Tuesday, November 22, 2011

Bila Harimau Muda mengaum...

Inilah dia... skuad Harimau Muda yg telah mengaum mlm smlm membaham Indonesia si Garuda melalui sepakan penalti 4-3 untuk memenangi pingat emas dalam acara bola sepak sempena SEA Games ke26 yg diadakan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

120 minit yg penuh debar bila Malaysia-Indonesia terikat dgn kedudukan 1-1. Bak kata seorang rakan di FB yg memberi laporan di statusnya pada waktu genting tersebut Majikan Prihatin 1- Maid Sengal 1... ;) Dan ramai lagi yg update mcm2 status di FB... masing2 sungguh bersemangat. Yg tak pernah2 layan bola pun boleh komen macam2. Sports can really unite the people... and football knows no boundaries ;)

It was a very stressfull game yesterday... (I think my blood go upstairs so many times... hu hu) but yet very entertaining!! Ada masanya.... dek kerana terlalu stress dgn cubaan2 Harimau Muda yg tersasar... saya terpaksa pergi ke dapur kejap untuk ambil udara dan nafas...hehe. Mmg hiruk pikuk rumah saya smlm.... (w/pun penontonnya hanya 3 org... iaitu saya, hubby & adik ipar :D)

Selepas 150 minit... baru boleh tarik nafas lega. Syukran!! Berbaloi segala penat lelah. Berbalas semua kepayahan dan kesulitan yg pasukan ini terpaksa hadapi sebelum perlawanan. Tekanan yg mereka terima, dihadiahkan dengan kepuasan yg tak terhingga nilainya... that is, winning the Queen of all gold...(Ibu kpd segala Emas)!!

Congratulations to the team which is led by Ong Kim Swee for the excellent performance!!!

Saturday, November 19, 2011

Anugerah Kecemerlangan...

Sepanjang minggu lepas, hampir semua sekolah mengadakan hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar sbgai acara penutup untuk sesi persekolahan tahun 2011. Hari utk mak pak/mama papa berbangga dengan pencapaian anak2 dalam akademik dan ko-kurikulum. Kalau tgk di FB, hampir setiap hari ada jer parents yg 'meng'upload gambar anak2 mereka yg excel... best student in subjects la, dapat nombor terbaik dlm kelas la... the best in this, the best in that. Ada yg tayang slip keputusan peperiksaan... tayang award dan sebagainya... kudos to all!!

Well, saya pun ada jugak menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan pada hari Khamis lepas. Tapi bukan untuk menyaksikan AHA menerima sebarang anugerah kecemerlangan atau diberi penghargaan kerana berjaya menjalankan tugas sebagai Pengawas sekolah selama setahun.... tapi sekadar tgk dia buat persembahan nasyid bersama rakan2 Tahun 3 ;)

Dah jadi macam trend sekarang ni, masing2 bersaing nak tunjuk kehebatan dan pencapaian anak2 mereka. Hendaknya di FB.... wah....laju jer meng'update' status dan 'meng'upload gambar dan menanti kawan2 'meng'omen...;) Yeah... I understand the excitement of being a proud parents as I have a daughter too. Tapi status2 tersebut telah melahirkan rasa khuatir pula pada segelintir yg lain... sehingga tertulis ayat yg lbh kurg begini pula di status seorg rakan...stressnya dengar budak2 semua pandai2. 5As lah, jadi prefectlah....etc. Very competitive!!

Bila terbaca status tu... saya bersetuju sgt2. Saya pun terikut2 rasa stress itu!!!

Start to ask myself... am I not a good mother to tutor my own daughter? Or my daughter is not clever enough to be the best out of the best?

