Wednesday, December 21, 2011

Sembang Buku di Radio Web Selangor



Alhamdulillah... AKU PILIH DIA berjaya menduduki tangga ketiga carta Karangkraf utk tempoh 11 Disember - 18 Disember 2011. Sokongan anda yg telah membeli & membaca APD amat2 saya hargai. Kepada yg masih belum membeli APD...harap bersabar. APD akan berada di kedai2 buku berhampiran anda dlm beberapa hari lagi. InsyaAllah. (Tapi kalau nak lagi cepat, boleh beli dari saya directly. Hantar email kepada saya spt address yg tertera di tepi blog saya ni)

Dan esok, InsyaAllah... saya akan ke udara dalam Segmen Sembang Buku bersama DJ Mansor di siaran Radio Web selangor jam 10 - 11 pagi. Turut ada bersama saya nnt ialah Editor kesayangan... Puan Patonah yg akan tolong menjawabkan soalan untuk saya berkaitan APD yg pernah dieditnya...hehe.

Luangkan masa anda untuk mendengarnya di http://tvnews.net/rws_new/

Friday, December 09, 2011

APD as at 8th December...

APD 'dilahirkan' (mula berada di pasaran) pada Jumaat lepas bersamaan 2 Disember. So hari ni genap seminggu usia APD... moga Jumaat membawa berkat {kalau siapa yg dh baca APD, mungkin perasan apa signifikan hari Jumaat utk Jo...hehe)

Neway, great news to share here!! Dalam masa seminggu APD dipasarkan, APD sudah menduduki tangga ke5. Ok..ok... bukan first... but being in the top 10 list...I'm already happy with it. Bukan senang untuk menulis sesuatu yg buat org nak beli dan baca, tau! :)

Syukur alhamdulillah dan terima kasih kpd mereka yg sudah membeli, membaca dan menghayati kisah Jo, Raif dan Ian. Saya hargai anda semua!!

Kepada sesiapa yg masih belum mendapatkan APD... silalah ke kedai buku yg berhampiran anda (I really hope by now APD dh sampai ke kedai2 buku). Mudah2an APD menduduki carta di kedai2 buku pula... just like Melodi Kasih, Kenangan Terindah dan Cinta Tak Beralih... Amin.

Friday, December 02, 2011

Temui saya di Fiesta Karangkraf...

Jom ke Fiesta Buku Karangkraf!!!

Dan temui saya serta rakan-rakan spt Hani Fazuha, Ramlah Rashid dll. Saya akan mula berada di sana pada pukul 2.30pm hingga 5 pm.
Datanglah beramai-ramai. Sekiranya anda merupakan antara 30 pembeli terawal novel Aku Pilih Dia semasa waktu saya bertugas itu, akan ada cenderahati menanti anda!!

Nothing fancy... just a small token as a way of my appreciation to all of you... especially APD readers (pembeli terawal APD)

Thursday, December 01, 2011

Trionovel Disember dan ....Aku Pilih Dia!!!


Alhamdulillah...akhirnya novel keempat saya iaitu AKU PILIH DIA (APD- bukan Aku Pasang Dua dan bukan juga Akanku Paksa Dirimu... hehe) akan mula berada di pasaran pada Disember ini!!!

Sekiranya anda ingin mendapatkan APD... datanglah beramai2 ke FIESTA KARANGKRAF yg bermula pada 2 - 4 Disember bertempat di Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam. APD akan menemui anda di sana!!

Dan saya?? InsyaALLAH akan menemui anda semua pada 3 Disember (Sabtu) jam 2-5 petang. Sudi-sudikanlah membeli APD saya ini. Dan jika anda pembeli bertuah... mungkin anda berpeluang menerima cenderahati daripada saya dengan pembelian naskah APD. Cenderahati yg ditempah khas utk APD tau... mmg tak bleh jumpa kat tempat lain punya...hehe.

Kepada yg menunggu kemunculan karya kecil Hezzy Azra, APD adalah hadiah saya untuk anda. Harapan saya, agar anda semua terhibur dgn APD seperti mana anda pernah terhibur membaca MK, KT & CTB saya. Saya telah berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan APD sebaris dgn novel2 kegemaran anda...semoga ianya memenuhi citarasa!

Sinopsis AKU PILIH DIA... (kisah Jo, Raif dan Ian)

Pemergian Khalil tiga bulan sebelum diijabkabulkan, mengheret cinta Johana hingga ke pusara. Bertahun-tahun dia merawat duka di hati, namun pengganti Khalil tetap sukar dicari. Bila ada yang bertanya siapa Raif Imran di sisinya, jawapan yang diulang berkali-kali; lelaki itu cuma teman... tapi mesra.

Raif pula tidak pernah meluah rasa kepada Johana. Baginya, walau didampingi ramai gadis sekalipun, Johana tetap ada ruang istimewa di hati. Johana sering menduduki senarai teratasnya biarpun tidak pernah mengisytiharkan gadis itu miliknya. Kemunculan Ian Redza mula mengubah segala-galanya. Kali pertama Raif menonton kemesraan Ian dan Johana, dia dijangkiti virus cemburu.

