Showing posts with label Melodi Kasih.. Show all posts
Showing posts with label Melodi Kasih.. Show all posts

Monday, December 17, 2012

Saya sayang karya saya (entry syok sendiri # 1)

Di penghujung2 tahun ni, bila tengok kalendar 2012 yg akan berakhir dan akan muncul pula tahun 2013... tetiba terlintas di fikiran... eh... dah 6 tahun rupanya saya terjun dalam bidang penulisan novel ni! Hmm...rasa macam kejap aje... rasa macam bertatih-tatih lagi... tapi sebenarnya saya dah boleh masuk kategori 'budak pra sekolah' yg berlari2 di keliling tadika!! Hehehe.

Saya mula menulis pada bulan Mac 2006. Menyerahkan manuskrip pertama ke tangan editor di Alaf21 pada Ogos 2006. Dan karya pertama saya diterbitkan pada Disember 2007.Sepanjang 5 tahun bernaung di GBK, 4 karya saya telah diterbitkan (hmm... should've been more if I were to write consistently... one novel per year, perhaps?) Tapi saya ni, bukanlah seorang yang consistent sangat (saya TIDAK menulis hari-hari). Saya juga tidak berdisiplin sangat (saya TIDAK menetapkan target date utk menyiapkan manuskrip) So, based on that two factors... berpuas hati sajelah dgn pencapaian yg ada... (jgn bnyak songeh... :P) 

Sebut pasal karya2 yg saya tulis sepanjang 6 tahun ini... sesungguhnya saya TERAMAT SAYANG pada semua karya2 saya. (Ni yg saya kata enrty syok sendiri dan perasan tahap gaban ni...hehe). Tapi kalau ditanya kepada penulis2 novel yg lain pun, mereka mesti akan jawab yg serupa. Mana mungkin penulis novel itu tidak menyayangi karya mereka sendiri, betul tak? 

Saya ingin kongsikan kenapa saya sayang karya2 saya. Entry # 1 ini, kita mulakan dengan Melodi Kasih (MK). Kenapa MK begitu melekat di jiwa saya... lantaran saya sayangkan MK ni...

1) Because of the storyline. 
Plot cerita yg agak berlainan bagi saya. Cerita ttg kawan2... how the main characters (Zaha, EJ and Iman) value their friendship despite the different family background and socio economic income. This story tribute to all my friends out there. You gals know who you are... yg menyumbang kepada naiknya bil telefon saya kerana asyik mendail nombor yg sama...hehehe. MK menitikberatkan soal persahabatan dan begitu dekat dgn jiwa saya yg mempunyai rakan2 baik selama berbelas tahun lamanya. Kalau Zaha. EJ dan Iman berkawan sejak umur 15/16 tahun, saya pula masih berhubung dgn segelintir kawan2 yg saya kenal sejak darjah 5 dan 6, tau! Haaa... lagi lama!! Sebab tu, masa menulis MK... mmg saya kerap membayangkan saat melepak dgn kawan2 saya tu.... how we talk, we advise and we tease each other. Character Zaha yg kerek sikit,  EJ si manja anak org kaya tu, Iman yg berasal daripada keluarga biasa2... semua tu bagai real characters yg ada di depan mata saya.
Sbb tu saya sayang mereka... :)

2) Because of the hero
Hero MK yg bernama Ahmad Fariq itu sesungguhnya pernah menggoncang iman saya ketika melakarkan characternya....hahaha. Watak yg saya cipta berdasarkan pemerhatian yg mendalam (deep observation) Fariq adalah kombinasi karekter lelaki2 yg saya kenali. A bit of my hubby, a bit of my friends, a bit of this and that guy... maka lahirlah karakter Fariq yg ada masanya blur, selamba dan humble. Dia boleh bertukar jadi sungguh gentleman (dan jiwang karat....haha) dan dia juga boleh jadi tegas dan garang. He's a highly principled man. He knows exactly what he wants in life. Karekter Fariq yg pelbagai itu dan dialog2 yg diucapkan (dialog merapu dia, dialog jiwang karat dan juga dialog selamba dia) menjadikan dia cukup hidup di mata saya.
Sbb tu saya sayang dia...:)

