Showing posts with label Dia Anak Jeneral. Show all posts
Showing posts with label Dia Anak Jeneral. Show all posts

Monday, January 22, 2018

DIA ANAK JENERAL

Assalam...

Again... I neglect my own blog!! (Probably due to the ups and downs in the year 2017... sampaikan selalu lupa ada blog...huhu)

Neway, now that I'm back... dan sebagai pembuka tirai 2018, meh kita share yg best2 je.

Starting from 24th Januari 2018... akan bermulalah tayangan drama adaptasi DIA ANAK JENERAL pada setiap Rabu & Khamis jam 8.30 malam di TV2.

Kepada sesiapa yang dah baca novelnya, jgn ketinggalan menonton dramanya. Kepada sesiapa yg belum baca, sila beli novelnya dan boleh baca sambil2 menontonnya... hehe.

But dont expect sebijik-sebijik dalam novel akan ada di layar tv. Pasti ada perubahan dari novel asal bila divisualkan utk tayangan umum. Jadi... pesan saya, marilah kita sama2 menontonnya dgn lapang dada dan minda...hehe.

Jgn lupa tau, Rabu ni!!

Tuesday, August 01, 2017

Behind the scene drama DIA ANAK JENERAL

Assalamulaikum semua....

Ada lagi ke orang yg baca blog saya ni?? 

Sbb tuan tanah sendiri pun dah lupa nak berblogging!! And yes... sbb lama sgt tak menulis kat sini... I almost forgotten the existence of this blog and how to write an entry!! :P

Dah masuk tahun baru... dah puasa...dah raya... jemaah haji pun dh mula berangkat ke Tanah Suci, marilah kita aktifkan semula blog yg sudah lama tak ber update ni ;)

Apa nak citer ek?? :P Byk citer kalau nak citer... setahun punya stok cerita!! Hehe. 

For a start, let me share all these photos with all of you ... bagi anda yg berminat nak tau...;)













Ni lah gmbr2 BTS drama DAJ. Yeah... I think most people dah tahu kot... yg novel ketujuh saya DIA ANAK JENERAL sudah diadaptasi. Shooting pun dah lama habis. It started in January 10th and ended in April 3rd 2017. Drama ini ada 26 episod. Teraju utamanya; Dato Ahmad Tamimi Siregar (Lt.Jen Hambali), Niena Baharun (Nur Syirin), Fattah Amin (Zakhif), Mas Kan (Nukman), Aida Khalida (Noriah) dan ramai lagi. 

So skrg ni marilah kita menunggu tarikh tayangannya di TV2 RTM, ok? It is scheduled in October 2017...InsyaAllah. :)

Wednesday, July 20, 2016

Bakal diadaptasi!!

Syukur Alhamdulillah...setelah hampir setahun DAJ 'dilamar' oleh dua production houses untuk dijadikan drama dan telah pun dihantar ke dua stesen televisyen... akhirnya DAJ menjadi milik A.Aida Production dan akan disiarkan di saluran RTM.

Tetapi slot apa, bila tarikh siaran, siapa yg bakal pegang watak Zakhif, Syirin dan Lt. Jen. Hambali... semua tu belum boleh saya jawab lagi. Poster ini sekadar proposal penulis skripnya. Masih jauh 'perjalanan' DAJ sbb belum pun mula shooting lagi!! :)

Biar siapa pun barisan pelakonnya... let's hope that the actor/actress dapat menjiwai watak Zakhif, Syirin dan Lt. Jen Hambali. Bagi saya, emosi dalaman Zakhif, Syirin dan Lt. Jen. Hambali sgt penting untuk menghidupkan watak. Semasa menulis DAJ, saya tak ambil kisah sgt dari segi lokasi, tempat2 menarik or anything related to that. Sbb saya bukan tulis travelog....hehe. Tapi DAJ saya tulis dgn penuh mainan emosi dan pemikiran utk setiap karekternya. Adaptasi bukan sekadar mevisualkan apa yg saya tulis dlm DAJ tu... tapi memberikan gambaran yg tepat ttg emosi yg dialami oleh watak2nya di dlm beberapa situasi. Jadi, siapa pun pelakonnya... harap2 lakonan mereka boleh memberikan impak yg mendalam kpd sesiapa yg menontonnya nanti. Harap2 pengambaran drama ini nanti berjalan lancar. Harap2 drama ni nanti meletopsss (sbb saya tak sampai hati utk kecewakan pembaca2 tegar DAJ dan peminat2 Zakhif - Syirin...hehe)

Sebenarnya drama adaptasi novel ini sgt besar risikonya... it's either meletops or it's a flop ! ;)
But despite all that, as a small time writer, it has always been a dream to see my novel being adapted into a film/drama. Sudah tersurat... akhirnya novel ketujuh saya yg terpilih. And I hope... this is a start to another career path. Mudah2an lps ni... menyusul pula Aku Pilih Dia, Sah Aku Cinta Kamu, Semerah Red Velvet, Cinta Tak Beralih, Melodi Kasih dan Kenangan Terindah di skrin tv atau panggung.... amin.

Tuesday, March 29, 2016

Kraf Karya at Bernama Radio

ISNIN, 28 March 2016 - Bertempat di Bernama Radio, Wisma Bernama saya mempromosikan novel ketujuh saya; Dia Anak Jeneral di dalam slot Kraf Karya bersama DJ Shu.
Eh...apsal tetiba entry saya mcm berita lak? Mentang2 pergi Bernama... :))

Here are few pics taken. I had a great time in the studio with the DJ. Walaupun pada mula mcm nervous sikit...(even though this is my fourth time on air tapi saya masih gugup!!) tapi bila mula bercakap ttg dunia penulisan saya secara umum dan DAJ secara khusus, mmg saya akan excited terlebih :))



Mujur slot ni 45 minit jer. Kalau lebih, agaknya habis semua sinopsis novel saya kongsikan!! ;) I just love talking about my books and my fictional characters... because my own life now is a bit haywire!!:(

