Followers

Saturday, June 28, 2014

Ramadhan Kareem...

Bismillahhirohmanirohim...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Selamat menyambut Ramadhan kepada semua yg sudi menjenguk blog saya ni.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf jika ada sebarang kesalahan dan kekhilafan sepanjang saya berblogging ini. Kalau ada tulisan saya yg tidak menyenangkan ke...yg tersilap di mana-mana ke... yg sengaja atau tidak, harap2 semuanya itu dpt dimaafkan. Dan marilah kita sama-sama berdoa, moga amalan2 kita utk Ramadhan kali ini adalah lebih baik drp tahun sebelumnya, diberkati dan diterima olehNYA. Amin...


Ini nak cerita tentang novel2 saya sikit...


Sudahkah anda memiliki keenam2 novel ini? Berminat untuk membelinya?
Bermula dari hari ini, saya ada buat promosi sehingga hujung Ramadhan. Apa promosinya?

UNTUK SETIAP NOVEL yg anda beli terus daripada saya, RM3 drp harga novel tersebut akan DISEDEKAHKAN ke PERTUBUHAN KEBAJIKAN PUSAT JAGAAN SRI MESRA. Rumah kebajikan ini diusahakan oleh rakan saya utk menempatkan warga2 tua dan kurang kemampuan. U can check out the link:
https://www.facebook.com/PertubuhanKebajikanPusatJagaanSriMesra


Harga novel2 saya adalah spt berikut:
1. SAH, AKU CINTA KAMU! -RM23
2. SEMERAH RED VELVET - RM21
3. AKU PILIH DIA - RM22
4. CINTA TAK BERALIH - RM18
5. KENANGAN TERINDAH - RM19.9
6. MELODI KASIH - RM18

Harga poslaju adalah RM6 (flat rate) utk satu (1) novel. Tapi jika anda membeli lebih drp satu novel, harga pos akan dikira lain. Yg ni saya akan quote anda semula berdasarkan rate poslaju.

Berminat nak membeli dan bersedekah? Anda boleh email atau PM saya di
Hezzy_azra@yahoo.com
https://www.facebook.com/hezzy.azra

Membaca sambil bersedekah....moga amalan kita ini diberkatiNYA. Amin...

Kelebihan Bersedekah Di Bulan Puasa


Hadith: 
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan."

Huraian Hadith: 
Pengajaran Hadis:
i) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.
ii) Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.
iii) Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.
iv) Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.


Thursday, June 19, 2014

And the winner is...

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah...
SEMERAH RED VELVET telah menang dalam kategori BUKU PILHAN-KATEGORI NOVEL FIKSYEN ALAF21 sempena ANUGERAH GRUP BUKU KARANGKRAF 2013 yang diadakan pada hari Sabtu 14 Jun 2014 yang lepas!

This is the plaque I won!!
And these are few pics taken...
The theme colour is white & pink. Sbb tu anda akan nmpak kami semua bagai berada dlm perhimpunan Puteri UMNO...hehehe








 Happy?
- Of course! Siapa tak happy bila menang sesuatu, kan?? Dapat menang hadiah keychain kat fun fair pun happy, ye tak? Inikan pulak klau dpt plaque kaca mcm nih!;)

Terkejut??
-Of course! Lebih2 lagi bila saingan SRV sgt sengit. Berikan Aku Bahagia adalah sebuah karya penulis diva iaitu Damya Hanna. Cintaku Bukan Murah, hasil karya Aleya Anessa yg telah menghasilkan berbelas novel. Cinta Pencuri Mimpi, hasil karya Lynn Dayana yg cukup terkenal dgn genre romantic-comedy dan catchy. Mr London Miss Langkawi, karya Herna Diana yg juga terkenal dgn novel yg meletops. Apa kelebihan SRV yg ditulis oleh novelis ikan bilis mcm saya ni??
{Mungkin jawapannya ada di tangan anda yang telah mengundi SRV.}

Syukur?
-Of course! Setelah SRV dilabelkan sebagai karya saya yg paling ringan dari segi konflik dan santai dlm gaya penceritaan, semestinya saya bersyukur diberikan kemenangan ini. Ada di kalangan pembaca yg kecewa dgn SRV... kata mereka, novel yg langsung tak mencabar minda. Tetapi ada juga kalangan yg sukakan SRV... kerana kata mereka, novel ini cukup dekat dgn hati mereka. With these positive and negative comments I received, I shall say that winning this award is like a remedy to me!

Seperti yg saya pernah katakan di dalam entry sblm ini...jika SRV menang, bukan kerana SRV sudah cukup bagus berbanding novel2 lain. Tapi ia rezeki daripada ALLAH SWT utk saya. Tetapi jika SRV kalah, bukan kerana SRV tidak bagus...cuma ada novel yg lebih bagus daripada SRV.