3) Because I enjoyed writing it
Mood saya semasa menulis MK selama 6 bulan tu... memang berada dlm keadaan superb!! Walaupun terpaksa berfikir dan menyelami banyak jiwa dalam MK (because there were many characters involved)... tetapi saya enjoy every moment of it. Saya bahagia (bagai dilamun cinta...hehe) bila menulis kisah cinta Zaha-Fariq. Saya tension (bagai nak mengamuk...hu hu) bila menulis kisah rumah tangga EJ-Taj yg sering hangat berantakan. Saya relaks (bagai tak ada masalah yg tak boleh diatasi) bila menulis tentang Iman-Huzir. Semua perasaan itu mendatangi saya setiap kali menulis bab-bab dlm MK. Imagine, how hard it was for me to turn the mood and feelings in each chapter of MK. Sekejap kena jadi independant dan ego macam Zaha. Kejap lagi kena jadi manja2 macam EJ. Lepas tu nak kena jadi macam Iman yg ala2 muslimah sikit tu. Itu yg menjadikan MK cukup istimewa di mata saya kerana saya boleh 'bermain jiwa' dgn macam2 karekter... berfikir dan menyelami 3 different ladies dalam satu masa.
Sbb tu saya sayang MK...:)   

Dan bila ada pembaca yg kata MK is THE BEST... memang saya cukup terharu dan berbesar hati. Senyum sampai ke telinga dan hati berbunga-bunga coz I know I have put a lot of effort in writing MK. Dan saya berterima kasih kpd semua yg masih menyukai MK serta menyebut2 nama Zaha, Fariq, EJ dan Iman. Kalau anda semua sayangkan MK... apatah lagi saya yg 'berulit' dgn mereka 6 bulan lamanya... tentunya bertambah2 sayang lagi... :) 

Love all of you...  MK lovers!!

P/S: Entry #2  seterusnya nanti, saya akan kongsikan kenapa saya sayang Kenangan Terindah (KT) pula, ek? :)


Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Bersempena hari guru hari ni, saya nak paparkan satu komen daripada salah seorang guru yg pernah mendidik saya di zaman persekolahan tentang penglibatan saya dlm arena penulisan novel (via FB)



Hari ini saya rasa bangga kerana dapat berjumpa dgn bekas student saya yang dah menjadi penulis novel.Saya sudah mula membaca novel yang dihadiahkan pada saya, dah saya dah mula rasa seronok dan tak sabar nak menghabiskannya.Thanks Hezzy.Kawan-kawan di pejabat begitu berminat pada novel tersebut dan ingin mendapatkannya. You are good Hezzy!



Dan komen beliau tentang novel pertama saya yang dibacanya iaitu MK (Melodi Kasih)



Hezzy, saya seronok baca Melodi Kasih. As a teacher biar saya komen ye? Cara awak menulis menunjukkan awak betul-betul tahu keadaan dunia perniagaan dan awak memang bagus. Mungkin susah saya nak buat perbandingan dgn lain-lain novel bahasa Melayu atau novel cinta-cintan tapi saya rasa taraf intelektual u sebagai penulis cukup baik.Saya tabik springgggg untuk penulisan yang betul-betul berkualiti.Syabas Hezzy, saya pasti akan jadi pembaca setia novel tulisan awak.




It's really an honour to know that ur masterpiece is being read by your former teacher. The feeling is so good... itulah yang saya rasakan sekarang ini!


Terima kasih cikgu... Selamat hari guru Pn Latifah Dol...

Tuesday, July 13, 2010

Antara debaran dan keriangan...

