Monday, November 22, 2010

When the school holiday starts....

Cuti sekolah sudah bermula sejak 20hb November. Ahhh.... lega!! Walaupun yg bersekolah HANYA AHA SEORANG... tapi kelegaan itu dirasai oleh semua orang... hehehe. I think all mothers out there will agree with me... when you dont need to wake up so early, send the kids to school and bla, bla, etc, etc. Now, we got roughly 46 days for ourselves!!


Maka dgn itu, saya pun mulalah merancang dlm kepala untuk menulis manuskrip dgn GIAT dan GIGIHNYA sepanjang cuti sekolah ni i.e 46 hari. Idea ada atau tidak... itu lain cerita. Pokok pangkalnya, menulis aje!! Once you get started... insyaALLAH... the idea will come slowly.


Tapi baru aje bermulanya cuti 46 hari ni, sudah tersusun rupanya pelbagai agenda yg saya teruja untuk menghadirinya. Antaranya:



~Menghadiri Jamuan Hari Raya Aidil Adha anjuran Karangkraf bersama novelis Durrah Fatiha & Eka Fahara.











~ Ke rumah novelis Laila Kamilia sempena Majlis Aqiqah puterinya; Hana











~Birthday parties & old friends get together














(Mak2 sedang makan2 dan berposing... anak dah terjun swimming pool...hehe)



















In between those... terselit jugak agenda menziarah keluarga dua ayah saudara (long lost relative) yg kembali ke Rahmatullah sehari sebelum hari raya Aidil Adha dan sebulan yg lepas. Termasuk juga ayah kepada sahabat saya yg meninggal pada hari Jumaat lepas. Al-Fatihah untuk Haji Kasim, Datuk Dr. Zul dan Haji Abas.

Dan utk minggu2 yg akan datang... saya sudah terima beberapa kad jemputan kahwin, FB mesej utk another old friends gathering, few more birthday parties coming... mak oooii... banyak lagi rupanya agenda... which I hardly resist!!

How now?? 46 hari saya sudah tinggal 42 hari sahaja lagi. Dapat ke saya fully utilised 42 hari ini sebaik-baiknya??

Monday, November 15, 2010

Test drove...








The 1.8litre CVT Proton Inspira.


Akhirnya, tercapai jugak cita2 nak test drive Inspira ni...hehe. I know... to some people, it's just A PROTON. Another Proton car... yg sudah di 're-badge' drp Mitsu Lancer... yg dikatakan 'copy paste' dan sebagainya. Tak kisahlah apa org kata... tapi saya memang teruja nak test drive semua kereta baru yg berada di pasaran esp Malaysian cars... be it Proton or Perodua. Not so much of buying it... just to get the feel of it. Support Malaysian cars, maaahhh... :)


After tested it twice... roughly about 15 minutes drive...so, how do we find this car? Bagi saya, yg tak la terror sgt pasal kereta ni... (but I love driving, though) this Inspira is spacious, quite responsive but personally, saya rasa 1.8 ni kurang power utk kereta yg saiz sebegitu. Mungkin sbb tayarnya hanya saiz 16 inci (205/60/R16) berbanding dgn Lancer yg 17 inci, so... cornering tu tak berapa best sgt. Lain rasanya drive berbanding dgn Mitsu Lancer 2.0 GT. Tapi kalau nak compare betul2, sepatutnya kami drive 2.0 litre Inspira... then tat would be a fair comparison, I guess. Tapi sayang, tak de test unit utk 2.0 litre setakat ni.


Apa yg ada pada 2.0 litre dan tak de pada 1.8:-

- leather seat

- GPS navigation system

- paddle shift control at column switch

- rear spoiler & body kit

- steering wheel with auto cruise control

- fully auto aircond control

- auto light/rain sensor

In terms of powertrain & performance, both are MIVEC engine, 4 cylinder DOHC 16 valve. Maximum speed for 1.8CVT is 191 whereas 2.0 is 198. Accelaration 0-100km/h for 1.8CVT is 11.4 seconds... 10.5 seconds for 2.0 litre. Hmm... Putra saya dulu kalau tak silap, 8.7 seconds. Neway, Inspira is available in 4 colours... Plum Red, Solid White, Genetic Silver & Tranquility Black. Seperti kata Linda (salesperson di Mutiara Damansara tu) saya ni dah boleh jadi salesperson Proton!! Hehehe

Kepada sesiapa yg rasa2 tak mampu nak beli Lancer berharga seratus ribu lebih tu... boleh la beli Inspira ni yg harganya cuma (if I'm not mistaken) RM74,xxx for 1.8 and RM91,999 for 2.0 Premium. Go and grab one... if you have the sufficient fund and you need the power!! As for me... err... no budget for a new car yet... :((

Thursday, November 11, 2010

After one month...

