Showing posts with label Concerts and Theaters. Show all posts
Showing posts with label Concerts and Theaters. Show all posts

Monday, February 18, 2013

Anuar Zain's 3 decades of Music, Love and Passion Concert



Dgn harga tiket yg 'sebegitu' dan kamera phone yg tak berapa nak canggih... maka, dpt la gambar 'sebegini' sahaja masa tgk konsert Anuar Zain 3 Dekad di Stadium Malawati mlm Ahad lepas. Hu hu... what do u expect, right? ;P

Mula aje concert dan sepanjang tiga lagu pertama yg dinyanyikan... sungguh tidak berjaya menarik hati saya. I was quite dissapointed with the sound systems. The music was too loud... sehingga menenggelamkan suara 'lelaki ini' (no doubt that the musicians are all proffesionals... but hello... I pergi konsert Anuar Zain sbb nak dgr suara AZ yg powerful tu secara live, hokay??) Masa tu, saya dah terfikir... kalau mcm ni la throughout the 2 hours show... dont think so I can enjoy listening to him. Baik saya dgr CD dlm kereta saya with my best amplifier. Dah la for sure I dont really enjoy seeing him sbb jauh bebenar seat saya tuh!! (Note to myself: Lain kali nak clear, sila beli tiket mahal. Kalau beli tiket VIP hari tu...entah2 dpt bunga ros drp Anuar Zain...:D)

Tapi NASIB BAIK... Anuar Zain telah berjaya 'mengubati kesedihan dan kekecewaan saya' bila dia mula menyanyikan lagu2 yg MEMANG SAYA HENDAK dgr sangat-sangat. First was JANGAN BERSEDIH LAGI...(dan saya pun tak 'bersedih' lagi lepas tu...hehe) Then, MUNGKIN... another nice song dan diikuti KAU BUNGA CINTAKU, KEABADIAN CINTA, SEMPURNAKAN AKU (dia tak nyanyi tapi siarkan nice video clip sebagai sambungan AJARI AKU bersama Nora Danish) Kemudian, lagu yg saya tunggu2... HANYA MILIKMU!! Wah... masa tu rasa best giler dan terus hanyut dgr lagu tuh!! (walaupun bukan full song... he started with the 2nd para) tapi saya berpuas hati sbb saya keciwa sgt dia tak nyanyi lagu ni masa concert 'Lelaki Ini' di Istana Budaya few years back!!

Dan bila krew bawak masuk piano dan Mac Chiew duduk kat situ... saya dah agak and told my hubby... ni mesti dia nak nyanyi KETULUSAN HATI atau CINTA HARUS MEMILIKI... (kerana dua lagu ni amat sesuai dgn piano rather than the orchestra) And it turned out to be... he sang both songs!!!Waaaaaaa.... Masa tu rasa nak jerit2 cakap kat dia... thank you, Anuar!!! Hahahah. Macam dia tahu-tahu aje permintaan saya in my last blog entry!!! You terbaca blog I ke??? Muahaha. During that two songs... rasa meremang bulu roma...:P. Just as I expected it to be... he sang it beautifully!! Siap ada Adibah Noor, Dina dan Elvira as back up singers!! Splendid!! Awesome!!

And final song was SEDETIK LEBIH. I loike!!! Lagu yg konon-kononnya dia tak nak nyanyi... :D. Biasa la... kasi gimmick skit... last2 nyanyi jugak. Mana boleh dia tinggalkan stage without singing this hit song, betul tak?

Lepas habis performance... saya dan hubby terus chow. Perut dah lapar giler masa tu!! Kami tak sempat dinner sebelum show. Dah la balik ofis lewat, keluar rumah pukul 7.45 lepas Maghrib, jammed la pulak kat NKVE sbb hujan. So perut saya lebih kuat 'muziknya' drp orchestra AZ pada malam tu!!

Overall... could have been better if the sound systems/sound engineer is good. Tapi tak pe la... ni kan first time AZ buat konsert secara besar-besaran (as claimed by him) So, as the first attempt and effort... saya boleh terima seadanya. AZ and his team has done their very best. Congratulations!

