Followers

Sunday, December 30, 2012

Saya sayang karya saya (entry syok sendiri # 3)

Masih dlm episod entry syok sendiri... :D

Kali ni, saya nak berkisah pasal Cinta Tak Beralih (CTB) pulak. Novel ketiga saya yg menerima komen paling kritikal, sinis dan juga memberangsangkan. Saya ambil masa yg panjang untuk menyiapkan novel ni. Mula menulisnya pada September 2008 dan hanya selepas 1 tahun 4 bulan (iaitu pada 1 Jan 2010) baharulah saya berjaya menoktahkannya. Akhirnya, CTB diterbitkan pada Julai 2010.

Hmm... why took me so long? Sebab saya pernah berhenti menulis selama 3 bulan selepas mencecah bab 10. Mood utk menulis masa tu tiba-tiba hilang melayang. Ini semua kerana saya tercari-cari apa 'resepi' yg disukai oleh pembaca. Sbb bila saya tulis MK yg fast pace tu... ada yg suka dan ada yg tak suka. Bila saya tulis KT yg melodrama tu pun... ada yg beri respon positif dan juga negatif. So, where should I lead to... fast pace or melodrama?

Sudahnya, sekitar bulan March 2009 saya kembali gigih menulis sehinggalah pada malam tahun baru 2010 (ditemani dgn bunyi dentum-dentam bunga api di Port Dickson...hehe). Sebab tu CTB istimewa di mata saya... masa tulis tu ada sound dan background effect!! Hahaha

Tapi kalau tanpa sound dan background effect pun... CTB tetap mendapat tempat di hati saya kerana :-

1) The love story
Sunggupun ramai yg geram dan bengang dgn kisah percintaan Larra Kirana & Shaqril Hafizi (Shaq) kerana bagi mereka, adanya unsur kecurangan di situ... hu hu... tetapi bagi saya, kisah mereka punya keunikan tersendiri. Bukan sengaja nak curang... tapi mereka 'ter'jatuh cinta!! Mereka telah berpandangan tanpa sapaan berbulan-bulan lamanya di basement parking dan lobi ofis. Tiba-tiba hanya satu insiden di mana Shaq menghantar kemejanya utk dicuci di kedai dobi Larra (sehari sebelum Shaq bertunang)... and the relationship just blossomed from there. Cinta mereka berputik BUKAN seperti Akmal yg byk membantu Marisa dlm susah dan senang (spt dlm KT). Dan BUKAN juga spt Fariq yg tertarik dgn Zaha kali pertama berjumpa (spt dlm MK). Tetapi mereka saling tahu antara satu sama lain hanya kerana perebutan parking lot di basement. Saling terpikat hanya dengan perbualan yg tidak sampai 10 minit sehari. Kemesraan mereka dipupuk tanpa perlu keluar berdating seperti pasangan lain. Keserasian wujud di antara mereka hanya dengan berkongsi small chats during their journey from the basement to the lobby. Dan uniknya percintaan ini kerana keduanya berpegang pada prinsip. Spt yg tertulis dlm CTB... cinta ini bukan sekadar mainan perasaan... tetapi cinta ini tentang prinsip dan pendirian. Bagaimana mereka berusaha untuk menidakkan cinta di hati tetapi akhirnya terpaksa mengaku yg mereka memang saling jatuh cinta. Bagaimana mereka berperang dgn perasaan untuk menghapuskan cinta itu demi tidak mahu melanggar prinsip diri. Ketika menulis plot2 dlm CTB... saya harus berfikir spt Larra yg berpendirian dan Shaq yg mempunyai integriti yg tinggi. Ia bukan sekadar cinta biasa.  It was a tough decision for both of them. They have to sacrifice their own feelings. Part ni yg tak ramai org faham.. sad to say :(
Dan saya rasa, saya tak mampu menulis kisah cinta seperti ini di masa akan datang kerana menulis CTB menuntut byk pergolakan emosi.
Sebab itu saya sayang CTB.    

