Saturday, January 26, 2013

Saya sayang karya saya (entry syok sendiri # 4)

Dah lama tak buat entry syok sendiri nih! :P

So hari ni, sambil menikmati cuti yg sedikit panjang (lebih sehari drp biasa)... meh kita sambung semula mode syok sendiri dan saya ingin berkisah tentang Aku Pilih Dia (APD)... novel keempat saya. Mula menulisnya pada pertengahan Januari 2011. Berjaya menamatkannya pada penghujung Ogos 2011. Dan memasarkannya pada awal Disember 2011. It all happened in one year... tulis, tamat dan terbit! :) Alhamdulillah... syukur.

Apa istimewanya APD di hati? Kerana sambal belacannya kah? Atau kerana flat tyre nya?? :D

1) Kerana APD umpama 'penyelamat' utk saya
Sebetulnya, APD bukan idea asal saya. Kawan saya yg cadangkan supaya tulis kisah 'two brothers like the same girl'  di saat saya hilang momentum utk menulis manuskrip yg keempat. Pada masa tu, saya katakan kpd dia..."Hish... klise sungguh idea ko ni! Takde idea lain ke?" bila saya mengadu manuskrip masih tak gerak2. Saya tahu dan saya sedar, dh berlambak-lambak novel dan movie paparkan tema cinta tiga segi antara adek-veradek ni. Tema biasa yg mungkin dah basi. Tapi bila manuskrip keempat tu masih bertakuk di page 38, dan saya masih mencari-cari momentum menulisnya, hati saya terbuka untuk tulis kisah dua beradik ni. Tetiba rasa mcm suka pulak nak cuba menggarap cerita yang 'klise' ini. Dah mula terbayang-bayangkan kenakalan Raif, gentleman nya si Ian tu dan keselambaan Jo. 'Kemunculan' mereka bertiga ni ibarat 'penyelamat' utk saya yg masih tergagau masa tu. So, saya tolak ketepi dulu manuskrip yg tersangkut tu... dan mula melakarkan kisah mereka bertiga. Ternyata, satu percaturan yg saya anggap cukup berbaloi bila APD ditulis dgn lancar sekali. APD was really a life saver! :)
Sbb tu saya sayang APD.

2) Kerana watak2nya yg 'jauh di mata tetapi dekat di hati'
Kalau diikutkan, watak2 utama dlm APD iaitu Johana dan Ian Redza... kedua-duanya bukan watak2 yg pernah muncul di depan mata saya (tidak spt watak hero & heroin dlm MK, KT dan CTB). Mereka berdua ni hanyalah watak2 imaginasi saya. Saya tidak pernah mengenali mana-mana gadis yg kematian tunang tersayang spt Johana. Saya juga tidak pernah mengenali mana-mana anak yg merajuk dgn ibu tirinya selama bertahun-tahun seperti Ian Redza. Tetapi ketika menulis APD... entah kenapa, kedua2 watak ini cukup mudah serasi dgn saya... dan menjadi begitu dekat di hati walaupun saya belum menulis kisah mereka lagi. Sungguhpun saya tidak pernah dpt membayangkan bagaimanakah rupa Johana dan Ian Redza, tetapi Jo dan Ian cukup sebati dgn saya sepanjang penulisan APD. Byk kali jugaklah, saya tersasul nak panggil office mate saya dgn nama 'Jo' dan 'Ian' sepanjang lapan bulan tu... hehe. Bagi saya, itulah ada satu 'kejayaan'... bila watak2 yg kita cipta itu cepat meresap ke dlm hati.
Sbb tu saya sayang APD.