Uish… dah lama betul saya tak update blog ni! Bila tengok date last entry… sudah sebulan rupanya saya tak menulis di sini.

What has happened for the last one month?

Err… sesuatu yang memalukan untuk mengakui bahawasanya saya berada di dalam zone malas (and I don’t even remember when was the last time I ever be ‘rajin’ pun… hehe) Ye… saya rasa cukup2 malas untuk menulis. Jangankan manuskrip… blog pun saya tak kuasa!! Bila tiba waktu macam ni, mulalah saya terfikir… may be I’m just not born to be a writer…hu hu.

And on top of being lazy… yes, I was quite busy. Tapi busy sangat ke saya? Hehehe. Ok la… put it this way, setiap hujung minggu ada saje agendanya. Macam-macam hal dan antaranya adalah:

Attending my cousin’s wedding.

Syikeen & Angus... congratulations!! May ALLAH blessed the two of you. And be a good wife, ya? :)
Part of the family members...



Taking the kids to Tiara Beach Resort, Port Dickson. AHA dan sepupunya.




Tapi dalam kesibukan yang tersebut di atas, sempat jugak saya dan hubby menjenguk showroom Proton di Mutiara Damansara petang tadi. Apa lagi… nak test drive Proton Inspira la!! Hahaha



These are few pics taken. Proton Inspira 2.0 litre Premium








Unfortunately, we were unable to test drive the car. Dapat duduk2 kat dalam Inspira tu… pegang2 stereng tapi tak boleh tekan minyak!! Dissapointed!!



Actually, kami tiba di showroom tu dah agak lewat…pukul 6.30. Tapi kami terus juga bagi nama untuk menunggu giliran test drive. Dapat nombor 46… dan ketika tu, giliran yang ke 42. Ingatkan sempat tapi tetiba, bila sampai nombor giliran yang ke 45… bos kat situ sudah sound anak2 buahnya… “No more test drive… it’s already 7pm.” Rupanya, kereta test drive tu tak boleh keluar dari premis selepas pukul 7 malam. Aiseyman… terlepas peluang nak merasai persamaan atau perbezaan antara Inspira dan Mitsu Lancer. Tapi tak pe… tunggu hujung minggu ni. Kami dah buat booking untuk test drive Ahad nanti. Lepas test drive baru boleh review best ke tak Inspira ni… then only we can decide whether to buy or not! Ceh… cakap macam duit berkepuk-kepuk dalam tangan!! Hahahaha.

Sunday, October 10, 2010

AHA turns 8...

Lapan tahun lalu, bila saya luahkan kerisauan kpd gynae sbb dia nak fly ke Sidney (tak silap saya) krn ada seminar dan saya pulak tak nak gynae lain kecuali dia, lebih kurang beginilah dia ‘memujuk’ saya... “I balik dari Sydney on the 6th October. I touch down aje… I will switch on my handphone. Kot la u nak call sbb dah nak bersalin sgt. Tapi entah2 anak u ni nak lahir 10th October…”



Memang betul kata gynae tu… AHA lahir pada 10.10.2002 bersamaan 3 Syaaban 1423 pkl 2.59pm. Alhamdulillah… kelahiran yg dipermudahkan untuk saya w/pun ada sedikit complication.

Dan hari ni, 10.10.2010… genaplah umur AHA 8 tahun. Selama 8 tahun membesarkan dia, bermacam2 perasaan yg saya pernah rasa dan pengalaman yg saya tempuhi.