AHA tidak mempamerkan kecemerlangan sepanjang tahun 2011 ni berbanding pada tahun2 lepas. Rasa tension sgt sbb dia tak dapat nombor yg baik di dalam kelas dan straights A's di dlm semua subject... sekadar 4A saje. Sebelum ni, dia sentiasa dapat nombor 1-10... with 5A's di dalam kelas mahupun aliran. The worse she got was number 7... :( Tapi tahun ni, dia tidak begitu menyerlah. Untuk peperiksaan akhir tahun ni... dia dapat nombor 17 di dalam kelas dan 18 di dalam aliran. The only thing yg buat saya lega.... she remains in the first class (4A) for next year.

Tapi bila diluaskan fikiran dan dilapangkan dada... saya cuba bersikap positif dlm hal ni. Saya masa darjah 3 dulu pun, bukannya excel sangat. Nombor pun belas2 jugak. Kenapa saya nak tension klau dia dpt nombor belas2?!

AHA baru Tahun 3... masih ada byk masa lagi utk menyiapkan dia menghadapi UPSR Tahun 6 nnt supaya dia dpt 5A. Di waktu ni, saya teringat kata seorg rakan ... "Kenapa parents nowadays risau sgt klau anak tak pass exam? Bukannya tak boleh naik tahun atau tingkatan? Tak pass UPSR pun boleh naik Form One jugak!" Which is true!! With no A's at all... the students can still enter secondary school and sit for PMR the next 3 years. So, why the worry??

Tapi kerisauan ini tetap ada. Mungkinkah kalau result tak elok... susah nak dapat kerja yg bagus nanti?? Betul ke?? Skrg ni pun nak dpt kerja cukup susah... apatah lagi di zaman generasi akan dtg...yg lebih mencabar dan terlalu kompetitif. Gerun pulak bila fikirkan masa depan AHA nnt. Tapi teringat pula kata seorang rakan lain... "Budak2 sekarang ni exam oriented.... belajar utk pass exam. Bila buat kerja... satu apa pun tak tahu. To be successful in your career...tak semestinya you pass with flying colours...it's the attitute and personality." Hati saya sejuk sikit... this is something to ponder, rite? Banyak juga contoh, orang yg bijak pandai ni tak jadi kaya raya pun. Tapi yg jadi kaya raya tu, ada jugak yg tak lulus periksa. Dalam erti kata lain... nak berjaya dlm hidup adalah berdasarkan kesungguhan seseorg itu untuk berjaya.... bukan kejayaan dlm menjawab kertas periksa!!

Saya percaya, rezeki masing2 di tangan Allah. Seharusnya saya bersyukur dengan apa yg ada setakat ini. Alhamdulillah, AHA dpt nombor tujuh belas... bukannya last in the class...

Kepada mereka yg diiktiraf kecemerlangannya pada tahun ini... saya ucapkan tahniah!!! Well done!!

Friday, November 11, 2011

APD... at 2nd glance

11.11.11... cantik tarikh hari Jumaat yg indah ni, kan? I missed a few minutes to write this entry... kalau dapat tulis entry ni pada pukul 11 pagi...11 minit...11 saat... sure lagi cun! ;)

I'm sure, hari ni jugak ramai yg ambil kesempatan nak nikah la, nak kahwin la, etc... sebagai kenangan utk hari yg bersejarah ni... once in a lifetime, kan!! Kepada sesiapa yg bakal mengakhiri zaman bujang/gadis pada hari ni, saya ucapkan tahniah!

