Monday, September 29, 2008

Penghujung Ramadhan dan Di Ambang Syawal

Dah nak habis puasa... dah nak raya pun!


Hari-hari terakhir di bulan Ramadhan mencatatkan beberapa peristiwa. Handphone husband saya hampir diragut ketika dia berkunjung ke bazaar ramadhan. At that time, he was on the phone with me... asking me what to buy at the bazaar. Ada pulak dua orang mamat yg membonceng motosikal berniat utk meragut handphone yang masih melekap di telinganya tu! How rude... bulan puasa some more! Dah lah nak mencuri di bulan puasa, telefon yg kat tangan orang pun nak dirampasnya! Mujur misi itu tidak menjadi... he was holding the phone very tightly with him. Cuma spec dia terpelanting entah ke mana... cuma jumpa cerminnya aje.



Dan malam tadi, rumah mentua saya dimasuki pencuri. Good attempt sbb saya rasa dia dah aim rumah mentua saya tu. Kebetulan, mentua saya tidur di rumah kakak ipar saya over the weekend. Bila balik semula ke rumah, tengok pintu dah kopak-kopak. Alhamdulillah, tak ada barang-barang berharga yang hilang. But still... dah nak raya ni, nak kena baiki pulak pintu-pintu yang dikopakkan tu! Dugaan...



Persiapan menyambut hari raya?

Baju raya? Baju raya AHA dah dibeli pada hari pertama berpuasa... advance betul! Baju saya... tempah satu dan beli satu.

Langsir raya/perabut raya? Tak tukar apa pun... infact tak beli apa pun! Ini tahun pertama beraya di rumah baru... so, kira langsir dan perabut yg dibeli masa nak pindah 10 bulan lepas... considered raya punya la tu!

Kuih raya/kek raya? Satu kuih pun tak buat tahun ni... semuanya beli. Tapi saya tetap akan usahakan membuat kek sempena raya ni. Sekurang-kurangnya, ada jugak la mood raya tu... bila dok mengayak tepung dan berpanas di depan oven!



Duit raya? Saya jadi banker tahun ni... semua orang tukar duit baru dengan saya. Kerana saya sorang aje yg terlebih rajin berulang alik ke bank dan beratur di kaunter untuk tukar duit baru.



Cuti raya? Saya masih rajin sebenarnya nak bekerja pada hari Isnin 29hb. Tapi bos saya mengarahkan semua staf ambil cuti wajib kerana pejabat akan ditutup sempena raya selama seminggu. Nak tak nak... terpaksa la saya bercuti... (haha... what a statement!)



Kad raya? Cuma dua kad raya aje saya terima tahun ni. Satu, daripada kakak ipar saya; yg rumahnya hanya 3 minit saje jaraknya drp rumah saya! Mungkin allocation kad raya ofis dia banyak sangat kot... sebab tu kat saya pun dia nak bagi! Hehe. Dua, daripada ALAF 21 FC. Terima kasih kpd Abg Long, Mersik, Kak Ina dan Kak Salmah yg sudi mengirimkan kad hari raya.

Menu raya? Apa-apa yang mak saya rajin nak masak... itu lah menu kami nanti! Saya hanya pembantu, buk... apa-apain, boleh saja! (Ini semua gara-gara tak de maid seperti tahun-tahun yang lepas! Maka, saya lah 'maid' yang akan bertugas pada hari tersebut! Haha)

Rancangan utk beraya? Tak tahu lagi apa plan. Tapi sesuatu yg confirm, malam raya sudah semestinya di rumah mak saya. Sembahyang raya di masjid mana, itu masih belum diputuskan. Terpulang kepada budi bicara dan hasil rundingan kami suami isteri selepas subuh pagi raya nanti! Itu la untungnya bila tak de kampung utk beraya... tak payah susah2 nak buat plan. Dah dengar takbir di pagi raya pun boleh decide nak pegi mana dulu... rumah mak saya atau rumah mentua!

Rumah terbuka raya? Masih di tahap perbincangan... tak tahu sama ada kami akan 'membuka pintu' rumah atau tidak. Kena tengok keadaan dan teliti perbelanjaan... hehe. Bukan apa... caterer yang kami nak... dah fully booked. Jadi... terpaksalah cari caterer lain yg bersesuian dgn belanjawan. Tapi walau apa pun, kami sedia menerima kunjungan biarpun tidak 'membuka' pintu rumah sepenuhnya...




