Tuesday, June 15, 2010

Dari laut naik ke bukit... dan puting beliung di tengah jalan

Weekend getaway...

Dah seminggu cuti sekolah, barulah saya berpeluang keluar dari daerah KD. Itupun cuma sekejap saje. Percutian singkat hujung minggu.



Bermula dengan trip kami pada hari Sabtu, iaitu ke Port Dickson bersama mak, kakak, makcik, sepupu dan anak-anak buah. Kami ber'BBQ' di tepi pantai Ilham Resort. Makan ayam panggang yg panas2 diangkat dari bara sambil menghirup udara laut.... fuh, best!! Nikmat sungguh rasanya duduk di tepi pantai dengan perut yg kenyang... hehe.


Pada hari Ahad, kami naik ke bukit pula... menuju ke Fraser's Hill. Menghirup udara nyaman selepas air laut yg masin... hehe. It was ok... AHA lah yg terlebih teruja. Pergi ke The Paddocks untuk horse riding tu sampai dua kali. Naik bot berkayuh lagi. Cuma dia tak mintak nak memanah aje!








Dan rupanya semasa kami di Fraser's Hill... kawasan rumah saya dilanda puting beliung yg agak dahsyat. Adik ipar saya SMS beritahu... 'ada puting beliung, umah ok... keta ok.' Alhamdulillah... w/pun saya tak dpt bayangkn macamana keadaan rumah saya pada ketika tu. Tapi bila balik semalam... barulah tengok dgn mata sendiri apa impaknya puting beliung selama 10 saat itu! Dan masa tu, betul2 rasa syukur. Memang rumah kami terselamat sedangkn ada rumah yg dengarnya pecah sliding door. Memang kereta yg saya tinggalkan berkeadaan baik tanpa kemek mahupun calar balar sedangkan ada pokok besar tumbang di parking lot... tak jauh dari lot parkir saya!

Inilah gambarannya: Tiang traffic light yg tumbang, pokok yg menghempap parking lot dan hutan rimba yg jadi kosong dlm sekelip mata.





Setiap kejadian itu ada hikmahnya. ALLAH Maha Mengetahui...

Friday, June 11, 2010

2nd gathering for this year...

Malam semalam, saya dan kawan2 ex-CBNers ber'get-together' lagi. Kali ni cuma lebih kurang 15 org saje yg dpt datang dan kami dinner di Cosy Place, Wangsa Maju.
Nice place (mmg cosy), delicious food (as I had lamb shoulder... yummy), great time with all the laughters. Setiap kali berjumpa, sesi bergambar tidak akan dilupakan... these are some of the pics taken.







Oh ye... mlm ni bermulanya World Cup dgn perlawanan Mexico bertemu South Africa. Hmm.. nak tgk ke tak? Once saya menghadap tv tgk bola... I knw I will be addicted to all the games. Bila dah kemaruk nnt, satu keje pun tak siap. Menaip manuskrip yg ke 4... apatah lagi!


So, to be on the safe side... saya akan menonton team yg saya suka aje. Tat would be Germany, Spain, Italy, France, South Korea, Brazil, England, Netherlands, Japan, Argentina, Portugal, USA... eh, banyak nye pulak???
Mmg ada harapan saya akan berjaga malam kalau mcm nih! Hahaha.

