Monday, May 18, 2009

Tagged by Bikash & Azrin...

10 Facts About Me...

(from other people’s point of view… and the key words are those in Italic! Hehehe)




1. Seperti kata husband masa kali pertama jumpa saya 19 tahun lalu. His first impression was: “Huh… minah ni, eksyen giler!



2. Seperti kata mak bila membebel setiap kali mengemas barang-barang saya: “Kau ni sayang sangat kat barang-barang lama yang dah tak guna ni! Buat apa simpan, buang ajelah!”


3. Seperti kata arwah abah bila dia marah setiap kali terima bil telefon zaman saya muda remaja dulu: “Entah dengan siapa dia bergayut 24 jam… bil telefon sampai beratus-ratus ringgit!”



4. Seperti kata kawan-kawan karib bila saya bercerita tentang benda-benda yang saya buat: “Goodness... You did that? Tapi kau memanglah… suka buat kerja-kerja mengarut tu!”


5. Seperti kata orang-orang sekeliling bila dapat tahu saya temankan husband berjaga mengadap TV: “Awak pun suka tengok bola jugak ke?”


6. Seperti kata seorang kenalan bernama SS bila mengetahui saya selalu fikir lain daripada orang lain: “You are not abnormal, but you are unique in your own way and thinking.


7. Seperti kata ex-IT Manager di pejabat bila saya complaint apasal PC saya tak macam orang lain punya: “Memanglah kau punya PC aku tak install semua tu… buat membazir aje. Kau bukan IT savvy, mana reti pakai program tu!”


8. Seperti kata AHA bila naik kereta dengan saya: “Lagi-lagi lagu M.Nasir, mama suka M.Nasir, eh?”



9. Seperti kata novelis Lynn Dayana tentang ketagihan saya: “You are a mom with speeding addiction!



10. Seperti kata ex-b/f bila kami bertekak dahulu kala: “You are too stubborn!



People I tag: Alahai… part ni yang leceh sikit. Hmm… Lynn Dayana, Laila Kamilia, Dhiya Zafira, Meen Zulaika dan sesiapa yang sporting, anda dialu-alukan untuk menjawab… silakan!




Btw, as a proud MU supporter, ingin saya kongsikan gambar kejayaan MU menjulang piala BPL pada 16 May 2009 utk 3 tahun berturut-turut buat kali yg ke 18!
(Sorry to all Arsenal, Liverpool & Chelsea fans... yang terdiri drp office mate, anak sedara dan adik ipar saya! Hehe)



Tuesday, May 12, 2009

The One Year Old Pug...


Yeah… I know, it’s just a Pug… not M3, SLK or even an Imprezza WRX. But I love the awesome feeling of driving it. Macam rasa bawak rally car! Haha… perasan! Tapi betul apa… Pug model yang sama seperti saya tapi berenjin 2.0 litre, memang rally car pun.

Masa saya nak miliki dia setahun lalu, saya berfikir lebih seratus kali. Malah, saya pergi test-drive lebih daripada tiga kali! Sebabnya, saya bukan orang kaya… yang mampu beli apa-apa saja kereta dan kemudian, senang-senang tukar kereta. Not just I need a car to take me from point A to point B, but… I want to own a driver’s car!
Saya memang agak sukar bila tiba bab nak membeli kereta. Kalau ikutkan nafsu dan hati, kereta idaman saya macam-macam. Tengok ajelah gambar kereta yang terhias dengan cantiknya di tepi blog saya ni… haha. Tapi saya sedar diri, kemampuan saya setakat mana saje. All those German cars, are still not in my budget. Maka sebab itu, saya cuba mencari kereta yang saya minat, stable, reliable, saya tidak teragak-agak untuk pecut, yang tak sempit sehingga berlaga lutut dan tak besar sangat sehingga saya tak tersentuh dashboard!

Once I decided on that car… husband saya tanya berulang kali “Are you sure this is what you really want?” Saya jawab kat dia… “Jangankan nak beli Audi A4… Airtrek second hand pun tak mampu lagi… so, beli aje lah yang ni!” And with that, each one of us own a French car now!