2) Moral of the story and message behind the plot
Not many readers can see the moral of CTB and the messages behind each plot. Saya terima byk kritikan ttg plot dan apa yg ingin saya sampaikan dlm CTB. Readers marah kpd Shaq yg sanggup tinggalkan Larra utk tetap berkahwin dgn tunangnya; Balqis. Readers marahkan Larra yg masih menjalinkan hubungan dgn Shaq di awal perkahwinan Shaq dan Balqis. Readers marahkan Razlan yg boleh terfikir utk kahwin dgn Larra w/pun sebelum tu anggap Larra sebagai kawan, adik & business partner. Most readers cant accept that. Tapi mereka lupa utk melihat keseluruhan mesej dan moral di sebalik semua plot dan konflik tersebut. Shaq bertindak mcm tu sbb dia berpegang pada prinsip dan janji yg sudah dimaterai. Memang benar, Larra terus menjalinkan hubungan dgn Shaq yg sudah berkahwin. Namun bila sedar perbuatannya itu menyalahi prinsipnya, dia berusaha utk memadamkan api cinta itu. Razlan melamar Larra kerana fikirkan kepentingan anak-anaknya, bukan kepentingan diri sendiri. Dan dia melepaskan Larra pun kerana dia fikirkan perasaan orang lain, tanpa ambil kira hati dan perasaannya. Bagi saya, itulah keistimewaan CTB... bila setiap watak itu bertindak atas dasar prinsip. They are not being selfish... and that's the moral of the whole story. Dan saya rasa, CTB antara novel saya yang penuh dgn mesej.
Sebab itu saya sayang CTB.


3) Because of the hero (he's one of a kind)
Saya sengaja menicpta watak hero yg lain daripada lain. Biasanya hero... semuanya mesti gempak2 kan? Yg handsome, yg kaya, yg baik budi bahasa, yg murah hati, yg tip top dlm serba serbi. Tetapi dlm CTB, saya ingin menonjolkan hero yg bukan lelaki idaman Malaya...hehe. Saya cuma mahu hero saya ini... ada flaw nya. And his flaws tu, yg menjadikan dia istimewa di mata org yg mengenalinya. Hanya segelintir sahaja yg mampu nampak dan menghargai sikap Shaq yg kalkulatif, gila kereta, sebelum kenal dia... he looks so flamboyant and arrogant. Tapi bila mula bercakap dgn dia... dia sebenarnya seorang yg humble and very gentleman. Saya mahu twist kan character Shaq di situ. And how come, a calculative and thrifty man like him, boleh belikan Larra telekung sekembali dari Bandung sebagai souvenir? (Ramai pembaca yg melahirkan rasa tidak puas hati dgn tindakan Shaq ni... kata kedekut, tapi boleh pulak belikan Larra telekung? Hehe) Jawapannya, kerana dlm diri Shaq terselit rasa sayang terhadap Larra.. Simple, when it comes to Larra... he can turn to be a generous and warm hearted man. Pernah dgr caption 'When a man loves a woman'? Hah... that's the power of love, you know... ;) Shaq is a real life character... saya menulis bukan sekadar khayalan tetapi apa yang terlintas di depan mata saya.
Sbb tu saya sayang CTB

Walaupun ramai yg condemn CTB... tetapi ramai juga yang memuji sikap Shaq, pendirian Larra dan keluhuran hati Razlan. Ada yg kata CTB tak kena dgn jiwa mereka.... tetapi ada juga yg mengakui, CTB spt realiti kisah hidup mereka. Ada yg merungut, CTB kurang perisa berbanding dgn novel saya yg lain... tetapi ada yg merasakan CTB lebih 'cheesy' drp kesemua novel saya. Apa2 pun... saya terima buruk dan baik komen tersebut kerana CTB tetap ada ruang tersendiri di dalam hati saya.

P/S: Next in line... entry syok sendiri #4... Aku Pilih Dia. "Sambal belacan ada?".... :)

Friday, December 28, 2012

SRV- Petikan 2

Hah... pagi Jumaat minggu lepas, manuskrip kelima saya ni masih takde tajuk lagi. Saya cuma diberitahu tajuknya pada petang Jumaat tu.

So apa tajuknya???