Raif kata: Ian merampas Johana daripada aku!
Ian balas: Aku tak mencuri hak sesiapa.
Hati Johana berbisik: Hanya aku yang tahu... ada seorang sahaja yang aku cinta.

Dalam pada ingin mencintai, tidak seharusnya ada yang akan terluka.

Wednesday, November 30, 2011

Fiesta Buku Karangkraf!!

FIESTA BUKU KARANGKRAF akan bermula!!!

2-4 Disember ni... jangan lupa!!!

Bertempat di Seksyen 15, Shah Alam... kat Jalan Sepana (bukan Jalan Sesiku, ye...hu hu)... jangan silap!!

Diskaun sehingga 70%!! Menarik, kan???

Dan banyak lagi yg 'menarik' menanti anda di sana!!!

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah...(and APD at 3rd glance)


Hari terakhir utk tahun 1432 hijrah. Dan esok kita akan melangkah ke tahun baru 1433. Di sini saya ingin ambil kesempatan utk mengucapkan Salam Maal Hijrah kpd semua pengunjung blog yg tak seberapa ini. Marilah kita sama2 bermusabah diri dan mempertingkatkan diri untuk tahun yg akan datang (peringatan utk diri sendiri juga)

Boleh rujuk entry terdahulu saya utk doa akhir tahun dan doa awal tahun...

Dan di penghujung tahun ni... saya paparkan skit lagi teaser APD. Harap2 ni teaser yg terakhir ye...hehe. Kerana besar harapan saya agar APD akan berada di pasaran any time this coming December. Kpd yg menantikan kemunculan APD... harap bersabar skit jer lagi, ek? Layan ni dulu, ek? :D

“Sambal belacan ada?”
Bagai ada tarikan dalam suara itu. Satu tarikan yang cukup kuat dan hebat sehingga memaksa Johana menoleh sepantas kilat ke arah datangnya suara tersebut.
Sejurus dia berpaling, degupan jantungnya bagai terhenti. Getaran di dadanya menyerang kembali. Pinggan di tangan bagai terlalu berat dirasakan sehingga senget dipegangnya. Keadaan menjadi statik bila matanya berpadu renungan dengan empunya suara itu... yakni pemandu Toyota Supra yang ditemuinya semalam!
“Sambal belacan ada kat depan kakak ni, bang!” sahut seorang pelayan yang bertugas menyendukkan nasi kepada tetamu.
“Oh... tak nampak!” ujar lelaki itu tersengih.
Johana yang baru tersedar mangkuk berisi sambal belacan itu berada betul-betul di hadapannya, mengundur setapak ke belakang dan memberi laluan kepada lelaki itu untuk mencedoknya ke pinggan.
“A’m sairy... been a long time since I last had this delicious sambal belacan!” tuturnya diiringi tawa kecil sambil mengerling Johana. Tangannya terus mencedok empat sudu sambal belacan ke atas pinggan nasinya.
Johana terpegun mendengar suara dan tawa garau itu. Bila berbahasa Melayu, kedengaran cukup fasih tetapi bila berbahasa Inggeris, bagai ada satu slanga pula. Dalam diam Johana mengamati lelaki yang berbaju Melayu teluk belanga berona biru muda dan berkain pelekat itu.
“Where have you been?” Timbul akal Johana untuk berseloroh apabila melihat lelaki itu mencedok sehingga empat sudu bagaikan tak pernah jumpa bertahun lamanya!
Lelaki itu tertawa bila terasa dirinya diusik oleh Johana. “Awa... fur quite some time!” jawabnya kemudian. Terasa senang dengan gurauan gadis itu. Tidak langsung dia berkecil hati.
Johana tersenyum. Sah, lelaki yang telah berada ‘away’ ini terlalu ‘merindui’ sambal belacan!
Kemudian lelaki itu menatap wajah Johana dalam-dalam. “I rasa, I tak tersilap orang. You yang I jumpa di Petronas dengan tayar kempis semalam, kan?”
Muka Johana berubah rona. Dia terkejut. Hatinya kembali berdetak. Tidak menyangka lelaki itu mengingati pertemuan mereka semalam. Dan yang malunya, lelaki itu mengingatinya hanya kerana sebiji tayar! “Ya... sayalah tu!” balasnya dalam senyuman malu.
“Dah isi angin tayar you tu?” Lelaki itu menyoal sambil berjalan mengiringi Johana yang hendak menyenduk lauk ke pinggan.
“Dah... dah. Terima kasih sebab beritahu semalam.” Sekali lagi Johana mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan lelaki itu. Rasa kekok pula hendak meletakkan lauk ke pinggan bila lelaki itu berdiri di sebelahnya.
“Bila dah nampak, kena diberitahu. Sebab ia akan membahayakan pemanduan.” Lelaki itu berhujah.
Johana terdiam. Bagai mendengar ceramah keselamatan memandu pula!

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...