Monday, May 30, 2011

UEFA Champions League 2010/2011

Kalah lagi MU di tangan Barcelona awal pagi semalam di Wembley Stadium dlm memburu kejuaraan UCL 2010/2011. In 2009, Barca kalahkan MU 2-0... kali ni 3-1. Hu hu... frust...frust!! Tapi MU smlm pun tak perform sgt...they were not playing as good as they have played before (esp against Chelsea and Schalke 04 in the quarter and semi finals)





The sad looking Chicharito while Barca players are celebrating behind him. Pep Guardiola is being lifted in the air by his team. This guy is good laa...full of strategies. And Barca deserved to win again... this time... coached by him!!

Monday, May 23, 2011

Manuskrip & Manchester United



Kalau tahun lepas, saya berhempas pulas untuk mengedit Cinta Tak Beralih sambil menonton kekalahan MU utk memenangi BPL. Dan terpaksa akur kepada kehebatan Chelsea.



Tapi malam semalam, saya menghadap lappy dan berusaha gigih untuk menaip seberapa byk mungkin mukasurat utk manuskrip ke 4 saya sambil menonton kejayaan Manchester United menjuarai BPL utk kali yg ke19!! Wow... what a blast celebration at Old Trafford. With Astro Beyond HD... feels like you are at Old Trafford celebrating with the whole team and lifting up the trophy... hehehe. Terpromosi Astro pulak dah...:)

















Favourite goalie saya, the 40 yrs old Edwin Van de Sar. Most likely, the next season he wont be with the Red Devils anymore. If he sticks to his decission to retire from football. Sedey... :(

Enough of football for the time being. BPL sudah sampai ke penghujung musim. Will only resume in August for the 2011/2012 season. Untuk itu, boleh la sekiranya saya menumpukan sepenuh perhatian terhadap manuskrip ke 4 yg sudah tertangguh ini... hu hu.

Well, this is a totally a different manuscript from what I've written last year. Manuskrip yg saya usahakan sepanjang beberapa bulan dlm tahun 2010, berhenti setakat bab 7 saje... sungguh memalukan. Now, I' moving on with a new story. Alhamdulillah... agak lancar perjalanannya walaupun saya tahu, saya sudah 'ketinggalan' kereta api sebenarnya jika dibandingkan dgn rakan-rakan novelis yg lebih cepat dan laju!

Saya mula menulis manuskrip yg baru ini pada pertengahan January 2011. Sekarang ni dh lima bulan saya tenggelam bersama Jo, Ian dan Raif. Harap2, saya dapat menghabiskannya secepat mungkin dan serahkan ke tangan editor utk menilainya. Jadi, maafkanlah saya kalau jarang update blog ini... sbb saya tgh busy... ;)

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Bersempena hari guru hari ni, saya nak paparkan satu komen daripada salah seorang guru yg pernah mendidik saya di zaman persekolahan tentang penglibatan saya dlm arena penulisan novel (via FB)



Hari ini saya rasa bangga kerana dapat berjumpa dgn bekas student saya yang dah menjadi penulis novel.Saya sudah mula membaca novel yang dihadiahkan pada saya, dah saya dah mula rasa seronok dan tak sabar nak menghabiskannya.Thanks Hezzy.Kawan-kawan di pejabat begitu berminat pada novel tersebut dan ingin mendapatkannya. You are good Hezzy!



Dan komen beliau tentang novel pertama saya yang dibacanya iaitu MK (Melodi Kasih)



Hezzy, saya seronok baca Melodi Kasih. As a teacher biar saya komen ye? Cara awak menulis menunjukkan awak betul-betul tahu keadaan dunia perniagaan dan awak memang bagus. Mungkin susah saya nak buat perbandingan dgn lain-lain novel bahasa Melayu atau novel cinta-cintan tapi saya rasa taraf intelektual u sebagai penulis cukup baik.Saya tabik springgggg untuk penulisan yang betul-betul berkualiti.Syabas Hezzy, saya pasti akan jadi pembaca setia novel tulisan awak.




It's really an honour to know that ur masterpiece is being read by your former teacher. The feeling is so good... itulah yang saya rasakan sekarang ini!


Terima kasih cikgu... Selamat hari guru Pn Latifah Dol...

Saturday, April 16, 2011

Pesta Buku Antarabangsa KL 2011

Bahang pesta buku antarabangsa KL di PWTC semakin terasa. Datanglah beramai-ramai ke PWTC bermula dari 22 April hingga 1 Mei 2011 jam 10 pagi hingga 9 malam dan jangan lupa kunjungi booth Grup Buku bertempat di Dewan Tun Dr Ismail. Untuk makluman semua, saya tidak bertugas sempena pesta buku kali ini. Tapi insyaALLAH, mungkin saya akan turut berada di PWTC pada hari rakan-rakan novelis saya bertugas. Bukan sebab saya muka tak malu... hehe... tapi saya juga ingin menemui rakan-rakan yang novel mereka sedang meletup-letup sekarang ni :) Ini pula kupon diskaun kpd mereka yg obseskan buku.