3) Kerana hero-heronya
Dlm APD, saya sengaja mencipta 2 watak lelaki yg sama pentingnya iaitu Ian Redza dan Raif Imran. Adik beradik ini kalau diukur secara halus, keduanya sama tara. Kalau berbeza pun, tidak byk perbezaannya. Kalau dlm KT... sah2 pembaca nampak yg Akmal adalah heronya. Bukan si Ridzwan yg pernah curang kepada Marisa tu. Dlm CTB... walaupun watak Razlan penting, tetapi semua org boleh agak Shaq adalah heronya kerana Razlan yg berusia 47 tahun si duda anak lima itu tidak sesuai jadi hero. (Minta maap ye... kalau ada org tua atau duda2 yg kecik hati lak dgn kenyataan saya nih...:) Tetapi dalam APD, kewujudan dua lelaki ini membuatkan ada pembaca yg frust (ada ke yg sampai frust menonggeng? hehehe) dan tidak puas hati kerana Raif bukan pilihan hati Johana! As I have expected and foresee... rasa tidak puas hati itu pasti wujud kerana itulah sebenarnya niat saya pun ketika merangka APD dulu! Jgn marah ye peminat Raif Imran! Hehehehe. Saya sengaja mencipta watak 2nd hero yg kuat pengaruhnya sama dengan watak 1st hero. Saya mahu, readers boleh layan kedua2 hero ini. Walaupun majoriti memang prefer Ian as the hero... tetapi ada juga yg menjadi penyokong kuat Raif. Saya cuba meng'eksperimen' utk melihat sambutannya dan ternyata, eksperimen ini menjadi dan ia satu kejayaan peribadi buat saya bila adek-veradek ni menjadi 'kegilaan' di luar sana! :)
Sebab tu saya sayang Ian dan Raif... opps... APD! :D

Sungguhpun di luar sana heboh dgn isu yg mengatakan bahawa novel cinta adalah novel picisan, tetapi bagi saya yg menulis novel2 cinta... saya tetap rasa novel saya ada nilai2 mulia yg terselit di setiap bab dan kisah cintanya. Kerana saya tahu, setiap apa yg saya tulis itu adalah selepas deep thought... bukan tulis sembrono. Ada mesej yg saya nak sampaikan, ada pengajaran yg mahu saya kongsikan... walaupun sekadar dlm adegan hero tgh dating dgn heroin!
Walaupun ada yg kata APD membawa tema yg klise (saya tidak nafikan kenyataan itu) ... tetapi bagi saya, APD telah saya garapkan dengan stail saya yg tersendiri.
Maka dengan itu, biarpun digelar novel picisan (kononnya) APD tetap ada keistimewaan dan kekuatannya, yg pasti telah membezakan APD daripada novel2 yg lain.
Bak kata Ian dlm APD... “Elle est peut-être belle pour les autres... mais ne t’inquète pas, pour moi, tu es la plus belle du monde! Which means, she may be beautiful to others... but don’t worry, you are the most beautiful girl!”
So in other words... kalau ditukar sikit maksud ayat tu, biarlah ada novel yg menarik pun, APD tetap menarik di hati saya... :D
Terima kasih kpd semua yg sudi membaca APD dan seterusnya menjadikan APD tersenarai dlm carta terlaris buat beberapa minggu satu ketika dulu!

P/S: Nak buat entry syok sendiri #5... tapi SRV tak kuar lagi!! Hu hu.
Kita tunggu SRV terbit dulu la ek? ;)

Tuesday, January 15, 2013

Our 10 + 13 years together...

Here we are... 23 years of being friends + lovers + husband & wife (3 + 7 + 13)

It's been a loooonnnng journey... tapi kadang2 saya rasa macam baru aje kenal dia...:D (Ayat gediks!)

Sebagai menyambut anniversary yg ke13 hari ni, saya akan cuba senaraikan sekurang-kurangnya 13 sebab kenapa saya suka dia dulu, kini dan selamanya... (macam iklan pulak dah...hehe)

Sebab-sebabnya:-
1) Dia tak merokok
{So kami bebas dari pencemaran asap rokok maka kesihatan kami sedikit terjamin...hehe}

2) Dia suka tgk bola
{Memandangkan saya enjoy tgk bola... maka saya memerlukan seseorang yg boleh enjoy tgk bola dgn saya...barulah kick sikit! Takkan kaki bola nak geng dgn kaki golf, betul tak? :D}

3) Dia pandai pilih kain/baju yg bersesuaian dgn saya
{Sejak dulu hingga sekarang, saya rasa 3/4 of my wardrobe tu... dia yg pilihkan baju dan kain utk saya. Selalunya, cantik di mata saya... tak semestinya cantik di mata dia. Tapi kalau cantik di mata dia... mmg confirm cantik di mata saya!! Hehe.}

