Thursday, April 25, 2013

Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC (26 April - 5 Mei)

PBAKL@Pesta Buku Antarabangsa Karangkraf 2013 akan bermula SATU (1) hari lagi!!!

Jom ramai2 ke PWTC dan temui saya di Dewan Tun Dr Ismail pada 1hb Mei 2013 bersamaan hari Rabu!!

Serta dapatkan diskaun menarik utk pakej empat novel keluaran Mac 2013 i.e Semerah Red Velvet dan kawan2 iaitu Hati Kita Satu, Cinta Bunga Tulip dan Abah, Adik Nak Kahwin for only RM67!!

Ini jadual penuh penulis yang bertugas di PBAKL pada 1-4 Mei nanti. Bolehlah anda susun semula jadual kedatangan anda jika mahu bertemu dgn penulis2 yg hebat itu!!!

Monday, April 22, 2013

Sepetang di MPH Alamanda



Bertempat di MPH Alamanda, Putrajaya hari Sabtu lepas... pihak GBK telah mengadakan sesi temu mesra bersama pembaca untuk saya dan Laila Kamilia. Inilah antara gambarnya.

Terima kasih kpd yg sudi hadir dan sudi membeli SRV!!
Moga anda terhibur membaca SRV sambil makan cuppies Red Velvet tuh! :)

Thursday, April 18, 2013

Sesi Temu Mesra di MPH, Alamanda, Putrajaya

Okey... saya dan rakan novelis Laila Kamilia (yg sedang tega mengutip bunga-bunga tulip tu...hehe) akan berada di MPH, Alamanda pada hari Sabtu ini bersamaan 20 April 2013 untuk satu sesi bertemu mesra dengan anda semua.

Jika anda ada kelapangan, tak tahu nak buat apa hujung minggu ni... rasa2 nak terjah kedai buku... meh la dtg ke MPH Alamanda. Lepas tu, boleh lepak dgn saya dan Laila dari jam 2.30 ptg hingga 4.30 ptg sambil kita borak-borak pasal Red Velvet Cuppies dan bunga2 tulip...hehe. Kami berdua mengalu-alukan kedatangan anda!!!

See you guys there!!

Thanks to CinderEllies Cakes & Bakes for the 'delicious' RV photo...:)
http://www.facebook.com/pages/CinderEllies-Cakes-Bakes/241034725929329

Wednesday, April 17, 2013

Saya sayang karya saya (entry syok sendiri # 5)

Dah lama tak buat entry syok sendiri nih!! :P. Bukan saya lupa nak 'syok sendiri'... :D .. tetapi saya ingin memberi ruang dan masa kepada pembaca untuk mendapatkan dahulu novel kelima saya iaitu Semerah Red Velvet (SRV) dan sekaligus, membaca serta menghayatinya.

Adakah anda suka dgn SRV saya? Menepati citarasa atau tidak 'cuppies Red Velvet' yg Raina buat tu? ;) Bagi saya, mmg ada beberapa sebab kenapa saya suka SRV (sebagaimana saya enjoy makan Red Velvet cuppies...hehe) dan kenapa SRV ada tempat di hati saya (sama tahap sayangnya dgn empat novel yg lain tu)

1) Kerana tajuknya...
Walaupun tajuk SRV ini bukanlah idea asal saya tapi saya sgt2 sukakannya!! Bagi saya tajuk SRV ini sungguh catchy and it's really up to-date. Kan Red Velvet skrg ni the in-thing? Sebetulnya, saya TIDAK ADA TAJUK untuk manuskrip kelima ini, sehinggalah pada hari saya menghantarnya ke tangan editor. Masa tu, saya main hentam saje tajuk 'Inikah Cinta' (sungguh koman tajuk ni, kan? Mujur editor tak pilih...kuikui) Dan beberapa minggu lps tu...editor saya beritahu tajuk manuskrip saya adalah Semerah Red Velvet. Masa tu saya tersenyum bahagia sambil terfikir, why didnt I think of this earlier?? It's simple and yet very relevant to the storyline!! Dlm manuskrip tu... si Raina berkali2 buat Red Velvet cuppies!!! Isk..isk...lembab betul otak saya tak boleh 'nampak dan fikir' pasal tu!! Yg ada dlm fikiran saya cuma tajuk yg berkaitan dgn buku dan kek... tapi takkan nak bagi tajuk 'Cinta Kek & Buku' pulak, kan? Heeee. Dan bila terpampang tajuk SRV di muka kulit buku yg merah itu...rasa bangga dan seronok pulak saya nengoknya! Memang tajuk itu sungguh bertepatan dgn jln cerita, senang untuk diingati dan pasti ianya cukup unik (kerana novel2 saya sblm ni mana ada tajuk2 macam gitu, ye dok?...hehe) 