Diumumkan bahawa... tajuk novel terbaru saya adalah.... jeng...jeng...jeng...
SRV!!!
Apa itu SRV??? {Sexy, Ravish & Vogue} hahhahaa

Jom layan petikan kedua SRV saya ni... enjoy!!!


“Raina… bill please!” Jeffri menggamit tangan memanggil Raina yang sedang membantu Yu Shan menyusun kek dan pastri di dalam almari berkaca.

Raina bergegas ke kaunter juruwang.

“Eh… ni kafĂ© layan dirilah. Pergi bayar sendiri kat kaunter tu. Mengada-ngada betul kau ni,” tegur Emir.

Bukan mengada. Tapi aku dah biasa dengan Raina,” jawab Jeffri selamba.

Tatkala itu juga Raina tiba di tepi meja dengan bil yang diletakkan di atas piring.

“Tak gitu Raina?” usik Jeffri sambil memandang gadis itu.

“Apa, encik?” Raina yang tidak tahu hujung pangkal, menyoal dengan hairan.

“Kita kan dah biasa.” Jeffri tersengih.

Raina tersenyum memandang pelanggan tetap yang mengunjungi Kafe Boraque itu selang sehari. Timbul akalnya untuk mengusik melihat sengihan Jeffri. “Kalau dah biasa, lepas makan encik kena hantar pinggan kotor ke dapur,” jawabnya masih dalam senyuman.

Sebaik mendengar kata-kata Raina, Jeffri melambakkan tawanya. Rasa lucu dan tersindir dengan gurauan gadis itu. Emir yang menjadi pendengar dan pemerhati juga tidak dapat menahan rasa geli hati. Dalam tawa, dia memandang wajah Jeffri dengan pandangan ‘hah… padan muka kau, Jeff!’ Kemudian, matanya menyorot ke wajah gadis yang telah berjaya mengenakan sepupunya. Begitu selamba gadis yang bernama Raina itu.

“Terima kasih, encik. Jemput datang lagi, ya.”

“Esok I datang lagi… tolong cuci pinggan,” gurau Jeffri.

Raina tersengih dan beredar meninggalkan keduanya.

“Comel budak Raina tu, kan?” puji Jeffri setelah Raina kembali ke kaunter dan dia sudah pun bangkit dari kerusinya.
Emir juga turut bangun. Mencapai buku yang dibawanya sambil menoleh sekali lagi ke wajah Raina. Memang comel budaknya. Lebih-lebih lagi senyuman manisnya yang punya satu daya tarikan tersendiri.

“Sedar-sedarlah sikit diri tu. Kau tu dah kahwin. Anis tu pun dah cukup comel untuk kau.”

“Mestilah Anis comel… sebab dia bini aku. Tapi aku boleh pasang empat, apa?” Selamba Jeffri menjawab sambil tertoleh-toleh ke arah Raina walaupun mereka sudah tiba di muka pintu.

Ada hati nak pasang empat? Daripada jadi isteri kau, lebih baik jadi isteri aku!” sanggah Emir.

Jeffri tergelak kuat. “Oh… kau pun berminat juga rupanya.”

Emir hanya ketawa sebelum mereka berpisah ke haluan masing-masing dan berjanji akan berjumpa lagi… di Kafe Boraque sekali lagi.

Friday, December 21, 2012

Petikan 1

Sedikit petikan dari novel terbaru saya... yang tajuknya... err... tak confirm lagi...;) Sudi2kanlah baca ya... 