4) Dia sayangkan kereta dia lebih drp dia sayangkan saya... (saya rasa, lah! Hu hu)
{Sounds ridicilous kan? But come to think of it rationally and with an open mind, saya lebih rela 'bersaing' dgn kereta dia drp terpaksa 'bersaing' dgn org lain...:D}

5) He's the best driver/instructor I have ever known
{Dah ramai 'students' yg menuntut ilmu memandu dgn dia... dan saya berbangga menjadi salah seorang studentnya yg berjaya!! :D}

6) Dia suka duduk rumah layan DVD
{Much better/safer than duduk melepak dgn kengkawan di gerai mamak atau coffee house atau karaoke centre atau seangkatan dengannya... ye tak? :D}

7) Dia sungguh tepati masa... very the punctual, you know!
{Kalau dulu janji keluar dating pkl 2pm...mmg tepat 2pm dia sampai. So saya tak perlu tunggu dan melangut sorang-sorang. But the disadvantage nya bila dh kahwin ni, kalau dia kata 2pm nak keluar... saya pulak yg terpaksa siap kelam kabut dan lintang pukang sbb dia dah tunggu dlm kereta tepat 2pm!! Hu hu}

8) Dia kata saya tak pandai gosok baju
{Bila dh terbukti yg saya tak berapa pandai gosok baju dia sehingga licin, maka all his office attires will be sent to the  laundry. Selamat akak drp kerja2 menggosok... hehe}

9) Dia lebih suka berSMS daripada bercakap telefon
{His SMS comes in almost every hour!! But well, it's better that way actually! Sebabnya, saya boleh bergayut lama2 dgn kengkawan saya tanpa mengabaikan SMS dia. Sbb kalau saya tgh on the phone dgn kengkawan dan tetiba dia cal... dh saya kena put down. Akan tergendala pulak gosip saya dgn kengkawan...:D}

10) Dia cukup pandai negotiate & bargain
{Kalau beli apa2 brg... saya mmg tak reti nak tawar-menawar. Tapi kalau dia, bab tawar-menawar ni, mmg  dia expert habis! Semua pekedai akur dgn tawaran yg dibuatnya dan pastinya proses membeli-belah akan menjadi lebih mudah dan menjimatkan duit kerana dia ada... hehe}

11) He's full of surprises!!
{Kalau cakap pasal kejutan yg dia pernah buat... mmg sejak dulu lagi saya asyik terkejut-kejut dgn dia!! Hahaha. Always expect the unexpected!! Tapi bila dah kawin 13 tahun ni, saya dah tak berapa surprise sgt dgn surprises dia tu... hehe. Coz I have known him quite well by now. Tapi tidak dinafikan, kerana satu 'kejutan' yg dilakukannya 20 tahun lepas... maka terjadilah relationship yg ada sekarang ini!!}

12) Dia selalu jawab "up to you... you should know what's good for you." atau "suka hati you lah, ma..." bila saya tanya pendapat dia ttg sesuatu perkara.
{Because of this answer, I started writing my first novel 7 years ago!! Kalau dia beri jawapan lain... gerenti saya tak akan cuba untuk menulis!!}

13) Dia sama zodiac dgn arwah abah saya
{Saya rasa arwah abah saya sayang dia dulu sbb keduanya sama zodiac. Or maybe, they understand each other's thinking. As for me, after 'dealing' a lot with my late father, maka saya rasa ada confident sikit nak deal dgn lelaki yg sama zodiac dgn arwah abah saya...;) }

Haaa... tu dia!! I managed to list down 13 factors why I like him... ok tak?? Semuanya sengal ek?? Hahaha...

On a serious note:-
Alhamdulillah... jodoh kami masih ada. Rezeki kami untuk bersama masih ada. Walaupun kadang2 ada rasa tak puas hati... dia bengang dgn saya, saya tersentap dgn dia... tapi bila fikir balik sejarah perkenalan dan percintaan kami... sesungguhnya ALLAH telah tentukan yg terbaik untuk kami sebagai hambaNYA. Dan mudah-mudahan, ikatan ini akan berkekalan selagi ada usia. I want to grow old with him... and cherish more moments with him {after spending half of my age with him...:)} In Sha Allah...

Teringat pulak lirik lagu Ratu Hatiku nyanyian Ahmad Dhani yg selalu berkumandang dlm kereta dia...