Tuesday, September 15, 2015

Saya sayang karya saya (Entry syok sendiri #7)

Dah lama saya tak buat entry syok sendiri ni!! So now I'm back being syok sendiri for the seventh time to write about DIA ANAK JENERAL :)

Apa istimewanya novel ini di mata dan di hati saya?? Sehingga saya sayang dan ada ketikanya masih angkut ke hulu ke hilir sumbat dlm handbag?? Statement poyo  :P

1) Kerana tajuknya
For the very first time, the title was inspired by me!! My idea...you know??? Hahahaha... bangga wooo!! :)) Sejak saya menulis manuskrip pertama lagi, saya mmg fail bab tajuk ni. Tiap kali hantar manuskrip, tajuk mesti kena 'tendang' masuk tong sampah!! Tapi untuk DAJ ni, dari mula saya create file di Words pun, saya dah letak tajuk DIA ANAK JENERAL. Rasa mcm kena aje tajuk tu dgn jalan cerita yg saya dah rangka. Unlike the previous manuscript...saya akan tulis 'The 1st, The 2nd, The 3rd'.... and list goes on. Semua bagi nombor je.. sungguh tak professional...huhu. Tapi yg ni, dgn yakinnya saya menamakan DAJ. At first bila sampai meja editor, diorg suruh tukar sbb dah berlambak novel guna 'Dia' as title. Yes... I tend to agree with that argument. But as the editor evaluate and read the whole manuscript, I think she can see why I put that title. Kalaulah kata Syirin tu bukan anak jeneral...anak pengetua sekolah ke...then there wont be a story, right? The whole conflict arise because she's the general's daughter (walaupun ada yg suggest tajuk patut ditukar kpd DIA MENANTU JENERAL krn Zakhif lebih mendominasi keseluruhan cerita...hehe). But well, I'm sorry, it's a bit too late to change the title by now...:) And when the editor decided that we should stick to that title...gumbiranya rasa hati! Kali pertama tulis novel dgn tajuk sendiri...:)

2) Kerana heronya bukan kaya raya, raya, raya
Kali ni saya nak bereksperimen dgn watak hero yg biasa2 jer i.e contractor cum plumber!! Saya tahu, pasaran utk hero2 yg kaya raya dan gempak ni mmg ada. Tulis citer mcm tu... sure org beli punya. Tapi saya dah malas nak tulis hero yg gah-gah, gempak2, CEO syarikat juta2 who drives a Porsche, Beamer, Merc or Jag. Saya nak cuba sesuatu yg baru...something closer to reality and our society. Saya tak mahu tulis hero yg menonjolkan kemewahan. Saya tak mahu lakarkan watak hero yg menjadi rebutan dan impian seantaro gadis Malaya...jadinya, saya ketengahkan watak Zakhif yg cuma seorang contractor cum plumber. Dan saya nak tgk sambutannya... boleh 'jual' ke hero mcm ni?? Ada ke yg nak beli novel saya kalau heronya bwk pick up truck?? Well, this is just a matter of exploring new things. Tapi drp feedback yg saya terima... ramai jugak yg senang dgn watak Zakhif. Yg sudah jatuh hati pada hero yg biasa2. Kalau selama ni sure ramai tak heran dgn plumber kannnn??? Haaa... lps baca DAJ, mesti kalau nampak plumber, kita akan pandang dua kali!! :)) Okay...okay...I was exaggerating!! Makanya, ada sebablah saya sayang DAJ ni... kerana ramai juga yg sayangkan hero yg TIDAK kaya raya, raya!!

3) Kerana jalan ceritanya
Nak kata jln cerita DAJ ni best sangat... saya mengaku taklah best sangattt pun!! Rating kat Goodreads tu tak pun berbintang2 byknya. And novel saya ni pun bukannya talk of the town. Tapi apa yg saya personally suka... sbb ia berkisar ttg pemikiran dan pendirian seorang ayah yg berpangkat Lt. Jeneral, konflik seorg anak Jeneral dan dilemma seseorg yg out of nowhere...'ter' stuck dlm kehidupan keluarga Jeneral. Selalu yg kita baca, konflik mak mertua dgn menantu pompuan... and it always due to perbezaan taraf/darjat. Dan kali ni, saya cuba mencabar diri menulis ttg pak mertua yg tak suka menantu lelaki. And it's not so much of taraf or darjat... tapi fokus lebih kpd seorg civilian dan anggota beruniform. Tentang pemikiran dan ego dua org lelaki yg lain latar belakang. Kalau selalu kita dimomokkan dgn cerita menantu perempuan yg sabar... kali ni saya cuba sampaikan cerita menantu lelaki yg sabar. Dan bila baca feedback pembaca... saya rasa saya sudah berjaya (walaupun bukan 100%) mencipta satu cerita yg tidak klise. Percaturan saya menjadi (walaupun bukan 100%) tapi ia ada impak tersendiri. Sbb tu saya tetap sayang DAJ!!

Walaupun ada yg kata DAJ ni tak seBEST karya2 saya yg sebelum ini terutamanya SAH, AKU CINTA KAMU! tapi bagi saya, anda ada preference sendiri and I cannot please everybody. Sejak dari awal lagi, saya dah boleh rasa, ramai pembaca yg akan compare DAJ dgn SACK... tapi bagi saya, kedua-duanya ada kekuatan tersendiri. Saya akui, DAJ tak byk scene lovey-dovey, sweet melting, tahap lori gula tumpah atau overdose dgn hero yg romantik... tapi bagi saya, kalau dah selalu sgt disajikan dengan makanan yg manis2, sesekali kita nak tukar juga selera dgn hidangan yg masam2, pedas2, masin2 skit. Kalau dah biasa sgt mkn steak di restoren eksklusif, apa salahnya sesekali mkn kat tepi jln pekena cendol dan rojak...ye tak?? ;)

Kalau ada yg masih belum baca DAJ... silalah cari di kedai2 buku berhampiran ya? Kalau payah sgt cari2 tak jumpa... you can purchase via WHATSAPP 01129061240. You can even buy from me directly...
PM saya di Facebook (Hezzy Azra) or
Instagram (Hezzy Azra) or
email: hezzy_azra@yahoo.com



Thursday, September 10, 2015

DIA ANAK JENERAL goes for 2nd printing


Syukur Alhamdulillah...DAJ goes for 2nd printing after 2 months being published.