Cinta Tak Beralih (CTB) saya sudah berada di pasaran sejak sepuluh hari yg lalu. Walaupun seronok dan teruja kerana ianya sudah mula dipasarkan... saya sebenarnya masih berdebar menunggu reaksi dan komen pembaca. Masih risau jika CTB dibandingkan dengan Melodi Kasih (MK ) dan Kenangan Terindah (KT). Walaupun sebenarnya, MK, KT mahupun CTB punya keunikan dan kekuatan tersendiri. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan. Saya menulis ketiga-tiganya dengan perisa yg berbeza walaupun dalam acuan yg sama. Mcm mengadun kek la jugak... bekas acuannya serupa... tray yg empat segi tu. Cuma resepi dan ramuannya dipelbagaikan supaya terhasil satu kek butter, satu kek coklat dan satu lagi kek kismis...hehe.


Dalam saya berdebar ni, rupanya ada terselit keseronokan. Teruja sgt2 bila dpt tahu yg MK saya sudah 3 kali dicetak!!! Alhamdulillah... syukur sgt2. Saya memang berharap sungguh MK diulang cetak. Tapi bila tak de berita tentang hal tu... maka dlm keterpaksaan saya kena buat andaian yg MK tidak sepopular KT. Kena terima hakikat yg KT berjaya memonopoli sebilangan besar pembaca novel yg tega berbanding MK. Tapi rupanya, andaian saya meleset bila terlihat buktinya...









Saya tak tersilap tengok, kan?? Hehe. Seronok... seronok... seronok... I'm so proud of this unexpected personal achievement! Walaupun ianya bukan diulang cetak sebanyak 13 kali... tapi bagi saya, 3 kali pun dah boleh dibanggakan! Enough reason to cheer me up the whole day!!



Hmmm... teringat pada email yg diterima drp 'Uncle J' satu ketika dulu... MK should be the 2nd novel. thanks for the very good novel. betul2 enjoy. MK is like a Diamler while KT is a jaguar. MK is avangarde while KT is elegance. Dan tiba2 saya rasa rindu pulak pada Zaha-Fariq, EJ-Taj-Ku Ril & Iman-Huzir... :))))

Thursday, July 03, 2008

Can I give some constructive comments about your novel; Melodi Kasih?

1. The English wordings werent that great. There were some grammatical errors.

2. I think you've got what it takes to be a great writer in the Malaysian scene. So, pls dont just write what the masses want. You need to challenge yourself and I know you have the potential to succeed in a big way.

3. *CBNers are movers & shakers, there's no doubt about that. Hence, write something which is totally un-YOU. Explore and experiment. You might just end up embracing the experience.

4. Write something which is taboo in society. Open society's minds, that would be your contribution to society and making a mark in the writer's space. Society has been too conformist and 'sheltered' to the norm.

Hey, if I've stepped into your boundaries, my apologies.
Comments received via Facebook
*Convent Bukit Nanas

1) Maaf kalau English dalam MK tidak se’great’ yang diharapkan. I am a malay oriented novelist… may be, that is the cause of those ‘grammatical errors’.

2) Thank you for your comment. But as a new writer in the industry, in order for me to reach ‘greatness’, mass appeal is a prerequisite and not merely for own satisfaction. Sebagai langkah pertama, saya ingin menulis cerita yang simple tetapi bermesej. Sesuatu yang ada nilai komersial tetapi ada juga nilai moral. Sesuatu yang mungkin dianggap remeh tetapi ada impak tersendiri atau ada signifikasinya terhadap pembaca lain. Bila seseorang penulis menulis cerita yang agak berat dan sarat, ada kemungkinan buku itu akan menjadi ‘favourable’ hanya pada golongan tertentu sahaja. And when I started to write, yes I admit… I have in mind the readers who really enjoy reading malay novels.

3) True… CBNers are movers and shakers, we are made to set the difference by experimenting and exploring new ideas. Perhaps, in my next project… (after writing more than 3 novels or so, InsyaALLAH) I could try to write something which is totally un-ME. As for the time being, I want to write what I am familiar with. Something which is close to my heart… my friends, my surrounding and people whom I am associated with.