Saya mengakhiri entry kali ini dengan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini dan mohon maaf jika sepanjang saya berblogging, terdapat tulisan atau coretan saya yang menyinggung hati dan perasaan sesiapa yang membaca.

Monday, September 15, 2008

Puasa yg ke 15...

Pejam celik, pejam celik... tiba-tiba dah masuk hari yg ke 15 di bulan ramadhan ni. Tinggal 15 hari aje lagi nak raya... aik, cepatnya!



Sepanjang 15 hari ni juga saya sudah 'mencipta' pelbagai rekod peribadi...



~ Bersahur cuma dgn dua atau tiga biji kurma dan satu mug kopi 'Hai Peng'. Sebelum ni, kalau bersahur, mesti nak makan sesuatu yg quite heavy... i.e. hotdog, burger, scramble egg, roti telur... kerana bimbang perut masuk angin. Now... with an amount of three dates... it could last me one whole day... Alhamdulillah.



~ Tiga hari berturut2 berbuka puasa di sebuah restoran yg sama di Dataran Sunway! Ni... saya dgn husband la ni... tetiba kemaruk nak makan dim sum waktu berbuka di samping menu buffetnya yang memenuhi citarasa kami. Sampaikan owner restoran & pelayan pun sengih aje tengok muka kitorang tiga hari berturut-turut datang. Siap tanya kat owner tu... apa menu utk keesokan hari... kalau sedap, kitorg datang lagi!! Haha... tak senonoh betul.



~ Setelah masuk hari ke 13 berpuasa... barulah stove saya berasap! Hari Sabtu lepas, saya masak lauk sotong kunyit dan bawak ke rumah Along saya. Berbuka tiga keluarga berserta dgn mak. Semua orang tanya mcm tak percaya aje... "kau masak ke atau beli kat bazaar? bazaar mana?" Kerana mereka sedia maklum, kami suami isteri memang kaki bazaar ramadhan. Husband saya pernah berpusing ke 3 bazaar pada satu petang... bazaar Sg Penchala, Damansara Damai dan Kota Damansara... just to scout around and find out what's the speciality in each bazaar!



~ Hari Ahad pulak... saya masak ikan siakap stim, udang galah goreng dan ayam masak merah. To some people, it may sound nothing... what's so great about that 3 dishes? Tapi saya mengaggapnya sbagai 'Personal Achievement' and I'm proud of myself! Haha... well, I should be, right? Bukan apa, dgn kekangan masa, tanpa maid, kesibukan kerja dan kesibukan house chores yang tak pernah habis-habis tu... cooking has become such a BIG deal to me. Saya mengaku, saya bukan superwoman atau supermom... and cooking is not primary in my 'to do' list. I cook only when I have the time to do it. Dan saya cukup kagum dgn kaum ibu yang bekerja dan masih boleh memasak utk sekeluarga tanpa menggunakan khidmat pembantu. And when I have the chance to do it... walaupun sebelum tu sibuk berkemas dan gardening (baru berjinak2 dgn dunia penanaman pokok bunga)... maka smlm, terhidang jugak la tiga lauk di atas meja untuk berbuka. Ok, what??

Agaknya gara-gara sibuk smlm... patut la pagi tadi saya terima remark "You look smashed!" Am I look that bad??

Thursday, September 04, 2008

Bulan Puasa

Walaupun dah masuk hari ke 4 kita berpuasa, tapi rasanya masih belum terlambat utk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kpd semua pengunjung blog saya yg tak seberapa ini.


For the past 8 years, I really made a point to cook during fasting month. Tak kisah la masak apa... asalkan ada dua atau tiga lauk, itu dah mencukupi untuk saya, husband, AHA dan maid. Semua maid yg pernah bekerja dgn saya tak pandai masak... because tat was not the main criteria I was looking for. Dulu, saya cuma perlukan maid utk jaga AHA bila saya kerja dan buat kerja rumah excluding cooking. Balik kerja... mmg berkejar masuk dapur. Tak sempat pun singgah ke mana-mana bazaar ramadhan. Especially tahun lepas... bila adik ipar tinggal sekali dgn kami. Most of the time, saya masak dua lauk dan import dua lauk lagi daripada dapur mak saya. Mak tahu, saya cuma sempat masak cincai-cincai aje. Dia juga tahu, kemampuan anaknya setakat mana untuk masak makanan yang best2... haha. Hasil daripada rundingan, persefahaman dan kerjasama kami anak beranak, setiap kali husband saya ambik AHA dan maid dari rumah mak petang-petang, mesti dah siap mangkuk tingkat utk kami! Alhamdulillah...

