Tuesday, March 15, 2011

MB and A1 in Stadium Malawati

It was AWESOME!! This good looking Canadian gentleman not only a singer but he's a real entertainer! Enjoyed ourselves with his absolutely great and soothing voice...singing his hits like 'Home, Me & Mrs Jones, Cry Me A River, Crazy Love, Feeling Good, Havent Met You Yet, Save The Last Dance For Me, Georgia On My Mind, All of Me, Hearthache Tonight, Everything, Song For You, etc...' for one and a half hour. Ni ada gambar buat kenang-kenangan ;) Camera tak berapa canggih... seating pun agak jauh dari stage... so ini jer yg termampu snap. ;( Kesimpulannya, dengan harga tiket yg mahal giler (mujur kami tak spend more than RM6++ for A TICKET) mmg ianya sgt menghiburkan. Tapi untuk 90 minit show... ianya cukup tidak memuaskan hati... too short of a time!!! I was hoping he could sing more songs i.e Hold On, I'm Your Man, Sway. Tak puas sangat2... ;( Oh btw, Audi who was also one of the sponsors for the concert, introduced the new Audi A1 that night too.This new compact city car was unveiled for the first time to the audience. Dapat snap gambar from the big screen jer. Tapi begini la rupa Audi A1 tu (gambar yg saya cilok dari TopSpeed) Cantik dan seksi kan, A1 ni?? Nak beli?? Oh... tidak termampu lagi...:( Yg saya mampu adalah menambah koleksi gambar Audi dalam blog saya ni... uhuk!

Saturday, March 12, 2011

Michael Buble Live In Malaysia






Ok... I'm all set for a concert tomorrow night!! ;)Harap2 concert ni menghiburkan sesuai dengan harganya yg TIDAK MURAH!! Seriously, we've never spent this MUCH for a concert...tapi sebab nak sgt tengok dan dengar Michael Buble perform live...and dear hubby is his big fan... ok la, tutup sebelah mata dgn harga tiketnya dan layannnn jer laa!!

Thursday, March 10, 2011

2 days in Singapore...

Percutian hujung minggu saya dan rakan2 novelis (Aleya Aneesa, Bikash Nur Idris, Dhiya Zafira, Eka Fahara, Norzailina Nordin dan Shanika Latisha) ke Singapore. First time husband beri keizinan utk saya bercuti dgn kawan-kawan. First time saya bercuti dengan kawan2 yang sama aliran. First time saya angkut AHA berjalan jauh tanpa husband sebagai peneman. And the outcome... it was great!

Nak tulis panjang2, saya takde idea dan tak cukup masa... so kita layan gambar je la ye..;)
















Apa2 pun, memang enjoy trip weekend getaway kami nih. Walaupun senarai agenda yg asal telah berubah gara2 kami tidak cukup masa (dan tidak cukup fit pun ye jugak... hehe) but we still had fun! Sempat jugak la menjengah ke Malay Heritage Centre dan Arab Street, menjelajah Sentosa Island dan menonton persembahan Song of the Sea, membeli belah serba sikit di Mustafa Centre dan Orchard Road... kira ok la tu. Tak lah lari jauh dari perancangan awal. ;)

Thursday, March 03, 2011

Takziah dan tahniah

Tengah hari smlm, saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari kawan yg mengatakan guru kami masa darjah 5 iaitu Puan Fatimah Mastan telah kembali ke Rahmatullah. Salam takziah saya ucapkan kpd keluarga allahyarhamah yang berada di Penang sekarang ini.


Arwah merupakan guru kelas saya ketika berada di darjah 5 Mawar CBN 2. Arwah memang garang sampaikan saya cukup takut kalau buat salah di dalam kelas lebih-lebih lagi waktu subjek Matematik dan Spelling. Suara lantangnya saja dah cukup menggerunkan kami semua terutama saya yang merupakan murid baru di CBN2 masa tu. Murid2 lain mungkin dah tahu dia macam mana tapi saya terasa begitu asing dengan senario tersebut. Saya pernah ditegur di dalam kelas dengan kata-kata "Speak in English when you talk to me and your friends!" Saya terkedu... alamak... saya tak begitu fasih berbahasa Inggeris... camana nak cakap English dengan dia dan kawan2???!!


