Wednesday, February 27, 2013

Pre-order SRV sudah dibuka...

Photo
Inilah dia Semerah Red Velvet... 'baby' baru yg masih saya ulit ke sana ke mari (sbb tgh baca untuk re-edit.. hehe) Mcm poyo jer baca buku sendiri ek? Tapi takpe... hati tgh suka berbunga-bunga...:)

Okey...SRV rasanya masih dalam perjalanan ke kedai-kedai buku. Mungkin tgh loading masuk lori. Tapi sekiranya ada yang malas hendak ke kedai buku, rasa tak sabar nak baca novel ini (ahaks!!) dan teringin membeli secara terus drp saya... boleh berbuat demikian dgn menghantar mesej ke:-

1) Facebook saya: facebook.com/hezzy.azra
2) Email saya: hezzy_azra@yahoo.com

Saya menunggu tempahan anda.
Terima kasih.

Saturday, February 23, 2013

Temui saya di...

..... di Universiti Malaysia Trengganu (UMT)
pada hari Ahad (24 Feb) dan Isnin (25 Feb) 
jam 2-5 petang!!!
Sempena...
Turut berada di sana adalah rakan seperjuangan saya DHIYA ZAFIRA, INDAH HAIRANI dan DYZA AINUN. LYNN DAYANA yg dijadualkan turut serta...terpaksa membatalkan kehadirannya di saat-saat terakhir kerana masalah kesihatan. Hope she'll get better soon. Amin...

Datanglah beramai-ramai... supaya kita boleh bersembang santai!!!

Monday, February 18, 2013

Anuar Zain's 3 decades of Music, Love and Passion Concert



Dgn harga tiket yg 'sebegitu' dan kamera phone yg tak berapa nak canggih... maka, dpt la gambar 'sebegini' sahaja masa tgk konsert Anuar Zain 3 Dekad di Stadium Malawati mlm Ahad lepas. Hu hu... what do u expect, right? ;P

Mula aje concert dan sepanjang tiga lagu pertama yg dinyanyikan... sungguh tidak berjaya menarik hati saya. I was quite dissapointed with the sound systems. The music was too loud... sehingga menenggelamkan suara 'lelaki ini' (no doubt that the musicians are all proffesionals... but hello... I pergi konsert Anuar Zain sbb nak dgr suara AZ yg powerful tu secara live, hokay??) Masa tu, saya dah terfikir... kalau mcm ni la throughout the 2 hours show... dont think so I can enjoy listening to him. Baik saya dgr CD dlm kereta saya with my best amplifier. Dah la for sure I dont really enjoy seeing him sbb jauh bebenar seat saya tuh!! (Note to myself: Lain kali nak clear, sila beli tiket mahal. Kalau beli tiket VIP hari tu...entah2 dpt bunga ros drp Anuar Zain...:D)

Tapi NASIB BAIK... Anuar Zain telah berjaya 'mengubati kesedihan dan kekecewaan saya' bila dia mula menyanyikan lagu2 yg MEMANG SAYA HENDAK dgr sangat-sangat. First was JANGAN BERSEDIH LAGI...(dan saya pun tak 'bersedih' lagi lepas tu...hehe) Then, MUNGKIN... another nice song dan diikuti KAU BUNGA CINTAKU, KEABADIAN CINTA, SEMPURNAKAN AKU (dia tak nyanyi tapi siarkan nice video clip sebagai sambungan AJARI AKU bersama Nora Danish) Kemudian, lagu yg saya tunggu2... HANYA MILIKMU!! Wah... masa tu rasa best giler dan terus hanyut dgr lagu tuh!! (walaupun bukan full song... he started with the 2nd para) tapi saya berpuas hati sbb saya keciwa sgt dia tak nyanyi lagu ni masa concert 'Lelaki Ini' di Istana Budaya few years back!!