And I think I have made the right decision… I have no regrets at all. Sepanjang setahun, saya cukup berpuas hati dengan performance of this ‘lion brand’…. 0-100KM acceleration is rated at 15.2 seconds. After all, it’s only 1.4 litre with 8-valve SOHC engine. I cannot compare with my old 1.8 litre Putra (yg dah jadi arwah tu! Uhuk uhuk)… 0-100KM at 8.7 seconds with 16 valve DOHC engine, right? But when you have reached certain speed, it’s quite stable. Sebab tu kami pernah buat record… Kangar-KL in 4 hours, KL-Penang in 3 hours. In terms of petrol consumption, RM55 can go up to 400KM for town driving. But if it is constant highway driving… it can even reach 500KM. Servicing is being done every 10,000KM. And what is the most important thing is that, there’s no problem so far. Be it major or minor (i.e no weird sound coming from the dashboard… atau power window sangkut ke…hehe)

Sempena dia berusia setahun ni, saya rasa nak ubah sikit kelainan pada penampilan dia. Hmm… apa ye? Ada intention nak tukar tayar… daripada 175/65R14 kepada 180/60R14… biar lebar sikit. Low profile tyre… sure best bila cornering! Hehe. Tapi husband saya kata, tayar tu belum botak lagi… rugi pulak rasanya kalau tukar sekarang.

Nak tambah bodykit? Saya memang suka kalau kereta saya nampak sporty, baru masculine sikit. Tapi husband kata kereta tu ladies car … buat camana pun masih nampak feminine di mata dia! Argh!!

Or may be I should get it tinted. Cuaca sekarang ni panas terik… my kulit like terbakar even though I’m inside the car! Hehe. Lagipun, elok juga cermin gelap sikit… biar orang tak berapa perasan siapa pemandunya bila saya merempit. Haha.

Yeah, may be that’s the best idea for now!

Friday, May 08, 2009

Mother's Day & being a mother...


Tanggal 10 May nanti… diiktiraf sebagai Mother's Day. Sana sini dah heboh dengan promosi sempena meraikan kaum ibu dan macam2 program yg telah dirancang. Hari yg turut membuatkan saya terfikir dan mula menilai diri sendiri, have I been a good mother all these years?

I’m a mother to a 7 year old daughter. Masa dapat tahu saya mengandung, I had a mixed feelings. Syukur, seronok dan takut. Syukur dan seronok kerana saya bakal dikurniakan anak yang ALLAH amanahkan. Tapi takut teramat sangat… tak tahu sama ada mampukah saya melaksanakan tugas mendidik anak yang ALLAH kurniakan dan amanahkan itu? Jenis ‘mak/mama’ yang bagaimanakah saya nanti? Boleh ke saya jadi seperti mak yang cukup bersabar melayan kerenah saya masa kecil-kecil dulu? Mampu ke saya tenang seperti mak ketika berhadapan dengan kenakalan saya ketika meningkat remaja?

Setelah 7 tahun bergelar mama, I tend to realize that it’s not an easy task to do. Everybody can be a mother, but how to be A GOOD mother is the major thing! Tidak semestinya jika anda mempunyai PhD, Masters atau degree… gerenti anda akan menjadi ibu yang baik. Dan tidak semestinya, jika anda tidak pernah memijak tangga universiti, anda tidak boleh menjadi ibu contoh. Bagi saya itu semua bukan ukuran, tapi kita mengukurnya dengan melihat apa ‘hasilnya’ anak yang anda didik itu. My philosophy is simple… It’s not the degree you hold, but it’s how your kids being raised!

Saya ambil contoh, mak saya. Dia tak belajar tinggi sehingga peringkat universiti… tapi pengetahuan dan kesabaran mak saya cukup tinggi hingga kami tiga beradik jadi begini. Bukanlah nak kata kami semua ni cukup sempurna, tapi kekurangan kami tidaklah seteruk mana.