“Rai… jangan buat saya macam ni!” Rayuan Syahir sampai ke pendengaran Raina.
Raina memandang ke luar rumah. Dari celahan jendela, dia terlihat Syahir memegang pagar rumahnya. Dia mendengus marah. Semalam kata nak putus… buat apa datang sini lagi? Benci betul!!
Dia mengalih pandangan ke arah Uzair semula. Serba salah. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk mendiamkan Syahir yang masih kedengaran memanggil-manggil namanya. Kali ini siap menyanyi lagu Bruno Mars pula… “Oh Raina, I think I want to marry you!”
“Pandai-pandailah Rai uruskan dia. Jangan sampai uda masuk campur…” Uzair memberi amaran sebelum menghayun langkahnya ke dapur.
Raina terkebil-kebil. Hatinya mula risau memikirkan amaran Uzair. Kalau Uzair masuk campur dan mengamuk nanti, lain pula jadinya. Sebelum berlakunya kejadian yang tidak diingini, dengan pantas dia berjalan ke luar rumah. Hatinya mendongkol geram dengan kelakuan Syahir. Pukul 7 pagi sudah tersembul di rumahnya sambil memekik memohon maaf dan bernyanyi-nyanyi bagai orang tidak waras. Macam mana Uzair tak marah? Habis satu lorong tahu yang dia dan Syahir bergaduh! Argh… malunya!!
“Apa awak nak datang sini pagi-pagi?” Marah Raina sebaik berdiri di depan Syahir yang mengenakan seluar jean dan kemeja T. Rambut lelaki itu tidak bersikat. Mungkin baru bangun tidur. Entah mandi atau tidak!
“Kalau ya pun, bukalah pagar ni… bagilah saya masuk,” pinta Syahir di sebalik pagar rumah Raina yang masih diselak. Celik sahaja mata pagi tadi, dia berasa rindu untuk melihat wajah Raina. Dan rindu itulah yang membawanya ke kawasan perumahan Taman Permata itu.
Hendak tak hendak, Raina menarik selak pagar. Hatinya sakit, tetapi Syahir masih seorang tetamu yang wajar dilayan.
Syahir melangkah masuk apabila Raina mempersilakannya. “Saya nak minta maaf Rai… awak maafkan saya, eh? Please…” Pantas dia merapatkan kedua belah tangannya tanda memohon maaf.
“Awak ada buat salah ke?” sindir Raina lalu menyandarkan tubuhnya di pintu kereta Proton Gen2 milik Uzair yang terparkir di anjung. Panas hatinya dengan tingkah laku Syahir yang suka mencalar perasaannya dan kemudian merayu mohon dimaafkan.
Syahir turut bersandar di sisi Raina. “Janganlah sindir saya macam tu, Rai. Saya janji, saya takkan buat lagi. Sumpah, saya takkan marah-marah awak macam semalam.” Raut wajah Raina ditenung dalam-dalam. Sesungguhnya, dia memang tidak keruan jika Raina tiada. Tetapi dia memang tidak berupaya mengawal rasa cemburu dan marahnya.
“Tak payah berjanji-janji atau bersumpah dengan saya. Kan awak dah minta putus semalam… kita putus ajelah!” bidas Raina sambil menjeling tajam. Masih teringat tuduhan melulu yang Syahir lontarkan sewaktu mereka bertengkar.
“Itu semalam… masa saya tengah marah, memanglah saya kata nak putus. Sekarang ni, saya dah tak marah lagi… kita on balik ya?” ujar Syahir selamba. Bagai tidak terkesan di mata atau hatinya, pertengkaran semalam telah membuatkan Raina berjauh hati dengannya.  
Membulat mata Raina membalas pandangan Syahir. “Awak ingat ni suis ke? Main petik on, petik off aje? Bila dah tak marah… senang-senang aje awak nak baik dengan saya?” Geram sungguh dia dengan sikap selamba Syahir yang menganggap segala-galanya semudah itu.
“Alaa Rai… janganlah macam ni. Apasal awak garang sangat dengan saya? Awak dah tak sayang saya lagi ke?” tanya Syahir berlembut. Dia tahu Raina pasti kalah jika dia tidak berkeras. Gadis itu memang cepat sejuk hati.
Raina terdiam. Apa erti perkataan sayang? Sayang ke dia pada Syahir? Sayang yang bagaimana? Buat seketika, dia keliru.
“Tapi saya sayang awak, Rai. Sayang sangat-sangat…” ucap Syahir. Terasa ingin dibelai pipi gadis itu. Tapi kalau dia buat begitu, pasti dimarahi oleh Raina. Silap-silap haribulan, akan ditampar oleh gadis itu! Dalam kemanjaan dan kelembutan, Raina cukup bertegas tentang hal yang satu itu. Sungguhpun sudah dua tahun percintaan mereka, tidak sekalipun dia berjaya menyentuh Raina. Melainkan buat-buat tersentuh, kononnya tidak sengaja!
Lebih-lebih lagi bila pesanan Hasnah sentiasa terngiang di telinga… “Kau jangan buat tak senonoh dengan anak dara orang, Syahir! Raina tu baik budaknya. Jangan disentuh selagi tak halal!” Argh… pesanan yang mencabar jiwa lelakinya!

