Thursday, April 18, 2013

Sesi Temu Mesra di MPH, Alamanda, Putrajaya

Okey... saya dan rakan novelis Laila Kamilia (yg sedang tega mengutip bunga-bunga tulip tu...hehe) akan berada di MPH, Alamanda pada hari Sabtu ini bersamaan 20 April 2013 untuk satu sesi bertemu mesra dengan anda semua.

Jika anda ada kelapangan, tak tahu nak buat apa hujung minggu ni... rasa2 nak terjah kedai buku... meh la dtg ke MPH Alamanda. Lepas tu, boleh lepak dgn saya dan Laila dari jam 2.30 ptg hingga 4.30 ptg sambil kita borak-borak pasal Red Velvet Cuppies dan bunga2 tulip...hehe. Kami berdua mengalu-alukan kedatangan anda!!!

See you guys there!!

Thanks to CinderEllies Cakes & Bakes for the 'delicious' RV photo...:)
http://www.facebook.com/pages/CinderEllies-Cakes-Bakes/241034725929329

Wednesday, April 17, 2013

Saya sayang karya saya (entry syok sendiri # 5)

Dah lama tak buat entry syok sendiri nih!! :P. Bukan saya lupa nak 'syok sendiri'... :D .. tetapi saya ingin memberi ruang dan masa kepada pembaca untuk mendapatkan dahulu novel kelima saya iaitu Semerah Red Velvet (SRV) dan sekaligus, membaca serta menghayatinya.

Adakah anda suka dgn SRV saya? Menepati citarasa atau tidak 'cuppies Red Velvet' yg Raina buat tu? ;) Bagi saya, mmg ada beberapa sebab kenapa saya suka SRV (sebagaimana saya enjoy makan Red Velvet cuppies...hehe) dan kenapa SRV ada tempat di hati saya (sama tahap sayangnya dgn empat novel yg lain tu)

1) Kerana tajuknya...
Walaupun tajuk SRV ini bukanlah idea asal saya tapi saya sgt2 sukakannya!! Bagi saya tajuk SRV ini sungguh catchy and it's really up to-date. Kan Red Velvet skrg ni the in-thing? Sebetulnya, saya TIDAK ADA TAJUK untuk manuskrip kelima ini, sehinggalah pada hari saya menghantarnya ke tangan editor. Masa tu, saya main hentam saje tajuk 'Inikah Cinta' (sungguh koman tajuk ni, kan? Mujur editor tak pilih...kuikui) Dan beberapa minggu lps tu...editor saya beritahu tajuk manuskrip saya adalah Semerah Red Velvet. Masa tu saya tersenyum bahagia sambil terfikir, why didnt I think of this earlier?? It's simple and yet very relevant to the storyline!! Dlm manuskrip tu... si Raina berkali2 buat Red Velvet cuppies!!! Isk..isk...lembab betul otak saya tak boleh 'nampak dan fikir' pasal tu!! Yg ada dlm fikiran saya cuma tajuk yg berkaitan dgn buku dan kek... tapi takkan nak bagi tajuk 'Cinta Kek & Buku' pulak, kan? Heeee. Dan bila terpampang tajuk SRV di muka kulit buku yg merah itu...rasa bangga dan seronok pulak saya nengoknya! Memang tajuk itu sungguh bertepatan dgn jln cerita, senang untuk diingati dan pasti ianya cukup unik (kerana novel2 saya sblm ni mana ada tajuk2 macam gitu, ye dok?...hehe) 

2) Kerana SRV satu eksperimen
Saya pernah menulis MK yg fast-pace (ada yg suka dan ada yg tak suka). Saya pernah menulis KT yg melodrama (ada yg kata meleret dan ada yg kata padat). Saya pernah menulis CTB yg agak berat konfliknya (pun ada yg memuji dan ada yg menghentam). Saya pernah menulis APD yg medium...tak berat dan tak santai (ada yg kata ok dan ada yg kata biasa2 jer). So, untuk SRV ni...saya cuba menulis sesuatu yang santai...yg ringan...yg tak pening kepala sangat... yg simple... dan inilah hasilnya!! Masih terlalu awal untuk menilai eksperimen saya ni berjaya atau tidak... tapi sekurang-kurangnya, saya sudah berjaya mencabar diri menulis sesuatu yg 'lari' sikit daripada apa yg pernah saya hasilkan sebelum ini. It's my personal achievement kerana bagi penulis yg hanya ada 5 buku sepanjang 6 tahun ini, saya rasa itu merupakan satu kepuasan peribadi bila saya mampu menulis dlm gaya penceritaan yg pelbagai. Dan saya tetap bersyukur, saya mampu menyudahkan eksperimen ini dalam masa 11 bulan sahaja dan ;menghadiahkan' kpd pembaca yg tidak mahu jln cerita complicated, memeningkan atau yg ala2 sinetron. For a change... SRV is here for all of you!! 

