Thursday, February 18, 2010

Quiet February... and in pain...

Ini entry pertama saya untuk bulan Februari. Dah lama blog ni sunyi dan sepi. A quiet February, eh? Kalau ikutkan tak 'quiet' sebenarnya... mesti tak lama lagi akan kedengaran bunyi lion dance di persekitaran ofis saya ni sempena Tahun Baru Cina. Lion dance tau... not tiger dance... hehe (eventhough it's the year of a tiger... fiery tiger! Hahaha)

So, why is it no new posting?

Saya akui, saya kehilangan minat untuk menulis sejak kebelakangan ni... baik di blog mahu pun manuskrip. Macam-macam perkara yang boleh dikongsikan di blog, tapi saya malas untuk meluahkannya di sini. Idea untuk manuskrip yang ke4 sudah berada di dalam kepala... tapi saya belum cukup rajin untuk melakarkannya dalam bentuk tulisan. Why is this laziness still haunting me???

Tahap kesihatan saya juga tidak begitu baik sejak kebelakangan ni. I'm in pain... banyak betul penyakit bila dah berumur nih! Silap sikit aje, akan bertimpa-timpalah penyakit yang datang. After 36 years, then only I realize how important it is to eat good and healthy food... tat's real bad!! Sekarang baru lah terhegeh-hegeh nak buat jus timun, buat bekam, makan makanan yang a bit tasteless (sebab kurang garam dan gula... hehe), makan segala ubat yang payau dan pahit. Yup... tat is what it takes when you have eaten soooooooo much of oily, junk, rubbish dan fast food!!!

Dan ini, 'kecederaan' saya yang terbaru!!



Jari saya terkepit kat pintu kereta husband!! Ek eleh... entah apa-apa kan? Cuai sungguh!! Tapi kecuaian itulah yang telah menyebabkan jari saya yang dahulunya runcing, cantik dengan kuku yang kilat dan bersinar (perasan tahap gaban... hahahaha) sudah bertukar jadi hitam dan lebam begini!!




Dengan kejadian yang berlaku, pelbagai reaksi yang saya terima.

Kata AHA: "Lepas ni mama kena berhati-hati tau, bila tutup pintu kereta papa." Sungguh penyayang dan prihatin pulak anak saya ni...

Kata seorang office mate: "Akak boleh tulis cek lagi tak? Tak gaji pulak kitorang nanti!" Bukannya 10 jari... satu jari aje lah!! Hish... budak-budak ni!!


Kata novelis Dhiya Zafira: "Penulis macam kita ni, kena ambik insurans jari kalau gini!" Hahaha... lawaklah kau ni Dhiya... penulis kecil-kecilan jer kita nih!

Kata husband saya "Nasib baiklah I dah kahwin dengan you 10 tahun lepas. Kalau sekarang ni, banyak betul you punya defect... duit hantaran pun kenalah discounted!!" Hah?? Nak diskaun duit hantaran?? Syukran...syukran... it all happened after 10 years!! Hahaha

Tuesday, January 26, 2010

Jumpa-jumpa dan makan-makan...






















































CBN Class of '90... berjumpa lagi pada hari Ahad lepas. First gathering for the year 2010. Bila saya cakap kat husband yg kami nak lepak-lepak... dia cuma kata"Pergi la, yang..." Dh give up la tu! Sesungguhnya dia sedar, isterinya memang suka melepak! Hahaha.


Walaupun yg datang lebih kurang 25 orang... tapi riuh dan kecohnya tetap macam 50 orang!! Haha... itu lah kami yg sentiasa kepoh sejak dulu!! We had lots of fun that nite... just like we had 20 years ago!!

Friday, January 15, 2010

Our 10 + 10 years together...

10 + 10 = 20 years of Crazy Love?? Hmm...

20 tahun ni lah tempoh saya menjadi kawan, girlfriend, tunang dan isteri kepada dia! Wow… lamanya! Kalau dari dulu lagi saya dah kahwin dengan dia… mungkin anak saya sekarang ni dah nak masuk kolej! Hahaha.

