Tadaaaaa.... gempak tak? Set kombo 'Ratu' gitu!!! Hahaha
Dont get me wrong ya... ini BUKAN set pelangsingan badan macam 'ratu' ya...muahahaha.
Ini set novel2 hasil karya 'ratu-ratu' (err...ratu la sngat...wakakaka) iaitu
ALEYA ANEESA (Si Ratu air mata)
LYNN DAYANA (si Ratu komedi)
DHIYA ZAFIRA (si Ratu aksi)
dan saya HEZZY AZRA (si Ratu urban!!)
Ada kawan yg bertanya soalan ini...Ratu Urban??? Well, what I can say is... gelaran 'ratu' ini hanyalah semata-mata 'label' utk kami berempat hasil daripada perbincangan informal/suka-suka/merepek2... it's not minuted in the minutes of meeting! Bukan pengiktirafan mana2 badan pun!! Ia sekadar memberi label kpd jenis karya kami dan gaya penceritaan dlm setiap novel... itu sahaja!!
Memandangkan saya ni... without realizing it or not...have consistently writing the 'urban' stories and issues. 6 novel saya kesemuanya berlatar-belakangkan masyarakat urban...maka gelaran dan label itu pun melekat pada saya. Saya tak menulis cerita yg ada menamakan jenis2 senjata dan bertempur seperti novel2 Dhiya Zafira. Saya tidak mampu membuat pembaca tergelak seorang diri di dalam LRT dgn komedi seperti membaca novel2 Lynn Dayana. Saya juga tidak mampu membuatkan pembaca menangis sampai lebam mata seperti kesedihan dalam novel2 Aleya Aneesa...ohhh... saya tidak pandai itu semua!!!
Apa yg saya mampu tulis, hanyalah kisah2 biasa... yg mungkin berlaku dalam kehidupan dan persekitaran kita. Garapan saya tersendiri... acuan saya sendiri... itu saja. Jadi, apabila secara kebetulan, saya dilabelkan 'ratu urban'... bagi saya, I'm okay with it!
Kepada mereka yg nak order novel2 'ratu' ni... boleh layari link http://novelman.blogspot.com/2014/04/beli-4-novel-dapat-diskaun-rm5-tambah-1.html
krn ada tawaran hebat sedang berlangsung. Nak kesemua novel saya, boleh! Nak mix and match dgn novel ratu2 lain, pun boleh! Harganya amat berbaloi!!!
This is an offer you shouldnt missed!!!
Monday, April 14, 2014
Tuesday, April 01, 2014
Sempena Karnival Uniti-Karangkraf
Tarikh : 29 Mac 2014
Lokasi : Kolej Uniti Tanjung Agas, Port Dickson
Pix credit from Ashraf (Alaf21)
Kepada adik2 yg dtg bertemu saya dan Kak Haiza Najwa...yg membeli Sah, Aku Cinta Kamu dan Potret Dua Wajah...kami ucapkan ribuan terima kasih. Semoga adik2 dpt manfaat drp novel2 kami dan moga adik2 Kolej Uniti kesemuanya berjaya dengan cemerlangnya. Amin.
P/S: Tak tau pulak table cloth tu warna biru...sama lak dengan colour baju...hu hu.

Thursday, March 27, 2014
Temui saya di Kolej Uniti, Port Dickson
Hujung minggu ni, jika anda tidak ada perancangan apa-apa, dan kebetulan berada di Port Dickson atau kawasan di sekitarnya, jom temui saya di Kolej Uniti, Tanjung Agas bersempena dengan Karnival Uniti-Karangkraf.
Saya akan berada di sana bersama Novelist Haiza Najwa mempromosikan novel2 terbaru kami 'SAH, AKU CINTA KAMU! dan POTRET DUA WAJAH.
Kalau rasa-rasa nak beli novel terbaru kami ke...nak bertemu mesra ke... silalah datang pada hari Sabtu 29 Mac 2014 jam 12-2 pm, ya? Kami menantikan orang nogori! :)
Wednesday, March 26, 2014
Al-Fatihah untuk mereka...
Setelah genap 17 hari hilangnya pesawat MH370, pada 24 Mac yg lalu... dunia dikhabarkan yg penerbangan MH370 telah berakhir di Lautan Hindi. Innalillah....
Tapi bagaimana 'berakhirnya' penerbangan itu, ia satu misteri yang masih kekal menjadi tanda tanya. Adakah berakhir dengan 'pendaratan' yang sempurna atau satu 'pendaratan' yang kita tidak dapat bayangkan bagaimana bentuknya.
We always pray for the best and yet, we have to prepare for the worst too. Kita cuma boleh anggap begini...boleh rasa begitu... boleh fikir kemungkinan 'itu'... boleh mempercayai kemungkinan 'ini'... tapi hanya ALLAH yg tahu apa sebenarnya yang terjadi. And only ALLAH knows what's best for them and for us.
Kalau masih ada mangsa yang terselamat, kita mengharapkan mereka akan ditemui oleh SAR team dan pulang ke pangkuan keluarga. Kalau kesemuanya tidak berjaya diselamatkan, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka. Semoga roh mereka dicucuri rahmatNYA dan keluarga yg mereka tinggalkan itu tabah dan kuat menghadapi dugaan yang maha hebat ini.
Bismilllahirahmaniirahim...

