Showing posts with label PBAKL. Show all posts
Showing posts with label PBAKL. Show all posts

Thursday, April 21, 2016

PBAKL 2016


To all book lovers... here comes the KL International Book Fair 2016!! From 29th April to 9 May 2016!!

Do take note, it's no longer held in PWTC. Instead it's going to be in MAEPS, Serdang. So, jgn pulak naik STAR or Komuter menghala ke PWTC ya?

Kat mana MAEPS tu? Alaaa... track yg selalu org pergi drifting tu! Tempat yg selalu buat exhibition and such. It's between Putrajaya and Bangi. Gunakanlah Waze atau baca signboard...sure anda boleh sampai. ;)

Pesta Buku kali ni saya takde novel baru dengan ALAF21 sbb novel tak siap2 lagi!! :((

Tapi kalau anda teringin nak cari novel2 lama saya spt MELODI KASIH, CINTA TAK BERALIH, AKU PLIH DIA, SEMERAH RED VELVET, SAH AKU CINTA KAMU dan DIA ANAK JENERAL...insya Allah ada dijual di sana dgn diskaun menarik. Just head on to HALL A1 Booth A1058-1067, A2 Booth A2099-A2018. Anda akan jumpa berpalet-palet novel!

Cuma novel Kenangan Terindah yg mungkin tak ada... sbb KT tu mmg dah habis stok sgt2. Belum ada perancangan untuk diulang cetak unless I request to print based on demand. But currently, I have no intention of doing so.

And not forgetting, my Antologi CINTA DIA will also be at HALL C Booth A3059. Akan ada saki-baki ACD di sana jika anda terlepas untuk memilikinya sebelum ini.

Dtglah beramai-ramai ya? I know....it's quite far compared to PWTC. Tapi kalau anda luangkan masa sehari suntuk di sana, saya rasa berbaloi untuk menjelajah setiap booth sbb gerenti semua buku akan ada potongan harga.



Wednesday, May 14, 2014

Sekitar PBAKL 2014

Jumaat, 25 April 2014
Sesi Santai Penulis bersama novelis Durrah Fatiha di Sudut Rehat & Baca Perbadanan Kota Buku

Bersama staf Kota Buku yg friendly. Terima kasih krn sudi menjemput saya dan Kak Durrah. Tahun depan jemputlah lagi...:)
Bersama adik2 dari Johor.
Introducing myself..."Saya ni penulis kecik-kecilan saja...ngeee!"

Promoting SACK & SRV.
Ohh.... rupanya adik2 dari UiTM Puncak Alam ni pernah baca SRV!! Suka akak, dik!!
Bertambah bersemangat akak berborak pasal SRV bila adik2 tu bertanya..."Mana dapat idea menulis SRV??"

Ahad, 27 April 2014
Di Dewan Tun Dr Ismail, Pavilion Grup Buku Karangkraf
Bersama 'presiden' kelab kipas (so called Fan Club) Raif Imran!! Hehehe
 Thanks Sh. Zarina for stopping by!
Athirah...been following Ian Redza, Emir & Raif Imran! :)
All the way from Temerloh...Cikgu Salina!
Another 'die hard' fan of KT from Trengganu...Iezza.
Cikgu Wan... another die hard fan of Raif Imran! 
Bersama bos besar Karangkraf...Dato Husamuddin dan rakan2 novelis.


Khamis, 1 Mei 2014
Di Dewan Tun Dr Ismail, Pavilion Grup Buku Karangkraf
Bersama rakan2 novelis.

Bersama Kak Sarofah, Norizan, Roosealiza and the 'small Irdina'! :)



Bersama geng2 hantu...(ni baru anak2nya...mak hantu tak turun masa ni...hehe)

Bersama Rozi...she too, has been reading my novels since MK.

Bersama Wana.
Bersama Kak Wan (she has read all of my books) dan geng novelis.


Small gifts yg saya berikan kpd mereka yg bertemu saya. Ada DIY keychain Sah, Aku Cinta Kamu, bear kecil, home made pretzels, B2B soap, notepad Sah, Aku Cinta Kamu.