Cetakan kedua... bukan 22... tapi saya tetap gumbira!! Dlm kegawatan industri novel skrg ni... bila dpt tahu novel diulangcetak, mmg sesuatu yg amat menggembirakan. Masih ada rezeki saya dlm bidang ni w/pun novel saya belum pernah terpilih utk diadaptasi...

So, kalau ada di antara anda yg tercari2 DAJ di kedai2 buku tapi DAJ dah habis stok...tunggu seminggu dua lagi. ok? By then mungkin kedai2 buku tu akan replenish DAJ.

Kepada sesiapa dah beli DAJ tapi masih cuak nak baca DAJ ni (sbb dgr2nya DAJ ni tak macam novel saya yg sebelumnya) silalah scroll blog saya ni...ada few comments/feedback that I have received and shared here. Atau tak pun, jengah ke Goodreads...mcm2 reviews on DAJ kat situ. Lepas anda baca, let's share your views and thoughts with me. I'm open for any feedback...:)

Kepada mereka yg dah baca DAJ...tq so and very much!! Anda yg telah menyumbang kpd ulangcetaknya DAJ!!

Tuesday, September 01, 2015

DAJ after 7 weeks...

DIA ANAK JENERAL officially out from the factory on 9 July 2015.... about 7 weeks ago. And reached the bookstores nationwide probably in early/mid August 2015.

And last Sunday... 30th August 2015...DAJ was still in the chart. Masih dpt mengekalkan kedudukan di dalam carta 'Terhangat' di Sinar Harian slps 7 minggu. Alhamdulillah. Walaupun tangga kedudukannya kejap naik...kejap turun dlm carta tu...but still, I'm happy about it!! Rasa berbaloi menulisnya selama setahun walaupun ada yg kata DAJ paling sikit pengisiannya berbanding my previous novels. "Less isi but most liked..." kata sesorg. Apa2 pun... I'm okay with that comment...:)

Tq...tq... to those who bought DAJ!!



Tq...tq...dear friend who's promoting DAJ!!

Promoting DAJ while celebrating Merdeka Day!!

Though we might have different views on current political scenario or perhaps, disagree with some decision made...but being Malaysian...we (me and my friends) love our country!

Semoga tanah air tercinta ini kekal 'merdeka' utk generasi anak2 kita...(AHA in the picture represent our next generation!)

Tuesday, August 25, 2015

Is DAJ up to your liking??

'LIKE' or 'SUKA' is a very subjective word. The degree of 'suka or like' has a big range or huge scale, we have to admit that.

Saya tahu, selera pembaca di luar sana pun berbeza. It varies from one and another. Ada yg 'sukaaaa sgt' dan ada yg 'suka biasa2 je'.

As for DAJ...yes so far I have received varies comments. Ada yg kategorikan sbgai 'besttt sgt'...ada yg sekadar kata 'best'. Mcm minum nescaffe tarik la kan? Ada yg suka nescaffe tarik manis2...smpai melekat manisnya kat tekak. Tapi ada juga yg just fine with the nescaffe tarik kurang manis. Mcm tu jugaklah DAJ ni.... ada yg kecewa sbb DAJ bukan 'manis-bergula-lemak- berkrim-disukai-ramai' spt SACK (the fact that Zakhif is as not as hottie as Raif Imran...hehe) Tapi ada juga yg sukakan karya yg manisnya biasa2 saja.

But whatever it is, I shall thank all of you my readers for accepting DAJ the way it is. Mungkin DAJ bagi anda masih ada kurangnya sana sini jika dibandingkan dgn novel2 lain yg membanjiri pasaran. Probably DAJ is not up to your expectation like my previous novels (tapi percayalah... saya dah cuba buat yg terbaik utk DAJ). But the fact that you can still pick DAJ from the book shelf and read it till the last page...I'm very much delighted. Syukur alhamdulillah.

Ni masuk bab promosi... to those yg masih belum beli DAJ...sudi2kanlah beli ye...hehe 

Boleh WhatsApp ke nombor di bwh ni 011-29061240 (Karangkraf Mall) or just click the link below to purchase online.

And here's a few feedback I recieved via FB Massenger. Terima kasih kpd Kak Mid & Elyyn utk feedback yg cukup manis bagi saya... I loike nescaffe tarik (be it manis or kurang manis...semua saya hirup...hehehe)

Saya ni x reti nk bg ulasan pnjg lebar mcm org lain. Yg saya tau, saya enjoy bca ur novel n always teruja nk tgu yg baru hihihi. Anyway nk ucap syabas n tahniah pd Hezzy utk karya yg trbaru dan teruskn berkarya ya coz saya akan terus setia mmbacanya. 
Komen utk DAJ , novel yg bagus dgn jln cerita yg trsendiri. I loike ur skill. Once ala2 nk trpikat gitu mcm trasa2 diri jdi heroin hihihi. Cuma mungkin previous novel lg heavy temanya..yg ni agak santai sikit. Overall tahniah and keep it up..

Assalamualaikum... Saya dh abis bc DAJ. Awal-awal baca...feel dia mcm CTB..tak sangka pulak mmg ada wtk Shaq-Larra .hehe. DAJ pd saya byk panduan yg blh diambil. Sbg contoh, dlm kehidupan.terutama hubungan antara anak dan bapa,suami dan isteri dan antara teman teman. Saya paling suka dgn sikap Syirin. Dalam kerasnya...dia ttp menurut kehendak si tuan jeneral dan cuba berikan yg terbaik dan peluang kpd Nukman walaupun di hatinya tlh mula terukir nama Zakhif. Sikap pentingkan diri Nukman dan Diara buat saya rasa nak bg pelempang. Demi kebahagiaan diri sanggup mengkambing hitamkan kehidupan org lain. Dan Zakhif pula sikap yg terlalu prihatin pd kesusahan masyarakat sekeliling hingga lupa apa keutamaan dlm hidupnya. Tak salah kita pergi memcurahkan bantuan tapi setiap yg kita lakukan perlu ada hadnya. Jgn sampai apa yg dikendong berciciran. Utk tuan jeneral plak...sbg bapa tidak salah dia memilih yg terbaik utk anaknya cuma apabila kriteria pilihan lebih bersandarkan kuasa,pangkat dan kesenangan... kebahagiaan seorg anak menjadi taruhan. Dan benar bg dikata,adakalanya yg dibenci itu merupakan yg terbaik utk kita.

