Thursday, June 18, 2015

Dia Anak Jeneral...coming soon!!

Alhamdulillah...cover Dia Anak Jeneral dah siap. Saya dah tgk pun... purple color gitu!!

Tapi gambar yg saya tunjuk ni bukan cover ya. Ini muka surat  sebelah dalam. Cover tu, nnt2 la tunjuk...kita bagi sneak preview je dulu. :)

Ni saya kongsikan sinopsis DAJ...

KALAU sudah nama berbintikan Hambali, semuanya akan diatur… termasuklah mencari calon suami. Bila Leftenan Jeneral kata hitam, maka hitamlah warnanya. Walaupun ketika itu, pelangi sudah jadi 14 warna, Syirin harus akur.

Kehadiran Zakhif, telah menggoyahkan hati Syirin. Kali pertama bertentang mata, dia dan Zakhif saling terpesona. Saat bertegur sapa, hati dibaluti bahagia. Bila tidak bertemu, ada rindu yang menderu.
Tetapi Zakhif sedar siapa dia. Bagaimana kuatnya cinta terhadap Syirin, hebat juga risiko yang menanti. Lalu Zakhif cuba menjauh. Namun, Syirin semakin mendekat dengan satu tekad.
“Kalau awak datang ke rumah berjumpa ayah dan mak saya… saya terima pinangan awak.”
Zakhif mula pening! Mampukah dia menghantar rombongan? Yang ingin dipinang itu srikandi Leftenan Jeneral Hambali. Pikat bapa mertua lebih mencabar daripada memikat anaknya! Argh… ini kisah cinta yang mudah tetapi bertukar payah. DIA… ANAK JENERAL menjadi epik cinta yang indah.

Amacam? Ok tak? Tertarik?? Terasa nak beli?? Nanti in sya Allah saya bukak pre-order. If not end of this month, probably by early of July 2015.

Wednesday, June 17, 2015

Ramadan Kareem...



Assalamualaikum

"Ramadhan Kareem" to all.... yg bermaksud Ramadan yg Mulia. Dan jika org yg mendengarnya, jawablah "Allahu Akram"... yg bererti "Allah lebih Mulia"...

Selamat menyambut Ramadhan utk semua yg sudi jenguk blog saya ni. Di sini... sebelum bermulanya Ramadan, saya ingin memohon ampun dan maaf jika sepanjang penulisan saya ini, saya telah mengguris hati anda secara sengaja atau tidak. Ampun banyak-banyak. 


Semoga Ramadan kita kali ini lebih baik dari sebelumnya dan mendapat keberkatan dan keredhaanNYA. Moga Ramadhan ini lebih memberi kita taqwa dari sebelumnya. Marilah kita sambut Ramadhan ini dgn wajah yg berseri2 tanda kegembiraan yg tidak terhingga dan berazam utk mendekatkan diri kpd Allah dgn selalu berbicara dgn Allah walau dlm hati..

Ya Allah aku berpuasa ya Allah...terimalah puasaku ini...aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah...

Ni nak share sikit tazkirah ttg bulan Ramadan ini dgn anda semua. And a self-reminder too...
30 'menu' tu... mudah-mudahan dapat dihadam sepenuhnya. 

​Ramadhan itu bulan yg ada 30 hari
=yang awalnya 10 hari = rahmat;
=tengahnya 10 hari = maghfirah (keampunan); dan 
=akhirnya 10 hari = diselamatkan dari neraka. 


30 'MENU LAZAT' SEPANJANG RAMADHAN
1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap mlm.
3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri makan org berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.
4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
5. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.
6. Sunat dhuha setiap pagi.
7. Sedekah setiap hari minima seringgit.
8. Pastikan sahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus al Quran sambil usaha memahami maksudnya.
11. Ziarah orang yg kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar2 ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik.
15. Jauhkan aktiviti yg lagha.
16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang2nya 70x dlm sehari.
18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan menghubung silaturrahim
21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna
22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara2 yg dilarang.
23. Tidak berlebih2an maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan2 sunat- solat sunat rawatib.
24. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)
25. Lazimi utk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah utk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkcan syukur kpd Allah di kala senang maupun susah.
28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah2 inilah Ramadhan terakhir kita.