Dan saya berharap, cepat2lah keluarkan DVD konsert ni. Sbb saya nak tengok semula performance AZ masa nyanyi lagu berhantu (killer songs) iaitu KETULUSAN HATI dan CINTA HARUS MEMILIKI tu. Rasa tak puas hati ... rasa nak record secara haram aje mlm tu...:P. But at the end, saya TIDAK seperti sesetengah audience yg merakamkannya secara senyap2 melalui handphone mereka. Kerana saya amat respect hak cipta AZ...;)

P/S: Kalau lepas ni AZ terfikir nak buat concert lagi... saya dan hubby suggest AZ buat Akustik Concert... baru power...;)

Saturday, February 16, 2013

3 dekad bersama Anuar Zain...

Dah memang 3 dekad rasanya saya dengar suara Anuar Zain di corong2 radio.. sejak umur saya 11 tahun  kot :)

So, mlm ni kita tgk pulak dia buat Konsert 3 Dekad Anuar Zain (Three Decades of Music, Love And Passion) di Stadium Malawati pkl 8.30.



Actually, I'm not a huge fan of him... takde la sampai kemaruk gila sehingga terjerit2 nama dia bila tgk dia menyanyi. Atau rasa nak pengsan bila bertentang mata dgn dia. But, I like to listen to his songs and do appreciate his musics. Bagi saya, he sings good romantic songs (dari segi muzik, lirik dan penghayatan) Sbb tu, masa tulis novel Cinta Tak Beralih, saya dok ulang lagu 'Hanya Milikmu' tu lebih 100 kali! :) Kerana cara penyampaian dia dlm lagu tu... kelasss sangat!!! Betul2 mcm Shaq tgh keciwa menanggung perasaan pada Larra masa tu!! Mmg sedey habis la!! Ahaks...

Dan bila saya beli tiket nak tengok konsert ni pun, kerana saya hendak dgr suara dia secara live nyanyi lagu2 kegemaran saya. So, mlm ni kita tgk... adakah dia berjaya membuai2 perasaan saya dgn lagu Cinta Harus Memiliki, Sempurnakan Aku, Jangan Bersedih Lagi, Sedetik Lebih, Ketulusan Hati, Kau Bunga Cintaku, Sesuci Cintamu, Mungkinkah, Pernahkah, Keabadian Cinta, etc... (ni belum die hard fan lagi... klau die hard fan agaknya, semua lagu dia saya hafal...:D)

Monday, March 12, 2012

Cuci The Musical 3 Last Kopek...






Cuci The Musical is back!!!

Saya tgk persembahan CTM yang pertama dulu... in 2009 (alaaa.... masa Raif bawak Jo tu... dlm bab 11 APD...hehe). Persembahan yang kedua (2010) saya missed. But since this is supposed to be the last one (last kopek)... so saya pergi bawak AHA malam tadi.

It was an awesome performance... the jokes are fresh and spontaneous. Rasanya byk kali Nabil, Awie dan Afdlin ad-lib... sbb muka masing2 atas stage tu dok menahan tawa aje. Saya duduk betul2 dpn stage... mmg clear tgk expression muka diorg. Asyik nak tergelak aje. Tapi some of the jokes yg menjurus ke arah 18SX tu... AHA pulak sibuk bisik kat saya... "Dia ckp apa, mama?" Alamak aiii....how to explain one?? :)

Tapi ada terpalit kenangan 'pahit' masa nak beli tiket CTM ni, a day before. Saya pegi dgn hubby. Ingatkan nak pergi sekejap aje... saya beli tiket, dia tunggu dlm kereta. Tapi entah macamana, as we entered the parking lot, tayar kereta dia tertusuk besi ... terus bocor dan pancit time tu jugak!! Terpaksalah tukar tayar... mujur spare tyre dan tools semua ada. Plan nak sekejap tu.... sudahnya more than half an hour kat parking Istana Budaya itu. Poloh2 den!!