Saya mengaku saya masih banyak kekurangan dan saya masih lagi di peringkat pembelajaran untuk menjadi mak/mama. Ada banyak lagi yang saya perlu tahu. Kalau masa AHA masih baby lagi, saya kena belajar bezakan erti tangisan dia. Bila dia dah besar sikit dan pandai show tantrum, saya kena belajar camana nak handle tantrum nya itu. Sekarang ni dia dah darjah satu, saya kena belajar untuk faham pemikiran budak seusianya. Tak lama lagi, bila dia dah jadi anak dara, mungkin saya kena belajar camana nak fahami dia kalau tetiba dia beritahu saya, dia sedang bercinta! As the conclusion, the learning process of a mother will never stop!

And I’m not learning or trying to be a superwoman… neither do I want to be a supermama. I just want to be like my ideal mother, so that in future, I can be an ideal mother to my daughter!

Happy Mother’s Day to all mothers out there!
You're Really A Mom When...
You count the number of sprinkles on each kid's cupcake to make sure they are equal.
You want to take out a contract on the kid who broke your child's favorite toy and made him/her cry.
You have time to shave only one leg at a time.
You hide in the bathroom to be alone.
Your child throws up and you catch it. Someone else's kid throws up at a party and you keep eating.
You hire a baby sitter because you haven't been out with your husband in ages, then you spend half the night talking about and checking on the kids.
You hope ketchup is a vegetable because it's the only one your child eats.
You obsess when your child clings to you upon parting during his first month at school, then you obsess when he skips in without looking back.
You hear your mother's voice coming out of your mouth when you say, "Not in your good clothes."
You stop criticizing the way your mother raised you.
You read that the average-five-year old asks 437 questions a day and feel proud that your kid is "above average."
A Mom's Dictionary:
* Bottle-feeding: An opportunity for Daddy to get up at 2 am.
* Family planning: The art of spacing your children the proper distance apart to keep you on the edge of financial disaster
* Full name: What you call your child when you’re mad at him.
* Grandparents: The people who think your children are wonderful even though they’re sure you’re not raising them right.
* Independent: How we want our children to be as long as they do everything we say.
*Dumbwaiter: One who asks if the kids would care to order dessert.
*Hearsay: What toddlers do when anyone mutters a dirty word.
*Sterilize: What you do to your first baby's pacifier by boiling it, and to your last baby's pacifier by blowing on it and wiping it with saliva.
*Two-Minute Warning: When the baby's face turns red and she begins to make those familiar-grunting noises.

Wednesday, April 29, 2009

Tagged by Azrin...

Sebagai menjawab tag daripada Azrin...



1. Nama timangan family : AG, Che’ Su...
2. Anda seorang yang .... like to joke around... esp people I'm comfortable with, but at the same time... I can be quite moody and garang, I'm a very focused person... esp something that really interest me
3. Insan istimewa dan kenapa dia teramat istimewa : Husband saya sbb dia seorang saje yang sanggup terima saya sebagai insan teristimewa dalam hidup dia! Hahaha
4. Lagu kesukaan sekarang : Hanya Milikmu - Anuar Zain & I Cant Win - Usher
5. Warna kegemaran : Brilliant Red like Audi A4, Blue Mica like Subaru Imprezza, Quick Silver like my car, Gunmetal Grey like errr… what car, eh?
6. Benda paling wajib dalam handbag : Purse, thumbdrive, handphone, access card rumah & office, lipstick, compact powder, 5 ml perfume, battery handphone (saya suka bergayut on the phone sbb tu satu battery tak pernah cukup!)
7. Kali terakhir nangis : Bila ye?? Minggu lepas kot…
8. Tag ramai2 rakan anda : Hmm… sapa ye? Murni Aqila, Eka Fahara, Jogi. Tak payahlah ramai-ramai, kawan saya tak ramai yg ada blog… dan yg ada blog pun dah ramai kena tag.

Monday, April 27, 2009

Di PWTC ~ 17, 24 & 25 April 2009

Let's wrap up the news...


Pesta Buku Antarabangsa KL 2009 telah berakhir semalam. Menjelang dan sepanjang pesta buku berlangsung memang saya tak berapa sihat sangat.