Wednesday, August 12, 2015

Apa kata mereka ttg DAJ??

Sudahkah anda memiliki DIA ANAK JENERAL?? 

Kalau ada yg waswas nak beli DAJ tu.. sbb tak sure best ke tak, DAJ ni ceritanya 'keras' ke 'lembut', menepati citarasa atau tidak... saya sarankan anda baca beberapa komen yg saya terima ni.

Bukan nak membangga diri, saya tahu karya saya masih tidak sehebat mana. Karya saya masih ada lompongnya sana sini. Masih ada kekosongan yg perlu diisi...bukannya karya yg penuh pengisian spt karya org lain. Atau sebuah karya yg sweet2 i.e sayang-sayang atau I-LOVE-YOU and YOU-LOVE-ME (DAJ lain 'kemanisannya' berbanding dgn SACK! hehe)

Cuma, apa yg saya ingin kongsikan di sini...feedback drp mereka yg tersentuh hati dgn karya kecil saya ini. Ada yg beremosi, ada yg bernostalgik... jadi bacalah dgn mata hati...
  

Cerita yg bagus . Tahniah utk hezzy .

Dah habis baca cerita menarik kisah kasih sayang keluarga. Ok x ada tension2 smooth je.... cuma geram sikit kat nukman sbb tamak dan nak mempergunakan syirin utk dpt lesen kawin lagi satu.
Akak suka cite mcm ni... menarik x perlu konflik2 yg besar. Hero yg cool dan low profile. .. bukan anak dato or tan sri...Sesuai dgn taste akak ...x ada konflik berat2 org jahat dendam pengoda
Terkedu jap bila part merisik, dia org kena nikah tu. Tabik kat Zakhif tu..sbb sabar aje ngan kerenah pak mertua.

Sedih ckit bila Zakhif dpt jumpa ngan keluarga arwah mak & ayah dia.

Apa2 pun citer mmg best.
Carta TERHANGAT DI PASARAN dlm SINAR HARIAN edisi 19 Ogos 2014. 
DAJ menduduki tangga ketiga selepas seminggu keluar kilang!!
Alhamdulillah... 


Carta TERHANGAT DI PASARAN dlm SINAR HARIAN edisi 9 Ogos 2015. 
DAJ di anak tangga PERTAMA...
YA ALLAH...syukur Alhamdulillah.
Rasa nak lompat bintang!!!
Dah lama novel saya tak dpt no 1 dlm carta nih...tu pasal excited terlebih!! 


Terima kasih kpd yg yg sudi baca DAJ. Terima kasih kpd yg sudi bagi feedback (Kak Noor & Rozi) Dan terima kasih krn anda sudah meletakkan DAJ dlm carta TERHANGAT DI PASARAN!!


Monday, August 10, 2015

At MPH Nu Sentral... cerita semalam

I was at MPH Nu Sentral yesterday promoting DIA ANAK JENERAL with few other writers. Sesi berbual santai saje... getting to know me (penulis bilis ni) & my novels. 




Terima kasih kpd pihak MPH & Karangkraf yg menganjurkan sesi ini. Terima kasih kpd rakan2 pembaca yg sudi hadir despite the heavy traffic. Sampai ada yg sanggup turun naik komuter dan kemudian memeriahkan suasana di MPH tu...saya hargai kedatangan anda! 
Dan setakat 9 Ogos 2015, DAJ menduduki tangga ke 12 dalam senarai TOP 20 Bestseller Local di MPH. Alhamdulillah... syukur. This is already good enough for me...bila terpaksa bersaing dgn ramai lagi penulis yg hebat2 di luar sana!

Thursday, August 06, 2015

Santai Penulis Karangkraf di MPH Nu Sentral

Date: Sunday 9th August 2015
Time: 2 to 4pm
Venue: MPH Nu Sentral

Sekiranya ada kelapangan Ahad ni...dah habis open house raya yg nak kena pergi, jom kita bersantai sama2 di MPH Nu Sentral!

Saya dan rakan2 penulis lain spt Novelis Murni Aqila, Naim Tamdjis dan Nurul Janah akan berada di sana jam 2 hingga 4 ptg. Boleh kita borak2, tanya2 soalan, sign2 buku, selfie sama2...ye tak?? Hehe

Kami menanti kedatangan anda!!

Saturday, August 01, 2015

The August Triplets!!

Tadaaaa....

Ni dia, novel2 yg diterbitkan utk bulan Ogos (bulan kemerdekaan dan bulan hari lahir saya...ahaks!!)

DIA ANAK JENERAL dan kawan2 seperjuangan iaitu SALJU CINTA ANNA (AIDA ADRIANI) dan PENJARA MATI (RIDUAN JIDIN). 

Genre apa yg anda suka? Tak tahu genre apa yg nak pilih?
~Bulan Ogos ni ada genre thriller, ada genre cinta dan keluarga. Pilihlah mana yg melekat di hati.

Tak ada masa nak ke kedai beli buku?? Susah nak order buku?
~ Eh... dah tak susah skrg ni. Nak order, boleh WhatsApp jer 011-29061240. Mudah kan?


So, what's stopping you from buying?? Cepat2lah beli ye!!



Thursday, July 30, 2015

DAJ went on air!!

