Tuesday, January 26, 2016

Calling all Melodi Kasih fans!!!

Adakah anda pembaca novel saya sejak dulu lagi?? Masih ingat Melodi Kasih; novel pertama saya yg terbit pada Dis 2007?? Kisah tiga sahabat karib; Zahara Inas (Zaha), Edrina Julia (EJ) & Iman Syukriah (Iman) serta pasangan mereka?? Dan apakah perkembangan favourite couple Zaha-Fariq after 7 years??

Kalau anda peminat MK… ini ada berita gumbira utk anda!!

Saya akan terbitkan sequel MK pada bulan Februari ini!!

Sequel MK ni, saya namakan Melodi Kasih 2 (koman je tajuknya… sbb saya tak tahu nak bagi tajuk apa lagi!) :))

MK2 ni merupakan salah satu cerpen yg bakal terbit dalam ANTOLOGI CINTA DIA (akan dirujuk sbgai ACD selepas ini) yg saya hasilkan bersama dua org rakan novelis iaitu Lynn Dayana dan Dhiya Zafira.

Tadaaaaa... ni dia ACD!!!

ACD adalah percubaan pertama kami bertiga menulis dan menerbitkannya sendiri. BUKAN  terbitan lain2 publishing co. Jgn confuse pulak. Dan memandangkan terbitan ACD adalah sangat terhad (Limited Edition gitu) maka ACD hanya dijual secara ONLINE melalui kami sahaja! You will never get this at any bookstores.

Selain MK2, dalam ACD  juga terdapat cerpen karya Lynn Dayana bertajuk ‘Aku Bukan Cupid’ dan Dhiya Zafira bertajuk ‘Haq’. So kalau anda berminat nak beli hasil nukilan kami ni…the details are as follows:

RM34 (SM)
RM38 (S/S)
Price inclusive postage.
Bank in to: JENDELA BERLIAN
Mbb 562562304472
Dan email bukti pembayaran serta butir-butir anda kpd: hezzy_azra@yahoo.com

Here’s the blurb:

Melodi Kasih 2

Zahara Inas : Hidup dah sempurna. I'm happy with what I have now. I don't need new episode in life. 

Fariq : A lot of things can be done. Bukan setakat untuk kita tapi untuk orang lain juga. 

Bila yang tenang mula berkocak... bila keikhlasan mula dipertikaikan, mampukah ikatan kukuh bertahan? Atau terpaksa leburkan sahaja impian?

Aku Bukan Cupid

Antara Amry, Benz dan Chairyl akan selalu ada Ai. Cousins are awesome. One for all, all for one. 

Tika masih hingusan, janji dipateri : Kita akan selalu utamakan Ai. Bila usia injak remaja : Tak boleh! Seorang pun tak boleh jatuh cinta pada Ai. Dilarang! 

Tapi...bagaimana kalau ada hati yang tergelincir? Tak rancang, tak minta...tapi doa, adalah sikit-sikit. Masalahnya, mak usu kata, "Ai tak sesuai untuk kamu semua." Erk...parah.

Haq

"Polis?" 
Geleng.
"Tentera? Spy?" 
Geleng.
"Criminal? Smuggler?"

Siapa Haq sebenarnya?

"Who do u think i am?

Bagi Alin seorang 'agoraphobia', kehadiran Haq amat meresahkan.

Terperangkap dalam dunia yang bukan pilihan. Namun dunia itu juga memberi kebebasan.

Antara Haq dan Alin, ekspedisi mereka baru bermula...


Amacam? Tertarik tak?? I’ll tell you… this is very rare to get, you know?!

Ada kisah cinta di alam rumahtangga. Ada kisah cinta yg bermula di zaman Pampers. Dan ada kisah cinta yg bakal berputik. Genre yg berbeza… ada romantic-comedy, ada action-romance. Kisah cinta yg setiap satu berlainan garapannya. Satu antologi yg tidak berkonsep. Kami menulis mengikut citarasa dan kesesuaian masing-masing. We just write what we are good at and what we enjoy.



Apa tunggu lagi?? Jom order!! Kami buka pre-order sehingga 5 Februari 2016. Saya remind sekali lagi ye… this is VERY LIMITED EDITION. Kami tak print banyak. Kalau habis stok yang ada ni… memang kami tak akan print lagi dah. Anda merayu atau menangis tak berlagu, memang kami takkan print pun ;)



Sebab ini hanya projek sampingan kami… projek suka-suka… projek kawan-kawan. Can be considered as a special gift from us to our readers out there for your continous support. As the conclusion… meh la order cepat2!

First entry for 2016

Assalam

Hello... hello... I'm back after so lonnnggggg!!!

Dah lama betul saya tak jengah blog ni. Bukannya takde cerita…mcm2 sebenarnya kejadian since the last entry in October 2015. Tapi sebab agaknya dah tua ni kan…mood menulis tu semakin merudum. Nak menulis blog pun rasa macam seksa jer :P

Atau mungkin sbb dah ada IG sekarang ni kan….so apa-apa pun lagi senang share atau update kat IG je (statement berlagak la pulak…hahaha)

Ni IG saya…yg baru dibuka May 2015. Takat tu je pun followers saya… AHA punya followers lagi ramai kot! Kalau ada yg teringin nak follow tu… sila-silakan ye. Walaupun saya tahu saya ni bukan novelis tersohor… bukan juga fashion icon atau individu yang glamour… but having 500 followers, kira ok jugak kan? ;)

Till we meet again in my next entry… harap2 saya tak malas lagi utk update blog ni.

Antologi Cinta Dia 2 - Marry Ku Ril?

Memandangkan dah lama tak blogging, maka lama jugaklah tak share ttg buku sendiri. So skrg ni barulah terhegeh-hegeh nak promote buku saya...