Pada 14hb & 15hb April, saya berehat di wad DSH... gara-gara terlebih buat 'stunt' masa turun tangga! Bahananya, saya tergolek jatuh dari anak tangga yang ke tujuh hingga ke bawah! Anda dapat bayangkan?? Kira macam ni lah... babak di mana seorang watak jahat menolak heroin nya yang sedang turun tangga hingga tergolek ke anak tangga terakhir... macam dlam Sinetron tu! Hahaha. Tapi sebenarnya, tak de sesiapa yang tolak saya... saya yg terjatuh sendiri masa terkejar-kejar nak pergi kerja!




Saya called husband yang dh sampai di pejabat masa tu. Sekadar nak beritahu saya jatuh, tak suruh pun dia balik. Masa tu, saya dah start enjin kereta nak pergi kerja dan bayangkan betapa saya perlu memecut di hiway nanti sebab dah lewat! Tapi husband saya kata "You stay where you are... just wait for me. Kita pergi DSH buat X-Ray!"





Alhamdulillah... as the X-Ray result... no breaking bones, no fracture or what so ever. It's just that... I've got bruises here and there. Bila berjalan tak sakit sangat tapi bila duduk dan kemudian nak bangun... terasa jugaklah sakit sikit-sikit. Kalau ikutkan tak admitted pun tak apa. Tapi husband saya tak berpuas hati kalau saya tak 'diperiksa' habis-habisan. Lebih-lebih lagi bila BP saya naik sehingga 150/120 sedangkan saya tak ada medical history of hypertension. Mungkin kesan daripada 'kejatuhan' saya tu kot. Kata husband saya "More reasons why you should be admitted and being put under observation!" Dah dia cakap gitu... sebagai isteri yg patuh...(haha) ok la, masuk aje la ke wad! Bukan duit saya yang bayar pun, kan? Hehe




Saya diberi MC tiga hari. Pada hari Jumaat 17hb, saya masuk ke ofis semula sebelah pagi. Lepas lunch, saya ke PWTC untuk menyertai Kak Durrah Fatiha yg sudah pun berada di booth ALAF 21. Kami sempat lunch sama sebelum Kak Durrah balik sbb ada urusan. Tinggallah saya seorang diri. Mujur ada Mersik, ahli geng kicap dan ulat buku yang datang menyapa. Terima kasih saya ucapkan. Antaranya Rinn, Dyea, Kak Noor dan Nacha yang sudi berborak dengan saya.























Sepanjang minggu lepas, saya diserang batuk dan selsema yang agak teruk. Hidung dah hilang fungsi sebagai deria bau... asyik tersumbat. Batuk saya mengalahkan orang heavy smoker! Suara pun sekejap tak ada... sekejap ada... serak-serak macam rocker! I really didn't sound well! Tapi dah tak boleh MC... by hook or by crook saya kena masuk ofis. Kerja saya sedang menimbun. Tapi sempat jugaklah melarikan diri ke PWTC sekali lagi pada petang Jumaat 24hb berjumpa kawan-kawan dan mereka yang sudi membaca karya saya.


























Pada hari Sabtu 25hb, saya menjenguk ke PWTC untuk kali yg terakhir. Saya sampai pkl 2, mmg tengah ramai orang masa tu. Kali ni, lebih ramai kenalan novelis yang turun. So, kami berpeluang lunch sama-sama, berborak dan bergambar.




















Sebagai penulis kecil-kecilan... ini merupakan kali kedua saya menyertai barisan penulis novel ALAF yang lebih senior. Terima kasih kpd ALAF21 yang menjemput saya utk merasai kemeriahan Pesta Buku KL 2009. Dan juga kepada rakan-rakan penulis yang sentiasa bertanya khabar "dah sampai chapter mana? brp mukasurat?" Soalan-soalan yang memberi peringatan kepada saya... sesungguhnya... I still have a loooonnnngggg way to go as an established writer!