3) Kerana konflik dan mesejnya
Walaupun mungkin ada yg menganggap...konflik remeh suami isteri lepas kawin ini sungguh tidak mencabar minda, konflik mak mertua kureng suka menantu yg berpendidikan SPM ini sungguh klise, konflik ex gf/tunang kacau daun ini sungguh stereotype... but this conflict is actually make sense in this modern world.  And there's still a message hidden without any heavy conflicts!! Kadang2 kita tak perlu konflik yg mega utk menyampaikan mesej...simple and little things are sufficient. Dlm SRV, antara konflik yang diketengahkan adalah jurang akademik serta perbezaan umur sepasang suami isteri. In the end, of coz lah, kematangan si suami yg lbh berusia itu terserlah dan sebenarnya, perbezaan  mereka itulah yang mendekatkan mereka. Kelainan itulah yang menjadikan mereka saling melengkapi kalau diperhalusi plot dlm SRV. Saya mungkin tidak termasuk dlm kategori penulis intelligent yg mampu memikirkan konflik yg out of the box...atau melakar plot yg cerdik dan bijak...tetapi itu tidak bermakna, apa yg saya tulis dlm SRV itu tanpa saya memikirkannya terlebih dulu. I still think..hokay?? ;)  Nak buat scene wayang pacak tu pun kena fikir jugak tau!! :D

Ada yg komen, penulisan SRV seperti budak yg baru belajar menulis kaedahnya...kerana konflik tak cukup kuat. Ada juga yg mengomel, SRV saya ini tidak cukup brilliant jalan ceritanya... kerana isu yg diketengahkan terlalu simple. Ada juga yg mengatakan, saya kurang berfikir masa menulis SRV ni...kerana 'kurangnya' dialog dan plot yang meninggalkan kesan di hati! :) Apa2 pun, saya berterima kasih di atas komen2 itu...anda semua mmg observant orangnya...tahniah!! 

Tetapi, saya hanya penulis biasa2, karya pun tidaklah puluhan ribu cetakannya, nama pun tidaklah se-gah mana... maka dgn itu, saya terpaksa akui yang saya tak mampu nak puaskan hati semua pembaca. Mungkin anda tidak boleh menerimanya. tetapi ada juga yg mampu menghadamnya. Namun komen anda tetap terpahat di hati saya... supaya boleh dijadikan panduan untuk menulis manuskrip yg akan datang. Anda secara tidak langsung telah memberi guideline 'the doS and the don'tS' in my writing...;)  

Kepada mereka yang telah memberikan 5 ***** terhadap SRV, yang 'terhidu' bau cuppies bila membaca plot Raina baking di dapur, yg tersenyum dan terhibur dgn gelagat Emir dan Raina, yg 'tersentap' dgn dialog Emir yg tidak sengaja merendahkan Raina yg hanya lepasan SPM, yg faham situasi Emir-Raina berlainan latar belakang (i.e sampai tak boleh tgk tv...hehe), yg 'nampak' mesej di sebalik konflik yg tidak berat ini... saya ucapkan jutaan terima kasih!!!  Saya hargai sgt2 feed back anda!! 

Kerana itu saya sayang SRV... kerana komen2 anda yg memberangsangkan ini menjadikan saya rasa sungguh berbaloi menulis SRV!!

MAKLUMAN: Lepas ni dah takde entry syok sendiri lagi ye...at least for the next one year!! Sebabnya, manuskrip ke6 saya masih di peringkat 'preliminaries'.... so saya belum boleh 'syok' lagi dgn 'perkembangan' yang tidak berkembang sgt ni...hu hu. 