Kalau APD pernah ke udara di Radio Web Selangor dan SRV di MySuaraFm... smlm giliran DAJ (my little baby yg baru berusia bebrp hari ni...hehe) berpeluang utk bersiaran di ruang udara Selangor FM (100.9).

Ada ke yg dgr smlm? Entah apa saya cakap, kan ek?? :P

Apa2 pun, alhamdulillah...everything went well. Mujur ai tak nervous breakdown tau! Takut jugak klau tetiba blank jer...tak tau apa nak jwb...hehe.

And I had a great time being interviewed by a young and talented Deejay Dassky abt my books. Kalau berckp pasal buku... tiga hari tiga malam pun saya sanggup!! Tapi sapa pulak nak bagi slot 3 hari 3 mlm ye tak?? Hahaha.

Ok... here's some of the pics taken yesterday.


Terima kasih kpd pihak Karangkraf yg mengaturkan promosi ini. Terima kasih kpd pihak Selangor FM yg sudi menerima saya dalam segmen Dari Mata Tinta ini.

Dan ini ada promosi terhebat utk memiliki DAJ dan adik2nya yg lain (MK, KT, CTB, APD, SRV & SACK).

Mulai semalam hingga esok JUMAAT 31 JULAI jam 5 PETANG, anda berpeluang utk nikmati diskaun 20% jika membeli buku saya secara WHATSAPP di nombor 011-29061240.
Now everything can WhatsApp you know...!! Cepat2 WhatsApp...klau nak diskaun terhebat ni! Bukan susah pun...WhatsApp jer...;)



Tuesday, July 28, 2015

Dia Anak Jeneral dlm Segmen Dari Mata Tinta


Esok; Rabu 29hb July...saya akan berada di Konti radio Selangor FM (100.9) utk ditemuramah dalam segmen Dari Mata Tinta tentang senario politik tanah air yang sedang dilanda 'heat' ini berikutan rombakan Kabinet Menteri hari ni! Oppsss....silap!! :P

RALAT: Saya akan bercakap tentang DIA ANAK JENERAL!!

So, sudi2kanlah mencuri ruang masa untuk tukar saluran radio tu dari pukul 3.10pm hingga ke 3.45pm. Dengar-dengarkanlah saya merapu...huhu.

But actually, ai ni pemalu orangnya bila ditemuramah. Sbb tu ai suka menulis drp bercakap...;)

Monday, July 27, 2015

Bab 6 - Dia Anak Jeneral

Dah macam promote Mazda pulak dah...hehe. No...no...i'm NOT promoting Mazda. Cumanya dlm DAJ, saya pilih dua kereta ni. Hero/heroin saya kali ni has gotthe same taste in cars... (acquired taste??) :P 





And on top of that, ada sikit kelainan sbb hero DAJ bwk pick up truck. Tak spt hero2 ai yg lain tu...bwk sports car laa, performance car laa. Contractor la katakan...(being realistic and humble this time. Tak mahu hero anak Tan Sri/Datuk or CEO syarikat projek juta2)

Jom layan sedutan bab 6. Apabila dua pemandu Mazda ini hampir bertembung kereta. Dan kemudian akan bertemu hati...ahaks!









6

SYIRIN menuruni anak tangga. Pandangan dihala ke halaman rumah. Mercedes Benz C200 ‘Peanut Eye’ milik Leftenan Jeneral Hambali terparkir di anjung seperti biasa. Ayahnya pasti sudah ke kem dengan menaiki kenderaan tentera yang dipandu oleh Nasir.
Syirin lega. Memang sejak tiga hari lalu, dia cuba untuk tidak berhadapan dengan ayahnya. Rasa marah, kecewa dan bercelaru membuatkan dia bertindak sebegitu. Biarlah dia bertenang dahulu sebelum bersemuka dengan ayahnya. Bimbang jika secara tidak sengaja, dia menjadi anak derhaka kerana bertegang urat dengan ayahnya tentang isu itu.
Syirin atur langkah ke dapur. Mencapai mug yang tergantung di dinding dan mengeluarkan paket kopi 3 dalam 1 dari bekas yang disediakan di tepi cerek elektrik. Usai membancuhnya, dia menarik bangku yang terdapat di bar ruang dapur itu.
“Rin tak sihat ke? Lewat turun hari ni?” Noriah menghampiri Syirin sambil membawa semangkuk nasi goreng.
“Hmm… sakit kepala sikit.” Gara-gara waktu tidur yang tidak menentu sejak  mengetahui dirinya akan berkahwin dengan Nukman, pagi itu terasa benar berat kepalanya. Nasi goreng di dalam mangkuk yang dibawa oleh emaknya dipandang sekilas. Tiada selera untuk menjamahnya.
“Dah sejuk nasi goreng ni… tapi makanlah sikit. Nanti perut kosong, makin sakit kepala tu.” Noriah hulurkan pinggan kosong dan sudu.
Tidak mahu emak bimbang atau meleterinya, Syirin senduk juga nasi goreng ke pinggan.
“Tak pakai cincin merisik tu ke?” Noriah melihat jari manis Syirin masih tidak disarung dengan cincin pemberian keluarga Nukman.
“Nanti-nantilah.” Kalau hati masih berbelah-bahagi, Syirin tidak rasa pemakaian cincin itu satu kemestian pada waktu itu.
“Nukman kata apa? Rin dah bincang dengan dia?” Noriah simpati melihat wajah Syirin yang hilang seri sejak tiga hari lalu. Melalui Shim dan Ida, dia dapat tahu yang Syirin tidak bersetuju dengan cadangan Leftenan Jeneral Hambali. Tetapi di depannya, Syirin masih belum meluahkan apa-apa. Anak daranya itu mengambil sikap berdiam diri sejak kebelakangan ini. Atau Syirin sedang makan hati dengan sikap Leftenan Jeneral Hambali yang memaksa itu? Atau sedang mengatur perancangan untuk membangkang.
“Belum…” Sudah berkali-kali Syirin cuba mengatur pertemuan dengan Nukman untuk berbincang dari hati ke hati. Tetapi, lelaki itu sedang berkursus dan tidak sempat untuk mencuri masa menemuinya. Selagi Nukman tidak ditemui, memang hatinya tidak akan tenteram memikirkan soal itu.
“Rin setuju dengan cadangan ayah?”
Syirin menghela nafas. Sudu diletakkan di tepi pinggan. “Kalau ikutkan hati sekarang ni… memang Rin tak setuju. Tapi Rin tak ada alasan nak tolak cadangan ayah dan Uncle Mus tu, mak.” Itulah yang dikhuatirinya. Bila dia tidak ada alasan untuk membantah, perlukah dia akur dan berserah sahaja pada keadaan? Ikhlaskah dia menjadi isteri kepada Nukman kalau begitu caranya? Mampukah dia mengecap bahagia hidup berumah tangga hanya berdasarkan tuntutan kedua orang tua?
“Rin fikirlah masak-masak. Fikir dengan mata dan hati. Kalau perlu berbincang dengan Nukman… bincanglah elok-elok.” Noriah mengusap lembut bahu Syirin. Sungguhpun Syirin tidak punya pilihan, tetapi itu bukan bermakna Syirin harus terima sewenang-wenangnya. Bukan mudah membuat keputusan sebesar itu. Impaknya bakal dirasai seumur hidup jika tidak memilih dengan betul.
Syirin angguk. Itulah yang dirangka dalam fikirannya. Teringin sangat untuk bersemuka dengan Nukman. Sekadar bermesej atau bercakap telefon sahaja tidak cukup berkesan baginya untuk mengupas persoalan itu.
Saat itu juga, telefon bimbit Syirin berbunyi. Pantas dia mencapai telefon yang tersimpan di dalam begnya.

