'pahit' masa nak beli tiket CTM ni, a day before. Saya pegi dgn hubby. Ingatkan nak pergi sekejap aje... saya beli tiket, dia tunggu dlm kereta. Tapi entah macamana, as we entered the parking lot, tayar kereta dia tertusuk besi ... terus bocor dan pancit time tu jugak!! Terpaksalah tukar tayar... mujur spare tyre dan tools semua ada. Plan nak sekejap tu.... sudahnya more than half an hour kat parking Istana Budaya itu. Poloh2 den!!

Lepas dah tukar, pergilah pulak cari kedai tayar untuk tampal yg bocor tu. Dah jumpa kedai tayar kat area Jln Pahang... ingat boleh settle... tetiba apek tu kata, tak boleh tampal pulak bhg yg bocor tu!!! Sbb tayar tu dh terkoyak kat bhg tepi... bukan macam tercucuk paku tu... which simply boleh tampal aje!!

Tak pasal-pasal, TERPAKSA jugak tukar tayar baru!! Tak kan nak pakai tayar spare yg kecik sikit daripada size original dan tertulis sticker kat tepi tu... drive 80KM only!! Nangis wooo.... kalau bwk 80km aje!! Pulak tu... ream warna kuning!! Ish.... sungguh tak sesuai sports car kalau gitu tau!! :D

Dan tak pasal-pasal... MELAYANG RM250 for a new tyre!!! Sedangkan keempat2 tayar kereta tu BARU SAHAJA ditukar pada bulan Januari lepas... baru aje 2 bulan... masih ada BAU BARU tau!! ;)

And this episode doesnt just end there, hokay? Tangan saya tersepit pulak kat tingkap kereta hubby masa tgh menunggu tayar tu!! My mistake, pergi letak tangan kat tepi tingkap dan hubby tak perasan...dia tertekan power window utk naikkan tingkap... dah lah terkepit tangan I yg kecil nih!! ;) Sakit!!! Tapi mujur tak bengkak. Kalau bengkak... mahunya tak boleh menaip manuskrip macam nih!! {Tapi bila tangan tak bengkak pun, tak jugak menulis manuskrip....hahaha}


Kesimpulannya: Dengan harga DUA tiket CTM dan harga SATU biji tayar... The Last Kopek ni telah 'mengopek' poket!!!! Bak kata Wira (Douglas Lim) dlm CTM... hatiku tergores luka!!! Aduhai....

Thursday, March 08, 2012

Aku Pilih Dia goes for 2nd printing!!!

Selama ni, dengar-dengar aje yg APD BERKEMUNGKINAN akan diulangcetak...{ulangcetak kedua ye...bukan kedua puluh....hehehe}

Dan hari ini, terbuktilah sudah....

ALHAMDULILLAH... finally!!! And this is the verdict!!!

1. Akhirnya Aku Kahwin
2. Masih Setia
3. Kupujuk Hati
4. Juara Carta Cinta
5. Cinta Kau Dan Aku
6. Aku Pilih Dia
7. Untuk Sekali Lagi
8. Biru Ungu Cintaku
9. Akhir Sebuah Cinta
10.Cinta Pandang Ke2
11. Yang Sebenarnya
12. Cinta Aku Seadanya
13. Cinta 3 Suku
14. Setia Hujung Nyawa
15. Ingat Janji Kita
16. Gerimis Rindu
17. Bicara Hati
18. Janjiku Bersamamu
19. Betulkan?
20. Ilham Hati
21. Cucur Bawang Kopi O
22. Kau Pertama Aku Kedua
23. Tombiruo Terakhir
24. Simple English
25. Ternyata Cinta
26. Rayyan Fantasi
27. Aku Sanggup Duhai Muhammad
28. Kasih Antara Kita
29. Influenza Cinta
30. Kasih Benar Kasih
31. Menerokai Kegemilangan Saintis Islam
32. Tombiruo
33. Semangat Hutan
34. Rindu Di Awan Biru
35. Indahnya Takdir
36. Mikhail
37. 100 Pesanan Terakhir Rasulllah
38. Coklat Bunga & Si Cupid


Di sini juga, saya ingin berkongsi sedikit review yang saya jumpa di blog-blog pembaca yang telah membaca APD. Ini yang sempat saya cedok buat sementara waktu...