Tuesday, April 16, 2013

A day trip to Legoland

Cerita yg sudah berlaku dua minggu lalu!! 
Sempena cuti sekolah baru-baru ini, saya pun ambil peluang utk bawa AHA dan anak buah ke Legoland. Actually, dah lama planned nak pergi tapi baru kali ni berkesempatan. 
So, seawal 6.30 pagi, kami dah keluar rumah. We took the PLUS highway to South, breakfast kat Perhentian Machap makan nasi lemak, roti bakar & pau. Selepas tu, sambung perjalanan hingga ke Exit Tuas/Nusajaya.
Pukul 10, dah beratur untuk ambil tiket. Ramai org...as expected. Tapi tak la sampai berjanggut nak beli tiket. The process was quite fast,  about 10 minutes sbb byk kaunter yg dibuka.
 The main entrance.
The crowd

Ambil brochure/map dulu...to know where to go first.



Sbb panas sgt di luar tu, kita masuk kat sini kejap...main2 lego dlm bilik aircond...;)




6.30 ptg, kami sampai KL semula. Overall, the kids love it!!! Bagi saya... asal budak2 ni enjoy...saya dah senang hati...:) Ada jugak la kenangan di cuti sekolah...(kalau kena buat homework karangan nnt...:P)

Monday, April 01, 2013

SRV has gone for 2nd printing!!

Alhamdulillah...syukur...Semerah Red Velvet diulangcetak utk kali kedua!! Ya...kali ke 2... bukan ke 12 atau ke 20...tapi hati saya sudah gembira dan rasa nak lompat 20 kali!!

Walaupun ada komen yg mengatakan gaya penceritaan SRV agak sedikit lari drp gaya penceritaan 'Hezzy Azra' utk novel2 terdahulu...tetapi percayalah, yg menulis SRV itu tetap saya...:) Mungkin kerana masa menulis SRV ni...saya loosen up sedikit. Tried to be relax. Walaupun sepanjang menulis SRV, ada jugak rasa tension tapi bila meletakkan diri dalam Raina, Emir dan watak2 dlm SRV... saya cuba santai. Saya ingin cabar diri menulis sesuatu yg ringan dan tidak memeningkan. Maka lahirlah SRV yg dikategorikan sebagai 'my simplest novel, very straight forward and light reading.'

Apa2 pun, saya terima semua komen anda dgn hati yg terbuka. Saya hargai komen2 tersebut krn bagi saya, anda semua mempunyai pendapat tersendiri dan berhak meluahkannya.

Dan kpd mereka yg telah baca SRV dan memberikan 5***** dlm komen dan review anda, yg menyukai watak Raina dan Emir, yg terhibur dgn gelagat anak2 Pak Samad, yg mampu menyelami jiwa watak2 di sebalik setiap konflik, yg memahami mesej yg terkandung di sebalik plot2 SRV... sokongan anda dan komen2 tersebut telah menjadikan SRV diulangcetak dalam tempoh sebulan di pasaran!!

Saya ucapkan jutaan terima kasih. Jazakallahu Khair... moga Allah SWT ganjarkan kepada kamu kebaikan...Amin.

Tuesday, March 26, 2013

Novel dan lagu...

I listen to music A LOT.... esp while driving and writing. Kalau masa driving, lagu2 ni ibarat release tension masa stuck dlm traffic jammed. Kalau masa writing pulak, lagu2 ni umpama pencetus idea dan mood menulis.

And that's why I have a list of favourite songs by various artists which I keep it inside my thumbrive, lappy, handphone and tab. Tapi selalunya, lagu2 yg saya dengar ni agak ketinggalan zaman sikit i.e. lagu yg station radio tak kuarkan lagi zaman sekarang nih!!! Hahaha. Tapi sesuai  la dgn umur saya, kan??? Hu hu. Lagu2 era baru ni, saya agak kureng suka sikit. Mungkin kerana muzik dan iramanya yang tak kena dgn telinga. Mungkin juga kerana liriknya yg tak begitu melekat di hati. Dan mungkin juga kerana faktor umur saya...:P

Neway, bila bercerita pasal lagu dan novel ni... untuk setiap novel, PASTI ada satu lagu yg saya akan dengar lebih daripada 100 kali!! Pendek kata, lagu tersebut akan terus berkumandang sebelum saya mula menulis (time baru nak bukak folder dan file..hehe.) dan semasa saya menulis (time nak dapatkan mood dan feel). Lagu tersebut juga, selalunya ada hubungkait dgn jalan cerita yg saya tulis... atau paling tidak pun, liriknya menyentuh sedikit sebanyak scene atau plot dlm novel tu.  Kiranya, lagu tu mcm theme song utk novel saya tu la...;)

