Followers

Tuesday, April 22, 2014

Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC

Tinggal dua hari sahaja lagi berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa KL 2014 di PWTC yg akan bermula pada Khamis 24 April - Ahad 4 Mei 2014!! Selama 11 hari tuh nak memborong buku!!!

Teruja??

Saya pun!!! Walaupun saya rasa ini dah kali keempat saya bertugas sempena PBAKL. Tahun2 lain tu dtg menyibuk2 jer...huhu. Tetapi saya masih rasa seronok dan teruja sbb this is the only time I can meet my readers. Waktu2 mcm ni lah, kita akan tgk kiri kanan tangan sarat dgn buku2...and I always wonder, how much do they really spend on books?? Sbb saya sgt2 amazed!!


Ini pula jadual penulis ALAF21 yg akan bertugas. Saya akan berada di Pavilion Dewan Tun Dr Ismail pada Ahad 27hb April dan Khamis 1 Mei dari pukul 10 pagi - 2.30 petang. Meh la datang beli novel2 saya (SAH, AKU CINTA KAMU, SEMERAH RED VELVET, AKU PILIH DIA, CINTA TAK BERALIH, KENANGAN TERINDAH dan MELODI KASIH) kerana ada sesuatu utk anda nnt...:)



Dan saya juga ada sesi SANTAI PENULIS @ SUDUT REHAT & BACA KOTA BUKU bersama Novelis Durrah Fatiha pada Jumaat 25 April jam 3 petang. Meh la duduk berborak dan bersantai bersama kami ye...:)

See u guys there!!

Wednesday, April 16, 2014

Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013...Top 5

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi...novel kelima saya SEMERAH RED VELVET berjaya menempatkan diri di dalam senarai Top5 (Buku Pilihan Kategori Fiksyen Alaf 21) bersempena dengan Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013.


Undian Top 5 bermula hari ini ya! Borang2 boleh didapati dalam akhbar SINAR HARIAN edisi 16 April. Berikut adalah tarikh2 di mana borang akan disiarkan.
19 April - Sabtu
20 April - Ahad
24 April - Khamis
25 April - Jumaat
26 April - Sabtu
27 April - Ahad
28 April - Isnin
29 April - Selasa
30 April - Rabu
1 Mei - Khamis
2 Mei - Jumaat
3 Mei - Sabtu
4 Mei - Ahad


Terima kasih kpd yg sudi mengundi SRV... kisah Raina dan Emir Hadhri. Walaupun pada satu ketika, novel kelima saya ini dikiritik sebagai too light, too simple, konflik yg tak mencabar minda oleh sebilangan readers, tapi saya percaya, SRV ada 'harga' dan 'nilai' yg tersendiri. SRV may be light, may be simple and less conflicts... BUT there's a message in it! Ada nilai kekeluargaan, ada nilai kasih sayang, ada nilai kemanusiaan. Mungkin SRV gagal menambat hati sesetengah pembaca...tetapi bagi mereka yg tersentuh hati dgn SRV... saya amat hargai sokongan anda! Kalau kemenangan berpihak kpd saya... andalah yg menjadikan SRV sebagai BUKU PILIHAN 2013!

Perjalanan SRV untuk sampai ke peringkat top5 ini juga saya kira tidak mudah. SRV terpaksa bersaing dgn puluhan novel ALAF21 yg terbit sepanjang 2013. Kemudian apabila tersenarai dalam 10 pencalonan terawal itu pun, saya dah rasa 'WOWWW!!' (Sudah terasa bagai pemenang!!) 
Sebabnya, pencabar2 SRV semuanya hebat2 belaka!!! Novel2 hasil karya otai semuanya... best seller gitu!! Apa sangatlah SRV ni, kan?? Yg hanya diulangcetak sebanyak dua kali sahaja... karya yg dicap sebagai 'biasa2' saja oleh sebilangan pembaca. Tetapi bila tercalon dalam top10, siapa tak happy, ye tak? ;) 


Berlandaskan sedikit keyakinan, saya harap SRV mampu memberi saingan dalam kategorinya. Kalau tak menang pun, tak apa. Sbb saya sedar SRV kalah kpd novel yg jauh lebih baik. Namun bagi anda yang masih terasa untuk terus berikan sokongan pada Semerah Red Velvet...pls do so!! Saya mengalu-alukan undian anda...:)

Monday, April 14, 2014

SET KOMBO MAGNET...4 RATU!

Tadaaaaa.... gempak tak? Set kombo 'Ratu' gitu!!! Hahaha

Dont get me wrong ya... ini BUKAN set pelangsingan badan macam 'ratu' ya...muahahaha.

Ini set novel2 hasil karya 'ratu-ratu' (err...ratu la sngat...wakakaka) iaitu
ALEYA ANEESA (Si Ratu air mata)
LYNN DAYANA (si Ratu komedi)
 DHIYA ZAFIRA (si Ratu aksi)
dan saya HEZZY AZRA (si Ratu urban!!)

Ada kawan yg bertanya soalan ini...Ratu Urban???  Well, what I can say is... gelaran 'ratu' ini hanyalah semata-mata 'label' utk kami berempat hasil daripada perbincangan informal/suka-suka/merepek2... it's not minuted in the minutes of meeting! Bukan pengiktirafan mana2 badan pun!! Ia sekadar memberi label kpd jenis karya kami dan gaya penceritaan dlm setiap novel... itu sahaja!!

Memandangkan saya ni... without realizing it or not...have consistently writing the 'urban' stories and issues. 6 novel saya kesemuanya berlatar-belakangkan masyarakat urban...maka gelaran dan label itu pun melekat pada saya. Saya tak menulis cerita yg ada menamakan jenis2 senjata dan bertempur seperti novel2 Dhiya Zafira. Saya tidak mampu membuat pembaca tergelak seorang diri di dalam LRT dgn komedi seperti membaca novel2 Lynn Dayana. Saya juga tidak mampu membuatkan pembaca menangis sampai lebam mata seperti kesedihan dalam novel2 Aleya Aneesa...ohhh... saya tidak pandai itu semua!!!

Apa yg saya mampu tulis, hanyalah kisah2 biasa... yg mungkin berlaku dalam kehidupan dan persekitaran kita. Garapan saya tersendiri... acuan saya sendiri... itu saja. Jadi, apabila secara kebetulan, saya dilabelkan 'ratu urban'... bagi saya, I'm okay with it!

Kepada mereka yg nak order novel2 'ratu' ni... boleh layari link http://novelman.blogspot.com/2014/04/beli-4-novel-dapat-diskaun-rm5-tambah-1.html
krn ada tawaran hebat sedang berlangsung. Nak kesemua novel saya, boleh! Nak mix and match dgn novel ratu2 lain, pun boleh! Harganya amat berbaloi!!!

This is an offer you shouldnt missed!!!

Tuesday, April 01, 2014

Sempena Karnival Uniti-Karangkraf

Tarikh : 29 Mac 2014
Lokasi : Kolej Uniti Tanjung Agas, Port Dickson


Pix credit from Ashraf (Alaf21)

Kepada adik2 yg dtg bertemu saya dan Kak Haiza Najwa...yg membeli Sah, Aku Cinta Kamu dan Potret Dua Wajah...kami ucapkan ribuan terima kasih. Semoga adik2 dpt manfaat drp novel2 kami dan moga adik2 Kolej Uniti kesemuanya berjaya dengan cemerlangnya. Amin.




P/S: Tak tau pulak table cloth tu warna biru...sama lak dengan colour baju...hu hu.
 
Copyright (c) 2010 when Hezzy Azra writes.... Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.