Tapi bila fikirkan semula, kerana teguran itulah, saya cuba membiasakan diri bercakap bhs Inggeris. Bukan nak mengagungkan bhs asing tersebut tetapi ada ketikanya kita memang perlu berbahasa Inggeris untuk beberapa urusan. We have to admit that. Sesiapa yg pernah ada pengalaman bersekolah di Convent, tentu tahu macam mana persekitaran dan keadaannya, kan? Maka dgn itu, saya yang dulunya malu dan tak reti nak cakap... kini dah mampu bertutur dalam bahasa tersebut (walaupun tidak sefasih dan selancar mana) gara-gara teguran dia. Terima kasih untuk arwah di atas jasa, tunjuk ajar dan teguran dia telah menjadikan saya... I am what I am now!


Sepanjang mengenali arwah, dia sebenarnya seorang yang penyayang dan kelakar if u know her personally. Bila saya bukan lagi murid kelas dia... kami boleh bergurau macam anak dan emak bila berjumpa. Dia cukup mesra dan suka mengusik pelajar2nya. Apa yg paling saya ingat, bila jumpa saya, arwah akan memanggil saya 'budak kecik'... sebab katanya saya tak besar-besar sejak dulu!! ;)) Dia juga suka berborak... macam2 cerita yang selalu dikongsi dengan kami. Dan kerana sifat caring dan loving dia tu lah, ada rakan saya yang begitu baik dengan arwah sampai boleh dikatakan sebagai anak angkat kepada arwah dan keluarganya. Bila kawan saya ni call beritahu dlm tangisan yg arwah dah takde tengah hari smlm... saya faham kesedihan itu. Sedangkan saya bekas pelajar pun berasa sedih, inikan pulak kawan saya yg biasa tidur baring kat rumah arwah.


Salam takziah sekali lagi saya ucapkan kpd keluarga arwah. Al Fatihah untuk Puan Fatimah Mastan, semoga rohnya dicucuri rahmat olehNYA.


Gambar terakhir yg sempat dirakamkan bersama Arwah (yg bertudung merah) semasa Majlis Reunion CBN 2 di Flamingo Hotel tahun 2005 (kalau tak silap saya)





Ni cerita lain pulak. Pada hari Sabtu lepas bertempat di MPH Subang Parade, rakan novelis saya Lynn Dayana telah mengadakan majlis 'Temu Mesra Penulis' anjuran Alaf21. Terlambat sikit nak posting cerita ni sbb sejak beberapa hari lalu, saya kurang sihat (mental dan fizikal) tapi bukan sakit mental, ok? :)




Ni gambar sekitar majlis tersebut yg turut dihadiri rakan2 penulis spt Aleya Aneesa, Ayu Emelda, Dhiya Zafira, Laila Kamilia, Meen Zulaikha dan Shanika Latisha. Tahniah pada Lynn dengan Juara Carta Cinta (JCC) dan terima kasih krn sudi menyelitkan 'Kenangan Terindah' di dalamnya.




Page 139

“Hai, dik…” Mesra Maya menegur.

“Hai kak. Saya nak novel ni.” Gadis yang bertocang dua itu menghulurkan novel terbaru karya Hezzy Azra.

“Dah baca Kenangan Terindah?” Maya bertanya.

“Dah. Best. Jatuh cinta dengan heronya. Tu yang nak beli novel yang kali ni.” Lincah saja anak gadis itu menjawab sambil menghulurkan wang mahu membayar.

“Sampai jatuh cinta!” Maya memasukkan novel itu ke dalam beg plastic dan menghulurkan wang baki. Dia juga memberikan senyuman yang manis.

Saturday, February 26, 2011

Tertengok Maher Zain Live In Concert

Saya memang tak plan pun nak tengok concert Maher Zain yg berlangsung pada 25 & 26 Februari di Stadium Malawati, Shah Alam ni. Though I do listen to his CD... infact I like his songs too... tapi bukanlah biggest fan sampai nak pergi tengok dia live.