Cetak kupon diskaun ini dan bawa bersama apabila membeli buku-buku terbitan Grup Buku Karangkraf.

* Kupon diskaun ini hanya sah sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 yang berlangsung dari 22 April - 1 Mei 2011 di Dewan Tun Dr. Ismail.

* Hanya sah bagi buku-buku terbitan Grup Buku Karangkraf sahaja.

*Kupon diskaun ini hanya sah dengan satu (1) resit pembelian sahaja.

*Sila serahkan kupon ini kepada juruwang di kaunter bayaran.


So, kepada mereka yang bercita-cita untuk mendapatkan Melodi Kasih, Kenangan Terindah dan Cinta Tak Beralih saya... jangan lepaskan peluang membelinya dengan diskaun yg terhebat ini!!!

Tuesday, April 05, 2011

B2B Back To Basics

Cantik dan menarik kan packaging sabun2 dan cleansing products ni? Ok now, not only I want to talk about the nice packaging here...tapi saya nak mempromosikan serba sikit homemade soap yg dibuat oleh kawan saya sendiri (kawan sekelas masa form 4 & 5 di CBN)yg dipanggil B2B Backs to Basics.





B2B is all about producing 100% homemade soaps and cleansing products that are NATURAL and PURE. Only fresh herbs and quality ingredients are used. Our soaps are free from harsh chemicals or synthetic preservatives that are harmful to health.

Despite the rapid technology advancement we see today, little changes are seen in the reduction rate of Cancer trends or other terminal diseases. Our lives are filled with chemicals usage right from the food we eat to the soap we use. Thus it is our main aim to bring back the chemical-free life once enjoyed by our forefathers. Life that is pure, fresh and natural.

Our mission is to encourage the masses about simple and natural living; i.e Going Back to Basics in all sense of the word. At the same time B2B is pledging to offer a sum of the sale proceeds to Cancer sufferers and other charity organisations because we believe in giving back to society. We surely hope to receive your support! All natural products free from chemicals usage and radicals. Our soaps also last longer compared to the commercially manufactured ones.

Sekiranya anda berminat utk tahu lebih lanjut tentang produk B2B, sila layari Website http://facebook.com/B2B.Back.to.Basics/

Untuk pertanyaan/tempahan/pembelian dan sekaligus menderma utk tabung mangsa kanser, sila email kepada b2b_naturally@yahoo.com

Phone or call/ sms your order to 019-3706321

Saturday, April 02, 2011

His birthday is coming...





Cun & seksi kan Audi S5 Cabriolet ni?? ;) Masa saya pergi Singapore awal bulan lepas, ternampak la kereta ni di Paragon, Orchard Road. Since hubby's brithday is just around the corner... ingatkan nak book bagi present ni kat dia... tapi hari tu tak cukup duit.. so tak boleh la nak book...ahaks!! Dream...dream... dream...

Nantilah saya fikirkan lagi apa nak buat to surprise him this year...(which I normally failed in doing so!)

Tuesday, March 29, 2011

Pemandu wanita berbahaya?? Ye ke??

KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘hangat’ apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan. Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan. Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon. ‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita. ‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup keluarkan tangan dan menunjukkan pelbagai isyarat,” katanya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini.



Ok... kalau saya beri komen dari kaca mata seorang perempuan yg penuh emosi... sesungguhnya saya TIDAK BERPUAS HATI dengan kenyataan tersebut di atas! Kenyataan yg saya anggap cukup Bias!! Double Standard!! Tidak adil menyalahkan wanita semata-mata!! Tergores sungguh hati dan perasaan saya!! Hu hu.







Kerana pada pendapat saya, kalau dilihat secara umum, kemalangan PALING banyak berlaku sehingga membawa maut selalunya kereta yang dipandu oleh orang LELAKI bukannya PEREMPUAN! Ya... saya akui, saya tak punya statistik nak tunjuk kat sini... takde reliable sources atau strong evidence untuk membuktikannya. Tapi kalau baca akhbar yg memberitakan ttg kemalangan maut... 80% saya rasa lelaki adalah pemandunya. Sebabnya, kaum lelaki ni adventurous. Suka nak try bawak kereta macam Karamjit Singh la (rally driver)... Michael Schumacher la (F1 driver), Tengku Djan la (Drifter), jadinya... risiko mereka yg terlibat dalam kemalangan itu lebih besar berbanding dengan kaum perempuan yang tak ramai bercita-cita nak jadi macam Azrina Jane Abdullah atau Leona Chin (Both of them are Malaysian Lady Drifters). Dan kebiasaannya, pemandu wanita lebih berhati-hati, bersopan santun dan berhemah di jalan raya. Tak berminat untuk jadi racer, maka peluang mereka amat tipis untuk terdedah kpd sebarang kemalangan.