Kamulah ratu di dalam hatiku
Ku cinta kamu sampai mati
Takkan pernah ada wanita yang bisa
Menggantikan kamu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku

Kalau saya nak perasan lagu ni dia dedicate untuk saya pun, apa salahnya kan?? :D

Friday, January 11, 2013

SRV - Petikan ke4

Pada hari Jumaat yang indah ini... dengan besar dan kembangnya hati... saya ingin umumkan tajuk novel kelima saya yang akan berada di pasaran dalam masa sebulan dua lagi (plus minus)

Tajuknya adalah...

SEMERAH RED VELVET



Merah, kan cuppies RV ni?? hehehe

Meh kita layan sikit lagi snippet SRV... happy reading! Sbb saya rasa, lepas ni saya nak stop bagi snippets dah. Cukup2 la tu ek? Hehe. Nak tahu cerita sepenuhnya... nantikan SRV di rak2 kedai buku anda!!


Namun di kala itu juga, mata Emir tiba-tiba tertancap pada gerai bernombor 17 yang hanya 12 kaki sahaja jaraknya daripada tempat mereka berdiri.
Kelihatan seorang gadis yang tidak bertudung membelakangkan tubuhnya sedang menjaga gerai tersebut. Emir mengecilkan matanya untuk lebih fokus. Eh… itu bukan Aida. Aida bertubuh kecil dan bertudung. Tetapi siapa gadis yang lebih tinggi dan berkulit putih kemerahan itu?
Mungkinkah?
Serta merta hati Emir berdebar kencang. Kakinya bagai ditarik magnet untuk terus mendekati. Lalu dia berjalan ke arah gerai itu dan meninggalkan kelompok rombongan yang mengiringi Datuk Azhar.
“Raina?!”

***

TANPA bantuan Aida yang kebetulan ke tandas, Raina mengemas susunan kotak yang terdapat di belakang meja jualannya. Namun tiba-tiba, dia dikejutkan dengan satu panggilan namanya. Sepantas kilat dia menoleh.
Sejurus matanya bertemu dengan sepasang mata milik lelaki yang digelar ‘mamat ulat buku’ itu, masa seolah terhenti berdetik. Jantungnya bagai terhenti berdegup.
Benarkah apa yang dilihatnya di depan mata? Lelaki yang tidak mahu ditemuinya gara-gara perasaan malu dan kesal masih menyelaputi. Dia berharap sangat, lelaki itu akan melupakan diri atau sebaris namanya. Namun saat itu juga Raina sedar, lelaki itu masih mengingati dirinya. Malah mungkin, masih mengingati peristiwa yang terjadi di antara mereka di hadapan koridor Kafe Boraque.
Aduh… Raina terasa hendak pitam saat itu juga dek kerana rasa malu yang menyerbu. 
“Err… encik?!” Suara yang keluar bagai tersekat di kerongkongnya. Sangkanya, dia sudah mampu berlari jauh daripada lelaki itu. Namun sebenarnya, dia masih dirantai di tempat yang sama. 


Wednesday, January 09, 2013

Karnival Karangkraf is back!!


KARNIVAL KARANGKRAF kembali lagi!!! Kali ini lebih hebat dan panas!!

So, luangkanlah masa pada 1,2 & 3 February 2013 ini untuk membeli belah novel2 keluaran GBK (secara amnya) dan novel2 saya (secara khususnya)...:)




As usual, semasa Karnival itu nanti, akan diadakan juga Jumble Sale bagi membantu Yayasan Nur Karangkraf. Sekiranya anda berminat untuk memberi sumbangan... (baju, toys, aksesori wanita, beg dan sebagainya) boleh contact person in charge yg nombornya tertera di poster ni.

These are few items which I have put aside for the jumble sale.
AHA's soft toys yg telah memenuhkan almari bilik dia... now ready to let go
Tudung yg saya kureng berkenan, seluar jeans dan dress AHA yg dah tak muat...