Entah macam mana, rezeki datang tiba-tiba. Pukul 5.15 ptg smlm, hubby kata dia dpt 2 tiket concert utk show 25hb pkl 8.30pm. Masa tu saya masih di ofis lagi. Tgk keluar tingkap... cars started piling up... because of the heavy rain earlier. Saya rasa malas sgt2 nak pergi (not in a mood to watch a concert pun) dan gerenti tak sempat sbb nak kena balik rumah dan kemudian rush ke Shah Alam. So hubby decided to go with AHA. Reason... lebih baik bawak AHA tengok Maher Zain drp tengok Justin Bieber!! Betul2... hehe!!



Then when I arrived home at 7.10 (dengan stuck dlm traffic jammed selama 45 minit + beli dinner KFC + hantar baju ke laundry), hubby decided not to go pulak!! Instead suruh saya yg bawak AHA. Adussss!! Nak tak nak... 'saya yang menurut perintah'.... pergi jugak la akhirnya dengan syarat dia kena hantar dan jemput kami di Stadium... saya malas nak drive!!



The concert started with In-Team and Irfan Makki. Then baru Maher Zain. In between tu, Mesut Kurtis. Overall, how was it?? Seating?? Tak best... nun jauh di belakang. Nampak sayup2 jer si Maher Zain tu. Sound system?? So-so. Lagu2?? Maher Zain bukan byk lagu pun... so habis satu album Thank You Allah tu dia nyanyi. Suara? Bila dia nyanyi lagu Thank You Allah dan InsyaAllah tu... meremang gak la roma...;) Communication skill with audience?? He could have done better than that, I think. AHA?? She really enjoyed herself... siap nyanyi2 lagi (dia dah hafal lagu track number apa... bukan setakat lirik aje, hokay? hehe) Org tak pernah tengok concert la katakan.. tiba2 dpt tengok Maher Zain lak tu! Excited la ;) Tapi part yg paling best, bila buat pertama kali dengar Maher Zain nyanyi lagu InsyaAllah versi Melayu. Ok jugak dia punya pronouncation. Here I attached the lyrics in B.Melayu.






Andainya kau rasa tak berupaya
hidup sendirian, tiada pembela
segalanya suram, bagai malam yang kelam
tiada bantuan tiada tujuan
janganlah berputus asa
kerana Allah bersamamu


InsyaAllah... InsyaAllah... InsyaAllah
ada jalannya
InsyaAllah... InsyaAllah... InsyaAllah
ada jalannya




Andainya dosamu berulang lagi
bagai tiada ruang untuk kembali
dikau keliru atas kesilapan lalu
membelenggu hati dan fikiranmu
janganlah berputus asa



Kembalilah
kepada Yang Esa
yakin padaNya
panjatkanlah doa
oh Ya Allah
pimpinlah daku dari tersasar
tunjukkan daku ke jalan yang benar
jalan yang benar... jalan yang benar... jalan yang benar

Friday, February 25, 2011

Bingkisan tengah hari Jumaat...

Eh eh... dah hari Jumaat! Kenapa saya rasa macam semalam jer hari Isnin dan semangat berkobar2 utk menempuh minggu baru dengan harapan yg menggunung. Rupanya dah hari Jumaat, dan semangat kian merudum!! Dan minggu depan dah nak masuk bulan Mac??!! Baru jer rasa update blog... rupa2nye dh 25 hari berlalu since the last entry!!



Bukan sbb tak de peristiwa menarik utk dikongsi. Padahal, setiap hujung minggu bermula dari awal bulan hari tu... mcm2 aktiviti saya. Makan besar sempena CNY la, kenduri aqiqah baby NAI lah(anak buah saya), kenduri doa selamat sepupu naik pangkat lah, kenduri kawin lah, birthday party lah...tapi semua tidak sempat dirakamkan gambarnya. So, bila tak disertakan gambar... nak cerita pun malas...(hendaknya penyakit malas tu mmg ada sikit... hehe) Sebab tu, blog ni agak sepi dari sebarang new entry.