Wednesday, June 02, 2010

CTB... at a glance

“Nama you?” soal Larra. Di dalam hati, melonjak rasa ingin tahu nama sebenar si pemandu Subaru Impreza itu. Memang sudah lama dia menanti peluang untuk mengetahuinya. Jari-jemari juga bagai sudah tidak sabar-sabar di atas papan kekunci untuk menaip nama yang bakal didengar.
“Shaq...”
“S-H-A-R-K?” Spontan Larra bertanya sambil mengeja. Terhenti jari-jemarinya untuk menaip walaupun satu huruf. Berkerut dahinya mendengar. Muka ‘Shark’ ditatap dengan perasaan pelik, hairan dan terkejut. Banyak-banyak nama, ini nama kau? Alahai...
“Bukan S-H-A-R-K... tapi S-H-A-Q.” Dia juga turut mengeja namanya setelah menangkap riak muka Larra yang agak terkejut.
“Opps... sorry!” Larra memohon maaf. Tersedar yang tindakannya mengeja dan ekspresi mukanya sebentar tadi mungkin tidak begitu menyenangkan hati Shaq.
“Ejaan saja yang lain... tapi bunyinya sama.” Shaq cuba mengusir rasa bersalah Larra dengan senyuman. Bukan sesuatu yang asing bila ramai orang tersalah anggap dengan ejaan namanya. Larra turut tersenyum dan mengangguk. Unik juga nama itu. Ejaan yang membawa maksud berbeza, tetapi bunyinya tetap sama. Sempat dia berbisik di dalam hati. Lantas, dia menaip ‘Shaq’ di ruang nama yang disediakan. Setelah selesai, ikon ‘print’ diklik. Selang beberapa saat, dua helai baucer keluar dari mesin pencetak.
“Petang ni boleh ambil...” Seraya dia menyerahkan baucer salinan pelanggan kepada Shaq.
“I singgah sebelum balik nanti.” Shaq berkata sebelum mengatur langkah keluar dari dobi Larra. “Terima kasih...” ucap Larra sambil pandangan matanya mengiringi derapan kaki Shaq. “See you!” Shaq membalas dengan senyuman dan pamitan yang sudah cukup membuatkan Larra berada di awang-awangan seketika!
***
“KAK... kemeja Encik Fariq tu, kan kena basuh tangan?” Nadirah mengingatkan bila terlihat Larra hampir mencampurkan baju yang perlu dimesin dengan baju yang akan dicuci tangan. “Oh, ya!” Larra menepuk dahi. Cepat-cepat dia mengasingkan baju-baju tersebut. Ini merupakan kesilapan yang kedua untuk hari itu. Tadi, dia tersalah memberi wang baki kepada Mrs. Tan. Mujur Mrs. Tan mengiranya semula. Dia telah ‘bermurah hati’ memberi wang lebih. Terlebih RM10!
Apa kena dengan aku hari ni? Mungkinkah impak insiden pagi tadi? Tak mungkin! Tapi tidak mustahil juga. Perbualan ringkas dengan Shaq mampu menggugat konsentrasinya. Sesuatu yang tidak pernah terlintas di minda, mereka akan berbual sedemikan rupa. Hampir saban hari berselisih bahu, pandangan mata mereka hampir bersatu, tetapi tidak pernah ada sapaan mahupun senyuman. Tiba-tiba, mereka berbual bagaikan sudah saling mengenali. Fenomena apakah ini? Atas sebab itu, perbualan pagi tadi cukup berbekas di hatinya. Kini, bagai tidak sabar rasanya menunggu petang menjelma. Dan dia mengharapkan adanya perbualan antara mereka lagi selepas ini. Mungkin petang nanti Shaq akan berbual mesra seperti pagi tadi. Kalau Shaq pulang lewat, mereka pasti beriringan ke ruang parkir kereta. Dia mula menganyam angan. Apabila mencuci kemeja Shaq sebentar tadi, mencetuskan seribu satu rasa di lubuk hati. Sepanjang dia membuka kedai dobi, tidak pernah pula dia berasa begitu seronok dan bangga mencuci baju pelanggannya. Inilah kali yang pertama!
Gila! Kenapa aku jadi macam ni? Cinta pandang pertama? Wujudkah istilah itu sebenarnya? Atau ini cinta pandang 200 kali? Sudah lapan bulan kedai dobinya beroperasi di situ, puratanya dia memandang Shaq setiap hari. Bukankah tempoh lapan bulan tersebut bagai sudah menggenapkan 240 hari? Sepanjang hari itu, memang dia serba tidak kena. Hatinya dibaluti satu perasaan yang sukar dimengertikan. Fikirannya melayang mengingati detik yang dilalui pagi tadi. Matanya pula mencari-cari jika Shaq melintasi.
***
Larra mengangguk. Pendapat Razlan ternyata benar. “Shaq ni ada masanya dia pelik sikit. Dia nampak seronok bila kami berbual. Tapi ada ketika, dia macam menghadkan semuanya. Tak nak lebih-lebih. Cukup sekadar perbualan beberapa minit saja, tapi dia kerap hantar mesej di Facebook. Contohnya... jangan balik lewat sangat, drive carefully, take care, have a nice weekend. Dan baru-baru ni...” Dia terhenti di situ. Terkenangkan status yang Shaqril tulis di profil Facebook sehari selepas lelaki itu memujinya kerana berbaju kurung.
“Apa dia tulis?” Razlan tidak sabar hendak mengetahui.
“It’s 1.57 am... and I am still awake. Jadi, saya pun saja nak mengusik dia bila terbaca status tu. Saya hantar komen dan tanya... what are you doing at 1.57 am? Tengah buat roti ke?”
“Apa dia jawab?”
“Thinking! Saya soal dia lagi... thinking of what or whom? Dia balas... thinking of you!” Larra bercerita. Masih terasa meremang bulu romanya dan betapa cepat degupan jantungnya saat mengamati jawapan Shaqril itu. Ringkas, tetapi mengundang seribu persoalan.
“Wow... petanda baik ni!” Razlan tersenyum. Turut rasa teruja dengan petanda yang boleh dikira cukup positif daripada Shaqril. Ini memang sah kes sudah jatuh cinta!
“Petanda baik? Mungkin tidak. Dalam masa saya terkejut dengan jawapan dia, saya masih tak puas hati. Jadi, saya tanya dia lagi... kenapa fikir pasal I? Lepas tu dia jawab... the same question I’m asking myself. Why am I thinking of you when I know I shouldn’t? Apa pula petandanya tu? Tak begitu baik, kan?” Terlukis riak kecewa dan keliru di wajah Larra menuturkan ayat itu. Kerana kecelaruan yang mula melanda, hampir sepanjang malam dia tidak dapat melelapkan mata memikirkan maksud bait-bait Shaqril itu. Dia tidak ada jawapan untuk soalan Shaqril. Sebaliknya, dia yang mengharapkan jawapan daripada lelaki itu. Tetapi dia tidak berani untuk bertanya. Dibiarkan sahaja mesej tersebut. Sehingga perjumpaan dengan Shaqril keesokan hari, dia tidak meluahkan apa-apa. Berlakon seperti tiada apa-apa yang mengganggu ketenangan dan tidurnya. Shaqril juga kelihatan selamba bila mereka berbual seperti biasa. Cuma renungan mata lelaki itu sahaja yang seolah-olah berbicara. Renungan yang penuh makna. Sayangnya, Larra tidak bijak untuk menganalisanya.
Razlan terdiam. Kerutan di dahinya terserlah. Hairan dengan mesej yang ingin disampaikan oleh Shaqril. Sebagai lelaki, dia dapat merumuskan yang Shaqril juga mungkin memendam rasa yang sama seperti Larra. Mungkin sudah mula dibuai rasa cinta. Kalau tidak, mengapa terkenangkan Larra malam-malam buta? Tetapi kenapa dalam waktu yang sama, Shaqril seperti menyesalinya? Shaqril bagai bingung dengan tindakannya sendiri.
***