Wednesday, June 10, 2015

My 7th... and it is called; DIA ANAK JENERAL

Setelah sebulan lebih tak berkongsi apa2 cerita dlm blog ni, hari ni saya nak kongsi berita yg menggembirakan.

Alhamdulillah, proses editing saya utk manuskrip ke 7 dah selesai minggu lepas. Rasanya by now, design utk cover novel pun dah hampir siap. 

So, dgn terujanya... saya umumkan yang novel ketujuh saya bertajuk DIA ANAK JENERAL akan diterbitkan... In sha Allah pada August 2015!! Bulan raya, bulan merdeka & bulan hari lahir gitu!!! 

Alhamdulillah... kurang lebih dua bulan lagi, pasangan Zakhif & Syirin bakal bertemu pembaca yg menantikan kemunculan mereka!! Ada ke yg tunggu?? Ada kot... 5 org!!! Hahahaha

Spt yg dijanjikan, saya akan up beberapa bab di blog saya ni. Sebagai 'appetizer' bak kata org...:)
Sudi2kanlah baca ye...


 PROLOG

NUR SYIRIN meraup wajahnya usai memberi salam. Spontan matanya melihat sekeliling surau At-Tashrif itu. Dia keseorangan. Sama seperti saat dia melangkah masuk ke ruang muslimah itu sepuluh minit yang lalu untuk menunaikan solat zohornya.
Wajahnya ditundukkan. Berselawat dia seketika sambil mata memandang cincin belah rotan yang tersarung di jari manisnya itu dengan pelbagai emosi yang menghambat jiwa. Kemudian, perlahan-lahan dia mengangkat kedua belah tangannya memanjatkan doa. Memohon agar diberi kekuatan untuk menghadapi segala dugaan yang bakal mendatang.
Sepanjang seminggu ini, tubuhnya penat dan mindanya lelah. Fizikalnya tenggelam dalam timbunan kerja. Mentalnya sarat dengan beribu soalan tentang masa hadapan. Tegakah dia mengharungi laluan hidup sebegini sesudah bernikah dengan Nukman? Andai dia nekad memutuskan hubungan itu, apa akan terjadi pada dirinya? Akan selesaikah masalah atau dia akan dihukum oleh ayahnya?
YA ALLAH, terasa berat ujian-MU kali ini. Mata Syirin bergenang. Tetapi kalau inilah yang KAU tentukan untukku, berikan aku kekuatan untuk melaluinya. Jika tidak, KAU tunjukkan jalan yang mana harus aku tuju. Itulah doa yang Syirin lafazkan setiap kali dia buntu memikirkan apa tindakan yang harus diambilnya.
          Tiba-tiba satu bunyi yang datang dari ruang muslimat itu mengejutkan Syirin. Bunyi seperti ada orang yang sedang memanjat dengan menggunakan tangga besi. Lalu dia menyudahkan doanya dan bacaan al-Fatihah disedekahkan sebelum bangun dari sejadah.
          Syirin mengenakan semula tudung birunya dan berdandan ala kadar. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia mencapai beg tangan dan berjalan keluar dari surau tersebut. Tolak ketepi semua masalah yang membelenggu. Lupakan Nukman buat sementara waktu. Dia mahu mindanya tidak terbeban dengan kemelut yang melanda saat berdepan dengan klien nanti.
Langkah diatur. Sewaktu melintasi ruang solat muslimat, entah kenapa tiba-tiba hatinya bagai ditarik untuk melihat apa yang dilakukan oleh orang yang memanjat sebentar tadi.
Sebaik sahaja dia memandang, matanya tertancap pada seorang lelaki yang sedang berdiri di atas tangga untuk memasang kipas.
Sesusuk tubuh yang kurus tinggi itu… benarkah apa yang dilihatnya? Atau itu hanya bayangannya? Serta-merta resah hati mengenangkan masalah yang dihadapinya tadi, bagai ditiup pergi. 
          Dengan hati yang mula dipalu debaran, Syirin berjalan perlahan menghampiri pintu masuk untuk melihat lelaki yang mengenakan seluar jeans biru dan kemeja T kelabu itu dengan lebih dekat.
“Awak!”  panggil Syirin dengan jiwa yang bergetar.
Dan bila lelaki itu memandang, Syirin terasa masa seolah terhenti seketika.