Lepas dah tukar, pergilah pulak cari kedai tayar untuk tampal yg bocor tu. Dah jumpa kedai tayar kat area Jln Pahang... ingat boleh settle... tetiba apek tu kata, tak boleh tampal pulak bhg yg bocor tu!!! Sbb tayar tu dh terkoyak kat bhg tepi... bukan macam tercucuk paku tu... which simply boleh tampal aje!!

Tak pasal-pasal, TERPAKSA jugak tukar tayar baru!! Tak kan nak pakai tayar spare yg kecik sikit daripada size original dan tertulis sticker kat tepi tu... drive 80KM only!! Nangis wooo.... kalau bwk 80km aje!! Pulak tu... ream warna kuning!! Ish.... sungguh tak sesuai sports car kalau gitu tau!! :D

Dan tak pasal-pasal... MELAYANG RM250 for a new tyre!!! Sedangkan keempat2 tayar kereta tu BARU SAHAJA ditukar pada bulan Januari lepas... baru aje 2 bulan... masih ada BAU BARU tau!! ;)

And this episode doesnt just end there, hokay? Tangan saya tersepit pulak kat tingkap kereta hubby masa tgh menunggu tayar tu!! My mistake, pergi letak tangan kat tepi tingkap dan hubby tak perasan...dia tertekan power window utk naikkan tingkap... dah lah terkepit tangan I yg kecil nih!! ;) Sakit!!! Tapi mujur tak bengkak. Kalau bengkak... mahunya tak boleh menaip manuskrip macam nih!! {Tapi bila tangan tak bengkak pun, tak jugak menulis manuskrip....hahaha}


Kesimpulannya: Dengan harga DUA tiket CTM dan harga SATU biji tayar... The Last Kopek ni telah 'mengopek' poket!!!! Bak kata Wira (Douglas Lim) dlm CTM... hatiku tergores luka!!! Aduhai....

Tuesday, March 15, 2011

MB and A1 in Stadium Malawati

It was AWESOME!! This good looking Canadian gentleman not only a singer but he's a real entertainer! Enjoyed ourselves with his absolutely great and soothing voice...singing his hits like 'Home, Me & Mrs Jones, Cry Me A River, Crazy Love, Feeling Good, Havent Met You Yet, Save The Last Dance For Me, Georgia On My Mind, All of Me, Hearthache Tonight, Everything, Song For You, etc...' for one and a half hour. Ni ada gambar buat kenang-kenangan ;) Camera tak berapa canggih... seating pun agak jauh dari stage... so ini jer yg termampu snap. ;( Kesimpulannya, dengan harga tiket yg mahal giler (mujur kami tak spend more than RM6++ for A TICKET) mmg ianya sgt menghiburkan. Tapi untuk 90 minit show... ianya cukup tidak memuaskan hati... too short of a time!!! I was hoping he could sing more songs i.e Hold On, I'm Your Man, Sway. Tak puas sangat2... ;( Oh btw, Audi who was also one of the sponsors for the concert, introduced the new Audi A1 that night too.This new compact city car was unveiled for the first time to the audience. Dapat snap gambar from the big screen jer. Tapi begini la rupa Audi A1 tu (gambar yg saya cilok dari TopSpeed) Cantik dan seksi kan, A1 ni?? Nak beli?? Oh... tidak termampu lagi...:( Yg saya mampu adalah menambah koleksi gambar Audi dalam blog saya ni... uhuk!

Saturday, March 12, 2011

Michael Buble Live In Malaysia






Ok... I'm all set for a concert tomorrow night!! ;)Harap2 concert ni menghiburkan sesuai dengan harganya yg TIDAK MURAH!! Seriously, we've never spent this MUCH for a concert...tapi sebab nak sgt tengok dan dengar Michael Buble perform live...and dear hubby is his big fan... ok la, tutup sebelah mata dgn harga tiketnya dan layannnn jer laa!!