Tuesday, May 25, 2010

My cousin's wedding

Bermula dari lepas waktu Zohor hari Jumaat lepas hinggalah ke hari Ahad petang, saya sibuk ke hulu ke hilir dgn majlis perkahwinan adik sepupu saya. Saya sebenarnya, bukanlah rajin sgt nak menyibukkan diri dlm majlis2 macam ni tapi ni kira special case sikit. Sebab cousin saya ni... satu-satunya sepupu yg saya pernah babysit ketika dia berumur 4 thn... and at that time I was 15 yrs old. And now... dah nak kawin budak ni...akan bergelar suami orang!! Oh no... I feel so old already!! Hahaha

Alhamdulillah... semua berjalan lancar. Semasa bersanding di sebelah pihak perempuan... ada suara Pot Amir (Innuendo) dan Azan (Ruffedge) menghiburkan kami sepanjang menjamu selera. Lama tak dengar suara Pot nyanyi lagu Belaian Jiwa... very soothing... sama mcm dgr CD.

Semasa resepsi sebelah pihak kami... AHA merupakan salah seorang flower girl yg mengiringi pengantin. Flower girl yg kecoh di atas pelamin... sbb boleh mintak pulak air sirap drp sepupu dia yg lalu lalang kat depan tu!! Ish... anak saya sorang tu... buat malu jer!! :P

These are some of the pics taken. Dari majlis akad nikah, majlis di rumah perempuan dan berakhir di Putrajaya iaitu resepsi di sebelah pihak kami.

To Asraff & Zureen, selamat pengantin baru. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.




























Monday, May 24, 2010

Breakfast at Tiffany's.... eh silap... at Eka's...

Hari Jumaat 21hb, saya bercuti. Memandangkan saya tak de apa2 hal selepas hantar AHA ke sekolah sehingga dia habis pkl 12, saya terjah rumah novelis Kak Eka Fahara utk bersarapan pagi! Hehe... tak malu betul! Tetapi saya tidak melakukannya seorang diri. Utk mengurangkan rasa malu itu...saya pun ajaklah Kak Iris Ixora sekali.... haha. Ok, kan Kak Iris?? Hehe





Ni gambar selepas kekenyangan makan nasi lemak Eka Fahara yg berlaukkan sambal ikan bilis & ayam goreng! Dua pinggan kami sapu bersih pagi tu!!

To Kak Eka- Thank u for the delicious breakfast... we shall do it more often (yup... you cook the nasi lemak, I come and eat! Hahaha)

To Kak Iris-Thank you for accompanying me all the way and also for not complaining about my driving (as I was going 140km/h on our way back. Dah lambat, kan? Berborak sampai tak ingat nak balik!! Hehe)

Semasa tgh bergelak tawa dgn lawak merapu kami bertiga... saya dikejutkan dgn SMS drp Moon (my editor). Setiap kali saya terima SMS Moon... dada saya mmg berdebar-debar! Berita gembira? Well... sort of. Moon memaklumkan manuskrip ketiga saya sudah diberi tajuk lain drp yg asal.