Wednesday, April 22, 2015

Anugerah Novelis Prolifik

Tetiba rajin pulak saya nak update blog ni... selang dua hari!! Ngeee...

But it's a good thing, right? Rather than biarkan berkulat je blog ni, ye tak? Especially when I have good things to share here, maka wajiblah dicoretkan di sini buat kenangan esok2 hari bila dah tak releven dlm bidang ni lagi. Kat blog ni, kita cerita perkara2 yg happy aje. Perkara2 yg mendukacitakan dan menyesakkan dada...kita simpan dalam hati dan bawa sampai mati...:P




Okay... hari Sabtu ini...bersamaan 25 April, saya dan rakan2 novelis seramai 23 org yg sama2 berbumbungkan ALAF21, akan diraikan dalam satu majlis di PWTC. Kesemua kami bakal dianugerahkan dgn gelaran 'Novelis Prolifik' sempena  PBAKL yg akan berlangsung.

Novelist??
~ Something which I never thought of becoming one.
Prolific??
~ Something which I never dreamt of.

8 tahun saya bernaung di bawah ALAF21 (2007-2015) dan saya rasa gelaran Novelis Prolifik ini sangat besar dan bermakna untuk saya. Sebab kalau diselak semula sejarah bagaimana saya mula2 terjun dalam bidang penulisan ni... mmg ia satu keputusan yg mengejutkan. It was an overnight decision... when I suddenly decided to write a book after my sister suggested it!! Masa tu...tanpa apa2 pengalaman, tanpa pengetahuan yg luas, tanpa apa2 sasaran... saya terus merangka jalan cerita dan mula menulis 'Bab 1'!! Bak kata org...hentam kromo aje!!

Bila dah berjaya menyiapkan satu manuskrip dalam masa 5 bulan... saya gamble aje hantar ke Alaf21 pada August 2006. Kalau diterima... alhamdulillah. Kalau ditolak... anggap sajelah yang saya ni tak berbakat dalam penulisan ni... dan rezeki saya bukan dlm bidang ni.

Tapi lps hantar manuskrip pertama tu... tetiba saya rasa mcm, eh why not I try to write another manuscript? Three months later... i started writing the second manuscript and finished it in 6 months. And for the second time... saya gamble aje hantar ke Alaf pada Jun 2007. Walaupun masa tu...first manusript tu belum habis dinilai...apatah lagi masuk senarai utk diterbitkan! Dan saya masih berpegang pada ayat dan tekad yg sama... kalau diterima, alhamdulillah. Kalau ditolak... maybe I should forget about writing a book.

Rupanya, ada ezeki saya dlm bidang ni bila akhirnya... MELODI KASIH diterbitkan pada December 2007. Rasa macam tak percaya aje pegang MK tu buat pertama kali. Cium bau buku macam cium bau baby baru lahir...excited gitu!! Dan bermula dari situlah, saya rasa bidang penulisan ni serasi dgn jiwa saya. Walaupun ada masanya, saya rasa lelah untuk menulisnya. Stress + penat!! But despite that, it's something that I enjoy doing it. Lebih-lebih lagi bila dapat tahu, manuskrip kedua saya lulus dan akan diterbitkan the following year.

So, KENANGAN TERINDAH pun terbit pada November 2008. Selepas terima macam2 komen positif ttg MK & KT... saya mula nampak... ada laluan utk saya dlm bidang ni. Tapi laluan tu sama ada jauh atau dekat... lurus atau bengkang bengkok... saya tak tahu dan saya tak boleh agak. Apa yg saya tahu, saya akan cuba menulis manuskrip ketiga, seterusnya keempat dan kelima. Maka lahirlah CINTA TAK BERALIH 2010, AKU PILIH DIA 2011, SEMERAH RED VELVET 2013.

Tapi kenapa saya target cuma lima novel??