2) Kerana SRV satu eksperimen
Saya pernah menulis MK yg fast-pace (ada yg suka dan ada yg tak suka). Saya pernah menulis KT yg melodrama (ada yg kata meleret dan ada yg kata padat). Saya pernah menulis CTB yg agak berat konfliknya (pun ada yg memuji dan ada yg menghentam). Saya pernah menulis APD yg medium...tak berat dan tak santai (ada yg kata ok dan ada yg kata biasa2 jer). So, untuk SRV ni...saya cuba menulis sesuatu yang santai...yg ringan...yg tak pening kepala sangat... yg simple... dan inilah hasilnya!! Masih terlalu awal untuk menilai eksperimen saya ni berjaya atau tidak... tapi sekurang-kurangnya, saya sudah berjaya mencabar diri menulis sesuatu yg 'lari' sikit daripada apa yg pernah saya hasilkan sebelum ini. It's my personal achievement kerana bagi penulis yg hanya ada 5 buku sepanjang 6 tahun ini, saya rasa itu merupakan satu kepuasan peribadi bila saya mampu menulis dlm gaya penceritaan yg pelbagai. Dan saya tetap bersyukur, saya mampu menyudahkan eksperimen ini dalam masa 11 bulan sahaja dan ;menghadiahkan' kpd pembaca yg tidak mahu jln cerita complicated, memeningkan atau yg ala2 sinetron. For a change... SRV is here for all of you!! 

3) Kerana konflik dan mesejnya
Walaupun mungkin ada yg menganggap...konflik remeh suami isteri lepas kawin ini sungguh tidak mencabar minda, konflik mak mertua kureng suka menantu yg berpendidikan SPM ini sungguh klise, konflik ex gf/tunang kacau daun ini sungguh stereotype... but this conflict is actually make sense in this modern world.  And there's still a message hidden without any heavy conflicts!! Kadang2 kita tak perlu konflik yg mega utk menyampaikan mesej...simple and little things are sufficient. Dlm SRV, antara konflik yang diketengahkan adalah jurang akademik serta perbezaan umur sepasang suami isteri. In the end, of coz lah, kematangan si suami yg lbh berusia itu terserlah dan sebenarnya, perbezaan  mereka itulah yang mendekatkan mereka. Kelainan itulah yang menjadikan mereka saling melengkapi kalau diperhalusi plot dlm SRV. Saya mungkin tidak termasuk dlm kategori penulis intelligent yg mampu memikirkan konflik yg out of the box...atau melakar plot yg cerdik dan bijak...tetapi itu tidak bermakna, apa yg saya tulis dlm SRV itu tanpa saya memikirkannya terlebih dulu. I still think..hokay?? ;)  Nak buat scene wayang pacak tu pun kena fikir jugak tau!! :D

Ada yg komen, penulisan SRV seperti budak yg baru belajar menulis kaedahnya...kerana konflik tak cukup kuat. Ada juga yg mengomel, SRV saya ini tidak cukup brilliant jalan ceritanya... kerana isu yg diketengahkan terlalu simple. Ada juga yg mengatakan, saya kurang berfikir masa menulis SRV ni...kerana 'kurangnya' dialog dan plot yang meninggalkan kesan di hati! :) Apa2 pun, saya berterima kasih di atas komen2 itu...anda semua mmg observant orangnya...tahniah!! 