Tapi tahun ni agak berbeza daripada tahun2 yang lepas. Selain daripada kali pertama berpuasa di rumah baru, tahun ini juga ada rekod tersendiri. Iaitu... dah masuk hari ke empat berpuasa, tapi stove saya masih belum berasap!


Antara sebabnya... hari pertama berpuasa, gerenti tak masak sbb kami berbuka di rumah mak. Masuk hari kedua, dah mula kerja, balik masih pukul 5. And the fact tat, it's only us... me, husband and AHA, rasanya tak berbaloi nak berkejar balik ke rumah dan berkecah masak di dapur. Restoran banyak, bazaar ramadhan berlambak, juadah pelbagai pilihan... jadi rasanya tak perlu bersusah payah hanya untuk memenuhi citarasa kami bertiga.

Dan esok hari Jumaat, nak berbuka di rumah mak lagi. Hari Sabtu, insyaALLAH... berbuka di rumah Along saya. Hari Ahad, besar kemungkinan di rumah kakak ipar saya pulak. Lazimnya, hujung minggu mesti ada jemputan2 lain... berbuka dengan keluarga dan kawan-kawan.

Maka kerana itulah, stove masih belum berasap kerana saya hanya masak nasi di rice cooker dan jerang air di electric kettle sahaja! Teruk betul!!

Sunday, August 24, 2008

MAHA 2008



Kesibukan saya sejak dua minggu kebelakangan ini sebenarnya gara-gara MAHA 2008 yg bermula dari 11 Ogos dan berakhir semalam 23 Ogos di MAEPS (Serdang). Syarikat tempat saya bekerja mempunyai subsidiari yg terlibat dgn penternakan kambing. Tapi sempena MAHA kali ni, kami tak angkut sekali kambing-kambing kami tu... sebaliknya mempromosikan barangan drpd kulit kambing i.e beg tangan, jaket, topi, dompet dan sbgainya.



Dan sepanjang berlangsungnya MAHA, semua staff kena turun padang... or shall I say, dikerah 'masuk kandang?' Saya tidak terkecuali berulang alik berhari-hari ke sana dan terpaksa mengatur semula rutin harian. Jadi driver, jadi remover, jadi cleaner, jadi cashier dan bidan terjun jadi interior designer! Multi-skilled betul! Sehingga kerja di pejabat pun tertangguh dan misi-misi peribadi saya tergendala!



Bergambar pada hari terakhir ketika bertugas jadi cashier.




Berposing di depan showunit sebelum kami officially tutup operasi.




























AHA ketika berkunjung ke MAHA, sempat jadi promoter di pintu masuk show unit... mempromosikan topi cowboy drp kulit kambing!








AHA tunggang kuda padi...













Tapi dalam sibuk-sibuk tu... sempat jugak ambik time-off. Semata-mata untuk menghadiri Majlis Pelancaran Trilogi Ramlee Awang Murshid... Bagaikan Puteri,Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Bergambar bersama Abg Ramlee. Kesian dia... nak makan pun tak senang, memenuhi permintaan utk bergambar! Apa-apa pun, tahniah Abg RAM!



Bergambar bersama Kak Durrah Fatiha, Aleya Anessa, Kak Sri Diah, Bikash Nur Idris dan Shanika Latisha.





Kpd Kak Eka... sorry, saya 'curi' gambar ni dari blog akak. Gambar yg anak dara saya snap tu kureng skit kualitinya... hehe.

Saturday, August 16, 2008

Birthday Party







Saya agak sibuk sejak 10 hari yg lepas. Tapi dalam sibuk-sibuk tu, sempat jugak memotong kek hari jadi di samping anak buah saya. Kebetulan, kami lahir dalam bulan Ogos, jadi kami sambut serentak di satu majlis kecil-kecilan di kampung abang ipar saya di Kuala Klawang, Jelebu.


Dah jadi orang bujang anak buah saya sorang ni. Dah 13 tahun (bermakna Che Su pun makin tua!) Kecik2 dulu... dia selalu tidur atas riba atau atas bahu saya... sekarang ni, dia lebih BESAR daripada saya!!


Kami semua panggil dia Abang Mirul. Tapi masa AHA kecik2 dan baru nak belajar bercakap, AHA selalu terpanggil dia Abang Biul! Hahaha... member tension jer dgn AHA!

Monday, August 04, 2008

Age Ain't Nothing But A Number...

