
Alhamdulillah...akhirnya novel keempat saya iaitu AKU PILIH DIA (APD- bukan Aku Pasang Dua dan bukan juga Akanku Paksa Dirimu... hehe) akan mula berada di pasaran pada Disember ini!!!
Sekiranya anda ingin mendapatkan APD... datanglah beramai2 ke FIESTA KARANGKRAF yg bermula pada 2 - 4 Disember bertempat di Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam. APD akan menemui anda di sana!!
Dan saya?? InsyaALLAH akan menemui anda semua pada 3 Disember (Sabtu) jam 2-5 petang. Sudi-sudikanlah membeli APD saya ini. Dan jika anda pembeli bertuah... mungkin anda berpeluang menerima cenderahati daripada saya dengan pembelian naskah APD. Cenderahati yg ditempah khas utk APD tau... mmg tak bleh jumpa kat tempat lain punya...hehe.
Kepada yg menunggu kemunculan karya kecil Hezzy Azra, APD adalah hadiah saya untuk anda. Harapan saya, agar anda semua terhibur dgn APD seperti mana anda pernah terhibur membaca MK, KT & CTB saya. Saya telah berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan APD sebaris dgn novel2 kegemaran anda...semoga ianya memenuhi citarasa!
Sinopsis AKU PILIH DIA... (kisah Jo, Raif dan Ian)
Pemergian Khalil tiga bulan sebelum diijabkabulkan, mengheret cinta Johana hingga ke pusara. Bertahun-tahun dia merawat duka di hati, namun pengganti Khalil tetap sukar dicari. Bila ada yang bertanya siapa Raif Imran di sisinya, jawapan yang diulang berkali-kali; lelaki itu cuma teman... tapi mesra.
Raif pula tidak pernah meluah rasa kepada Johana. Baginya, walau didampingi ramai gadis sekalipun, Johana tetap ada ruang istimewa di hati. Johana sering menduduki senarai teratasnya biarpun tidak pernah mengisytiharkan gadis itu miliknya. Kemunculan Ian Redza mula mengubah segala-galanya. Kali pertama Raif menonton kemesraan Ian dan Johana, dia dijangkiti virus cemburu.
Raif kata: Ian merampas Johana daripada aku!
Ian balas: Aku tak mencuri hak sesiapa.
Hati Johana berbisik: Hanya aku yang tahu... ada seorang sahaja yang aku cinta.
Dalam pada ingin mencintai, tidak seharusnya ada yang akan terluka.