Kerana saya rasa, that's the maximum I could go. Itu sudah dikira paling jauh utk saya yg asalnya bukanlah berbakat sangat. Bukannya ada idea melimpah-ruah. Bukannya ramai pembaca atau peminat. Bukannya konsisten sangat menulis. Bukannya anggap penulisan ini satu full time job...sekadar part time job saja. Tapi bila ALLAH anugerahkan saya rezeki dari segi idea dan kudrat... that's when I continue writing the sixth novel and SAH AKU CINTA KAMU finally published in 2014. And last February,  I have completed the seventh manusript. Sekarang ni, manuskrip tu tgh tunggu que untuk diedit dan diterbitkan.

From zero to six + one... Ya ALLAH... tak ada ucapan selain daripada Alhamdulillah. Panjang rupanya jodoh saya dengan ALAF21 ni... sampai dah nak lahir 7 'babies'!!

~ Kepada pihak editorial ALAF21, terima kasih kerana sudi menerbitkan karya kecil saya and those involved in the whole process (the designer, the marketing & promotion team). And my special thanks goes to En Nord (yg menerajui ALAF ketika saya mengorak langkah pertama dulu), Kak Wan Rohana yg menyambut manuskrip MK & KT, Kak Saadi yg sering berikan semangat dan Kak Ruby yg akan meneruskan legasi.

~ Kepada Moon (editor MK, KT, CTB, APD), Lis (editor SRV and soon to be the editor for my 7th), Seyha (editor SACK)... thank you so much for all the effort you guys have put in. Akak sangat berbangga dan berpuas hati bekerjasama...it's been great working with all of you!

~ Kepada semua pembaca di luar sana yg menerima karya saya.... yg tidak putus2 beri sokongan, semangat dan komen2 positif... saya ucapkan jutaan terima kasih. Saya tak mampu nak ucapkan terima kasih kepada anda, anda dan anda secara satu persatu. Hanya yg termampu saya kirimkan adalah doa... moga ALLAH balas budi baik dan keikhlasan anda menbeli/menerima/menyukai karya saya. Melalui penulisan, kita berkenalan... dan moga ikatan ini berpanjangan.

~ Kepada keluarga dan kawan2 yg sentiasa sentiasa mendengar keluh-kesah saya bila tension tak ada idea menulis, atau sudi hulurkan maklumat bila saya terdesak tak sempat nak google any info...thank you for all your immediate help and support. You guys are great friends!!

~ To my dear hubby and daughter... thank you for being understanding and accepting my new passion.  I wouldn't have gone this far without love and support from both of you!!!

Sebak pulak ai menulis ucapan ala2 menang award nih!

P/S: So, my next target is to be able to write 10 novels. Saya ni small timer... suka target kecik2 aje...:)

Monday, April 20, 2015

Back to CBN for its Carnival...


True indeed!!! The feeling is just the same like 23 years ago when I entered the CBN's gate last Saturday. Nostalgic sekejap aunty ni teringat zaman muda2 dulu!!! :P

During the CBN Carnival which was held last Saturday 18th April 2015. Me & my books (5 out of 6 titles...satu lagi takde. Out of stock la pulak! Terlajak laris kot Kenangan Terindah tu! Ahaks!!)

 Anyway, the main purpose of this Carnival is to raise fund for the school. Like what we did in 1990. Since the old girls been given a booth... saya pun tumpang sekaki utk jual novel2 saya ni. I may not be able to contribute much for our alma matter... but I do hope with my small effort on that day, it will eventually benefit the school. Jualan novel saya about 17% jer out of the total sales... but at least, something right??

Thank you to all who came to our booth. Who bought our CBN merchandise, cakes, cookies and of coz my novels!! To my G21 friend (you know who you are) thank you for helping me out. Thank you for all the support... be it from the exCBNers, the teachers & the students. Hope to see you guys again... some other time!!