Wednesday, December 19, 2012

Saya sayang karya saya (entry syok sendiri # 2)

Meh menceceh lagi (masih dlm mode syok sendiri :P)

Kali ni saya nak kongsikan kenapa saya sayang novel kedua saya iaitu Kenangan Terindah (KT) Sungguhpun saya tahu, ramai pembaca di luar sana yg meletakkan KT di ranking yg tercorot dlm senarai favourite mereka tetapi KT tetap istimewa di mata hati saya... ahaks!

And why is it special?

1) Because KT was my first attempt as a novel writer!!
Ini sebenarnya satu rahsia (err... now it's a well-known secret...sbb semua org akan tahu...hu hu)
KT sebenarnya ditulis sebelum MK. Satu rahsia yg sudah tidak rahsia lagi...hehe. Saya mula menulis KT pada March 2006 dan siap pada Ogos 2006. Menyerahkan kepada editor dalam bulan yg sama. Tetapi memandangkan saya penulis baru... manuskrip pun harus dinilai terlebih dahulu, so prosesnya memakan masa yg agak panjang. It might take months... or even a year. Jadi saya pasrah saje. But I didnt gave up. Malah, tambah bersemangat utk menulis lagi.
Maka pada September 2006... setelah sebulan menghantar KT ke editor, saya memulakan penulisan MK pula selama 6 bulan seterusnya. Bila MK dah siap (at that point of time, KT masih dinilaikan dan belum tentu bila akan diterbitkan) saya pun dengan nekadnya menghantar MK kepada editor pada June 2007. So far, u all boleh follow cerita saya ni, kan? Tak confuse kan? Hehe.
Masa tu, saya ckp pada editor Kak Wan Rohana, "Saya dah serahkan dua manuskrip, terpulanglah kepada budi bicara Kak Wan nak terbitkan yg mana satu dulu. Yg mana tak diterbitkan tu... pulangkan kpd saya, biar saya cantikkan lagi."
Setelah dinilaikan dua bulan selepas tu, pada bulan Ogos 2007... saya diberitahu yg MK akan masuk que terlebih dahulu. Jadi, saya ambil semula KT... took my own sweet time to make it a better manusript. Selama sembilan bulan seterusnya, saya berusaha untuk mencantikkan dan memperkemaskannya (sehingga KT ada 7 versi dlm laptop saya... hehehe) Bila saya betul2 berpuas hati dan yakin, saya serahkan KT kembali ke tangan editor pada May 2008. Dan Alhamdulillah, KT diterbitkan pada November 2008. KT sebenarnya adalah permulaan dalam perjalanan saya sebagai penulis novel...
Sebab itu, saya sayang KT :)

2) Tema dan plotnya
Walaupun ramai yg kata tema KT sungguh klise...(the heroin ended up with her ex-boy friend's best friend! Boring!!! :P) tapi bagi saya, ia ada keunikan tersendiri. How Marisa and Akmal fell in love with each other without they realize it. The feeling comes naturally. Sedar-sedar, ada bunga2 cinta pulak tetiba. Dan saya enjoy menulis plot2 bagaimana Marisa main tarik tali dengan Akmal. Hati rasa suka... tapi buat2 jual mahal. Akmal pulak, memang dah tersuka Marisa, tapi tak nak terus terang... asyik bagi hint aje ;) I found that very cute, sweet, natural, real and very original... (kan dah beritahu tadi... saya dlm mode syok sendiri!! hehe)
Sebab itu saya sayang KT...;)