Ada pembaca inginkan sesuatu yang ‘dekat’ di hati mereka. Something similar to their life and experience, in which my writing could be a ‘mirror’ to the readers. I am not being exaggerating by stating this… tetapi ada pembaca yang merasakan persahabatan tiga watak utama MK iaitu Zahara Inas, Edrina Julia dan Iman Syukriah mengembalikan nostalgia mereka dan rakan-rakan. Ada pembaca yang menerokai watak Zahara seperti melihat kepada diri sendiri… (the fact that Zahara is a lady with big ego and she loves white color!) Ada juga yang kata watak Ahmad Fariq mengingatkan mereka pada seseorang yang mereka kenali. Dan tak lupa juga, ada yang mengaku pada saya, pengalaman Ahmad Fariq sama seperti apa yang mereka pernah tempuhi… (Yes… I’ve been there, I’ve done that!)
Tetapi ada juga pembaca yang mahukan sesuatu di luar persekitaran mereka. Dengan rendah dirinya, saya mengaku… I cannot satisfy or please everybody if MK is not up to the expectation or their high level of thinking. Apa yang saya tulis adalah berdasarkan pergaulan saya sehari-hari. Mungkin kerana itu, saya sedikit terbawa-bawa cara pemikiran dan pengalaman sendiri ketika menulis MK. It is kind of difficult not to write something which is totally un-ME. Seandainya saya menulis sesuatu dengan menjadi un-ME… then, I’ll be writing something based purely on assumptions and imagination and I do not wish to end up being an hypocrite!

4) Frankly speaking, that is what I wish to do… try to open up the society’s mind with my writing. Dan MK sebagai permulaan. To some urban mentality malays, watak2 dalam MK bukanlah sesuatu yg asing. Tetapi masih ada pembaca di luar sana yang mungkin terbuka serba sedikit minda mereka hanya setelah membaca MK. Bila selesai menamatkan MK, mereka mula terfikir segala kemungkinan dan persoalan e.g what if that incident were to happen to me? How would I react? Questions might have triggered the readers to open up their mind.

May be, you could share with me what you do have in mind about making the society to think ‘out of the norm’. But yet again, contractual obligations preclude me from exploring taboo subjects. I may share your views on this but reality dictates that we are actually a society of conformists and we abide by the norm which have positive and negative effects according to the circumstances in hand. There are times, we have to delve a little more deeper behind the reasons as to why are things as they are rather than being an idealist.

Nevertheless in short, I would like to express my gratitude and thanks for posting those invaluable comment.

Friday, January 25, 2008

Bab 31- Muka surat 215

Aduhai Kasih... Aduhai


Biar malam mentertawakan aku
Biar habis badanku dimamah rindu
Namun membiarkan ingatanku luput
Dari mengenangmu
Itu sama sekali tak kan ku lakukan
Habis apa lagi yang harusku hadapi
Untuk memiliki jiwa sepertimu kasih
Dalam seribu tak ada satu temu... sejuta hanya satu
Mimpikah aku kali ini
Bukan semudahnya ku berkata cinta
Jika hati tak tersentuh
Bukan semudahnya melepaskan dunia
Jika jiwa mencipta tembok kepalsuan

Aduhai kasih... aduhai
Sambutlah… sambut tanganku
Tak ingin hidup dalam kekosongan
Aduhai kasih… aduhai
Sambutlah… sambut cintaku
Tak ingin terlepas tak kesampaian

Sepanjang perjalanan iu, berulang kali Fariq menghayati lirik lagu yang sedang berkumandang. Itulah gambaran perasaannya pada saat hatinya benar-benar tidak keruan. Itulah melodi kasih yang berlagu di jiwa dan hatinya terhadap wanita bernama Zahara.

Sebenarnya, bukan saja 'Fariq' yg menghayati lirik lagu ini, saya turut mendengarnya lebih seratus kali! Semata-mata utk mendapatkan mood menjiwai watak Fariq… I guess that’s how a man would feel if ever being put in such situation!