Rin, abg free lps pkl 12 hari ni… let’s meet up.

Mesej daripada Nukman… akhirnya! Spontan Syirin melihat jam di tangan. Sudah menghampiri pukul  9.00. Temu janjinya dengan klien pukul 10.00. Dia perlu beredar. Rumah mereka sekarang ini berada jauh dari pusat bandar. Cepat dia selesai berurusan dengan klien, cepat juga dia boleh menemui Nukman.
“Mak, Rin pergi dulu ya.” Terus Syirin bangun dari kerusi.
“Hmm… yalah.” Noriah melepaskan keluhan. Begitulah jadual Syirin yang sering terkejar-kejar. Dia dapat berbual sekejap-sekejap sahaja dengan anaknya itu sejak akhir-akhir ini.
Setelah mengucup tangan Noriah, Syirin bergegas ke keretanya. Menghidupkan enjin Mazda 2 itu sambil menekan punat pagar elektrik. Seminit kemudian, dia mengundur keretanya dan menekan pedal minyak untuk keluar dari pekarangan banglo.
Sambil memandu menuju ke jalan besar, Syirin capai telefonnya untuk membalas mesej Nukman menyatakan persetujuan untuk berjumpa pukul 1.00. Akibat ralit menaip teks, setibanya di simpang jalan besar, Syirin baru tersedar yang keretanya hampir bertembung dengan sebuah pacuan empat roda berwarna kelabu. Dia hendak keluar simpang. Mazda BT50 itu pula hendak masuk simpang.
“Oh mak!” Cepat Syirin memutar sterengnya ke kiri untuk mengelak. Berderau seketika darahnya. ‘Huh… nak masuk simpang, tapi makan jalan orang!’ rungutnya. Sempat Syirin membunyikan hon kepada Mazda BT50 itu sebelum memecut keretanya keluar dari simpang itu.

“EWAH… dia yang makan jalan orang, dia pulak yang hon kita!” bebel Nuar apabila Mazda 2 berwarna putih itu membunyikan hon sebentar tadi.
“Perempuan kalau bawa kereta… macam tu, lah! Salah sendiri tapi tak nak mengaku,” tokok pula Kudin dalam nada geram.
Zakhif hanya tersenyum dengan omelan anak-anak buahnya. Dia yang memandu, tetapi co-pilot pula yang bising. “Dia dah lambat agaknya tu…” Dia seakan membela pemandu Mazda 2 tersebut. Mujur juga dia pantas mengelak tadi. Sewaktu memandang cermin pandang belakang, sempat matanya tertancap pada  sticker yang bertampal di cermin belakang kereta tersebut… You kiss you pay! Banyak cantik? Sekiranya kenderaan mereka ‘bercium’ tadi, tak pasal-pasal dia pula yang kena bayar. Padahal terang-terang salah perempuan itu yang cuai memandu!

Wednesday, July 22, 2015

Bab 5 - Dia Anak Jeneral

SALAM AIDIL FITRI SEMUA...

Dah masuk Syawal keenam baru saya sempat bukak blog. Busy sgt gamaknya...

Saya kira, masih belum terlewat utk saya memohon maaf zahir dan batin jika sepanjang saya menulis ni...saya pernah 'ter'tulis apa2 yg menyinggung hati sesiapa. Ampun maaf saya pohon.

Ni nak buat pengumuman skit... sebenarnya DAJ sudah berada di tangan saya sejak 10 Julai hari tu. Lps saje keluar 'labour room' saya terus sambar 'anak-anak Jeneral' dan pos kepada mereka yg dah order lebih awal. I guess by now, dah ramai juga yg dpt pegang anak Jeneral ni. Even yg dah habis baca pun quite a few.  

Tapi bagi anda yg masih belum memiliki DAJ... setakat nak baca2 teaser buat pembuka selera...meh saya up bab 5. Mari berkenalan dgn heronya... hero yg mmg lain drp hero2 novel saya yg sebelumnya. Nak tahu apa kelainannya... jom layannn...