3) Because KT was an experiment
Apabila MK sudah berada di pasaran, saya menerima pelbagai feed back daripada pembaca. Ada yg suka MK kerana jalan ceritanya. Dan ada jugak yg tak boleh 'masuk' dgn MK kerana terlalu fast pace. Maka tempoh yg panjang menghadap KT, saya gunakan sepenuhnya utk menyusun semula rentak KT ni. Tu yg timbul idea, untuk me'melodrama'kan KT... supaya pembaca yg tak suka cerita fast pace akan tertarik utk baca KT pulak. Basically, I was just experimenting... saje nak mencabar diri menulis cerita yg melankolik sikit. Kalau boleh, nak kasi tangkap leleh sikit... atau kasi membuai-buai jiwa sikit... hu hu. Dan Alhamdulillah... akhirnya KT diterima oleh sebilangan pembaca dan saya terima komen2 yg memberangsangkan utk scene tangkap leleh dan jiwa terbuai-buai tu. Kiranya, eksperimen saya utk KT ini berjaya juga...
Sebab itu, saya sayang KT... ;)

Dalam ramai2 pembaca yg kata KT is UNBEATABLE... and should be my BENCHMARK... tapi ada juga yg melahirkan rasa kesal dgn KT yg mereka anggap terlalu melodrama... cerita Melayu habis!! Hu hu.
Walau apapun pendapat anda sebagai pembaca, saya hormati dan hargainya.
Tapi kalau tanya kepada saya, saya akan tetap kata... saya sayang KT, after all the efforts I have put in. Kerana yg pastinya, ada 'kenangan terindah' yg terlakar dlm KT itu.

P/S: Bila agaknya anda bersedia untuk entry syok sendiri # 3 saya ... iaitu Cinta Tak Beralih (CTB)? ;)
My most controversial novel.... ahaks!

Monday, December 17, 2012

Saya sayang karya saya (entry syok sendiri # 1)

Di penghujung2 tahun ni, bila tengok kalendar 2012 yg akan berakhir dan akan muncul pula tahun 2013... tetiba terlintas di fikiran... eh... dah 6 tahun rupanya saya terjun dalam bidang penulisan novel ni! Hmm...rasa macam kejap aje... rasa macam bertatih-tatih lagi... tapi sebenarnya saya dah boleh masuk kategori 'budak pra sekolah' yg berlari2 di keliling tadika!! Hehehe.

Saya mula menulis pada bulan Mac 2006. Menyerahkan manuskrip pertama ke tangan editor di Alaf21 pada Ogos 2006. Dan karya pertama saya diterbitkan pada Disember 2007.Sepanjang 5 tahun bernaung di GBK, 4 karya saya telah diterbitkan (hmm... should've been more if I were to write consistently... one novel per year, perhaps?) Tapi saya ni, bukanlah seorang yang consistent sangat (saya TIDAK menulis hari-hari). Saya juga tidak berdisiplin sangat (saya TIDAK menetapkan target date utk menyiapkan manuskrip) So, based on that two factors... berpuas hati sajelah dgn pencapaian yg ada... (jgn bnyak songeh... :P) 

Sebut pasal karya2 yg saya tulis sepanjang 6 tahun ini... sesungguhnya saya TERAMAT SAYANG pada semua karya2 saya. (Ni yg saya kata enrty syok sendiri dan perasan tahap gaban ni...hehe). Tapi kalau ditanya kepada penulis2 novel yg lain pun, mereka mesti akan jawab yg serupa. Mana mungkin penulis novel itu tidak menyayangi karya mereka sendiri, betul tak? 

Saya ingin kongsikan kenapa saya sayang karya2 saya. Entry # 1 ini, kita mulakan dengan Melodi Kasih (MK). Kenapa MK begitu melekat di jiwa saya... lantaran saya sayangkan MK ni...

1) Because of the storyline. 
Plot cerita yg agak berlainan bagi saya. Cerita ttg kawan2... how the main characters (Zaha, EJ and Iman) value their friendship despite the different family background and socio economic income. This story tribute to all my friends out there. You gals know who you are... yg menyumbang kepada naiknya bil telefon saya kerana asyik mendail nombor yg sama...hehehe. MK menitikberatkan soal persahabatan dan begitu dekat dgn jiwa saya yg mempunyai rakan2 baik selama berbelas tahun lamanya. Kalau Zaha. EJ dan Iman berkawan sejak umur 15/16 tahun, saya pula masih berhubung dgn segelintir kawan2 yg saya kenal sejak darjah 5 dan 6, tau! Haaa... lagi lama!! Sebab tu, masa menulis MK... mmg saya kerap membayangkan saat melepak dgn kawan2 saya tu.... how we talk, we advise and we tease each other. Character Zaha yg kerek sikit,  EJ si manja anak org kaya tu, Iman yg berasal daripada keluarga biasa2... semua tu bagai real characters yg ada di depan mata saya.
Sbb tu saya sayang mereka... :)

