Followers

Friday, December 27, 2013

Close up cover Sah, Aku Cinta Kamu!

Inilah dia close up cover SACK!!

Ada banner yg tergantung, ada dart board dan petal of roses on the floor!! I loike!!!



Dan ini pula blurb belakang novel.

HANYA dengan senyuman nakal milik Raif Imran, sekeping hati Irdina sudah tertawan. Mereka berkenalan dan akhirnya menjadi teman. Namun terdetik di hati Irdina, siapa dia jika dibandingkan dengan gadis-gadis lain di mata pemuda itu? Jadi teman wanita pun masih 50-50. Jauh sekali kalau hendak diikat sebagai tunang.
Irdina Jasmin - “Hari ni dia jemput aku. Entah esok lusa dia jemput siapa pula. Pada aku, ditinggalkan keretanya. Tapi siapa pula gadis yang dipanggil ‘dear’ itu?”  

Pada Raif, Irdina teman paling istimewa. Tapi dia perlukan sedikit masa. Ada banyak perancangan di benaknya sebelum menyunting si dia sebagai suri hidupnya.
Raif Imran – “Yang saya tahu, lamaran itu membolehkan saya jadi suami awak… dan awak jadi isteri saya dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.”
Satu tragedi telah mendekatkan dua hati ini. Akhirnya mereka bergelar suami isteri. Rumah tangga yang indah dilalui dengan kasih sayang. Namun tiba-tiba, sesuatu membadai hubungan mereka. Kesetiaan dan cinta Raif dipersoalkan satu per satu.

Raif buntu. Bagaimana dia mahu meraih semula kepercayaan si isteri? Irdina pula semakin membeku. Benarkah suaminya bermain kayu tiga? Antara mereka terpaksa memendam rindu kerana fitnah dan salah sangka. 

Kepada yg berminat nak order SACK, nanti saya buka kaunter pre-order bulan Januari nanti ya? Saja tak nak buka order awal2 sbb sebenarnya SACK hanya akan berada di pasaran pada hujung Januari/awal Februari nanti. Harap bersabar ya...(ayat untuk menyabarkan diri sendiri juga...hu hu) 
Walaupun dah masuk novel ke6...keterujaan bila ada novel terbaru masih tetap sama seperti dulu!! :)

Thursday, December 26, 2013

Coming soon...next change!!

Tadaaaaa!!!

This is it!!! SAH, AKU CINTA KAMU!!! 

Ni dia poster novel2 yg bakal berada di pasaran Februari 2014!! Ada Sepasang Kurung Pink (Nureen Mirza) Legasi Pejuang 2 (Arman Jazee) dan Runcing (Zharulnizam Z.A) 
Alhamdulillah... akhirnya novel keenam saya ini akan menemui anda nanti.
Tunggu ye.... :)

Friday, December 20, 2013

Petikan # 1 - Sah, Aku Cinta Kamu!

Finally, my 6th manuscript has got it's title!! 

'SAH, AKU CINTA KAMU!' ... yg sudah semestinya bukan tajuk asal saya!! Hahaha. 

Tajuk ini ehsan daripada rakan novelis saya iaitu Cik Lynn Dayana...yg ikhlas menyumbangkan idea di waktu saya sungguh semput dan buntu memikirkannya!! Thank u friend!! I owe you one!! 

Dari hari sehari saya nak upload sedutan novel keenam saya ni. Selalu upload di FB...tapi terlupa nak upload di sini. So today, let's read the first snippet from the first chapter of SACK!! Enjoy reading...;)