Dengan kemenangan ini, saya kira SRV bukan sudah cukup bagus...tapi ALLAH SWT dah tentukan rezeki ini utk saya (for whatever reason that only HE knows)

Terima kasih kpd pihak GBK yg menganjurkan majlis berprestij ini (kalau boleh, tahun depan anjurkan lagi! hehe) Terima kasih kpd pihak Alaf21 terutamanya editor saya; Lis (yg pening2 kepala agaknya ketika mengedit SRV dua tahun lalu. ;) Terima kasih kpd rakan2 novelis yg bersama meraikan kemenangan ini. Dan akhir sekali, jutaan terima kasih kpd pembaca dan pengundi SEMERAH RED VELVET!! Kemenangan ini adalah kemenangan kita!!


Sinar Harian Edisi Ahad 15 Jun 2014:

"Sukar untuk digambarkan perasaan saya selepas diumumkan pemenang bagi kategori ini, Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah rezekinya. Perasaan gembira dan terharu bercampur baur ketika ini. Bagi saya, kejayaan ini juga untuk milik peminat setia HA yang banyak menyokong novel saya. Begitu juga dengan keluarga dan pihak penerbit yang terus bagi kata-kata semangat untuk saya berkarya."


Friday, June 13, 2014

Tomorrow is the day!!

Assalamualaikum semua...salam Jumaat.

Today is Friday the 13th, tomorrow will be Saturday the 14th...hari berlangsungnya ANUGERAH GRUP BUKU KARANGKRAF 2013 di mana menyaksikan Semerah Red Velvet dipertandingkan dalam kategori 'Buku Pilihan Kategori Novel Fiksyen Alaf21'.



Esok saya akan ke Vivatel Hotel, tempat berlangsungnya majlis anugerah ni. Menang atau kalah, itu kan adat bertanding. Tersenarai dalam top5, saya dah kira dapat bonus. Seandainya SRV menang, itu kira saya dapat bonus extravaganza!!

Kalau SRV menang, bukan bermakna novel yang lain tu tak bagus...cuma rezeki berpihak kepada saya. Tetapi kalau SRV kalah, bukan bermakna SRV tidak bagus... cuma belum cukup bagus setanding dengan yang menang itu. Think positive!!!

Ini ada artikel yg boleh saya kongsikan tentang perlu dan pentingnya diadakan majlis anugerah ini. Artikel hasil tulisan sifu chief editor Sinar Harian...

AGBK SUATU LANGKAH MEMARTABAT PENULIS

Sabtu ini, para penulis Alaf 21, Buku Prima dan Karya Bestari akan berhimpun di majlis Anugerah Grup Buku Karangkraf(AGBK). 

Buat julung-julung kalinya GrupBuku memberi pengiktirafan kepada golongan penulisnya. Sebagai sebuah syarikat buku yang terbesar dengan jumlah penulis yang paling ramai di Malaysia, ia mampu mengadakan anugerah khas yang dikhususkan untuk para penulisnya.

AGBK adalah suatu majlis yang amat signifikan buat golongan penulis. Ia bererti, kerana anugerah ini adalah kemuncak kepada segala bentuk pengiktirafan daripada syarikat kepada para penulisnya.

Pengiktirafan ini bukannya upah perniagaan seperti menaikkan kadar royalti, menambah jumlah cetakan, memilih premis tersohor untuk mempamer buku para penulis atau memberikan promosi yang gah untuk penulis yang akhirnya menguntungkan penerbit secara langsung. Sebaliknya, imbuhan ini berupa pengiktirafan, langsung merayakan kejayaan penulis-penulis itu sendiri.

Belum tentu pengiktirafan ini menjanjikan keuntungan besar buat penerbit kerana golongan penulis belum begitu terkenal seperti golongan artis bilamana sesebuah anugerah itu akan menaikkan nilai dan harga bayaran kepada artis yang memenangi anugerah.

Justeru, sesebuah kemenangan itu tidak semestinya meledakkan jualan buku penulis tersebut pada keesokan hari. Kerana itu, penerbit belum tentu mendapat pulangan besar.

Namun, penerbit ingin meraikan penulis dan memartabatkan mereka sebagai golongan yang sewajarnya diberi penghargaan. Dalam konteks majlis anugerah, soal keuntungan bukannya agenda utama penerbit. Yang utama adalah ikhtiar penerbit menggembira dan mengglamorkan penulis. Inilah hadiah sebenar penerbit kepada penulis.

Hargailah kerana bukan semua penerbit sanggup memartabatkan para penulisnya sebegitu rupa dengan cara begini.