Memandangkan tajuk entry ni pasal APD... di sini saya paparkan lagi sedikit sedutan dari novel terbaru yg bakal terbit ini. Kali ni kita intai2 skit bab 11 ye?? Layannnnn.... :)
“You look sweet tonight.” Raif seakan berbisik di telinga Johana. Matanya masih tidak lepas dari merenung wajah gadis itu dalam kelam cahaya Panggung Sari. Sejak tadi dia memerhatikan seri di wajah Johana biarpun sekadar bergincu nipis.
Johana sedikit tersentak mendengar pujian itu. Suara Raif kedengaran begitu romantis di dalam cahaya yang malap itu. Haruman Bvlgari Blv milik Raif pula mempersonakan. Tiba-tiba dia terasa malu dan debar di dadanya mula tidak menentu.
Serasanya, dia biasa saja pada malam itu. Tidak berdandan pun melainkan hanya gincu nipis. Pakaiannya pun seperti selalu. Berseluar panjang, berkemeja dan menyarung vest. Kenapa Raif kata dia berseri?
“Tak payahlah puji-puji saya Raif… saya tak ada duit nak belanja awak. Setakat minum three layer tea, mampulah saya.” Johana cuba untuk tidak terpengaruh dengan sebarang pujian. Tidak mahu cair dengan bisikan manis lelaki itu biarpun ada getar di dadanya bila direnung oleh Raif sebegitu.
“Saya puji bukan sebab nak awak belanja. Awak ni selalu fikir yang bukan-bukan tentang saya… tak baik, tau! Ikhlas, awak nampak cantik dan berseri malam ni,” tutur Raif sejujurnya. Kalaulah Teesya atau Atilia dipuji begitu, pasti sudah terlentok-lentok tubuh mereka menghargai pujiannya. Jari jemari pun sudah tentu merayap ke pinggangnya. Tetapi Johana... setiap kali dia memuji, pasti gadis itu berfikiran dia mempunyai maksud yang tersembunyi. Entah bila persepsi Johana akan berubah terhadapnya.
“Okey… terima kasih…” Johana akhirnya membalas dan merenggangkan sedikit badannya daripada Raif. Tidak mahu terlalu dekat dengan lelaki itu, biarpun dia yakin Raif tidak akan melakukan apa-apa. Dua tahun mereka sering keluar bersama, Raif tidak pernah sekali pun menyentuh atau tersentuh dirinya. Sedikit rasa hormat terselit terhadap pendirian lelaki itu.
Raif yang perasan Johana cuba menjauhkan tubuhnya, kembali ke posisi asalnya yang tegak. Mengakui dalam diam yang dia agak keterlaluan sebentar tadi apabila berbisik di telinga Johana. Tindakan yang spontan dan di luar sedar.

Thursday, November 03, 2011

APD...at 1st glance

Diam tak diam dah masuk hari ketiga dlm bulan November (eh...eh... baru 3 November?? Lambatnya nak December!! Hu hu)
Spt yg pernah saya janjikan dulu pada anda (Masih ingat janji kita? Eh...macam tajuk novel terbaru Murni Aqila yg terhangat di pasaran tu pulak... hehe (http://murniaqila.blogspot.com/2011/09/manisnya-september-ini.html), di sini saya siarkan petikan novel terbaru bertajuk A** P**** D** yg bakal menemui anda tidak lama lagi.

Buat permulaan, layan yg ni dulu, ek? Harap anda semua terhibur dan teruja... spt perasaan saya ketika menulis scene ini...;)

