10 tahun saya berkawan/bercinta dgn dia… dan hari ni genap 9 tahun saya jadi isteri dia. Maknanya, dah 19 tahun saya mengenali dia… tapi itu pun kadang2 saya rasa macam baru kenal aje! Hahaha… wat a confession!
Dalam masa 19 tahun ni… mcm2 pengalaman yg kami lalui. Pahit, manis, payau, masam, masin… kiranya semua kami dah rasa.
Ada kenalan yang kata, kami ni serasi/sejuk… kononnya sebab muka kami hampir serupa.
(Ye ke? Itu mitos atau apa? Tapi kenapa kadang2 saya rasa hangat & hangit aje? Haha) Ada juga yg kata, we complete and comprehend each other. Kononnya kami ni saling melengkapi dan memahami antara satu sama lain.
(Memang pun… dia tukang kemas rumah, saya tukang cuci toilet. Dia tukang pergi pasar, saya tukang masak. Kira lengkap dan saling memahami la tu, kan?) Ada yg mengata, saya selalu buli dia dan dia takut dengan saya. Contoh insiden; saya pernah suruh dia berpatah balik ke KL sebaik saje dia sampai di PD semata-mata krn baju untuk annual dinner saya tertinggal kat rumah. Dan saya tak nak pakai baju lain kecuali baju yang tertinggal itu jugak!
(Bukan buli namanya tu… sekadar menguji kesabaran dan membuktikan kecekapan dia memandu! Hehe) Tapi ada jugak yg mengata, saya ni mangsa buli dia. Sehingga melahirkan rasa simpati bila dapat tahu saya terpaksa menghantar kereta dia yang rosak ke bengkel. “Ada ke patut you suruh your wife hantar kereta you ke workshop? Kesian dia…” Tak kurang juga yang kata, saya amat takut pada dia. Kalau saya keluar dgn kawan2, saya org pertama yg akan balik awal. “Apasal kena balik cepat? Takut husband marah ke? Tak kan ada curfew kot?”
(Well, put it this way la… he wants me to be an independent and skillful wife. Dan bukan saya takutkan dia, cuma takut consequences nya dan hormati prinsip dia yg selalu menitikberatkan soal masa!) Ada yang pernah buat spekulasi, kami berdua tak kan bertahan lama. Ini semua kerana; sikap, pendirian, pemikiran dan latar belakang kami yang berbeza. Selalu benar kami tidak sependapat dan bercanggah pandangan.
(Oh yes… this is what we call an opposite attraction!)
Ada jugak yang memuji, kononnya kami ni pasangan paling secocok. Kata-kata tersebut mungkin merujuk kepada hobi kami yg suka menjamu selera ke pelbagai restoren dan café sbb kami memang suka makan! Atau mungkin gara2 kegilaan kami terhadap kereta, driving dan Manchester United!
(Hmm… come to think about it, may be there’s a truth in it. Bukan senang nak dpt suami yg tahu restoren mana yg best dan tak kedekut bab belanja makan lebih2 lagi bila isterinya asyik nak makan sedap2 aje! Atau dapat isteri yang kejutkan suami kalau si suami itu tertidur untuk tengok game MU!)
Ada yg gerun tengok cara kami bergurau... mcm nak bergaduh aje... ala2 brutal! And the words we use, sometimes can be very harsh! Tapi ada jugak yg ketawa dengar kami berseloroh... sekejap ala2 loving couple, sekejap lagi macam boring couple! "Why did I marry you in the first place?" "Ya la... I also wonder why..." Boleh gitu?
Ada yg pernah bertanya, macamana saya boleh bersabar dgn kerenah dan cara dia. Dan tak kurang juga yg menunjukkan rasa kagum kerana dia cukup bersabar melayan kepala angin saya!
Apa-apa pun andaian, spekulasi atau tohmahan… kami cuba pekakkan telinga. Dan usaha kami memekakkan telinga itu, ternyata telah berjaya setakat 19 tahun ini! Alhamdulillah…
Teringat lagu lama yg merupakan salah satu lagu favourite kami…
“We played the games that people play
we made our mistakes along the way
Somehow I know deep in my heart, you needed me
Cause I needed you… so desperately
We were to blind to see
But then most of all
I do love you…
STILL…" by Lionel Richie