Sampai ke hari ini, klau tengok visual plane tu di tv...saya akan rasa kesayuan itu...:(
Wednesday, March 19, 2014
Terbaik daripada ALAF21!
Ini poster novel2 keluaran ALAF21 untuk Januari hingga April 2014...
JANUARI- Operasi Bulan Madu, Dia Diktator Hatiku, Mas Kahwinku RM22, Cinta Kuasa Tinggi
FEBRUARI - SAH, AKU CINTA KAMU! (my no 6th), Sepasang Kurung Pink, Runcing, Legasi Pejuang 2
MAC - Sunan Nanggroe Sang Kembara, Potret Dua Wajah, Kasih Usah Terlerai, Jatuh Hati Di Paris
APRIL - Setiap Detik Nafasku, Kahwin Dengan Saya?, Merah Violet Bibirmu, Cinta di Blue Mountains
Sudahkah anda mendapatkan kesemua koleksi ini?? Kalau belum...cepat2lah ya!! Sebelum keluar pulak koleksi May, June dan seterusnya...:)
Side story...SACK is at no 10 this time around. Turun ke anak tangga kedua daripada nombor 8 beberapa minggu lepas. Alhamdulillah...masih lagi dalam senarai TOP 10 di pasaran. Bagi yg belum lagi membaca kisah Raif Imran dan Irdina Jasmin...sudi-sudikanlah membeli Sah, Aku Cinta Kamu! ya...
Sunday, March 16, 2014
AGBK2013...dah undi?
Jika anda terlepas untuk membeli Sinar Harian edisi 15 Mac 2014 semalam bagi mendapatkan borang undi AGBK2013... maka anda boleh dapatkan Sinar Harian edisi Isnin & Selasa (17 & 18 Mac).
Seterusnya...Sabtu, Isnin dan Selasa (22, 24 dan 25 Mac) Dan terakhir Sabtu (29 Mac). Selepas tarikh tu... no more borang, okay? So kalau rasa nak undi byk2...cepat2lah stok Sinar Harian edisi yg saya sebutkan tadi tu.
Kalau rasa nak undi yang no 7 (Penulis Pilihan Kategori Fiksyen Alaf21) tu...pls do so!! :P
Kalau suka dgn cerita no 10 tu (Buku Pilihan Kategori Fiksyen Alaf21)...jgn malu2 pangkah ye!! Ahaks...
Friday, March 14, 2014
Terus berharap dan berdoa...
Assalamualaikum...salam sejahtera semua.
Sejak hari Sabtu 8 Mac 2014, seluruh dunia digegarkan dgn kehilangan pesawat MH370 milik MAS. Misteri kehilangan kapal terbang Boeing 777-200 ini masih belum dirungkaikan. Too many theories, too many speculation... up to one point...kita (atau mungkin saya saje kot) dah tak tahu apa yg boleh dipercayai atau mahu dipercayai. Of coz, we want to believe in good things...but again, we have to be prepared for the worst things to happen.
And today, it has been 7 days... more than 170 hours that the MH370 went missing. Saya tidak mengenali mana-mana penumpang pesawat itu secara langsung. Tetapi saya mengenali ahli keluarga (sepupu dan saudara mara) mereka yg berada di dalam pesawat tersebut. Sesungguhnya, kesedihan dan kerisauan kita tidak sesedih dan serisau mereka.
So, di hari Jumaat yg penuh mulia dan barakah ini... kita terus panjatkan doa untuk keselamatan dan kesejahteraan penumpang dan pesawat MH370. Moga dipermudahkan urusan pencarian dan apa pun hasil penemuannya nanti, kita memohon kekuatan untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan. Amin...

Subscribe to:
Posts (Atom)
SEPERTI ADA CINTA
Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...
-
Memandangkan dah lama tak blogging, maka lama jugaklah tak share ttg buku sendiri. So skrg ni barulah terhegeh-hegeh nak promote buku saya...
-
Man… I’ve got a serious issue here!! Perkembangan manuskrip saya yg ketiga masih di tahap yang tidak boleh dibanggakan langsung. Saya sudah ...
-
Our 9th wedding anniversary trip? Or is it a honey-moon trip? What ever laa... Apa-apa pun, ini merupakan trip pertama saya ke Bandung bersa...