Kalaulah saya boleh tanya pada PDRM, juta2 saman yg mereka keluarkan dulu... rata2 pembayar saman itu lelaki atau perempuan? Dari situ mungkin kita boleh lihat... siapa sebenarnya yg bawa kereta main ikut sedap aje? Tanpa mempedulikan peraturan jalan raya hatta pengguna jalan raya yg lain?





Kalau nak argue lagi, byk lagi point yg saya rasa boleh diperdebatkan. Tapi hati saya sudah tercalar ;) Jadi saya ulangi di sini, kenyataan di atas sungguh tidak berasas dan cukup menyinggung perasaan kewanitaan saya...;)







TETAPI...




As a truly lady driver who has been driving for the past 19 years... yg sama membayar cukai jalan dan membayar lesen memandu yg RM30 setahun tu... in a way... yes I do agree with that statement! Ops... jangan kata saya lalang pulak. Atau tak tetap pendirian. Kan saya dah kata awal tadi, pendapat pertama di atas dari luahan rasa seorang wanita yg cepat tersentuh hati dan penuh emosi.... hehe. Kenapa saya bersetuju dengan dakwaan Datuk Bung itu? Simply because I see that scenario every single day of my 19 years of driving life! Bukan nak mengutuk kaum sendiri... tetapi itu yg saya lihat hampir setiap hari.


Yg tiba2 masuk simpang tak bagi signal... bila tengok... alamak, kak long ni! Yg keluar simpang tak toleh kiri kanan sehingga kita pulak yg kena brek mengejut utk beri dia laluan... bila tengok... aisyeman... amoi ni! Bila buat U-turn di tempat2 yg tak boleh U-turn sbb dah terlepas entrance shopping mall tu... bila tengok... alahai aci ni!! Yg teragak-agak bila nak memotong, yg road hogging di laluan paling kanan walaupun kereta belakang dah bagi high beam, yg tak sensitive with the surrounding... drive mcm bawa kereta makan angin tepi pantai jer, yg kdg2 drive kereta malam2 pun lampu tak pasang, yg drive kereta berpuluh-puluh kilometer tanpa menurunkan hand-brake atau pintu tak rapat, yg masuk parking senget sehingga menyusahkan kereta di sebelah, yg suka drive rapat-rapat dengan kereta depan dan menjajar brek bila kereta depan berhenti, yg suka sgt tekan brek... sikit2 nak brek (never brake in the middle of the raod okay), yg indecisive dunno which lane to follow... kejap ke tepi dan kejap ke tengah... sad to say, basically they are all lady drivers.


Bila saya tengok macam tu... saya rasa kesal dan marah. Kesal sbb saya rasa mereka sepatutnya lebih berhati-hati. Jangan jadi pemandu wanita yg sering direndah-rendahkan. "Please dont disgrace women drivers!" Dan marah sbb kelalaian mereka itu boleh mendatangkan kecelakaan kpd diri sendiri malah kpd orang lain.




I'm not saying that I'm a good lady driver...yg tak pernah buat sebarang mistake seperti yg tersebut di atas... but somehow, I'll try to minimize it. Saya tidak suka kalau pemandu lain menyusahkan saya (kalau dh parking senget benget tu, mesti menyusahkan kereta sblh nak keluar kan?). Jadi saya cuba untuk tidak menyusahkan pemandu lain (masuk parking tu make sure betul2 baaeekk punya) Saya tak suka bila pemandu tu kurang ajar (potong q sesuka hati). Jadi saya cuba untuk tidak kurang ajar dengan pemandu lain (bila masuk q, saya bagi signal!)





I think this is all about mentality... that reflects the way you drive. Kalau anda seorang yg considerate... pastinya anda tidak akan menjadi seorg an inconsiderate driver. Bila anda ambil sikap tak kisah langsung dengan kereta-kereta di sekeliling anda...you will turn to be a selfish driver! Bila anda mula selfish... sbb tu anda rasa boleh buat sesuka hati aje (U turn kat simpang mana2 yg anda suka, bila org honk... anda marah pulak!)




And driving is about skills too. Skil yg boleh develop kalau anda melakukannya hari2. Sebagai contoh, kakak2 yg bawak van sekolah di persekitaran tempat saya tinggal. Wah... mereka semua terror2 tau! Jalan sempit pun bleh redah aje sbb hari2 lalu jalan serupa ;)Tapi ramai wanita yg sebenarnya tak suka/malas driving. Drive bila terpaksa saje, jadi tidak dinafikan, kemahiran memandu tu sedikit berkurangan berbanding dgn mereka yg hari2 drive kereta. Kebarangkalian untuk mereka doing such mistake (macam yg saya bagi contoh tu)... memang ada.




Walau apapun, perkara sebegini boleh dielakkan. To all lady drivers out there... we can change this perception and prove them wrong!! Asalkan anda memandu dengan berhati-hati dan tidak mementingkan diri sendiri. Dan saya mohon maaf sekiranya pendapat saya ni menyentuh hati mana-mana pemandu wanita yg beremosi dan berjiwa sensitif ;)

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...