5

JALAN Hulu Langat masih lagi sesak dengan kereta yang bertali-arus. Masing-masing bergegas hendak ke tempat kerja. Tiga orang lelaki berjalan keluar dari sebuah restoran dan menyusuri bahu jalan menuju kenderaan pick-up Mazda BT50 berwarna kelabu yang diparkirkan tidak jauh daripada restoran tersebut.
Tiba di tepi kereta, telefon bimbit yang berada di dalam pouch pemilik pemandu Mazda itu berbunyi. Pantas lelaki itu menjawabnya bila terlihat nama yang terpapar di skrin. “Ada apa tauke?” sapanya sambil membuka pintu kereta.
“Eh, Ah Kif  aar… lu sudah sampai itu tempat ke belum?” tanya Ah Leong di hujung talian.
“Belum sampai lagi. Saya baru lepas minum ni.” Lelaki yang berpakaian kemeja T berwarna biru gelap dan berseluar jeans hitam itu menjawab. Sementara Nuar dan Kudin terus mengambil tempat mereka di dalam kenderaan itu.
“Eh… lu jangan lambat lorr. Nanti itu orang bising wooo…”
“Ya… ya… saya tahu. Sudah mahu sampai maa… tapi saya mahu minum dulu.” Lelaki itu melihat jam tangannya. Baru pukul 8.30. Masih awal lagi. Biasanya dia memulakan kerjanya sekitar jam 9.30 pagi. Lagipun, dia sudah berada di Pekan Batu 18, sudah tidak jauh lagi dari destinasinya.
“Okey… okey… bye.” Lalu Ah Leong terus mematikan talian tanpa sempat lelaki itu membalasnya.
Lelaki itu menggeleng sambil melangkah masuk ke dalam perut kereta. Telefon bimbitnya diletakkan di compartment di hadapan. Nama aku sedap-sedap Muhamad Zakhif… si Ah Leong ni masih panggil aku Ah Kif! Sudah tidak mampu hendak marah, dia hanya tersenyum sendiri setiap kali Ah Leong memanggilnya nama itu. Suka hati kaulah Ah Leong. Yang penting, dia dan Ah Leong saling memerlukan untuk kebaikan kedua-dua belah pihak.
Baru sahaja dia hendak menghidupkan enjin kereta, tiba-tiba Kudin bertanya Zakhif. “Bang, kau kenal ke lelaki yang pakai baju putih tu? Sejak tadi dia asyik pandang-pandang sini aje.”
Zakhif menghala pandangan ke arah yang ditunjukkan oleh Kudin. Dari jarak dua meter, dia lihat lelaki berbaju putih yang dimaksudkan itu sedang berjalan ke arah kereta mereka. Diamati wajah itu buat seketika. Cuba untuk mengecam.
Apabila lelaki itu semakin mendekati, Zakhif tergelak sendiri. Pantas dia membuka pintu kereta bila sudah pasti siapa gerangan lelaki itu. “Ya ALLAH… Shaq!”
Shaqril tersengih. “Aku ingat kau dah tak kenal aku lagi!”
Tawa Zakhif masih bersisa. “Takkanlah aku boleh lupa jiran yang selalu sedekahkan aku makanan? Cuma tadi aku tak berapa perasan.”
Zakhif dan Shaqril terus bersalaman. Terlukis riak gembira di wajah mereka setelah tidak berjumpa lebih tiga tahun lamanya.
Dia dan Shaqril sama-sama menuntut di Staffordshire University dan tinggal berjiran di Ashford Street. Bezanya, Zakhif  mengambil kursus Civil and Structural Engineering dan Shaqril pula merupakan pelajar jurusan Electronic and  Electrical Engineering. Dan Zakhif berada di Stafford selama dua tahun sahaja setelah menerima tajaan daripada majlis perbandaran untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah. Manakala Shaqril memang sudah berada di sana sejak di tahun pertama hingga memperolehi ijazah sarjananya. 
“Aku tadi pun, teragak-agak nak tegur masa nampak kau keluar dari restoran tadi. Ya atau tidak Zakhif ni.” Sungguhpun Zakhif lebih awal pulang ke Malaysia dan tempoh mereka hidup berjiran lebih kurang dua tahun sahaja, tetapi Shaqril rapat dengan Zakhif satu ketika dahulu. Cuma sejak tiga tahun ini sahaja hubungan itu terputus gara-gara kesibukan masing-masing.
“Kau tinggal area sini ke, Shaq?”
“Mak aku tinggal kat sini. Aku tinggal di Bandar Utama. Kebetulan hari ni aku cuti… nak bawa mak aku check up di hospital. Tu yang singgah beli sarapan dulu,” jelas Shaqril.
Zakhif mengangguk. 
“Kau masih kerja dengan majlis perbandaran tu ke?” Seingat Shaqril, Zakhif terikat dengan kontrak bersama majlis perbandaran selama lima tahun kerana majikannya itu yang menaja pengajian Zakhif di peringkat ijazah semasa di Stafford dahulu. 
“Dah tiga tahun aku resign, Shaq. Lepas aje tamat kontrak, aku chow. Sekarang ni aku buka bisnes sendiri, jadi kontraktor kecil-kecilan.” Bukan Zakhif hendak membangga diri memberitahu yang dia ada perniagaan sendiri, tetapi manalah tahu, ada rezeki untuknya melalui Shaqril pula.
“Wah… senyap-senyap dah jadi kontraktor kau ni. Hebat!” Shaqril kagum. Sedangkan dia pun masih bekerja makan gaji. Bisnes kecil-kecilan yang dimilikinya, hanyalah sebuah pusat mencuci kereta yang dibukanya dua tahun lalu di premis stesen petrol kepunyaan rakannya; Razlan.
“Alaa… kelas E aje pun.”
“Kelas E tu… setakat buat banglo setengah juta, dah tentu dalam tangan.”
Zakhif tertawa kecil. “Alhamdulillah… bolehlah cari makan.”
“Kau buat job apa kat sini?”
“Ada repair dan plumbing works sikit untuk satu banglo yang baru siap ni.” Kerja-kerja pembaikan yang diberikan oleh Ah Leong kerana kontraktor asal sibuk dengan projek lain. Rezeki untuk Zakhif, kerana buat masa sekarang ini memang dia tidak ada job selepas kontrak membaik-pulih dewan kem di bawah tender Kementerian Pertahanan selesai dua minggu lalu.   
“Oh… banglo  yang baru siap warna coklat tu ke?”
“Ha’ah… kau tahu ke?”
Shaqril angguk. “Tak jauh daripada rumah mak aku. Owner dia Jeneral kan?”
“Dengar-dengarnya macam itulah…”
“Okeylah Khif, aku nak sembang panjang dengan kau ni, tapi appointment mak aku pukul 10.00 pulak. Takut lewat.” Shaqril terpaksa meminta diri sambil melihat jam di tangannya.
“Nanti kita kena buat teh tarik session ni. Banyak nak sembang.” Zakhif mencadangkan sambil menghulurkan salam.
“Okey… set!” Sempat Shaqril bertukar nombor telefon dengan Zakhif.