Sepanjang 10 tahun berkawan dan 10 tahun berkahwin, macam-macam soalan yang selalu dan pernah ditanya kepada saya (dan mungkin juga dia) tentang relationship kami ni. Ini adalah antara soalan-soalan yang saya masih ingat. Dan sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 10 pada hari ini (15 January), inilah jawapan yang sejujurnya! Hehe

Q: Macam mana boleh berkenalan?
A: Cerita tahun 1990! Alaa… zaman terkinja-kinja dan gedik dulu! Yeah, it was all because of that dunkin’ booth thing!!

Q: Lepas tu terus bercinta?
A: Oh tak… masa tu dia tengah buat A-Level… so dia tak pandang budak form 5 yang hitam berkilat dan kurus kering macam saya! Hehe.

Q: Habis tu, macam mana boleh bercinta?
A: In February 1993. After we had 5 hours of discussion… membincangkan secara terperinci soal kewangan, pelajaran, masa depan dan hala tuju hubungan ini! Waahh… Can’t believe it… we actually gone to that extent of having a serious discussion!

Q: 3 tahun berkawan… 7 tahun bercinta… kenapa lambat sangat nak kahwin?
A: Sebab tak cukup fulus… masa tu recession time! Haha

Q: Apasal you pilih dia sebagai husband… banding dengan kawan-kawan lelaki you yang lain? Dan kenapa dia pilih you dalam ramai-ramai perempuan?
A: You see… I always wanted a husband who drives a sports car! And he was looking for ‘not a typical lady driver’ … with a valid driving license (bukan lesen terbang atau lesen kopi ‘o’) to be his wife! That makes us a couple! Hehe.

Q: Dia put on weight sejak kahwin… selalu masak sedap-sedap untuk dia ke?
A: No lah… we just know where to get the good food!

Q: Rasa-rasanya lah kan, apasal dia nak kahwin dengan awak?
A: Sebab dia ingat saya pandai masak macam mak saya! Haha

Q: What do you guys see in each other?
A: I see him as my legal advisor … and he sees me as his financial controller!

Q: What is it about him that you like most?
A: Dia rajin kemas rumah dan cuci kereta! Hehe


Q: How did you guys keep this relationship for almost 20 years?
A: With lots of hard work and great effort! Huhu




The 10 year old wedding rings




On the day we got married...
10 years after we got married...


She gives me love, love, love, love, crazy love

He gives me love, love, love, love, crazy love

I need her/his love, love, love, love, crazy love

Crazy love, crazy love, crazy love

(Lately asyik dengar CD Crazy Love Michael Buble. Ni tukar sikit lirik lagu pernah dinyanyikan oleh Aaron Neville ni…)


On a serious note: Alhamdulillah... rezeki kami untuk bersama masih ada sehingga ke hari ini. Kami masih saling memerlukan. Kami masih boleh menghargai kelebihan dan kebaikan diri masing-masing. Masih menerima kelemahan dan keburukan masing-masing tanpa banyak rungutan. Really, it's not an easy job... I must say that. Nothing comes easy in this world... anyway! But somehow we managed to go thru. Nobody is perfect and you cant have everything in life. So based on that fact, we are trying hard to make the best out of what we have now. Setiap hubungan mesti ada turun naik, suka duka... oh well, that is what life is all about. We had fun, we also had tears... that is the beauty in a relationship!

Dan doa saya seperti selalu... semoga ALLAH permudahkan urusan kami untuk melalui hari-hari yang mendatang supaya kami boleh menyambut ulangtahun perkahwinan yang seterusnya... Amin...

Tuesday, January 12, 2010

Kembara










Inilah kereta Perodua Kembara yang saya gunakan. Tiba-tiba saya being nostalgic la pulak hari ni… hehe.