2) Because of the hero
Hero MK yg bernama Ahmad Fariq itu sesungguhnya pernah menggoncang iman saya ketika melakarkan characternya....hahaha. Watak yg saya cipta berdasarkan pemerhatian yg mendalam (deep observation) Fariq adalah kombinasi karekter lelaki2 yg saya kenali. A bit of my hubby, a bit of my friends, a bit of this and that guy... maka lahirlah karakter Fariq yg ada masanya blur, selamba dan humble. Dia boleh bertukar jadi sungguh gentleman (dan jiwang karat....haha) dan dia juga boleh jadi tegas dan garang. He's a highly principled man. He knows exactly what he wants in life. Karekter Fariq yg pelbagai itu dan dialog2 yg diucapkan (dialog merapu dia, dialog jiwang karat dan juga dialog selamba dia) menjadikan dia cukup hidup di mata saya.
Sbb tu saya sayang dia...:)

3) Because I enjoyed writing it
Mood saya semasa menulis MK selama 6 bulan tu... memang berada dlm keadaan superb!! Walaupun terpaksa berfikir dan menyelami banyak jiwa dalam MK (because there were many characters involved)... tetapi saya enjoy every moment of it. Saya bahagia (bagai dilamun cinta...hehe) bila menulis kisah cinta Zaha-Fariq. Saya tension (bagai nak mengamuk...hu hu) bila menulis kisah rumah tangga EJ-Taj yg sering hangat berantakan. Saya relaks (bagai tak ada masalah yg tak boleh diatasi) bila menulis tentang Iman-Huzir. Semua perasaan itu mendatangi saya setiap kali menulis bab-bab dlm MK. Imagine, how hard it was for me to turn the mood and feelings in each chapter of MK. Sekejap kena jadi independant dan ego macam Zaha. Kejap lagi kena jadi manja2 macam EJ. Lepas tu nak kena jadi macam Iman yg ala2 muslimah sikit tu. Itu yg menjadikan MK cukup istimewa di mata saya kerana saya boleh 'bermain jiwa' dgn macam2 karekter... berfikir dan menyelami 3 different ladies dalam satu masa.
Sbb tu saya sayang MK...:)   

Dan bila ada pembaca yg kata MK is THE BEST... memang saya cukup terharu dan berbesar hati. Senyum sampai ke telinga dan hati berbunga-bunga coz I know I have put a lot of effort in writing MK. Dan saya berterima kasih kpd semua yg masih menyukai MK serta menyebut2 nama Zaha, Fariq, EJ dan Iman. Kalau anda semua sayangkan MK... apatah lagi saya yg 'berulit' dgn mereka 6 bulan lamanya... tentunya bertambah2 sayang lagi... :) 

Love all of you...  MK lovers!!

P/S: Entry #2  seterusnya nanti, saya akan kongsikan kenapa saya sayang Kenangan Terindah (KT) pula, ek? :)


Wednesday, December 12, 2012

Lega dan syukur...

Sempena tarikh yang teramat cantik ni iaitu 12.12.12... saya nak berkongsi sikit ttg perkembangan manuskrip saya yg kelima.
Hari ini saya mendapat perkhabaran gumbira!! Iaitu manuskrip saya SUDAH melepasi ujian penilaian (huh... macam ambik periksa lak!!). Maka dengan itu, manuskrip saya (yg tajuknya masih samar2 itu) telah diterima oleh pihak editorial!! Alhamdulillah. Lega sungguh rasanya!!
So lepas ni... manuskrip tersebut akan menjalani proses editing... proof read... dan.... akhirnya diterbitkan!!
Cant wait to present it to all of you readers (the brownies, the cuppies, the muffin, the vanilla choc fudge filling...etc) :D
Saya dah cuba buat yg terbaik... dan harap anda semua terhibur dgn Raina dan Emir Hadhri.