Friday, April 17, 2009

Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC



17HB April (JUMAAT)1. LIZA ZAHIRA 2. DURRAH FATIHA 3. HEZZY AZRA

18HB (SABTU)
1. RAMLEE AWANG MURSHID 2. ANIS AYUNI 3. SERUNAI FAQIR 4. EYMAN HYKAL
5. RANIA FIRDAUS

19HB (AHAD)
1. RAMLEE AWANG MURSHID 2. ANIS AYUNI 3. HASREEYATI RAMLI 4. USTAZ MASZLEE MALIK

20HB (ISNIN)
1. HASREEYATI RAMLI 2. DURRAH FATIHA

21HB (SELASA)
1. DURRAH FATIHA

22HB (RABU)
1. DURRAH FATIHA

23HB (KHAMIS)
1. Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj 2. DURRAH FATIHA

24HB APRIL (JUMAAT)1. RANIA FIRDAUS 2. HEZZY AZRA 3. ROZITA ABDUL WAHAB 4. LEEYA MYRA
5. SANIA YASMIN

25HB APRIL (SABTU)1. RAMLEE AWANG MURSHID 2. ANIS AYUNI 3. LEEYA MYRA
4. LYNN DAYANA 5. FATIN NABILA 6. ALEYA ANESSA 7. AIMI HUSNA
8. EYMAN HYKAL 9. HEZZY AZRA
26HB (AHAD)
1. RAMLEE AWANG MURSHID 2. ANIS AYUNI 3. FATIN NABILA
4. INTAN ARNIDA 5. LYNN DAYANA 6. ALEYA ANESSA 7. LEEYA MYRA
8. SANIA YASMIN 9. AIMI HUSNA

InsyaALLAH... jumpa anda di PWTC tengah hari nanti. I'll be there after 2pm until evening (dan semua sesi saya bermula selepas pkl 2pm... harap maklum)

Thursday, April 09, 2009

Mencipta Hero Idaman...

Man… I’ve got a serious issue here!!

Perkembangan manuskrip saya yg ketiga masih di tahap yang tidak boleh dibanggakan langsung. Saya sudah mula menulisnya sejak bulan September 2008… tapi baru 102 mukasurat!! Stress!!!

Selain daripada kesibukan yang tidak pernah habis-habis dan ‘penyakit’ malas yang selalu sangat menyerang sejak akhir-akhir ini, antara sebab2 yang melambatkan perkembangan saya kali ini adalah kerana, saya dalam dilemma untuk mencipta watak heronya!

Saya rasa, semua novelis akan cuba menghidupkan watak hero mereka dengan sebaik-baiknya… kemestian untuk mencipta hero yang cukup sempurna, yang disukai, yang akan diminati dan ‘digilai’ oleh heroin nye secara khusus dan pembaca secara amnya.

Saya juga tidak terkecuali… cuba untuk mencipta hero yang bakal menjadi ‘lelaki idaman Malaya’! Haha. Kalau dlm MK dan KT, karakter Fariq dan Akmal adalah combination beberapa orang lelaki di keliling saya. A little bit of cheekiness and wittiness from A, the highly intelligent side of B, the matured thinking of C, the hilarious type of D, full of courage like E… and that is ‘FARIQ’!

When it comes to Akmal… he’s the cool type, low profile, compassionate, gentleman and a man of principle. That was what I’ve discovered through certain characters around me… and there you have... ‘AKMAL’!

Fariq dan Akmal mempunyai ‘peminat’ masing-masing. Ada yg suka sgt pada Fariq yg mengarut dan selamba tu. Tapi ada jugak yg tak suka dgn karakternya yg terlalu terbuka, nakal dan kadang2 over confident. Akmal pulak, ada yg anggap dia best sangat… tapi ada juga yg kata dia biasa-biasa aje!

Atas faktor2 inilah, saya tgh pening kepala untuk mencipta hero utk novel ketiga saya ni.



How is this guy going to be?? More like Fariq, resemblance of Akmal or totally a different character??

Kalau saya wujudkan satu karekter yg berlainan… would he be the likeable hero?

Adakah pembaca yg pernah melayan perasaan dgn watak Fariq dan Akmal akan turut melayan perasaan dengan hero baru saya ni??

Atau saya seorang sahaja yg akan enjoy (atau syok sendiri! hehe) dengan karakternya??

Oh man!!!

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...