Suasana sunyi di antara mereka. Masing-masing kelu untuk berkata. Juadah di depan mata dinikmati sambil minda merencana apa langkah seterusnya.
Akhirnya pemuda tersebut bersuara bila kebisuan itu membuatkan dia kebosanan. ‘‘Dah lama atuk you terima rawatan fisio kat sini?’’ Sekilas dia mengerling pinggan gadis itu yang sudah separuh kosong. Lajunya dia ni makan! Lapar sangat ke? Sempat ke aku nak berborak dengan dia? Atau paling tidak pun, tanya nama dia?
Irdina menyudahkan kunyahannya. ‘‘Hampir dua bulan.’’
‘‘Strok, kan?’’
Irdina mengangguk tanpa memandang wajah itu. Tiba-tiba terasa segan untuk menatapnya kerana ada debaran di hati tatkala bertentang mata. ‘‘Mild stroke.’’ Pasti lelaki itu mengetahuinya daripada salah seorang jururawat pelatih yang sering membantu atuk menjalani rawatan.
Keduanya kembali diam. Pemuda itu mula keresahan bila si gadis begitu berselera menghabiskan nasinya. Tak mahu tanya aku apa-apa ke? Takkan aku saja yang bercakap?
‘‘Hmm... yang you temankan tu, siapa?’’ Akhirnya Irdina panggung kepala dan bertanya. Memandangkan pemuda itu menemani lelaki yang berwajah kacukan, mahu juga dia tahu apa hubungan mereka. Kalau adik-beradik, kenapa wajah mereka berlainan walaupun keduanya tampan? Kawan ke? Atau dia ni... err... gay? Sayangnya... muka handsome tapi gay! Astaghfirullah... Nauzubillah.
‘‘Abang I... dia patah kaki sebab jatuh basikal.’’
Ahh... lega hati Irdina mendengar perkataan ‘abang’ itu kerana jelas pemuda ini masih normal. Walaupun terselit rasa curiga dengan perbezaan wajah kedua adik-beradik itu. ‘‘Abang you rider ke?’’
‘‘Peminat tegar MTB.’’
‘‘Oh...’’ Irdina mengangguk. Si abang, peminat Mountain Biking. Si adik ni, peminat perempuan ke? Kerana suka benar menegur kaum Hawa yang ditemuinya!
‘‘Err... how should I address you?”
‘‘Hmm... nak buat apa tahu nama I?’’ Irdina main tarik tali. Kalau dia tanya nama aku, pasti aku akan tahu nama dia. Mahu diberitahu nama betul atau nama tipu?
Mendengar soalan itu, pemuda itu tahu perlunya memberikan justifikasi. Tidak mahu disalah anggap dengan niat murninya untuk berkenalan. ‘‘Dah duduk semeja macam ni tapi tak tahu nama you... rasa tak syok pulak, kan? Kita pun akan selalu jumpa di unit fisio tu. At least for the next month or so...’’ Dia mula memikirkan perancangan masa panjang. Berkawan biar seribu. Apa salahnya jika dia menambah seorang lagi kawan dalam senarainya.
Irdina diam seketika. Ya... pastinya mereka akan berjumpa lagi pada setiap hari Rabu dan Sabtu untuk minggu-minggu seterusnya. Kalau selepas ini berselisih bahu, takkan hendak disapa dengan ‘hai’ sahaja tanpa memanggil nama? ‘‘Hmm... Idin.’’
‘‘Idin.’’ Pemuda itu mengulanginya dengan suara perlahan dan bersulam senyuman.’’Comel nama tu.’’
Irdina hampir tersedak mendengar pujian itu. Ni second pick-up line ke? Ish... pandainya dia ni mengayat! Dan suara dia bila sebut nama aku... kenapa romantik semacam aje? Irdina sudah tidak tentu rasa.
‘‘And how should I address you? Kalau kita satu lif lagi selepas ni... at least for the next month or so?’’ Rasa ingin tahu Irdina melonjak.
Pemuda itu melemparkan senyuman bila terasa dirinya diperangkap dengan ayat yang serupa. ‘‘Raif... Raif Imran.’’ Mindanya sudah memeta perancangan seterusnya. Ada sesuatu pada Idin yang menarik perhatiannya... gaya yang selamba dan bersahaja itu mengingatkan dia pada seseorang yang cukup dekat dengan dirinya.

Senyuman itu telah berjaya mengocak hati Irdina sepanjang hari. Dan hari-hari seterusnya, dia tidak mampu membohongi diri. Senyuman itulah yang mahu ditatapnya setiap kali berkunjung ke hospital pada hari Rabu dan Sabtu. 