Dan bila krew bawak masuk piano dan Mac Chiew duduk kat situ... saya dah agak and told my hubby... ni mesti dia nak nyanyi KETULUSAN HATI atau CINTA HARUS MEMILIKI... (kerana dua lagu ni amat sesuai dgn piano rather than the orchestra) And it turned out to be... he sang both songs!!!Waaaaaaa.... Masa tu rasa nak jerit2 cakap kat dia... thank you, Anuar!!! Hahahah. Macam dia tahu-tahu aje permintaan saya in my last blog entry!!! You terbaca blog I ke??? Muahaha. During that two songs... rasa meremang bulu roma...:P. Just as I expected it to be... he sang it beautifully!! Siap ada Adibah Noor, Dina dan Elvira as back up singers!! Splendid!! Awesome!!

And final song was SEDETIK LEBIH. I loike!!! Lagu yg konon-kononnya dia tak nak nyanyi... :D. Biasa la... kasi gimmick skit... last2 nyanyi jugak. Mana boleh dia tinggalkan stage without singing this hit song, betul tak?

Lepas habis performance... saya dan hubby terus chow. Perut dah lapar giler masa tu!! Kami tak sempat dinner sebelum show. Dah la balik ofis lewat, keluar rumah pukul 7.45 lepas Maghrib, jammed la pulak kat NKVE sbb hujan. So perut saya lebih kuat 'muziknya' drp orchestra AZ pada malam tu!!

Overall... could have been better if the sound systems/sound engineer is good. Tapi tak pe la... ni kan first time AZ buat konsert secara besar-besaran (as claimed by him) So, as the first attempt and effort... saya boleh terima seadanya. AZ and his team has done their very best. Congratulations!

Dan saya berharap, cepat2lah keluarkan DVD konsert ni. Sbb saya nak tengok semula performance AZ masa nyanyi lagu berhantu (killer songs) iaitu KETULUSAN HATI dan CINTA HARUS MEMILIKI tu. Rasa tak puas hati ... rasa nak record secara haram aje mlm tu...:P. But at the end, saya TIDAK seperti sesetengah audience yg merakamkannya secara senyap2 melalui handphone mereka. Kerana saya amat respect hak cipta AZ...;)

P/S: Kalau lepas ni AZ terfikir nak buat concert lagi... saya dan hubby suggest AZ buat Akustik Concert... baru power...;)

Saturday, February 16, 2013

3 dekad bersama Anuar Zain...

Dah memang 3 dekad rasanya saya dengar suara Anuar Zain di corong2 radio.. sejak umur saya 11 tahun  kot :)

So, mlm ni kita tgk pulak dia buat Konsert 3 Dekad Anuar Zain (Three Decades of Music, Love And Passion) di Stadium Malawati pkl 8.30.



Actually, I'm not a huge fan of him... takde la sampai kemaruk gila sehingga terjerit2 nama dia bila tgk dia menyanyi. Atau rasa nak pengsan bila bertentang mata dgn dia. But, I like to listen to his songs and do appreciate his musics. Bagi saya, he sings good romantic songs (dari segi muzik, lirik dan penghayatan) Sbb tu, masa tulis novel Cinta Tak Beralih, saya dok ulang lagu 'Hanya Milikmu' tu lebih 100 kali! :) Kerana cara penyampaian dia dlm lagu tu... kelasss sangat!!! Betul2 mcm Shaq tgh keciwa menanggung perasaan pada Larra masa tu!! Mmg sedey habis la!! Ahaks...

Dan bila saya beli tiket nak tengok konsert ni pun, kerana saya hendak dgr suara dia secara live nyanyi lagu2 kegemaran saya. So, mlm ni kita tgk... adakah dia berjaya membuai2 perasaan saya dgn lagu Cinta Harus Memiliki, Sempurnakan Aku, Jangan Bersedih Lagi, Sedetik Lebih, Ketulusan Hati, Kau Bunga Cintaku, Sesuci Cintamu, Mungkinkah, Pernahkah, Keabadian Cinta, etc... (ni belum die hard fan lagi... klau die hard fan agaknya, semua lagu dia saya hafal...:D)

Thursday, February 14, 2013

Ada apa dgn 14th Feb?