Walaupun saya malas nak update blog... the good news is... I have started writing my manuscript again!! Yeahaaa!! Walaupun saya ketinggalan jauh jika dibandingkan dengan geng2 seperjuangan (novelis Lynn Dayana baru keluar novel Juara Carta Cinta untuk bonus Februari dan Dhiya Zafira bakal keluar dengan Hati Bergetar Rindu bulan Mac nanti) tapi saya tetap berpuas hati bila semangat utk menulis tu datang semula. Ye... saya akui, saya bukan spt kebanyakan penulis yg mampu mencerna idea then and then... dan kemudian menulis non- stop. Saya agak slow dlm menjana idea dan penulisan saya mmg memakan masa. Really have to sit down... focus and concentrate (which is the most difficult task for me to do!)



Jgn tanya dah berapa page saya menulis (itu rahsia... hehe) tapi yg boleh saya kongsikan di sini, manuskrip ini bukan yg saya tulis pada tahun lepas (yg tersangkut setakat 22 pages tu saje!!) I'm writing a different story this time around. Idea utk meletakkan 'Idin' sebagai heroin novel ke 4... terpaksa saya tangguhkan kerana kekangan idea dan saya agak keliru dlm menentukan selera pembaca. Yes... I received a few comments about my books, and I've also read comments on other writers' books too. Kesimpulannya, saya semakin tak tahu/faham, buku/cerita yang macam mana pembaca suka dan memuaskan hati semua lantas, menjadikan buku tersebut sebagai best-seller!



So, to be on the safe side, novel ke 4 ni saya meletakkan Jo, I.R dan R.I sebagai tonggak utama. Ikutilah kisah mereka bila novel ke 4 saya diterbitkan nanti! (Err... but wait, before it being published... I've got to finish writing it first, right? Hehehe) Ok-ok... saya akan berusaha keras utk menyiapkannya. Then again, I'm not setting any target date for this manuscript. Izinkan saya menulis dalam ruang masa yang sungguh terhad ini. Because I really want to write with pleasure... not under pressure!! (Walaupun pada saat ini, saya sebenarnya rasa sungguh hampa dan kecewa dengan senario yg berlaku di sekeliling. Dan rasa tak nak percaya sesiapa lagi dah!! Namun kepercayaan saya masih utuh .. ALLAH Maha Adil lagi Saksama)

Tuesday, February 01, 2011

Test drove





Sudah lama sebenarnya nak test drive Peugeot 308 Turbo ni... tapi selalu je tak jumpa masa yg sesuai. Bukannya nak beli pun... the needs of changing a new car at this point of time is not necessary (bukannya ada penambahan gaji atau penambahan anak...hu hu) tapi sesuka aje nak test drive. So last Saturday, kami 3 beranak main redah aje ke Bluebox Glenmarie.... just to try our luck.




As the result, berjaya jugak tekan minyak 'lion' yg seekor ini . And seriously, with the price of RM118,xxx... memang best Pug ni!!


I'm not going to review in details on the performance (sebab bukan pandai sgt pun) But as someone who has been driving/driven/test drove Pug (206, 306 & 407), I must admit that this car is just SO perfect and fun to drive! It's just 1.6 litre... but it's 156 horsepower (almost similar to Mitsu Lancer GT which is 155 bhp... i think) 0-100km accelaration is 8.8 seconds. Hah... laju/power ke tak tuh? ;) From KD to Alai Melaka (nak makan ikan bakar) sejam lebih sikit dah bleh sampai kot?? Hehe


Apa yg saya suka:

~Easy to maneuver (walaupun body besar tapi tak terasa berat pun)

~Superb suspension (Pug is known for it's good suspension)

~6 speed transmission

~6 airbags

~Spacious Interior (Kalau duduk kat belakang lama-lama tu, tak terasa sgt la kaki kejang...hehe)

~ Panoramic sunroof (yg ni paling best saya rasa. Kalau drive siang beratapkan langit yg membiru dan awan yang memutih. Kalau drive malam, bagai bertemankan bulan dan bintang!! Huh...ayat novel pulak dah!)


As the conclusion... LOVE to drive it!! But to own/buy it... not at the moment. Have to bear in mind, maintaining the continental cars (in general) and Pug (particularly) is NOT cheap (unless you can really afford it) Pengalaman saya, menjaga 'kebajikan dan hal ehwal' suku sakat keturunan 'lion' ni memang kena 'makan hati' sikit... hu hu.

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...