Monday, December 16, 2013

Bolingku Bolingmu Jua (Lepak-lepak Novelist & Novelholic)

Date : 7th December 2013
Venue : Q-Bowl, Bukit Beruntung Golf & Country Club

Aktiviti berentap di bowling alley bersama penggemar-penggemar novel (Novelholic) bersama Novelist yang dianjurkan oleh adik2 Novelist (Weeda Airiza, Herna Diana, Azilah Wahab, Liyana Zahim, Rania Firdaus).

Dah lama juga saya tak pegang bola boling ni... sbb asyik main boling kat Samsung Galaxy Tab tu aje...:P

Dan bila ada peluang macam ni, sudah semestinya saya akan join.
My team mate; Aza, Nurul & Nabil yg sporting & cekal semangat! (Pix credit of Nurul)


We won 5th place with 851 points


I won the Best Player (Novelist) with 233 points. Tak la terror benor tapi bangga jugak la kiranya!! Hehhe. Ada lagi skill boling saya rupanya, ek? Ngee....

Pix credit of Laila Kamila.



Ni score masa first game...103 utk balingan yg ke 9

With the all the players & supporters.

 Well done to the organiser!! I must say that it was a great moment to everybody. Dapat main boling sama-sama. Dapat berjumpa dan berborak mesra dgn GENG HANTU NOVEL dan pembaca2 yg lain. Kalau ada lagi event macam ni di sekitar Klang Valley...pasti saya akan join lagi jika kelapangan. Best pulak rasanya bila dah dapat gelaran 'Pemain Terbaik Novelist' nih... ahaks!!

Thursday, December 12, 2013

Hi Tea Reunion (CBN 1990)

Date : 9th November 2013
Venue : Royal Selangor Golf Club

The 40 year old ladies in 4 rows!!

 We have a doctor, a baker, a florist...
 ...and also a lawyer, a teacher...
 ....an entrepreneur, an investment consultant....
 ...a banker, house wives...



We come from different back ground and walk of life...but when we meet, we can still have the same fun and share the same jokes...just like the old days!!

Dah lama berlalunya event ni, tapi baru skrg saya sempat nak update kat sini. Biasalah... saya kan agak lemau bila time meng update blog sejak kebelakangan ni. Age factor, I guess... :P

Great job by the committee members!! Yg telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 50 ex student CBN 1990. We really had a great time...the smiles, the laughters. Bayangkanlah kalau dah bertahun-tahun tak jumpa. Ada yg  saya tak berjumpa lebih 10 tahun. Atau mungkin 20 tahun, ever since we left CBN!!  And this Hi Tea has brought us back together.

Some of them, pernah satu kelas dgn saya.
Ada yg satu rumah sukan dgn saya (Pauline house....umah biru!!) dan kami sama2 masuk cheer leader group. Pakai skirt putih dan baju biru bersama pom-pom yg dibuat dgn tali rafia terkinja2 di stadium dan juga tepi jalan Federal Highway masa berlangsungnya CHOGM...;)
Ada yg saya kenal sejak dari sekolah rendah.
Ada yg tukang kejutkan saya bila saya tertidur dalam kelas (esp subjek Commerce...hahaha)
Ada yg geng dgn saya masa rehat dan lepas waktu sekolah aje (sbb kami tak pernah satu kelas).
Ada yg pinjamkan saya homework Maths (sbb saya Math ni tak berapa nak cerdik sgt...selalu kena tanya kawan...hehe).
Ada yg sama stayed back every Tuesday dgn saya sbb kami joined 'Kelab Editorial & Sidang Redaksi'. These are few memories I can recall. Sebenarnya byk lagi walaupun mungkin tak sebanyak geng2 yg lain...(yg lebih adventurous drp saya...hehe) but I do cherish those moments.

Saya mungkin tak ramai kawan... tapi saya bersyukur kerana ada kawan-kawan yg masih keep in touch dengan saya sehingga kini. Yg saya boleh pick up the phone and call them if ever I need any favour from them. Yg faham dgn perangai saya. Yg menerima saya seadanya. Yg tahan nak layan saya merapu entah apa benda.... hehehe.


Friendship... is not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything ~ Muhammad Ali

 
Copyright (c) 2010 when Hezzy Azra writes.... Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.