Kereta Kembara ni bukanlah best sangat pun… tapi saya suka sebab ianya senang dan sesuai untuk town driving… easy to maneuver. Ianya sudah bersama saya sejak June 2007. Banyak jasanya kepada saya ketika susah dan senang. Masa Putra saya hilang dulu... kereta inilah yang jadi back-up plan masa tu. Waktu nak pindah hujung tahun 2007… Kembara ni la kenderaan yang digunakan untuk angkut barang berulang-alik dari DD ke KD. Selain daripada itu, kereta ini juga digunakan untuk tujuan tailing & trailing kereta lain! Haha. Kembara ini jugalah sedikit sebanyak memberi inspirasi semasa menulis manuskrip ketiga saya. Kesimpulannya… banyak kenangan dengan Kembara ni… (termasuk tingkap sebelah penumpang yang tak boleh diturunkan langsung sejak setahun yang lalu! Haha)

Dan sesudah bersamanya selama dua tahun dan tujuh bulan… akhirnya saya terpaksa berpisah juga dengan dia beberapa hari lagi. Sedih ke saya? Well… sedih jugaklah sebab saya sudah sampai ke tahap… very attached to the car. Kembara ni pun macam dah jadi trade-mark saya pulak… (termasuk parking lotnya! Hehe) Walaupun saya bukan pemandu yang pertama memandunya… tapi mungkin saya pemandu yang paling lama!

But what to do… mungkin ‘perpisahan’ ini terbaik untuk semua pihak… let’s just hope for the best! InsyaALLAH…

Monday, January 04, 2010

Lega...

Alhamdulillah… akhirnya saya berjaya juga menulis perkataan TAMAT untuk manuskrip ketiga saya pada 1.1.2010 bersamaa 15 Muharam 1431 pukul 9.21pm!

Lepas ni, nak touch-up sikit-sikit lagi, check spelling… bila betul-betul dah puas hati, baru saya hantar kpd editor.

Rasa beban kerja saya sudah selesai. Kerana manuskrip ini paling letih utk menghabiskannya. Ianya memakan masa paling lama utk saya siapkan. Bayangkan… saya mula menulis pada September 2008 hingga Januari 2010 baru habis… 1 tahun 4 bulan!! Mak ooii… lama betui!! Jauh berbeza dgn MK yg hanya memakan masa 5 bulan dan KT pula 6 bulan.

Can’t blame anyone for this delay. Semuanya salah diri sendiri! Selain daripada kekangan masa dan ada ketika, kekangan idea, saya juga pernah berhenti menulis selama lebih 3 bulan. Atas alasan… penyakit malas menjadi-jadi! Hehe… teruk betul!

Bila dah rajin semula, saya cuma dapat menulis satu minggu satu bab. Macam driving 50km/j… Oh… tat is very bad!! Saya cuba speed up… target saya, 1 bab maximum 2 hari. Jaga seawal pukul 4 pagi untuk menulis atau bersengkang mata tak tidur sepanjang malam Ahad. Mula-mula menjadi jugak strategi saya tu. Tapi lambat-laun… gone case!! Saya penat… kerana di kerja ofis pula makin bertimbun.

Itu tak termasuk bila berlakunya hari kelepasan am atau sebarang cuti yang memaksa saya turut ‘bercuti’ daripada menulis. Hah… cuti anniversary, cuti honeymoon, cuti sakit saya masuk hospital, cuti sakit AHA masuk hospital, cuti raya, cuti sepupu kahwin, cuti-cuti Malaysia!! At the end… baru tersedar yg saya sudah jauh tersasar dari the original target date!!

Semasa cuti sekolah ni, barulah saya berpeluang pulun habis-habisan. Bersaing secara sihat dgn Lynn Dayana yg sedang menulis novel ke 4-nya. Kami akan berSMS setiap kali berganjak mukasurat. At one point, she was way behind me. Kemudian, dia semakin menghampiri. Tup… tup… saya kalah di saat-saat terakhir!!! Dia dah siap hantar… saya masih menulis bab-bab penutup!! Adus… terus betul saya ni! Apa-apa pun tahniah pada dia… di atas kejayaan dan semangat juang yg tinggi!

Fuh... lega!! Now, it’s time to take a short break and take a deep breath. Lupakan sekejap bunyi ngauman ‘the blue car’, keharuman roti kismis dan mihun sup, roll cage dan parking lot! Hehe.