Terima kasih kepada anda semua yg terus menyokong karya kecil saya. Sanggup datang meredah lautan manusia utk berjumpa saya.

Ada yang selama bertahun2 ini hanya 'berbual' di alam maya.... akhirnya kita berjumpa juga. Terima kasih krn meluangkan masa untuk singgah.

Ada yang baru pertama kali berjumpa dan beli karya saya... terima kasih byk2 kerana membeli buku saya di antara lambakan novel lain di rak.

Ada yang dah dua, tiga kali bertemu... terima kasih kerana sudi bertemu lagi.

Semoga sokongan dan ikatan ini terus terjalin di masa2 akan datang.

Tuesday, May 13, 2014

SACK during PBAKL2014

PBAKL dah berakhir almost two weeks. Agak lambat saya update blog ni. (Biasalah... bila tetiba berada di dalam zon malas!!)

Tetapi rasanya masih belum terlambat utk berkongsi sedikit kegembiraan ini...



Eh, SAH, AKU CINTA KAMU berada di atas palette 'NOVEL BEST SELLER'!! Alhamdulillah... ada rezeki SACK utk berada di atas palette itu!! :)

Saya berkongsi kegembiraan itu dgn editor saya yg memang kebetulan berada di tepi palette itu. Kami sempat berborak2 pasal SACK dan langsung saya teringat komen dia yg pernah tersiar di laman FB saya sebulan yg lepas.

Komennya:

Hari ini terasa ringan aje nak buat TEASER lagi.
^^ Kali ni, karya hasil air tangan penulis, 
Hezzy Azra.Penulis yang patut anda UNDI untuk ANUGERAH GRUP BUKU KARANGKRAF 2013! Novel 'Sah, Aku Cinta Kamu!' Sebuah garapan yang cukup 'sweet-sweet' gitu. Tengok sahaja kulit bukunya, sudah melambangkan betapa romantiknya hubungan percintaan mereka, Irdina Jasmin dan Raif Imran. Semasa menyunting novel ni pun, saya sudah cair berkali-kali dengan sikap romantik Raif. Terus rasa nak jadi heroin dalam cerita ni. Ops! Setiap kata-kata yang dikeluarkan oleh Raif, saya pasti ada pembaca yang tersenyum-senyum sendiri, tergelak dengan gelagat Irdina dan Raif dan mungkin ada yang 'fefeling' gitu. Ngee~


Kalau anda masih rasa cuak dan waswas nak beli dan baca karya kecil saya ni... takut kalau beli tapi tak memuaskan hati, bimbang jika rasa rugi membelinya... cuba anda hayati kata2 editor saya di atas tadi...ngeee. Mungkin boleh terbuka hati anda untuk membaca kisah Raif Imran & Irdina Jasmin ini. 

Ya...saya akui, SACK ada kekurangannya...ada kelemahan dan kesilapannya. Tapi percayalah, saya sudah cuba buat yang terbaik utk SACK. Bukan sekadar menulis sesuka hati untuk membanyakkan muka surat dan menebalkan buku semata-mata....;)

Tuesday, April 22, 2014

Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC

Tinggal dua hari sahaja lagi berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa KL 2014 di PWTC yg akan bermula pada Khamis 24 April - Ahad 4 Mei 2014!! Selama 11 hari tuh nak memborong buku!!!

Teruja??

Saya pun!!! Walaupun saya rasa ini dah kali keempat saya bertugas sempena PBAKL. Tahun2 lain tu dtg menyibuk2 jer...huhu. Tetapi saya masih rasa seronok dan teruja sbb this is the only time I can meet my readers. Waktu2 mcm ni lah, kita akan tgk kiri kanan tangan sarat dgn buku2...and I always wonder, how much do they really spend on books?? Sbb saya sgt2 amazed!!


Ini pula jadual penulis ALAF21 yg akan bertugas. Saya akan berada di Pavilion Dewan Tun Dr Ismail pada Ahad 27hb April dan Khamis 1 Mei dari pukul 10 pagi - 2.30 petang. Meh la datang beli novel2 saya (SAH, AKU CINTA KAMU, SEMERAH RED VELVET, AKU PILIH DIA, CINTA TAK BERALIH, KENANGAN TERINDAH dan MELODI KASIH) kerana ada sesuatu utk anda nnt...:)



Dan saya juga ada sesi SANTAI PENULIS @ SUDUT REHAT & BACA KOTA BUKU bersama Novelis Durrah Fatiha pada Jumaat 25 April jam 3 petang. Meh la duduk berborak dan bersantai bersama kami ye...:)

See u guys there!!