Tetapi, saya hanya penulis biasa2, karya pun tidaklah puluhan ribu cetakannya, nama pun tidaklah se-gah mana... maka dgn itu, saya terpaksa akui yang saya tak mampu nak puaskan hati semua pembaca. Mungkin anda tidak boleh menerimanya. tetapi ada juga yg mampu menghadamnya. Namun komen anda tetap terpahat di hati saya... supaya boleh dijadikan panduan untuk menulis manuskrip yg akan datang. Anda secara tidak langsung telah memberi guideline 'the doS and the don'tS' in my writing...;)  

Kepada mereka yang telah memberikan 5 ***** terhadap SRV, yang 'terhidu' bau cuppies bila membaca plot Raina baking di dapur, yg tersenyum dan terhibur dgn gelagat Emir dan Raina, yg 'tersentap' dgn dialog Emir yg tidak sengaja merendahkan Raina yg hanya lepasan SPM, yg faham situasi Emir-Raina berlainan latar belakang (i.e sampai tak boleh tgk tv...hehe), yg 'nampak' mesej di sebalik konflik yg tidak berat ini... saya ucapkan jutaan terima kasih!!!  Saya hargai sgt2 feed back anda!! 

Kerana itu saya sayang SRV... kerana komen2 anda yg memberangsangkan ini menjadikan saya rasa sungguh berbaloi menulis SRV!!

MAKLUMAN: Lepas ni dah takde entry syok sendiri lagi ye...at least for the next one year!! Sebabnya, manuskrip ke6 saya masih di peringkat 'preliminaries'.... so saya belum boleh 'syok' lagi dgn 'perkembangan' yang tidak berkembang sgt ni...hu hu. 

Tuesday, April 16, 2013

A day trip to Legoland

Cerita yg sudah berlaku dua minggu lalu!! 
Sempena cuti sekolah baru-baru ini, saya pun ambil peluang utk bawa AHA dan anak buah ke Legoland. Actually, dah lama planned nak pergi tapi baru kali ni berkesempatan. 
So, seawal 6.30 pagi, kami dah keluar rumah. We took the PLUS highway to South, breakfast kat Perhentian Machap makan nasi lemak, roti bakar & pau. Selepas tu, sambung perjalanan hingga ke Exit Tuas/Nusajaya.
Pukul 10, dah beratur untuk ambil tiket. Ramai org...as expected. Tapi tak la sampai berjanggut nak beli tiket. The process was quite fast,  about 10 minutes sbb byk kaunter yg dibuka.
 The main entrance.
The crowd

Ambil brochure/map dulu...to know where to go first.



Sbb panas sgt di luar tu, kita masuk kat sini kejap...main2 lego dlm bilik aircond...;)




6.30 ptg, kami sampai KL semula. Overall, the kids love it!!! Bagi saya... asal budak2 ni enjoy...saya dah senang hati...:) Ada jugak la kenangan di cuti sekolah...(kalau kena buat homework karangan nnt...:P)

Monday, April 01, 2013

SRV has gone for 2nd printing!!

Alhamdulillah...syukur...Semerah Red Velvet diulangcetak utk kali kedua!! Ya...kali ke 2... bukan ke 12 atau ke 20...tapi hati saya sudah gembira dan rasa nak lompat 20 kali!!

Walaupun ada komen yg mengatakan gaya penceritaan SRV agak sedikit lari drp gaya penceritaan 'Hezzy Azra' utk novel2 terdahulu...tetapi percayalah, yg menulis SRV itu tetap saya...:) Mungkin kerana masa menulis SRV ni...saya loosen up sedikit. Tried to be relax. Walaupun sepanjang menulis SRV, ada jugak rasa tension tapi bila meletakkan diri dalam Raina, Emir dan watak2 dlm SRV... saya cuba santai. Saya ingin cabar diri menulis sesuatu yg ringan dan tidak memeningkan. Maka lahirlah SRV yg dikategorikan sebagai 'my simplest novel, very straight forward and light reading.'

Apa2 pun, saya terima semua komen anda dgn hati yg terbuka. Saya hargai komen2 tersebut krn bagi saya, anda semua mempunyai pendapat tersendiri dan berhak meluahkannya.

Dan kpd mereka yg telah baca SRV dan memberikan 5***** dlm komen dan review anda, yg menyukai watak Raina dan Emir, yg terhibur dgn gelagat anak2 Pak Samad, yg mampu menyelami jiwa watak2 di sebalik setiap konflik, yg memahami mesej yg terkandung di sebalik plot2 SRV... sokongan anda dan komen2 tersebut telah menjadikan SRV diulangcetak dalam tempoh sebulan di pasaran!!

Saya ucapkan jutaan terima kasih. Jazakallahu Khair... moga Allah SWT ganjarkan kepada kamu kebaikan...Amin.

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...