Saturday, February 26, 2011

Tertengok Maher Zain Live In Concert

Saya memang tak plan pun nak tengok concert Maher Zain yg berlangsung pada 25 & 26 Februari di Stadium Malawati, Shah Alam ni. Though I do listen to his CD... infact I like his songs too... tapi bukanlah biggest fan sampai nak pergi tengok dia live.



Entah macam mana, rezeki datang tiba-tiba. Pukul 5.15 ptg smlm, hubby kata dia dpt 2 tiket concert utk show 25hb pkl 8.30pm. Masa tu saya masih di ofis lagi. Tgk keluar tingkap... cars started piling up... because of the heavy rain earlier. Saya rasa malas sgt2 nak pergi (not in a mood to watch a concert pun) dan gerenti tak sempat sbb nak kena balik rumah dan kemudian rush ke Shah Alam. So hubby decided to go with AHA. Reason... lebih baik bawak AHA tengok Maher Zain drp tengok Justin Bieber!! Betul2... hehe!!



Then when I arrived home at 7.10 (dengan stuck dlm traffic jammed selama 45 minit + beli dinner KFC + hantar baju ke laundry), hubby decided not to go pulak!! Instead suruh saya yg bawak AHA. Adussss!! Nak tak nak... 'saya yang menurut perintah'.... pergi jugak la akhirnya dengan syarat dia kena hantar dan jemput kami di Stadium... saya malas nak drive!!



The concert started with In-Team and Irfan Makki. Then baru Maher Zain. In between tu, Mesut Kurtis. Overall, how was it?? Seating?? Tak best... nun jauh di belakang. Nampak sayup2 jer si Maher Zain tu. Sound system?? So-so. Lagu2?? Maher Zain bukan byk lagu pun... so habis satu album Thank You Allah tu dia nyanyi. Suara? Bila dia nyanyi lagu Thank You Allah dan InsyaAllah tu... meremang gak la roma...;) Communication skill with audience?? He could have done better than that, I think. AHA?? She really enjoyed herself... siap nyanyi2 lagi (dia dah hafal lagu track number apa... bukan setakat lirik aje, hokay? hehe) Org tak pernah tengok concert la katakan.. tiba2 dpt tengok Maher Zain lak tu! Excited la ;) Tapi part yg paling best, bila buat pertama kali dengar Maher Zain nyanyi lagu InsyaAllah versi Melayu. Ok jugak dia punya pronouncation. Here I attached the lyrics in B.Melayu.






Andainya kau rasa tak berupaya
hidup sendirian, tiada pembela
segalanya suram, bagai malam yang kelam
tiada bantuan tiada tujuan
janganlah berputus asa
kerana Allah bersamamu


InsyaAllah... InsyaAllah... InsyaAllah
ada jalannya
InsyaAllah... InsyaAllah... InsyaAllah
ada jalannya




Andainya dosamu berulang lagi
bagai tiada ruang untuk kembali
dikau keliru atas kesilapan lalu
membelenggu hati dan fikiranmu
janganlah berputus asa



Kembalilah
kepada Yang Esa
yakin padaNya
panjatkanlah doa
oh Ya Allah
pimpinlah daku dari tersasar
tunjukkan daku ke jalan yang benar
jalan yang benar... jalan yang benar... jalan yang benar

Friday, December 31, 2010

Teater SDAF

Last nite, I took AHA and three other nieces to watch the theatre titled 'Siti Di Alam Fantasi (SDAF)' at Pangung Sari, Istana Budaya.



Teruja dan seronok bebudak tu sepanjang show. I must admit tat the show was entertaining. Not so much of the story line... tapi pementasan yg penuh warna warni dgn props yg menarik, kostum yg cantik dan pancaran laser utk scene tertentu menambahkan effect pada seluruh persembahan. Bukan saje budak2 yg amazed dgn special effect laser tu... saya yg mak budak ni pun amazed jugak! Hehe. Lebih2 lagi scene dlm laut... nampak macam Siti dan duyung2 (yg cantik dan seksi tu...hehe) betul2 berenang. Lakonan bersahaja Ebby Yus, Johan Raja Lawak dan Liyana Jasmay penuh bersahaja. As the conclusion, the show was exciting... and the kids love it! Thanx to Vanidah Imran... yg tolong book kan the best seat utk kami.