Aku Pilih Dia , Hezzy Azra
pertama kali baca novel Hezzy.
Penuh dan padat dengan knowledge macam novel Norhayati berahim pun ada.
cara penceritaan pekerjaan watak tu details buatkan aku tahu
yang tulis novel ni bukan ZERO semata..
ala, senang kata bukan novel budak sekolah.

sepanjang baca, hati berdebar-debar sebab tak tahu yang mana satu HEROnya
hahahahha..
dah namanya AKU PILIH DIA.
memang kena la..

siapa yang dipilih,
si abang atau si adik..

daripada 5 bintang, aku bagi empat bintang.
novel yang best..

Alhamdulillah.. Syukur kehadrat ilahi kerana telah berjaya mentelaah novel APD walaupun berminggu lamanya.. Hikshiks..

Comment utk APD??

SUPERB! Xde cacat cEla n rasa xpuas hati.. Mantap setiap watak2 yang ada didalamnya.. Kalau di buat drama mcm Ombak Rindu tu kan best! Hehe..

Sepanjang baca novel tu, xsah kalau xberangan n bayangkan seolah2 mcm tengah tgk drama petang2 kat TV3 tu.. Watak Raif, Ian Redza & Johanna tu mmg mantap.. Ada masa bila baca APD tersengih sorang2, bila part Jo membelek gambar arwah Khalil tu tup tup meleleh air mata, bila Ian koma lagi la rasa eh apa la nasib Jo? Kesian plus tertanya2 hidup ke mati si kekasih hati!

So korang WAJIB beli dan baca sendiri! Memang berbaloi2 dan dalam masa yang sama ada knowledge baru ttg kerjaya seorang wartawan, Mountain biking n etc...

Congrates utk peNulis novel APD, kak Hezzy Azra kita! Penulisannya sentiasa menepati cita rasa Anis Czaj.. Cewahh.. Bukan nak membodek tetapi ikhlas dihati.. Hehee.. Bukan senang nak 'menguli' watak2 dan ayat2 power yang baca mcm tgk drama kat tv tu tau!

Honestly , selepas aku baca novel ni , aku rasa mcm ade dua perbezaan tentang watak-watak utama. Dan aku suka penulisan kak hezzy azra dlm membezakan antara watak Raif dan Ian.
Tapi haruslah aku suka watak Ian . nak describe pon tak tahu mcm mana.
Yang pasti Ian dengan Johana sememangnya secocok. Bagus sbb penulis novel ni tak keterlaluan menjadikan Ian sbgi yg sgt digilai peminat , anak jutawan , kacak membunuh , dan bla bla bla. seperti yg kita selalu baca . semua nak gahgah. hakikatnya berapa kerat je kan? so jangan terbuai-buai. tu fantasi realiti belum tau lagi.

Semalam dah habis baca. Just nice ceritanya.
20% awal cerita kinda boring..
Then dah start menarik. Sampai jadi susah nak letak.
Asyik nak membaca je..
Rasa thrill macam nak selak page belakang je nak tau heroin pilih siapa.
Saya bagi 3.5 bintang dr 5 bintang.

Terima kasih atas komen dan review anda semua yang baik2 belaka dan memberangsangkan...(Aima, Anis, Athirah, Miza...) hanya ALLAH yang dapat membalas budi baik anda.
Kerana andalah, antara penyumbang faktor yang menjadikan APD diulangcetak...

Kepada yg masih tak jumpa2 APD di kedai2 buku kerana kehabisan stok sedikit waktu dulu... anda boleh mencarinya semula di kedai2 buku berhampiran.

Kalau tak pun, beli online di

Atau ada lagi satu cara, pembelian secara SMS. Boleh layari

Terima kasih semua!! :)

Antologi Cinta Dia 2 - Marry Ku Ril?

Memandangkan dah lama tak blogging, maka lama jugaklah tak share ttg buku sendiri. So skrg ni barulah terhegeh-hegeh nak promote buku saya...