Terjumpa petikan ni di FB. Mungkin ramai yg sudah membacanya. Tapi tak salah rasanya kalau saya share dgn anda yg mungkin tak pernah come across this article.

Kepada mereka yg beragama Islam dan mengaku Muslim... tapi tiba-tiba melenting dan melatah bila ada fatwa yg mengatakan HARAM sambut Valentine's Day... mungkin petikan ini boleh membuatkan anda sedar apa sebenarnya yang anda beria-ia sgt nak sambut tu.

Valentine ni satu hari upacara keagamaan Kristian.. HARAM bagi umat islam sambut.. makna sini kalu sambut main2 saja HARAM.. TAPI kalu memuliakan hari valentine nih jadi KAFIR.. na'uzibillah--

- kite tgk umat islam lening boleh kata majoriti duk sambut.. habih duk pakat ingat tarikh 14 febuari.. padahal tahun hijrah ade, tapi dia dok ingat.. berat menanam... ulama' nk ajor takmoh dengor.. meh serba sedikit sejarah hari valentine nih.. guane buleh jadi hari valentine++

~ Nama paderi, Saint Valentino.. sepatutnya dlm agama Kristian, paderi dokleh nikoh.. TAPI dia brcinta dgn seorang awek.. haaa, nama awek dia hok kmpulan Search wak lagu tuh... haaa, Isabella.. ni nama awek Saint Valentino..--- jadi sepatutnya paderi takleh brcinta tapi gereja2 beloh Europe, Perancis, Sepanyol, UK, England membenarkan dia kahwin.. BAKPE DIBENAR?? sebab sumbangan St. Valentino nih besor, dia memurtadkan 1 JUTA umat islam di Sepanyol, masuk agama kristian semula... ADAPUN HOK MAROH, TAK BENARKAN CINTA nih gereja2 alik Rome, lening alik Vatican City.. di rome nih ibu pejabat dia.. Akhirnya, St. Valentino kawin jugok dgn Isabella pada tarikh 14 FEBUARI.. nampokk?? walaupun St. Valentino buat dosa besor dalam agama kristian iaitu paderi brkahwin TAPI dia ada jasa besor memurtadkan SEJOTE (1Juta) umat islam, dia dibenarkan kahwin.. dialah satu2 paderi besor kristian yg dibenarkan kahwin dgn awek ---

*gitu lah sejarah dia.. kita jgn sambut saja2, belajor etek benda agama nih.. tahu halal haram.. "jangan pandai akademik saja, ilmu akhirat dok tahu ke hala..."

Ustaz Azhar Idrus ( Original ) --




Saya pun sebenarnya masih byk ilmu agama yg perlu didalami dan dipelajari. Setiap hari saya cuba belajar benda yg baru.. dan belajar dari kesilapan saya yg lalu. Tapi bila ada perkara baru yang saya tahu... saya akan cuba beritahu.

So, after reading this article... do you still want to go on with the celebration? Kepada yg terfikir utk meraikannya, anda ada perkaitan ke dgn tarikh kahwin Paderi tu? Atau kisah cinta anda ada kena mengena dgn Isabella tu?!

Seriously saya tak faham kenapa ada golongan yg bersungguh utk menyambutnya. Dan dlm waktu yg sama, saya rasa agak terkilan dan kesal terhadap golongan yg melenting tak tentu hala pasal isu pengharaman sambutan Valentine's Day ni. Ada yg mempertahankan pendapat dgn mengatakan bahawa mereka saje suka2 nak sambut Valentine's Day. "Suka hati I la... nak sambut ke tak. I terasa nak pakai cantik2... nak keluar makan pegang2 tangan dan lovey dovey dgn husband I... tak kan tak boleh kot??!" Kononnya nak rasa special sikit. Apa yg specialnya? Byk lagi hari 'special' yg boleh sambut... i.e. birthday ke, anniversary ke, hari raya ke...(just to name a few)

Kenapa nak buat sesuatu dgn 'suka-suka' dan kemudian anda dapat dosa? Astaghfirullahallazim. Bagi pendapat saya la kan... secara logiknya, kalau nak pakai cantik-cantik tiap2 malam keluar dgn your spouse pun... who cares?? Pakai la apa nak pakai pun! Kenapa nak tunggu Valentine's Day baru nak pakai baju cantik yg harga beratus-ratus tu? Kalau nak berpegang-pegang tangan dan lovey dovey dgn your partners pun... go ahead...nobody's stopping you! Tak perlu tunggu Valentine's Day pun... just GET A ROOM!!