Bersyukur saya ke hadrat ILAHI... dianugerahkan kesihatan yang memuaskan dan segala limpah kurnia yang dinikmati selama 35 tahun di muka bumi ini. Tiada kehidupan yang sempurna, I've gone thru a lot of ups and downs, the tears and the laughters... but Alhamdulillah... I survived all these years.

Segala-galanya berjalan dengan lancar sejak pagi tadi.
~ Masih dapat mengusik husband saya "Ada surprise present atau celebration utk I ke?" And he replied "I'll see what I can do about it. Tapi nak present amendenye lagi? Dah beli itu... dah beli ini... dah ambik itu... dan ambik ini..." And when he pointed out all those 'itus and inis'... saya cuma gelak aje. Sejak seminggu yang lalu, apa benda pun yang saya mintak dia belikan, alasan saya cuma satu "Itu pre-birthday present!" Cukup-cukup la tu kan... kesian the 'World's Romantic Husband (WRH)! Bagi can la... give him some credit! Hahaha...

~Masih dapat menyiapkan, melayan dan menghantar AHA ke sekolah. "Mama, kenapa boss mama tak bagi mama cuti? Hari ni kan birthday mama!" Wait until I own the company and become the boss, sayang!

~ Masih dapat mendengar suara mak saya mengucapkan selamat hari jadi yang ke 35

~Masih menerima ucapan2 melalui phone calls, SMS, Yahoo Messenger, Facebook dari kawan-kawan/kenalan yang sudi mengingati tarikh ini

~Masih ada yang sudi belanja Pizza Hut utk makan tengah hari

~Masih berpeluang utk menikmati makan malam bersama husband dan AHA di 1-Utama

I feel blessed... Alhamdulillah. Walaupun ada yang kata... umur 35 tahun ini berkemungkinan akan menghadapi middle age crisis. Cheh... iya ke? Boleh percaya ke andaian2 tersebut?!
Let me prove them wrong! Hahaha

Saturday, July 26, 2008

Back Dated Stories

Terlebih dulu, saya memohon maaf kalau ada sesiapa yg cuba tinggal jejak kat chat box saya tapi tak berhasil. Entah, saya pun tak tahu kenapa chat box tu tetiba buat hal pulak... needs to reinstall. Malangnya, buat masa ini saya belum cukup rajin utk meng'install'nya sekali lagi. Ada angin kemalasan sedang melanda! InsyaALLAH... i'll try to fix it in this near future.





Hari Jumaat 25hb - Editor (Moon) beritahu yg manuskrip kedua saya sudah ada tajuk yg sesuai. Finally!!! But I cannot reveal it here and now. Tunggguuu!! Cukup la sekadar saya menamakannya 'KT' buat sementara waktu.
Moral of the story: Lain kali cari tajuk sendiri! Hehe







Hari Khamis 24hb - Saya ke konti Putra.fm 90.7...first time ever being interviewed on radio station. Another wonderful experience. Terima kasih kpd ALAF21 dan K.Wan yg mengaturkan sesi tersebut utk saya. Terima kasih juga kpd DJ Mat yg friendly, sporting and humble. And me, being so forgetful at times... lupa nak ambil gambar sebagai kenangan. Dah lah lupa nak bawak camera... camera yg ada kat phone tu pun saya lupa nak gunakan!
Moral of the story: Lain kali gantung camera kat leher. Atau adakah ini tanda2 penuaan?? Yg hanya tinggal beberapa hari lagi??




Hari Isnin 21hb - It was a good start for the week. Pagi Isnin yang banyak kereta sepanjang NKVE tapi tak berapa jammed. Dan macam2 terjadi sepanjang hari tu... tapi saya tak boleh nak recall semua.
But still, moral of the story: We know each other's car very well... but sometimes, we need to know the owner's name as well! (Huh??)


Hari Sabtu 19hb - Saya menghadiri satu lagi gathering CBN 1990 di rumah Datin S. Sepatutnya kami bermula pukul 5.30 ptg... tapi seperti biasa la... kaum2 ibu ni semuanya lambat. Sudahnya bermula lepas solat maghrib. Apa2 pun, terima kasih kpd kwn2 yg bertungkus lumus organize (Helinda dan tuan rumah), yg penat lelah di tepi pembakar BBQ tu (Lah... the BBQ was yummy) dan gang2 yg havoc dan vogue! I had a great time catching up with each other's stories.
Moral of the story: Ambil gambar byk2... itu sebagai bahan bukti bahawa kita semua mmg ada gathering mlm tu... *wink*



SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...