Sempena ‘kejayaan’ saya menulis perkataan ‘TAMAT’… I gave myself a treat. Pergi melepaskan lelah sekejap di PD & Melaka hujung minggu baru-baru ni.



Argh… boringnya… lagi-lagi PD… asyik-asyik Melaka. Ye laa.. terasa nak tengok laut… kira PD antara yang dekat. Terasa nak makan ikan bakar… Umbai atau Alai pilihan tepat! Hmm…. and tat reminds me of Zaha-Fariq dlm MK… makan ikan bakar kat Umbai! Hehe



After this, time to generate the mind again... kena fikirkan novel seterusnya. Nak buat cerita pasal apa pulal? Love story, again... huh? Kalau kisah 'chenta', apa konfliknya? Siapa pula yang akan jadi 'mangsa' untuk inspirasi hero saya kali ni??? Hmm...

Monday, December 21, 2009

Bila AHA bercuti...


Sejak cuti sekolah bermula, tiap-tiap hujung minggu, AHA memang tak pernah lekat di rumah. Dia akan pergi rumah Wa (mak saya) atau ke rumah mak long (kakak saya). Ke sana, ke mari... pergi shopping mall dan tengok wayang dengan sepupunyalah, ikut mak saya pergi rumah orang kahwin la, ikut kakak saya balik kampunglah... banyak betullah aktiviti dia.



Bagi saya, as long as she's happy with all her cousins and sleep well with Wa every night (tanpa sebarang rengekan hendakkan tangan saya untuk dipeluk)... saya tak kisah. I know she'll be okay.



Untuk sesi kali ini, dia sudah berada di rumah mak saya sejak hari Khamis minggu lepas. Sepatutnya dia balik ke rumah hari Ahad (semalam). Saya pun pergilah ke rumah mak, ingat nak bawa dia balik... but at the end, she refused to go back! Rupanya dia telah merancang untuk ikut kakak saya sekeluarga bercuti ke Bukit Merah Laketown bersama mak saya sekali. Amboi... panjang betul langkah anak dara saya kali ni!



Tak diizinkan... kesian pulak pada dia. Sepupu-sepupu semua dah mengajak dan dia pun excited bukan main lagi. Tapi kalau diizinkan... alamak, lamanya saya tak tengok dia! Walaupun hubungan saya dengan dia... bak kata husband saya... 'you and your daughter is a love-hate relationship' (sebab dia selalu nak cari pasal dengan saya... selalu nak buat saya leterkan dia. One minute, dia akan kata 'tak nak kawan dengan mama' bila kehendak dia saya tak turut. But the next minute, dia boleh cakap 'I love you mama.... muahhah!) Tapi itu tak bermakna saya okey bila tak jumpa dia berhari-hari!



After taking into consideration... akhirnya, kami izinkan jugak dia ikut kakak saya. Mereka bertolak pagi tadi. Dan sekarang, kami suami isteri macam mati kutu pulak dah bila dia tak ada di rumah. Rasa sunyi pula bila dia tak ada untuk dileterkan... hehe. Kadang-kadang rasa malu jugak dengan jiran... anak seorang aje, tapi kecohnya bukan main lagi. Tapi itu memang realiti... kebisingan saya di rumah macam kebisingan menjaga tiga orang budak! Haha. Dan selalunya during weekdays, saya breakfast dengan dia sebelum pergi kerja. Cepat-cepat siapkan dia sebelum hantar ke rumah kakak ipar saya. Tapi tadi saya breakfast seorang diri... was not in a hurry at all. Syahdu pula rasanya...



So, what have I/we done for the past 3 days while she was not at home?

1) Pergi keluar joging lepas subuh. Sebab kalau ada AHA, kesian nak kejutkan dia pagi-pagi ajak cycling sementara kami berjoging.



2) Makan dekat mana-mana aje. Tak payah memilih restoren kerana tak perlu melihat menu yang bersesuaian dengan selera AHA.


3) Saya dapat pergi spa bersama kawan... berJacuzi, bersauna, body scrub/mask/massage.