Masa beratur nak sign autograf. Dari kiri NAM, AHA, UZ & NAZ


Bergambar dgn Liyana Jasmay @ Siti. Blur pulak gambar ni!! I think it's high time to get a new camera la... hu hu. Ada siapa2 nak sponsor?? Atau nak jual camera murah2 kat saya? :D

Fizo Omar @ the prince charming. AHA excited sungguh bila Fizo puji dia "Adik ni comel la..." Perasan la tuh!

Vanidah Imran @ the Spider Queen. "Vee... I brought my daughter, Liza's two daughters, my first sister's daughter..."



At least, ada jugak la kenangan bebudak ni sebelum berakhirnya tahun 2010. Kalau kengkawan tanya, buat apa cuti sekolah... boleh la bercerita tentang teater...hehe.
Kalau boleh, saya memang nak dedahkan dunia teater kepada budak2 ni esp AHA. Bukan nak suruh berlakon dalam teater... tapi saya nak mereka menghargai aktivis teater ni. Bagi saya, mereka ni org2 seni yg sepatutnya dihargai krn usaha dan penat lelah mereka. Because sometimes I just wonder... do they make money out of this show? Dengan kostum mereka, penat lelah mereka menyanyi, berlakon dan menari...berbaloikah sebenarnya? Or may be... it's not so much of money... it's the satisfaction they got from each show. Well, I guess the same thing goes to novelists in Malaysia. Bukan boleh jadi kaya raya menulis novel di Malaysia ni... (tapi kalau jadi kaya raya jugak... syukur Alhamdulillah) tapi kepuasan setiap kali novel dihasilkan dan diterima pembaca di luar sana. YES... we do need money BUT THEN AGAIN, money is not everything!
SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada semua pengunjung blog saya ni. Semoga tahun baru ini membawa lebih makna dan keceriaan kepada anda semua.

Thursday, March 04, 2010

Looking forward to...

Sepi lagi 'rumah' saya ni. Tuan rumah sengaja berada dlm zon menyepikan diri... sbb tak ada sebarang aktiviti yg memberangsangkan sejak kebelakangan ini! :)



But... tomorrow, 5th March... I'm looking forward to get myself entertained by listening to all the love and romantic songs. What's the ocassion or event? It's Kenny 'babyface' Edmonds live in KL!!



Siapa dia nih?? Haa... mungkin ada yg kenal... tapi ramai jugak yg tak kenal siapa dia, kot. Kalau anda membesar dlm tahun 70an dan mengikuti industri hiburan era hujung 80an dan 90an... you might have heard his name and listened to his songs. He's a composer, a producer, a singer... yg telah menghasilkan/menyanyikan lagu-lagu berentak R&B, pop & soul... yang cukup melekat di jiwa saya sejak di bangku sekolah lagi. Kiranya, saya membesar dgn lagu-lagu dia sejak form 3 dan masa courting dgn husband pun kira lagu2 dia jadi our theme song!!



Just to name a few of his countless killer songs... Two Ocassions, It's No Crime, Tender Lover, When Can I See You Again, Whip Appeal, Never Keeping Secret, Love Saw It, Reason For Breathing, Loneliness, Illusions, For The Cool in You. Pernah dengar?

Kalau tak pun, lagu-lagu yang dia cipta dan dipopularkan oleh artis lain, antaranya... 'Ready or Not' by After 7 (yg Akmal nyanyikan utk Marisa dlm KT... hehe), 'Rock With Cha' by Bobbi Brown, 'Change The World' duet with Eric Clapton (from the movie 'Phenomenon'), Breathe Again' by Toni Braxton, 'Exhale' by Whitney Houston (from the movie 'Waiting To Exhale'), 'Take A Bow' by Madonna, 'End of the Road' by Boyz II Men (from the movie 'Boomerang'), 'Everytime I Close My Eyes' featuring Mariah Carey, 'Superwoman' by Karyn White... and lots, lots, lots more. The list goes on an on... sampai saya tak boleh nak keep track! Tapi kalau saya terdengar satu-satu lagu tu... saya sendiri akan rasa... ni macam lagu Babyface cipta jer. Memandangkan saya dan husband pengumpul album-album dia since 22 years back... jadi kami memang kenal muzik dan lagu dia.