Kasut yg saya beli dah lama... tapi pakai dua kali jer...;)

Friday, January 04, 2013

SRV - Petikan 3

Selamat tahun baru 2013 kepada semua pembaca blog saya yg tak seberapa ni. Semoga tahun ini adalah lebih baik daripada tahun sebelumnya. Amin.
 Apa azam 2012 anda yg telah terlaksana? 
Dan apa pula azam 2013 anda kali ni?
Bagi saya (yg selalu berazam secara small scale ni...hu hu) adalah untuk menghabiskan editing SRV sebelum melangkah ke tahun baru. And I did it!! Saya habis edit SRV pada 30 Disember 2012.... hoorayy!! Dan azam 2013 saya (masih lagi small scale...:D) adalah untuk memulakan penulisan manuskrip ke6. Dengan jayanya semalam, saya dapat tulis satu perenggan!! Hahaha. Told you... I work on a small scale...:P

Sempena hari Jumaat pertama dlm tahun 2013 ni, meh kita baca sedikit petikan dari novel SRV yg bakal diterbitkan tidak lama lagi. In Sha Allah... :)




Raina meletakkan minuman di depan Emir.
Emir yang ralit dengan buku, terhenti pembacaan. “Terima kasih.”
“Buku apa yang encik baca tu?” Memandangkan suasana kafe tidak sibuk waktu petang itu, tiba-tiba tergerak hati Raina untuk menegur lelaki yang sering dilihat tidak pernah lekang dengan sebarang bahan bacaan.
Emir yang mendengar pertanyaan Raina, menutup bukunya seketika dan membaca tajuknya satu per satu. “Keith Roberts, The Origins of Business, Money, and Markets,” ujarnya dalam senyuman tatkala memandang Raina.
rorotoko.com
Raina sekadar mengangguk. Akademik betul lelaki ni. Buku-buku yang dibacanya semua berbentuk ilmiah, desisnya di dalam hati. “Buku pasal Toyota yang encik baca hari tu, dah habis ke?”
Emir terkejut. Tidak pernah pun selama ini, seseorang yang asing, mengingati buku-buku yang pernah dibacanya. “Raina boleh ingat buku apa yang saya baca dua minggu lepas?”
Raina tersenyum. “Sebab tajuknya ada perkataan Toyotabrand kereta, tu yang saya ingat sikit-sikit.”
Emir turut tersenyum. “I’m impress,” pujinya terhadap daya ingatan Raina yang dirasakannya cukup baik. Pelanggan sentiasa keluar masuk ke Kafe Boraque sepanjang dua minggu yang lalu, bagaimana Raina boleh mengingati hal sekecil itu? Bijak budak ni, desis hatinya.
“Lagipun setiap kali encik datang sini, mesti encik baca buku sementara tunggu Encik Jeffri datang.” Walaupun ramai pelanggan yang mengunjungi Kafe Boraque tidak kira waktu, tetapi pelanggan yang seorang ini ada ciri-ciri tertentu. Akan duduk di tepi tingkap dan berterusan membaca tanpa menghiraukan sesiapa yang lalu lalang. Pembacaannya hanya akan terhenti jika Jeffri ada di depan mata.
“Raina pun minat baca buku juga ke?” Emir memanjangkan perbualan justeru topik tersebut dibicarakan.
“Err… saya tak minat baca buku,” akui Raina malu-malu. Dia sedar, sepatutnya dia memupuk budaya membaca tetapi dia bukan jenis yang gemar menghadap buku. Dia bukan seperti Sabrina dan Qistina yang hantu novel. Malah, dia boleh terlelap setiap kali cuba membaca buku atau novel!
Emir tertawa kecil mendengar jawapan polos Raina. “Habis tu, Raina minat apa?” Semakin dia tertarik untuk berbual dengan Raina yang begitu telus berbicara.
“Minat buat kek.”
“Wah… menarik tu!” Emir teruja. Sebelum ini, dia tidak pernah mengenali mana-mana gadis yang berminat dengan kek. Sesuatu yang baharu untuknya.
“Saya suka browse internet dan pergi ke blog-blog tulisan chef terkenal untuk cari resepi kek dan tip untuk baking.” Raina galak bercerita melihat keramahan Emir.
That’s good! Kiranya, Raina ni pandai buat keklah ya?”
“Bolehlah sikit-sikit.” 

Antologi Cinta Dia 2 - Marry Ku Ril?

Memandangkan dah lama tak blogging, maka lama jugaklah tak share ttg buku sendiri. So skrg ni barulah terhegeh-hegeh nak promote buku saya...