Saje suka2 nak letak gambar ni kat sini...

Tuesday, January 22, 2008

The Making of Melodi Kasih...

Idea buat cerita ni, popped-up bila saya duduk makan dgn dua orang kawan sekolah yg dah lama tak berjumpa. We were catching up with each other’s stories. Seorang rakan saya single parent, seorang lagi masih single dan saya… a married woman. Dan semestinya, ceriter kitorg pun berbeza-beza dan pandangan serta perspective yg berlainan. Dari situ, tetiba saya rasa nak buat ceriter pasal tiga sahabat karib yg berlainan latar belakang, pengalaman and lifestyle.
Lama jugak saya simpan idea ni dlm kepala sebelum bersedia untuk menaip. Setelah saya puas hati dgn apa yg ada di fikiran, baru saya mula menulis. Bila sampai bab 15, saya rasa nak tukar jalan ceriter. I revamped the whole thing... shoot! I was actually writing crap! Tak bestnye ceriter saya ni, tak de arah tujuan… tak de substance! Syukur Alhamdulillah, then the idea just flow spontaneously and continuously.
Tapi ada masanya, saya stuck tengah2 jalan. Sampai seminggu dua tak bergerak-gerak. Writer’s block? That’s one thing. But on top of that, when I have to write about the corporate world. It took me quite some time to do it… to think deeply and to write accurately.
Sehinggalah akhirnya saya berjaya habiskan 62 bab dan berikan kpd kawan2 mintak komen. Masa tu… fuh, berdenyut-denyut kepala saya kerana radiation sbb bergayut berjam2 dgn kengkawan di handphone untuk discuss pasal klimaks dan pengakhiran ceriter ni. Ada yg suggest macam ni, ada yg suruh buat macam tu. Ada yg kurang berpuas hati dan tak kurang juga yg kata “stick to what you are writing… it’s your story!” Akhirnya, saya tukar jugak sikit. Saya terima idea yg baik dan cuba kekalkan originality ceriter ni. Akhirnya, habis jugak setelah bersengkang mata, memerah otak dan melenguhkan tangan selama 6 bulan.
Part yg saya enjoy bila menulis MK… setiap kali buat ceriter pasal my favourite couple; Zaha-Fariq. Kind of tiring at times, sbb diorg berdua ni selalu ada argument masing-masing. But one thing I enjoyed most, is writing about Fariq. Even though I’m the one who ‘created’ him but still, I can get amused and mesmerized by his character! I can imagine his cheeky smile whenever he teases Zaha; the lady with big ego. Not forgetting, his satisfaction laugh everytime he gets even with her. Dan muka Zaha yg selalu blush bila kantoi dengan Fariq tapi masih nak berlagak dan control ‘macho’ (bukan control ayu sbb Zaha sebenarnya bukan ayu sgt pun, mind you! haha).
Dan gambar ni, merely based on my imagination… ketika Zaha-Fariq berjoging. Terima kasih kpd Syukri Sharif… yg tolong visualised kan imaginasi saya ni!
Bila saya menulis tentang EJ-Taj, selalunya lebih dari sehari untuk siapkan satu chapter pasal diorg berdua ni. Saya kena transformed pemikiran utk jadi seorang yang berjiwa lembut tetapi ada masanya tegas spt EJ. Dan Taj yang arrogant, manipulator and not forgetting, pretender! Sbb Taj ni kaki putar belit sikit, jadi saya pun kenalah memutar belitkan setiap dialog dia… which is quite challenging at times, I must admit that (utk penulis baru spt saya!) When it comes to his argument with EJ…that will be a headache!
Iman-Huzir, I consider them as a normal couple. Took me just a few hours to do each chapter about them. Paling senang nak buat pasal diorg ni, sbb saya rasa most of us are like that, whether we realize it or not. Kesederhanaan diorg ni, spt kebanyakan pasangan lain. Sengaja saya potray lifestyle mereka yg serba serbinya sederhana but yet, they can live happily together. Of coz, semua org tak lari dari masalah. But they’ll get over it, somehow. Dan setiap kali saya menulis ttg Iman-Huzir, saya sering membayangkan couple yg tgh hot skrg ni… my best actress friend and her husband; Vee & Shidee!