Wednesday, May 08, 2013

Coret-coret PBAKL di PWTC

Pesta Buku Antarabangsa KL sudah pun berakhir pada Sabtu 4hb Mei yang lepas. Berakhir dlm keriuhan dan kesibukan PRU13 yang juga sudah berlalu pada 5hb Mei.

PRU13!!! Err...buat masa ni, saya belum bersedia untuk menulis atau komen apa2 ttg PRU13 (err...macam calon yang kalah bertanding aje!! :P) I will have another entry about my voting experience or GE13 in general, some other time... bila keadaan dah sejuk sikit. Coz right now, the 'heat' is still on...tersilap cakap atau tersalah tulis nnt... will blow things out of proportion. Or to make things worse... keadaan akan menjadi lebih kritikal!! Peace everyone!!

So, mari kita cerita tentang yg indah2 dan santai2 saje. ;)

Sudah lama sebenarnya saya tidak bertugas di PWTC sempena PBAKL. Kali terakhir rasanya pada tahun 2009 (masa tu KT saya baru 5 bulan diterbitkan) Dan selepas 2009, saya menjejakkan kaki di PWTC hanya sebagai pengunjung yang meramaikan lautan manusia di sana. Al-maklumlah... saya ni bukan keluar novel tiap2 tahun. Kalau ada pun novel, keluarnya bukan musim PBAKL. Maka, ketiadaan saya di meja penulis tu mmg sudah dijangkakan...hehe.

PBAKL kali ini, menemukan saya dengan :-

1) pembaca yg mengumpul kelima2 novel saya. I really thank you all for that esp Puan Latifah, yg dah ada satu set novel saya di rumah, tetapi beli satu set lagi yang baharu kerana inginkan tandatangan penulis TIDAK DIVA seperti saya ni. I am so touched!!!

2) pembaca yg pertama kali membeli novel saya. Mainly pembeli SRV... saya ucapkan terima kasih juga kpd anda. Moga 'red velvet Raina' memenuhi citarasa!

3) pembaca yg dah lama mengikuti karya kecil-kecilan saya dan kami bersembang di FB. Di PWTC akhirnya kita berjumpa spt Kak Nor, Kak Wan, Kak Norizam, Safiah, Tulip Desa and a few others. Maafkan saya jika tertinggal nama anda... tetapi saya tetap hargai kehadiran anda!! Means a lot to me!!

4) rakan2 penulis yang hebat2 belaka...antaranya Nazurah Aishah (penulis Jemari Seni) yang baharu kali pertama bersua muka. Satu perjumpaan telah diatur antara saya dan dia lantas kami bertukar SRV dan BHAK (hehe... macam ada press conference pertukaran MOU la pulak!!) Thank you sis Naz for reading my novels!! And congratulations on your birth of Bukan Hanya Ada Kita (BHAK...am reading it!)

5) rakan2 yg dah tak berjumpa bertahun2 lamanya i.e Marziah (ex classmate), Kak Siti Mazlin (senior in CBN), Anie (junior in CBN), Ina (we used to go to the same tuition centre). Alhamdulillah,  good to see all of you again after almost 20 years!!

These are some of the pics. Terima kasih byk2 krn sudi tag saya di FB...:)
 Bersama adik-adik novelis yang hebat; Liza Nur & Weeda Airiza
Bersama kakak-kakak novelis yang gempak; Haiza Najwa, Raihan Zaffya and our Chief Editor; Puan Saadiah.

Tahun depan 2014, adakah saya akan berada di PWTC semula?? Semuanya bergantung kpd manuskrip ke 6 yang sedang saya usahakan ini!! Talking about it....adoooiii.... rasa nak menjerit dan meraung aje!!! Where's the momentum???