Ok... from now on... it's no longer call 'HM'... it is 'CTB' instead. Apa itu 'CTB'?? Err... Check The Basement??? Hahahahaha

Apa-apa pun tajuknya... nantikan sajelah keluaran/kelahirannya... (yg saya pun tak pasti bila...hehe)

Monday, May 10, 2010

Mother's Day, MU and Manuscript...

Mother's day celebration... nothing fancy this year... just another day tat I spent in front of the lap top for more than 20 hours!! Semuanya gara-gara editor (Moon) yg telah memulangkan manuskrip ke3 saya untuk dibaca semula, check ejaan, betulkan mana-mana yang patut dan improvise mana yang perlu. There you go... there's no two ways about it...memang saya HARUS all-out untuk menyiapkannya. Sepanjang malam saya berjaga, sehingga tidur pukul 6.30 pagi Ahad dan bangun semula 3 jam kemudian!


Bila celik mata aje... AHA dah letak kad & bunga di tepi bantal saya! Oh... tat's so sweet of her... terharu saya! Kad yang dia buat sendiri sejak hari Isnin (3rd May) dan bunga plastik yang dia beli dari book shop di sekolah pada hari Rabu (5th May). Hehe.... Macam mana saya tahu?


Bila ambil dia dari sekolah pada hari Isnin lepas... dia dah cakap pada saya "Ni kad Hari Ibu untuk mama. Tapi mama jangan baca tau... tunggu sampai hari Ahad!" Dan bunga tu pun, dah diletakkan di tepi rak buku saya sejak dia beli pada hari Rabu dengan pesanan "Mama jangan buang atau alihkan bunga ni tau! Nak bagi mama masa hari Ibu nanti!" Hehe... tak de elemen surprise langsung! But seriously... I really appreciate her effort!







Dan malam Isnin pun, saya masih menghadap laptop sambil menonton perlawanan akhir Barclays Premier League 2009/2010 dengan kekalahan Manchester United menjuarai takhta liga! Sekadar berpuashati menduduki tempat kedua di belakang Chelsea! To all Chelsea fans... (my nephew & my bro in law) ok la ok la... Congratulations!! (Dalam nada tidak ikhlas!!! Hahaha)




Happy Mother's day to all mothers out there!! Here's some joke to share with all of you!



My Mother Taught Me About...
1. My Mother taught me about ANTICIPATION..."Just wait until your father gets home."

2. My Mother taught me about RECEIVING...."You are going to get it when we get home!"

3. My Mother taught me to MEET A CHALLENGE..."What were you thinking? Answer me when I talk to you! Don't talk back to me!"

4. My Mother taught me LOGIC..."If you fall out off that swing and break your neck, you're not going to the store with me."

5. My Mother taught me MEDICAL SCIENCE..."If you don't stop crossing your eyes, they are going to freeze that way."

6. My Mother taught me to THINK AHEAD..."If you don't pass your spelling test, you'll never get a good job."

7. My Mother taught me HUMOR..."When that lawn mower cuts off your toes, don't come running to me."

8. My Mother taught me how to BECOME AN ADULT..."If you don't eat your vegetables, you'll never grow up."

9. My Mother taught me about GENETICS..."You're just like your father."

10. My Mother taught me about my ROOTS..."Do you think you were born in a barn?"

11. My Mother taught me about WISDOM OF AGE..."When you get to be my age, you will understand."

And last but not least...
12. My Mother taught me about JUSTICE..."One day you'll have kids, and I hope they turn out just like you....Then you'll see what it's like!" Evolution of Mom

Wednesday, April 14, 2010

Useful tips... (utk blog yg dah lama tak ada latest entry...)

After almost two weeks of silence... yes... I'm back again 'ber'blogging. Nothing much to share... no interesting events/stories lately... sebab tu la saya mendiamkan diri. Kononnya nak mencerna idea utk manuskrip yg ke 4... tapi half way here... half way there... tengah-tengah pulak lompong! Itu tandanya, idea dan jalan citer saya belum cukup mantap... byk2 la berfikir lepas ni ye!!

Cuaca panas sekarang nih... so kena byk minum air kosong. Di sini, saya nak kongsikan sedikit info tentang pengambilan air utk human body...useful tips to stay healthy. Terima kasih kpd sepupu saya yg mengirimkan email ini.

Correct timing to take water, will maximize its effectiveness to Human body.

Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs

One (01) glasses of water - 30 minutes before meal - Help digestion

One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure

One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack

Happy drinking!! But dont drink and drive... hehe.

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...