Untuk Melodi Kasih... the theme song was, Aduhai Kasih Aduhai by M.Nasir. This song was released more than 10 years ago. Tak ingat tahun brp... tapi saya suka sangat lagu ni dahulu kala. Dan bila menulis MK, lagu ni macam sesuai sangat untuk scene Fariq bertekak dgn Zaha di parking lot dan secara tidak langsung meluahkan perasaannya terhadap Zaha. Part tu saya rasa mcm kena aje dgn lirik di bawah ni...;)

Aduhai kasih aduhai
Sambutlah, sambut tanganku
Tak ingin hidup dalam kekosongan
Aduhai kasih aduhai
Sambutlah, sambut cintaku
Tak ingin terlepas
Tak kesampaian


Untuk Kenangan Terindah... the theme song was Dealova by Once Mekel. Sbb nak dapatkan mood lovey-dovey antara Akmal dan Marisa tu, saya rasa lagu ni yg berjaya mengundang mood jiwang karat saya masa tu! Kan Akmal tu selalu ada di sisi bila Marisa dlm kesusahan...so amat sesuai la lirik di bawah ni dgn perjalanan cinta diorg ;) 

Hanya dirimu yang bisa
Membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sepi, dan sepi

Selalu ada... kau selalu ada...

Untuk Cinta Tak Beralih... the theme song was Hanya Milikmu by Anuar Zain. Lagu ni, sampai jadi ringing tone phone saya tau!! Hahaha... betapa kemaruknya saya kat lagu nih dulu (dan hingga kini!!) Mungkin sama   kemaruknya Shaq terhadap Larra...ahaks!! Lirik lagu ni mmg tepat2 kena pada konflik percintaan Shaq dan Larra yg terhalang kerana prinsip diri. Mmg tangkap leleh la saya dgr lagu ni...dgn iramanya yg mendayu dan liriknya yg menyentuh kalbu! Tak percaya, cuba hayati lirik di bawah dan bayangkan kisah cinta Shaq dan Larra (hanya untuk mereka yg menghargai CTB...he he) ;)

Aku tak salahkan hatimu,
Bila harap itu tak ada,
Tak rela kan bila terjadi,
hanya waktu yang tentukan.

Ku ingin kuatkan hatimu (setiamu),
Yakin ku hanyalah milikmu,
Besar cintaku tak berubah,
Walau kini rasa itu 
luluhkan hatimu.

Ku hanya milikmu,
Coba kau rasa
Yakinnya hatiku,
Meski kau tinggalkan,
Masih ku milikmu,
Mengertikah bila cinta ini,
Tak akan pernah sedikit pun pudar,
Selain untuk mu 


Untuk Aku Pilih Dia.... the theme song was I'm Your Man by Michael Buble. Ni kita go western and international sikit.... reason is ... sbb Ian tinggal kat Glasgae 10 tahun!! Hahaha. Kisah cinta Ian dan Johana... agak straight forward bagi saya. They met for the first time and they fell in love. Tapi untuk Ian convince Johana how he feels about the relationship... tu yg saya rasa lagu ni amat sesuai utk Ian curahkan isi hati dia. Maka, wujudlah scene di Bagan Lalang dan Ian dedicate lagu ni kat Jo... :) 

And if you've got to sleep
A moment on the road
I will steer for you
And if you want to work the street alone
I'll disappear for you
If you want a father for your child
Or only want to walk with me a while
Across the sand
I'm your man

If you want a lover
I'll do anything you ask me to
And if you want another kind of love
I'll wear a mask for you

Untuk Semerah Red Velvet... the theme song was Fall Again by Kenny G feat. Robin Thicke. Saya mmg suka lagu ni... tapi masa menulis SRV... rasa mcm lagu ni yg paling kena utk gambarkan hubungan Emir dan Raina saat mereka memilih utk 'time-off'. Jika anda sudah baca SRV pasti anda boleh kaitkan dgn lirik lagu ni,..:)


It feels like a fire 
that burns in my heart
Every single moment 
that we spend apart.
I need you around 

for every day to start;
I haven't left you alone.

There's something about you, 

it's there in your eyes,
Everything I'm looking for I seem to find.
All this time away

 is killing me inside -
I need your love in my life.

Sekarang ni saya tgh terdesak nak cari lagu tema untuk mansukrip ke 6!! Selagi tak jumpa lagu yg bersesuaian, macam rasa lemau aje nak start menulis. Feelingless!!!  
Hmm... lagu apa yg best2 lagi ek?? Any idea???