Thursday, April 25, 2013

Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC (26 April - 5 Mei)

PBAKL@Pesta Buku Antarabangsa Karangkraf 2013 akan bermula SATU (1) hari lagi!!!

Jom ramai2 ke PWTC dan temui saya di Dewan Tun Dr Ismail pada 1hb Mei 2013 bersamaan hari Rabu!!

Serta dapatkan diskaun menarik utk pakej empat novel keluaran Mac 2013 i.e Semerah Red Velvet dan kawan2 iaitu Hati Kita Satu, Cinta Bunga Tulip dan Abah, Adik Nak Kahwin for only RM67!!

Ini jadual penuh penulis yang bertugas di PBAKL pada 1-4 Mei nanti. Bolehlah anda susun semula jadual kedatangan anda jika mahu bertemu dgn penulis2 yg hebat itu!!!

Wednesday, May 09, 2012

PBAKL di PWTC...

 With novelist Haiza Najwa & Damya Hanna.
 With celebrity chef & novelist Norzailina Nordin
 With novelist Hasreyati Ramli
With big boss of GBK; Puan Fir and other novelists; Fida Rohani, Azilah Wahab, Herna Diana, Eka Fahara & Damya Hanna.

Saya tidak bertugas semasa PBAKL yg baru saja selesai hari Ahad lepas. Tapi saya dtg untuk menjenguk kwn2 dan meninjau crowd yg ada (kot la ada yg berebut-rebut hendak membeli novel saya....ahaks!!!)

Seronok bila tgk kwn2 bergambar dgn novel terbaru masing2... Kak Eka Fahara, Kak Norzailina Nordin dan Kak Hasreyati Ramli.. Novel terbaru saya??? Alahai.... jauhnya lagi nak siap!!! :((

Thursday, April 26, 2012

Pesta Buku Antarabangsa KL 2012 di PWTC

Anda dah teruja untuk membeli-belah segala bahan bacaan? Sudah mula terhidu bau buku baru?? Sudah sediakan shopping list buku apa yang mahu dibeli???

Maka, panjang-panjangkanlah langkah anda ke Dewan Tun Dr Ismail di PWTC bermula esok 27 April hingga 6 Mei 2012 untuk memborong buku2 keluaran GBK (secara amnya) dan novel2 saya... seperti di dalam gambar di bawah (secara khususnya...hehe)

Let's serbu!!!

** alamak... gambar ada sikit gelap la!! Tak cukup lighting ni!! Mungkin kena pakai LED directional bulbs kot...ada mana2 lighting manager LED boleh beri advice? ;)

Saturday, April 16, 2011

Pesta Buku Antarabangsa KL 2011

Bahang pesta buku antarabangsa KL di PWTC semakin terasa. Datanglah beramai-ramai ke PWTC bermula dari 22 April hingga 1 Mei 2011 jam 10 pagi hingga 9 malam dan jangan lupa kunjungi booth Grup Buku bertempat di Dewan Tun Dr Ismail. Untuk makluman semua, saya tidak bertugas sempena pesta buku kali ini. Tapi insyaALLAH, mungkin saya akan turut berada di PWTC pada hari rakan-rakan novelis saya bertugas. Bukan sebab saya muka tak malu... hehe... tapi saya juga ingin menemui rakan-rakan yang novel mereka sedang meletup-letup sekarang ni :) Ini pula kupon diskaun kpd mereka yg obseskan buku.

Cetak kupon diskaun ini dan bawa bersama apabila membeli buku-buku terbitan Grup Buku Karangkraf.

* Kupon diskaun ini hanya sah sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 yang berlangsung dari 22 April - 1 Mei 2011 di Dewan Tun Dr. Ismail.

* Hanya sah bagi buku-buku terbitan Grup Buku Karangkraf sahaja.

*Kupon diskaun ini hanya sah dengan satu (1) resit pembelian sahaja.

*Sila serahkan kupon ini kepada juruwang di kaunter bayaran.


So, kepada mereka yang bercita-cita untuk mendapatkan Melodi Kasih, Kenangan Terindah dan Cinta Tak Beralih saya... jangan lepaskan peluang membelinya dengan diskaun yg terhebat ini!!!

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...