Tuesday, May 25, 2010

My cousin's wedding

Bermula dari lepas waktu Zohor hari Jumaat lepas hinggalah ke hari Ahad petang, saya sibuk ke hulu ke hilir dgn majlis perkahwinan adik sepupu saya. Saya sebenarnya, bukanlah rajin sgt nak menyibukkan diri dlm majlis2 macam ni tapi ni kira special case sikit. Sebab cousin saya ni... satu-satunya sepupu yg saya pernah babysit ketika dia berumur 4 thn... and at that time I was 15 yrs old. And now... dah nak kawin budak ni...akan bergelar suami orang!! Oh no... I feel so old already!! Hahaha

Alhamdulillah... semua berjalan lancar. Semasa bersanding di sebelah pihak perempuan... ada suara Pot Amir (Innuendo) dan Azan (Ruffedge) menghiburkan kami sepanjang menjamu selera. Lama tak dengar suara Pot nyanyi lagu Belaian Jiwa... very soothing... sama mcm dgr CD.

Semasa resepsi sebelah pihak kami... AHA merupakan salah seorang flower girl yg mengiringi pengantin. Flower girl yg kecoh di atas pelamin... sbb boleh mintak pulak air sirap drp sepupu dia yg lalu lalang kat depan tu!! Ish... anak saya sorang tu... buat malu jer!! :P

These are some of the pics taken. Dari majlis akad nikah, majlis di rumah perempuan dan berakhir di Putrajaya iaitu resepsi di sebelah pihak kami.

To Asraff & Zureen, selamat pengantin baru. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.




























No comments:

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...