P/S: Dulu2 masa Carnival, tak rasa penat pun berlari sana sini. Last Saturday, bila balik aje dah lenguh2 kaki...age factor!!! :P

Thursday, April 16, 2015

CBN Carnival 2015

CBN
The shining star of my life
You will always glow within me
And through me you will shine forth
A new light others will follow

Haaa... tetiba teringat lagu sekolah!! Lagu yg dinyanyikan setiap pagi Isnin.... setiap minggu... selama 7 tahun. Bayangkan brp byk kali saya nyanyi lagu ni!! Hahaha :)

After I left CBN 23 years ago (that was in 1992 after completing my STPM), saya tak jejak kaki lagi ke CBN. Bukannya tak sayang CBN, cuma tak ada hal nak ke sana walaupun CBN sentiasa di hati...:)

Dulu ada jugak cita2 nak masukkan AHA ke CBN... tradition kononnya. Bila mak dah CBN, anak pun mesti CBN... spirit gitu! Tapi memikirkan yg CBN is right in the middle of KL and I live wayyy out of town... rasanya tak berbaloi nak berulang hantar AHA ke sana. I'm being practical about it... walaupun ada rasa terkilan sbb AHA is my one & only... sepatutnya she goes to the same school as her mama. Barulah lengkap cycle tu...:) 

But whatever it is....

This Saturday 18th April 2015... I'll be back to CBN for it's Carnival. The last CBN Carnival I had was in 1990... when I was in form 5. Kelas saya masa tu bukak stall jual makanan. (Tapi seriously... I cannot recall makanan apa yg kitorng jual!! Hahaha) Mungkin sbb masa tu, saya jaga stall tu sekejap aje kot... because I was busy with the Dunkin Booth thingy. Dan rasanya... sayalah org pertama yg jatuh dlm kolam air tu dan telah mengoyakkan jaring tersebut!! Muahaha.

Anyway... this time around, I'll be selling my novels during the Carnival. Kalau ada yg sudi nak beli novel2 saya... inilah peluang anda utk membelinya (with discounts...of course). Kalau tak nak beli pun, tapi setakat nak meet & greet saya, you are most welcome. In sya Allah, I'll be there from 9am till 3pm.


Ada apa di Carnival ni nanti?? Details are below:

Theme   :  Wild Wild West

Date        :  18th April 2015, Saturday

Venue     :  CBN

Time       :  8.30 a.m until 4.00 p.m

*The coupons are sold in RM10 booklets.
- 1 booklet = RM10
- 2 booklets = RM20
Get / Order the tickets from any CBNer be it student or teacher.  You can also buy the coupons by going to SMK Convent Bukit Nanas upon requesting at the office.
Coupons will also be sold on the day itself.
From scrumptious food to exhilarating games, join us and create memories that you will never forget.
Attractions:
  • Dunk Machine
  • Haunted House
  • Maze
  • Delectable food
  • Awesome drinks
  • Exciting games from Wii to Carnival games


Friday, April 03, 2015

I'm still alive and kicking

Assalam semua...

Dah empat bulan rupanya saya tak update blog ni ye? Teruk sungguh!! Mujur ingat lagi password...

From the last entry in December 2014 until end of March 2015...sebenarnya byk perkara dah berlaku. Klau nak share skrg pun dah macam tak releven jer...citer dah basi. Dah tak seronok pun nak share.

Tapi apa yang saya boleh kongsikan di sini, I have finished writing my 7th manuscript on 24th February 2015. Yahoo!!! Alhamdulillah.... akhirnya manuskrip yang memakan masa setahun itu bertemu juga dgn perkataan TAMAT. Sekarang ni, manuskrip yg saya namakan CSAJ itu sudah berada di atas meja editor.... sedang menunggu giliran utk dinilai dan diluluskan. So kira, the first process pun tak selesai lagi... jadi saya tak bleh kongsikan maklumat bila CSAJ akan diterbitkan.

CSAJ ni kisah apa?

Well, CSAJ kisah ttg Nur Syirin dan Muhamad Zakhif. Rin & Khif  yg 'ter'jatuh cinta despite status masing2.

CSAJ ni macam SACK ke? Atau macam SRV?

Tak!! CSAJ sgt berlainan dgn SACK. (I'm taking into account the negative comments I received from SACK's readers.) CSAJ juga tak seringan SRV (again, I'm listening to the feedback from SRV readers)
Nak kata CSAJ heavy sgt pun... tak juga. Sedang2 aje....:) Because I have to take into consideration, what majority wants. And I hope, CSAJ can be accepted by everybody.

Nak baca sedutan CSAJ? Nanti saya tepek snippet di sini ye? Tunggguuuu...

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...