Dan esok... saya nak dengar dia menyanyi lagu-lagu kegemaran saya secara live di Plenary Hall, KL Convention Centre!! Come and join the crowd... if you a fan of Babyface!!

Sunday, November 08, 2009

Busy weekend with CTM and Dinner...





Saya bukannya peminat teater sangat. Boleh dikira dengan jari, berapa banyak teater yang pernah saya tonton. Itupun sebab dapat tiket free. And it was like... err, ten years ago, think so! hehe.

Tetapi sebagai tanda menyokong industri teater tanah air dan Vanidah Imran… (kawan satu sekolah CBN & satu geng G21) saya dan seorang lagi member G21 turun ke Istana Budaya untuk menonton Cuci The Musical (CTM) pada hari Sabtu 7 Nov.

How was it? All I can say is … CTM was an awesome performance. I really enjoyed the 3 hours show. Tak kering gusi ketawa dengan lakonan yang bersahaja dan dialog yang kelakar serta mantap. Afdlin, AC, Awie and Hans are true entertainers. Kemunculan Vee dan Adibah Noor (also an ex CBNer) really added colors to the show. Bukan setakat bergelak tawa saja, ada mesej yang tersirat walaupun disampaikan dalam bentuk yang cukup sinikal. Memang berbaloi menontonnya... worth every single cents!

Lepas saja show, ingat nak jumpa Vanidah sekejap... tapi tak berkesempatan sbb dia ada next performance pukul 8.30... a bit rush for her. Tapi saya hantar juga SMS kepada dia, to congratulate her and the whole CTM team. And when she replied 'Tq... glad you enjoyed it...' surely she's happy when all the effort and hard work paid off!




Dan malam ni, saya akan menghadiri 'CBN 110th Anniversary Dinner' pula. Memang weekend ni saya banyak hal. Hingga husband saya bising... "Banyaknye aktiviti you minggu ni!" Alaa... macam tak biasa... hehe. Lagipun kesibukan saya ni memberi peluang kepada dia untuk menikmati ‘cinta’ barunya. I know that this ‘new love’ could bring him joy & excitement. Well... being the most understanding ‘isteri tua’ … yup, memang saya tak kisah bila dia lebih byk berulit dgn ‘isteri muda’ sejak sepuluh hari yang lalu!! :)

Wednesday, June 17, 2009

Antara 'Lelaki Ini' dan 'Satu Wajah'...

















Bulan Julai nanti, month of entertainment kot! Banyak benar concert sampai saya tak tahu nak pergi yg mana satu... 'Lelaki Ini yg bernama Anuar Zain' atau 'Satu Wajah kepunyaan M.Nasir.' Kedua2nya memang tersenarai dalam kategori minat abis! Hehe

Husband saya kata, tak payah pergi konsert M.Nasir sbb kami dah pergi konsert dia kat Istana Budaya last February. So, dia cadangkan pergi Anuar Zain aje. Eh... mana boleh macam tu?? Kat IB lain... ni kat Stadium Negara, mesti lain! Kalau dia tak nak temankan saya pun, tak apa. Saya akan cari geng yg sekepala utk pergi dgn saya! Haha

* Anuar Zain @ IB 1st July, tengok MU kat Bukit Jalil 18 July, M.Nasir kat Stadium Negara 25 July... hmm... bila masa saya nak abiskan manuskrip kalau macam ni?? Ish...ish...

Friday, February 27, 2009

Tonight!!



Cant wait to go!! A concert which I wont miss it for the world!!



Nota kaki: Bukan saje 'Fariq' peminat fanatik M.Nasir... saya pun tau... hehe...

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...