Hope all of you enjoy reading it as much as I enjoy writing it (membaca MK utk enjoy jalan ceritanya. Coz MK is mainly not a sad story... bukan cerita yg akan buat anda meraung bila membacanya! hehe) Well, I wish I could satisfy everybody… but that’s quite impossible though. Maybe my novel is not up to your liking or expectation. Walau apa pun, sudi-sudilah memberi komen. So that I will improve in my next book (if there’s any!)
And Melodi Kasih is dedicated to all my friends; you know who you are! (esp those who consider me as their true friend, yg pernah mndengar keluh kesah saya, yg tergelak mengekek bersama saya, members of G21, suku sakat CBNers yg lainnya… yg masih menganggap saya kawan mereka!)

Thursday, December 27, 2007

Berakhirnya Satu Penantian...

There is a saying goes… “Your first novel is like your first baby!” And I agree with it 100%! Perasaan berdebar, letih menunggu, gembira, risau, teruja… semuanya bercampur aduk tatkala menunggu terbitnya novel saya, cuma tak ada contraction jer! Dan selepas menghadapi sedikit kelewatan, menghitung hari, menahan debar di dada, tidur pun tak berapa lena... akhirnya, penantian saya berakhir dengan lahirnya Melodi Kasih.

Alhamdulillah… kini Melodi Kasih sudah ada di pasaran. Walaupun ada masanya, saya masih tertanya “Eh, betul ke novel yg aku tulis tu dah keluar?” Antara percaya dan tidak… antara suka dan terharu.

Anda di luar sana, sudi-sudikanlah membeli dan membaca. This is how the cover looks like…presented by ALAF 21… (jgn salah beli, ye? Hehe) Go and grab one! And tell me what do you think of it. Sesungguhnya, saya akui, first attempt saya ni masih terdapat byk kekurangan dan mungkin juga ada kesilapan. Apa-apa pun, saya mohon maaf dan berilah komen yg sewajar dan sejujurnya agar saya dpt membaiki kelemahan yg ada.



MELODI KASIH
Harga: RM18.00

Penulis: Hezzy Azra
Halaman: 480
ISBN: 978-983-124-327-5
Sinopsis: Zahara Inas, Edrina Julia dan Iman Syukriah dilahirkan pada bulan yang sama tetapi menerima takdir yang berbeza-beza. Warna-warna cinta mereka juga tidak sejernih titisan embun.
Zahara yang pernah dikecewakan lantas mengunci jendela hati, tidak mahu bayu cinta berhembus lalu meniupkan taufan duka. Baginya hidup ini tetap berputar tanpa insan bernama lelaki. Namun sampai bila?
Setiap cinta Edrina tidak pernah kesampaian. Oleh itu dia akur pada percaturan keluarga, menerima Taj sebagai suami walau tiada perasaan cinta di jiwa. Malangnya, Taj sisipkan duri hingga tercalar pedih hatinya.
Istana cinta yang Iman bina bersama Huzir memekar bunga-bunga sayang bersama si cahaya mata. Tetapi ada jua gelora berombak menggoncang badai. Hanya pada cinta yang ikhlas mereka berpaut. Teguhkah cinta itu?
Ahh... Sukarnya mengungkapkan kata cinta. Tatkala ucapan cinta dilafazkan, bisa bergetar jiwa dan bergelora perasaan. Kalimah sakti ini jika mudah meniti di bibir, mudah juga dipersendakan. Lantas, tegakah insan-insan ini berhadapan dengan kemelut cinta masing-masing? Dalam benci, ada sayang. Akan ketemukah kebahagiaan yang didambakan?


Untuk langganan: sila layari www.alaf21.com.my

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...