And from time to time... bermula minggu depan, saya akan keluarkan sneak preview nya ya?  TUNGGGUUUU!!!!

Monday, December 10, 2012

Nak beli novel??

Berita gembira untuk mereka yang masih tercari-cari novel saya... (ada ke? :D) 
Anyway, just to let you all know that my novels can be found at 
D'Admire Shop, No 8, Jalan Zirkon E7/E. Seksyen 7, Shah Alam 
(berhampiran UNISEL dan sederet dengan kedai makan Lontong Kelang)





So kalau anda ingin mencari hadiah dan cendera mata kepada org tersayang, kawan2 dan famili... jenguklah ke D'Admire Shop. Pelbagai cendera mata ada kat sini. Antaranya, novel2 saya (Melodi Kasih, Kenangan Terindah, Cinta Tak Beralih dan Aku Pilih Dia) yg saya kira, amat SESUAI juga untuk dihadiahkan kepada org2 tersayang. Letak dlm kotak cantik2... wrapper yg berwarna-warni... mesti penerimanya cair hati!! :)

It's a perfect gift for novel lovers and for love story readers... :)

Kalau rasa2 tak nak beli untuk dihadiahkan kpd sesiapa... tapi nak baca sorang2... dan malas pulak nak ke kedai buku... berasak dgn orang ramai...anda boleh beli secara online.
Here's the link...
http://arrazi.my/?novelis-%C2%BB-hezzy-azra%2C34

Selamat membeli dan moga terhibur! :)

Saturday, December 08, 2012

Entry tertangguh... cousin's wedding

My cousin's wedding... from 9th to 10th November. Then 17th November. Inilah antara sebab-sebab manuskrip saya tertangguh....(walaupun saya bukan her wedding planner nor her bridesmaid) :P








Walau apa-apa pun, kepada Sara & Omar (Shah)... semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat. Selamat pengantin baharu! Getting married is easy... but holding on to the marriage is not easy... ;)

Wednesday, December 05, 2012

Entry tertangguh...2nd Bandung trip

Trip hampir sebulan yg lalu,  awal November lepas. Dalam kononnya sibuk menyiapkan manuskrip... saya telah berjaya menyeberang ke Bandung...hehe. So cant really blame anyone for the delay... diri sendiri yg gatal nak pergi bercuti sedangkan kerja tak siap lagi! :P

Ada org pergi Bandung ni mcm balik kampung aje... berulang-alik entah berapa kali setahun. Tapi saya ni baru kali kedua menjejakkan kaki di sini.

Trip kali ni mmg bertujuan utk shopping (ecehh... mcm byk benor duitnya!!) Kalau dulu saya pergi dgn hubby saje... kali ni saya pergi dgn hubby, mak dan AHA. Sampai sana Ahad petang. Dah lewat nak jalan-jalan, cuma dinner di satu restoren masakan padang dan kemudian ke Grande Fashion Gallery saje.

Isnin ke Pasar Baru, Rumah Mode dan Heritage Outlet.

Selasa, ke Pasar Baru lagi. Lepas lunch ke The Secret. Petang ke Cihampelas. Malam, sekadar di Braga City Walk saje.

Rabu, lepas breakfast... dah siap-siap ke airport untuk balik.

This is the hotel where we stayed... Aston Braga Hotel & Residence.






Breakfast on the first day of arrival. Makan kenyang2 sebelum jenjalan.

During lunch time. Makan lagi... kat Restoren Sangkuriang. Just love the Sundanese food esp ikan ni. But forgot the name already...:P

Rumah Mode, Jalan Setia Budi. 
The Secret, Jalan Riau.
Restoren Karamba... Sundanese lagi....:D

That's about all!! But thinking hard of going there again. Tak puas shopping sebenarnya... (bukan saya, tapi mak saya...hehe)
Seronok belanja juta-juta ni... (rasa mcm jutawan lak, kan?) :P
 
Copyright (c) 2010 when Hezzy Azra writes.... Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.