Thursday, March 21, 2013

Kenangan di UMT...

Dah hampir sebulan saya 'tinggalkan' UMT sempena Pesta Buku...barulah hari ni saya sempat nak upload gambar kat blog ni. Busy sgt gamaknya saya ni!! Hu hu. Well, sometimes we just need to set our priorities right...:)

Bersama Fatin Nabila (penulis Setia Hujung Nyawa yg meletops tuh! hehe), Dhiya Zafira dan Kak Intan Abd Wahab (pembaca tega dan penyokong kuat novel2 Melayu yg sungguh sporting sampai bekalkan kami kepok lekor Tok Beng dan laksam!!) Terima kasih Kak Intan!!
Me 'selling' SRV... yg dibawa khas dari gudang Alaf sehari sebelum berlangsungnya Pesta Buku. Pembeli di UMT masa tu memang kira bertuah sgt2... sbb SRV freshly out from 'kilang' masa tu... spt 'red velvet' yg baru kuar oven...ahaks!! 

Gambar bersama org2 kuat dan petugas UMT yg memberi peluang kpd saya, Dhiya dan Fatin bertemu mesra dgn pembaca dan pembeli novel2 kami. Moga tahun depan jgn lupa jemput kami lagi... :)

Tuesday, March 05, 2013

Penghargaan...

Bila pihak Alaf keluarkan poster ni di FB dengan paparan 'novelis prolifik'... saya rasa cukup terharu. Sedih campur gembira... rasa mcm dapat Oscar jer! ;)

Hmm... prolifik ke saya?

Gelaran itu sebenarnya amat besar untuk saya. Selama 6 tahun saya bernaung di bawah Grup Buku Karangkraf...sejak dari tahun 2007 dan kini 2013, sudah 5 novel saya hasilkan. Satu pencapaian peribadi buat saya...tetapi bukan satu pencapaian yang terbaik sebenarnya.

6 tahun untuk 5 novel... I should have done better than this! Tapi saya tak salahkan sesiapa... ini semua kerana kurangnya komitmen daripada diri saya sendiri.Saya meminati bidang penulisan... tetapi bukan peminat tega yang akan berasa kosong jika sehari tidak menulis. Seminggu mahupun sebulan tak menulis pun, saya rasa okey aje... hu hu. Dasar penulis yg tidak komited dan tidak berdisplin... :P

Namun di sini saya ingin lahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada individu-individu yang tersebut di bawah, yang secara langsung dan tidak langsung telah membantu saya menyiapkan manuskrip kelima ini,


Untuk:-

Dear hubby ~ Thank you for being very understanding towards my passion in writing. I wouldn't have gone this far without your blessings...

Mak, Along, Kak Adha, papa, auntie dan seluruh keluarga ~ Terima kasih untuk doa dan sokongan kalian yang telah meniupkan semangat. 

Si puteri bernama AHA ~ Terima kasih untuk idea-idea..."Mama nak bagi nama apa untuk hero dan heroin novel mama?"

Arfah, Suhaili, Dalilah, Noreen, Ila, Intan ~ Terima kasih untuk sesi 'round-table' ketika merangka SRV di peringkat awal. To Arfah, extra thank you for picking up my phone calls everytime 'Raina' starts 'to bake'...:)

Sahabat-sahabat novelis (you know who you are... yg sering saya hubungi melalui phone calls, SMS, whatsapp dan FB chat)  ~ Terima kasih atas nasihat, komen serta 'tekanan dan hentaman' yang menggesa saya menyiapkan manuskrip ini secepat mungkin!!   

Semua pembaca karya Hezzy Azra, pengunjung setia blog, rakan-rakan di Facebook, CBNers (juniors & seniors) dan semua yang mengenali saya ~ Terima kasih berjuta-juta kali di atas kesabaran anda menunggu karya kelima saya. Tanpa sokongan  anda, tidak mungkin saya menulis lima novel sehingga ke hari ini. Andalah inspirasi karya saya dan anda jugalah yang merealisasikan impian saya!! 

Semua warga ALAF 21 ~ Terima kasih untuk ukhwah yang telah terjalin selama 6 tahun ini dan harapan saya agar kita terus bekerjasama untuk tahun-tahun yang mendatang.

Arwah Abah ~ Al-Fatihah. 

Good news for today...SRV is 2nd on the Karangkraf Best Seller!! Alhamdulillah...

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...