BARU sahaja Johana melangkah masuk ke unit berita, kedengaran bunyi mesej diterima melalui telefon bimbitnya. Dia meletakkan beg di atas meja dan mengeluarkan telefon dari poket hadapan beg tersebut.
Awak dah smpai ofis?
Raif! Hampir terlucut telefon bimbitnya dari genggaman akibat terkejut. Bagai dalam mimpi pula mendapat mesej daripada lelaki yang sudah menyepi berminggu lamanya. Dengan jari-jari yang sedikit menggeletar, dia pantas menekan kekunci.
Ye… nape?
Dua puluh saat kemudian.
Turun jap kat gerai makcik dpn ofis awak ni
Raif sudah ada di bawah? Betul ke? Macam mana aku boleh tak perasan? Kejutan Raif ini sungguh tidak disangka. Hati Johana sudah melonjak riang. Namun dia cuba berlagak tenang.
Ada apa?
Sarapan dgn saya
Saya dah sarapan kat umah
Johana cuba bermain tarik tali. Kalau diikutkan rasa hati, mahu saja dia berlari menuruni anak tangga menuju ke gerai yang dimaksudkan. Sudah lama benar dia tidak menatap wajah Raif. Bercerita dan bergurau senda dengan lelaki itu bagai waktu dulu. Tetapi ada ego dalam dirinya yang menghalang sebarang tindakan yang boleh memalukan dirinya nanti.
Saya pun… siap mkn nasi goreng umi saya masak
Spontan Johana tersenyum dengan jawapan selamba Raif. Tetapi dia masih ingin menguji.
Habis tu apasal nak mkn lagi?
Saje...
Johana duduk sebentar di kerusi. Termenung menatap mesej Raif. Tidak mengerti. Saja suka-suka nak jumpa aku… tak ada sebab lain yang tersembunyi? Rindu, misalnya? Hish… jangan merepeklah, Jo! Kau mungkin gadis terakhir yang akan dirindui oleh Raif!
Saya ada kerja ni…
Johana berdalih untuk menduga kesungguhan Raif.
Saya pun… tapi saya masih ada kat gerai makcik ni tunggu awak…
Jawapan Raif itu akhirnya mencairkan hati Johana. Dia mengalah. Dicapai dompet duitnya dan melangkah keluar dari situ dengan hati yang berbunga-bunga. Hilang rasa malu, timbul pula rasa teruja untuk bertemu rakan yang telah berminggu tidak bersua. Tidak sabar untuk berkongsi cerita dan bergelak tawa.

Monday, October 31, 2011

End of October...

Hari terakhir di bulan Oktober... esok dah masuk November...hu hu...cepatnya masa berlalu!!!

Rasa tak terkejar masa... tapi saya juga sebenarnya mengharapkan December cepat tiba!!

Kenapa????

For me to know and for all of you to guess...:)))

Sunday, October 23, 2011

Aktiviti hujung minggu...

Hujung minggu yang sibuk sejak awal bulan lagi...

Gathering with old friends (The 'G21' reunion, well 12 out of 21)
Majlis Malam Santapan Amal Yayasan Nur Karangkraf di SACC
Sohaimi Meor Hassan with his 'Epilog Cinta Dari Bromley & Misteri Cinta'
Ning Baizura's Unforgettable'

Kenduri novelis Anis Ayuni yg akan berangkat ke Tanah Suci Mekah
Sesi Bertemu Penulis; Aisya Sofea & Laila Kamilia di MPH 1Utama

Tiap2 minggu ada aktiviti... pendek kata memang saya sibuk la sepanjang bulan Oktober ni. :D. Ini aktiviti yg bergambar... yg tak sempat digambarkan pun ada jugak i.e kenduri2 kahwin, majlis aqiqah dan sbgainya. :) Mujur APD dapat juga diedit dalam masa 'kesibukan' saya ni dan menyerahkannya ke tangan editor. Lega sesangat...

Tapi kesibukan ini telah menangguhkan misi saya untuk mula menulis manuskrip yang ke5. Well, tak pe... tak pe... ada masa lagi... {kata2 utk menyedapkan hati sendiri...;) }

Friday, October 14, 2011

Ini dia... APD!!


Inilah manuskrip terbaru saya yg sedang diedit dgn gigih dan tekunnya!!!

Tajuk awal yg saya bagi adalah TST yg membawa maksud 'Tak Sanggup Terluka'... tapi biasa lah saya ni. Bab memberi tajuk manuskrip memang failed sentiasa. I can write up to 550 pages with more than 115,000 words of manuscript.... but I cant think of one single line with only three words to be the title!! Lastly... pihak editorial jugak yang kena carikan tajuk (terima kasih puan editor...hehe) And they have decided to name it APD. Now TST is known as APD ye kengkawan...;)

Apa itu APD??? Akanku Paksa Dirimu... baca novel ini!!! Hahaha

Ok la... nak sambung mengedit ni!

Kepada semua pembaca karya kecil Hezzy Azra, harap sabar menanti kemunculan novel ke4 saya ni. Kalau tiada aral melintang dan semuanya berjalan seperti yang dirancangkan... InsyaAllah, APD akan muncul tidak lama lagi... :)

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...