Monday, July 06, 2015

Bab 4 - Dia Anak Jeneral

4

Noriah memandang wajah Leftenan Jeneral Hambali yang sedang membaca. Beribu soalan hendak ditanyakan kepada suaminya. 
“Bang…” Akhirnya Noriah bersuara juga. Perkara ini perlu dibincangkan. Dia tidak faham kenapa suaminya masih dengan perancangan yang serupa. Suka betul buat keputusan sendiri! 
Leftenan Jeneral Hambali mendengar panggilan Noriah. Tetapi dia tidak memberi sebarang reaksi. Matanya masih tetap menatap buku di tangan.
“Bang, ni pasal nak satukan Syirin dan Nukman.”
“Hah… kenapa?” Wajah Hambali tanpa riak. Dia angkat muka sedikit untuk melihat keruh di wajah Noriah, sebelum kembali menatap bukunya. Dia sudah boleh mengagak yang isterinya ada bantahan. Tetapi bukankah selama ini keputusan di tangannya? Sepatutnya Noriah sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan berikan sokongan yang tidak berbelah-bahagi.
Noriah tidak terus menjawab. Dia terbayangkan wajah Syirin saat diusulkan dengan cadangan itu tadi. Anaknya itu kelihatan hairan, tercengang dan terkejut. Simpatinya tumpah. Apakah Syirin bersetuju? Atau Syirin akan membangkang?
Kemudian dia membayangkan pula wajah jejaka bernama Nukman; anak lelaki sulung Mustakim dan Saadiah. Nukman yang berusia 30 tahun itu tidak ada cacat celanya. Peribadinya molek. Bicaranya sopan. Kerjayanya sebagai Pegawai Kastam itu pun stabil. Tetapi pokok persoalannya, serasikah jika disatukan dengan Syirin?
“Saya ni bukan apa, bang. Saya rasa Syirin dengan Nukman tu setakat  berkawan baik aje… tak lebih daripada tu. Sejak dari zaman sekolah lagi dia orang berdua tu rapat, tapi bukannya bercinta.” Noriah meluahkan pendapatnya. 
“Bila dah kahwin nanti, bercintalah puas-puas.”
Noriah terdiam. Senang betul suaminya bercakap!
“Saya tengok sepadan aje dia orang berdua tu. Lagipun, bukannya Syirin tak kenal Nukman. Mustakim tu pun bukan orang lain, kawan baik saya juga. Bila dah kenal keluarganya, lagi senang untuk kita berbesan. Macam saya kenal Pakarudin, ayah Fikri tu.” Sebarang keputusan yang dibuat, bukan sesuka hatinya sahaja. Dia juga ada penilaian yang tersendiri. Ada kriteria yang harus dipenuhi. Hanya dia yang tahu apa terbaik untuk anak dan bakal menantu.
“Saya rasa Syirin tak akan setuju, bang.” Noriah melahirkan pandangannya sebagai seorang ibu. Sekiranya Syirin dan Nukman merupakan pasangan bercinta, pasti Syirin sudah berkongsi rahsia itu dengan dia ataupun dengan kakak-kakak kembarnya. Tetapi tidak pernah pula dia mendengar apa-apa gosip daripada mulut Shim mahupun Ida. Itu memberi petunjuk yang Syirin tidak menyimpan perasaan terhadap Nukman.
Leftenan Jeneral Hambali mendengus. “Masa saya nak kahwinkan Shim dengan Asraf dan Ida dengan Fikri… itu juga perkara yang awak risaukan. Tapi tengok… bila dah kahwin, elok aje budak-budak tu. Bahagia macam orang lain aje pun. Shim tu, dah dua anaknya. Ida tu pun, tak lama lagi… bertambah seorang. Nori, budak-budak ni… tak tahu apa perancangan yang baik untuk masa depan mereka, melainkan kita yang rancangkan untuk mereka.”
“Shim dan Ida tu, lain bang. Dia orang berdua tu, memang tak banyak hal. Tapi dengan Syirin, ada baiknya kita tanya pendapat dia dulu.”
Leftenan Jeneral Hambali menggeleng tanda tidak setuju dengan cadangan Noriah. Hendak tanya pendapat Syirin? Lagilah anaknya itu beri seribu helah. Baik tak payah! “Sebelum ni pun kita tanya pendapat Shim dan Ida masa hendak jodohkan mereka dengan Asraf dan Fikri. Pernah ke dia orang tak setuju dengan pilihan kita? Syirin ni aje… yang tak pernah nak dengar cakap saya.”
“Kalau kita nak Syirin dengar cakap kita, ajaklah dia berbincang baik-baik.” Noriah cuba memujuk. Syirin anak yang baik, manja dan penyayang. Cuma sedikit keras kepala jika dibandingkan dengan Shim dan Ida.
“Tugas awaklah untuk berbincang dengan dia… ataupun pujuk dia. Dia tu kan, anak manja awak? Tapi, keputusan saya muktamad. Mustakim dah bagi cincin merisik dan kita dah pun terima. Yang saya tahu, Syirin kena patuh dengan kehendak saya kali ni!”
Noriah terkedu. Hilang idea untuk menjawab. Serta-merta dia terkenangkan Syirin yang berada di bilik sebelah. Bagaimana Syirin menerima keputusan itu?

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...