4) Menaip manuskrip sehingga 20 mukasurat! Kejayaan yang sudah lama tidak dikecapi! Haha





And what I/we plan to do until she comes back from Taiping?



1) Balik kerja lewat.... sebab balik cepat pun dia tak de kat rumah untuk dilayan



2) Kalau balik cepat dari ofis pun... kami nak berjoging atau main squasy



3) Makan di restoren yang dah lama kami tak pergi



4) Menulis lagi 40 mukasurat... then saya boleh TAMATkan manuskrip yang sudah lama tertangguh ni!



P/S: AHA just called me about one hour ago..."Mama, skrg ni dekat Tapak (as in Tapah)... tengah makan Baskin Robbins!"

Tuesday, December 08, 2009

Drove & Driving for the last 17 years...

Lama betul saya tak update blog ni... dah berbakul-bakul habuk & sawang rasanya kat sini. Selain tak ada cerita yang menarik utk dikongsikan (macam la selama ni byk sgt cerita menarik yg saya kongsikan! hehe), saya memang busy teramat. Hujung2 tahun ni, banyak keje yg perlu settle before the beginning of the new fiscal year. Tension!!!



Dan bila saya tension... I tend to drive fast, despite what ever car I'm driving. (Well... excuses! Hehe. Bila tak tension pun bwk kereta laju jugak selama 17 tahun saya pegang lesen memandu!!) Baru2 ni husband saya tolong check kan kalau2 saya ada saman sebelum saya renew lesen. Dan keputusannya... memang saya ada saman. Cis!! 3 saman yang berjumlah RM400!! (But still not as bad as him... total of his summon is 3 times more!! Hahaha)



Saya tak tau detail bila dan di mana saya disaman. Saman waktu muda2 dulu dah habis bayar rasanya. Nanti bila senang saya akan cuba check. Dalam sejarah pemanduan saya selama 17 tahun, banyak juga kereta yang saya pernah drive/test drive/ driving. Saya akan cuba recall... kereta yg mana agaknya kena saman tu, ek??



Drove/Test-drove:

Nissan Sunny 130Y - Ni masa mula2 dpt lesen...

Proton Iswara / Wira /Putra / Satria GTi /Perdana / Saga / Savvy / Gen2 - Ada kemungkinan Putra, Perdana & Satria GTi

Perodua Kancil / Kelisa / MyVi - Err... kalau kategori Perodua ni, MyVi kot...

Peugout 308/407 - Memang sedap tekan minyak kereta nih...

Fiat Punto - Drove this car long time ago...

Volvo 240/940 - Too short distance... tak sempat nak memecut atau kena saman... hehe

Mercedes 190E - Drove this car long time ago, too...

BMW 3181/7281 - Kalau ada saman, sure dah diforward kan kpd saya...

Audi A4 (2001 model) - Kalau kena saman pasal dream car saya ni, saya rela!

Toyota Prado / Vios - Kalau saya kena saman pasal Prado... saya nak office tolong bayarkan secara subsidi! Hehe

Isuzu Trooper - May be not! Kereta ni 3.2 litre... sekali tekan minyak, habis RM50!!

Mitsubishi Pajero / Lancer GT - So far Pajero tak de saman yg melibatkan saya. Tak mungkin Lancer GT... saya hanya test drive kat LDP aje...

Suzuki Jimny - Kereta yg tak boleh laju walaupun dah tekan minyak! Lainlah kalau Suzuki Swift Sports...

Citroen ZX - Tried this old junk at 160km/h... still stable! Mungkin ada jugak la kot saman...



Most likely, bukan kereta-kereta yang tersebut di atas. Mungkinkah salah satu drp senarai yg di bawah ini... hmmm?



Driving:

Perodua Kembara ~ Selalu lambat time nak datang keje... sebab tu kena pecut! Hehe

206 Bestari ~ Possible... sebab kereta ni selalu digunakan untuk hujung minggu dan perjalanan jarak jauh!

Satria Neo 1.6 CPS ~ Rugi la kalau tak pecut... then, what's the point of driving it!!

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...