Followers

Monday, December 01, 2014

Review Filem 'Manisnya Cinta Di Cappadocia'


Bertempat di Panggung GSC Pavilion KL, saya berkesempatan menonton tayangan perdana (Premier Show) filem MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA pada hari Selasa 25hb November yg lepas. 
Filem ini diadaptasi daripada novel Kak Anis Ayuni MANISNYA CINTA (yg gambar VW Beatles red color tu....ingat tak??) Kalau cover VW Scirocco putih atau Polo GTi merah tu, ai punya cover....ahaks!! Tapi ada ke novel saya gambar2 tu??? Ke saya yg terbayang2?? :P


Filem ini diterbitkan dengan kerjasama Astro Shaw, Redfilms & Global Station. Diarahkan oleh Bernard Chauly. Skrip ditulis oleh Rafidah Abdullah. Para pelakonnya (spt dlm poster di atas)...diterajui oleh Fazura, Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Ogy Ahmad Daud, Zaibo, Eija, Faizal Hussein dan ramai lagi.


After reading the novels (years ago) and watching the movie (duration of 90 minutes)...
and below is my comment (komen drp saya yg tak berapa pandai sgt nak komen sebenarnya...hehe)

Kalau nak compare novel dan movie... saya rasa sgt tidak adil. Sbb pendekatan novel lbh kpd curahan isi hati dan emosi. Tapi kalau movie, it's how things being visualised.

Dari segi jalan cerita, saya kira tema dan pokok persoalannya tetap sama; baik dalam  novel ataupun filem. Ia berkisar ttg kisah Ifti Liyana yg sedang mencari2 cinta sejati. All of sudden, muncul Nazmi dlm hidupnya gara-gara berebut puding karamel. And everything moves from there. Kalau dlm novel, saya rasa lebih byk plot but of course utk filem, tak semua plot boleh dimasukkan. Tapi kira puas hati jugaklah sebab kesinambungan plot itu tetap menarik. From one scene to another tu, ada continuity. Tak adalah, tetiba rasa lost mcm... eh, apasal pulak mcm ni??

Sinematografi yg menarik dgn lokasi2 yg cantik di sekitar Turki. Skrip yg kuat (ada catchy, sinikal, sweet & spontaneous). Lakonan yg mantap, from the lead actors/actresses sampailah ke extra2. Everybody plays their role well. Boleh nampak kematangan Fazura jika dibandingkan masa jadi heroin GOL & GINCU dulu tu. And even watak Eija yg saya rasa muncul tiga scene aje kot... pun boleh buat penonton terkesan dan emosi. Pemilihan pelakon tu saya rasa kena dan tepat. Walaupun ada yg kata, kenapa Shaheizy Sam jadi Nazmi... but as for me, there's nothing wrong with him being Nazmi the hero. Acting dia natural apa? Atau mungkin saya tak ada expectation masa baca novel ni dulu kot... so tak bayangkan sesiapa...hehe. Lainlah kalau novel hero sendiri, kan? Of course I know who's who... siapa Fariq, Akmal, Shaq, Ian, Emir & Raif! ;)

Ada scene sedih, ada scene kelakar. And of course, scenes yg sweet2 gitu. Dah nama filem pun Manisnya Cinta, kan?? Overall, it's a worth watching film. Kalau anda peminat tega novel MANISNYA CINTA, memang anda patut tonton filem ni. Tapi jgn compare novel dan filem. You need to watch it with open mind, baru dpt feel dan appreciate. Kalau anda tak pernah pun baca novel ni, pun saya rasa anda harus tonton filem ni. Because after watching it, you might want to read the novel. 

Nantikan tayangan serentak di pawagam pada 11 Disember 2014 akan datang!!!
Don't miss it!! Dengarlah cakap akak ni...pergilah tengok!! Akak jarang review movie sbb mmg jarang tgk movie...hehe. 
Tapi akak rasa tak rugi pun kalau tengok filem ni. Kalau tak suka pelakon, boleh tengok pemandangan Turki. Tak suka tgk pemandangan, boleh tengok muka Fazura & Lisa yg cun tu. 
See?? You have all the reasons to watch this movie!!  

Sinopsis filem:
Mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Ifti Liyana (Fazura) yang tidak pernah mengharapkan kasih sayang daripada seorang lelaki.

Pertemuan Ifti dengan Nazmi (Shaheizy Sam) telah membuatkan hatinya terbuka semula untuk berkasih apatah lagi Nazmi turut yakin, Ifti adalah wanita yang dicari-carinya selama ini untuk dijadikan isteri.

Namun bila kasih mula membara, bahangnya mulai terasa. Ifti Liyana nekad meninggalkan Nazmi tanpa penjelasan. Apakah kesudahan cinta Ifti Liyana dan Nazmi?
 
Copyright (c) 2010 when Hezzy Azra writes.... Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.