Tepuk dada tanya iman...

P/S: Mlm ni malam Jumaat... meh pakat pakai cantik2 dan pergi masjid :)

Thursday, February 07, 2013

SEMERAH RED VELVET... will be out for grabs!!

Alhamdulillah... syukur... akhirnya novel kelima saya AKAN BERADA DI PASARAN TIDAK LAMA LAGI!!!

Terdahulu, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kpd GBK, warga kerja ALAF21...(the editors, the designers) yg telah membukukan manuskrip saya ini. Great job everyone!!

Inilah dia poster keluaran Mac 2013... SEMERAH RED VELVET bersama kawan-kawannya; Hati Kita Satu (Rania Firdaus), Cinta Bunga Tulip (Laila Kamilia) dan Abah, Adik Nak Kahwin (Aireen Erina).

And here's the close up of my latest 'baby'!!

Lega... gembira... teruja.... berdebar... perasaan yg melanda setiap kali saya keluarkan novel baru!!! Be it the first novel.... and now... the fifth!! But I'll tell you... this feeling is SOOO GOOOOD!!!

SEMERAH RED VELVET hanya akan berada di pasaran hujung bulan Februari... In Sha Allah. Tapi saya akan membuka tempahan secara online (untuk beli direct drp saya) mungkin selepas Chinese New Year. Nantikan sebarang info di blog saya ni, k? :)

Meanwhile... let's digest the blurb:

Saat Raina ingin lari daripada Emir Hadhri, kek cawan Red Velvetnya telah menemukan mereka kembali. Raina jadi kalut. Hati Emir makin terpaut. Sedangkan antara mereka bagai langit dan bumi. Namun, Cinta Yang Maha Kuasa telah mengatasinya sehingga Raina tidak teragak-agak untuk menjadi isteri lelaki yang baharu sahaja dikenalinya.

Oh… rupanya tidak mudah menyesuaikan diri. Banyak perbezaan wujud di celah-celah kehidupan mereka. Setiap kali Emir berulit dengan buku, Raina mati kutu. Raina kepingin untuk berkumpul dengan adik-beradiknya, Emir pula mahukan ruang privasinya. Emir terlalu obses dengan pengajiannya, Raina dambakan kemesraan mereka. Tersilap kata, cemburu pula melanda.

Rasa tidak puas hati semakin menggunung. Kisah lama kembali diungkit dan hati masing-masing mula rasa sakit. Hidup sebumbung, tetapi tetap rasa kosong. Benarkah perpisahan merupakan pilihan terbaik buat mereka?

Harapan saya, agar anda terhibur dgn kisah suami isteri yg berbeza latar belakang ini. I have done my very best... and hope for the best from SRV!!! Amin.

Tuesday, February 05, 2013

Karnival Karangkraf 1-3 Feb

Terima kasih kepada para pengunjung yg dtg ke Karnival Karangkraf yg baru berlangsung beberapa hari lepas. Kepada mereka yg sudi membeli novel2 saya... terima kasih saya ucapkan. Kepada yg sudi bertanya bila SRV akan keluar... jawapan saya... "Harap bersabar... tak lama lagi rasanya. In Sha Allah."





This is the time when we can get together... usik-mengusik, gelak ketawa, merapu meraban dan bergambar sakan :D
Cheers to all my writer friends!!


Antologi Cinta Dia 2 - Marry Ku Ril?

Memandangkan dah lama tak blogging, maka lama jugaklah tak share ttg buku sendiri. So skrg ni barulah terhegeh-hegeh nak promote buku saya...