Tuesday, June 10, 2014

Newspaper cutting...

I did it again!! 
Membiarkan blog ini sunyi, sepi, berhabuk dan bersawang!! Sungguh tak bertanggungjawab saya nih!! :P
Bukan tak ada cerita best2 utk diceritakan... tapi takde mood nak menulis. Ini pun paksa diri... kena jugak tulis entry ni sebelum ia menjadi lebih basi dan tidak releven...;)

Like I said, ini sebenarnya cerita yg dah lama... sebulan lebih dah. Tapi takpe, kongsikan juga di blog ni. At least, ada jugaklah kenang-kenangan kalau lepas ni dah pencen dari bidang penulisan novel ni... sedikit 'pencapaian' novel2 saya yang telah disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan.


Ni petikan dari Utusan Minggu yang tersiar pada Ahad 4 Mei 2014. There was a small mention of Semerah Red Velvet in this article written by Dr Aminudin Mansor.
Bagi seorang penulis kecil-kecilan seperti saya, bila novel saya diperkatakan oleh seorang pakar yang berkelulusan Ijazah Kedoktoran Persuratan Melayu... mestilah bangga, ye tak? Dalam banyak2 novel di pasaran, beliau telah menjadikan SRV sebagai contoh dalam artikel yang bertajuk 'Gaya Bahasa Novel Melayu'.
To read the full article, click the link below:

http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20140504/sa_02/Gaya-bahasa-novel-Melayu
Dalam Sinar Harian pada tarikh yang sama, ada sedikit wawancara tentang pesta buku yang sedang berlangsung. Terselit gambar SACK di situ... promosi percuma! :)

~Menurut penulis novel, Aku Pilih Dia dan Semerah Red Velvet, secara keseluruhan, PBAKL berjaya meriah kunjungan hebat dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia.

Malah Hezzy Azra, mengakui sambutan yang diterima sangat memberangsangkan dan pengunjung tidak putus-putus berada di dewan berkenaan untuk memilih naskhah pilihan mereka.

“Bukan sahaja buku saya dan novel lain, malah pelbagai jenis buku juga buku juga turut menerima sambutan luar biasa.

“Percaturan Alaf 21 dalam mewujudkan sesi temu mesra ini juga memberi ruang dan peluang untuk mengenali lebih dekat penulis kegemaran mereka. Ini adalah platform yang terbaik untuk penulis dan juga pembaca.

“Dengan cara ini, penulis dan pembaca dapat berkongsi idea dan kami juga tidak keberatan untuk mendengar maklum balas daripada mereka mengenai karya yang berada di pasaran,” katanya yang baru sahaja memperkenalkan novel terbaharunya, Sah, Aku Cinta Kamu.

Tambah Hezzy Azra, penerimaan masyarakat terhadap pesta buku yang dianjurkan juga semakin meluas dan setanding dengan acara hiburan~
Sebelum tu, tersiar pula di dalam Sinar Harian bertarikh 2 Mei, wawancara tentang penglibatan saya dalam bidang penulisan novel. Picture of me with SACK & SRV...:)

~Menurutnya, pesta buku kali ini dapat menarik perhatian orang ramai yang memenuhi dewan di PWTC pada hari cuti.

"Saya bangga dengan masyarakat yang tetap bersemangat walaupun karnival ini berlangsung pada hari cuti dan rehat mereka."

"Mereka bukan sahaja memanfaatkan cuti mereka dengan perkara yang berfaedah malah, inilah masa yang mereka ambil untuk mencari bahan bacaan bermutu."

Jelasnya lagi, menerusi PBAKL, sesi ramah mesra dapat merapatkan hubungannya bersama peminat yang sudah lama memberikan sokongan.

"Memang sebelum ini saya dan peminat pernah berkomunikasi melalui laman sosial seperti Facebook, namun mereka ini sangat setia dan mengambil peluang bertemu saya untuk tahun keenam."

"Dari situlah saya nampak, hubungan ini akan berterusan. Dan mereka merupakan inspirasi saya untuk meneruskan penghasilan novel yang lebih bermutu."

Selain itu, penulis yang popular dengan novel Semerah Red Velvet dan Sah, Aku Cinta Kamu! ini dalam perancangan untuk menulis manuskrip terbaharu. 

"Setakat ini, saya masih memikirkan plot dan akan segera menulisnya atas permintaan peminat."

"Kebelakangan ini, peminat memilih untuk membaca cerita yang santai dan tiga novel terakhir saya, semuanya lebih ringan," katanya yang banyak menghasilkan novel bergenre romantik.

Bukan senang nak masuk suratkhabar, ye tak? ;)
 
Copyright (c) 2010 when Hezzy Azra writes.... Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.