Pernah rasa nak gugur jantung, bila mak saya beritahu yg AHA tak naik van sekolah utk ke tadikanya dan maid saya pun ‘hilang’!! YA ALLAH… masa tu saya yg on the way ke ofis, dah menangis kat telefon dan nafas rasa sungguh ketat masa tu!! Dlm kepala saya dh fikir macam2 yg negative. Mana anak saya? Apa dah jadi pada dia? Maid tu bawak lari ke? Ni ke dugaan untuk saya? Dan masa tu jugak, saya patah balik dan pecut balik ke rumah. Bila dah sampai rumah, cerita sebenarnya… AHA tertinggal bas sekolah! Dan maid saya yg ‘terlebih’ pandai tu… ambik keputusan utk hantar AHA ke tadika dgn berjalan kaki without informing my mother!! Alasan dia, takut nak ckp dgn mak saya yg it was her mistake tat AHA missed the school bus!! YA ALLAH… masa tu tak dpt nak gambarkan marahnya saya pada maid tu!! Mmg kaw-kaw dia kena marah dgn saya, husband dan mak saya!! Mana tak nye, panik la mak saya bila dia keluar dari bilik air tetiba tgk cucu dia dan maid tak de kat porch rumah. Walhal sepatutnya, sedang menunggu van utk ke sekolah. Tak terfikir ke maid tu, tindakan dia tu mengundang lebih bahaya. W/pun jarak tadika AHA dgn rumah mak saya mmg walking distance tapi kena melintas main road dan kawasan construction di mana terdapat some Indon workers kat situ. Dan maid saya tu… dengan selambanya mengendong AHA yg baru berumur 5 thn masa tu… merentasi kawasan construction yg ada crane, lori hantu dan kereta yg laju2 untuk ke sekolah!! Ngeri betul bila saya bayangkan semua tu!!

Pernah rasa risau dan sedih bila AHA dimasukkan ke hospital krn disyaki terkena jangkitan H1N1 gara2 demam yg tak kebah-kebah. Tengok dia dimasukkan drip berbotol-botol dan mengadu pening kepala, memang masa tu saya rasa, biarlah saya aje yg sakit drp tengok dia tak bermaya macam tu. 5 hari kami terpaksa berkampung di Tropicana Medical Centre. Masa tu bulan puasa… bersahur dan berbukalah saya dan husband kat sana. Alhamdulillah, rupa-rupanya cuma Viral Fever saje.

Pernah rasa panik gila bila AHA yg berumur 6 tahun masa tu telah berlari masuk ke lif seorang diri utk ke ofis saya di tingkat 6. Masa tu husband saya ada kat belakang… tapi tak sempat nak kejar dia dan pintu lif terus tertutup bila AHA masuk. Immediately dia called saya dan minta saya tunggu di depan lif, kalau2 AHA keluar kat tingkat 6. Saya tunggu2 tak ada... sementara husband saya naik ke each level mencari dia. Dah gelabah kitorg masa tu! Rupa-rupanya, AHA naik ke tingkat 8 (sbb dia lupa yg saya di tingkat 6) dan bila tengok lain aje… dia turun ke ground floor semula. Masa dia lalu sorang diri di koridor ground floor tu, sorang pekerja kedai mamak panggil dan suruh dia duduk kat restoren tu. Nasib baik pekerja tu perasan yg AHA sebelum tu berjalan di koridor dgn husband saya dan bila AHA berjalan sorang diri, dia pun rasa pelik. Berterima kasih betul saya pada pekerja yg prihatin tu. At least we know, there are still good people around. Next few minutes, husband saya turun semula ke ground floor untuk ke kereta. Dia terfikir kalau AHA berjalan semula ke kereta bila dah tak jumpa saya. Masa tu, baru nampak AHA tunggu di restoren mamak tu dengan relaxnye sambil jeling2 junk food yg terjual kat situ! When we asked her what was she thinking at ta time?... dia jawab “Bila dah tak jumpa ofis mama dan papa pun tak de ikut kat belakang, ingat nak tunggu papa kat kereta aje! Tapi orang India tu panggil suruh duduk kat sini.” Ish… budak ni! Memang la apa yg dia terfikir nak buat tu sama dengan apa yg husband saya fikir. Tapi husband saya masa tu park kereta kat tepi jalan!! Kalaulah pekerja tu tak panggil dia dan biarkan dia berjalan sorang diri menunggu di kereta… tak ke haru dan bahaya menanti? Seriau betul lah bila terfikir insiden tu. Alhamdulillah… akhirnya AHA ‘dijumpai’ semula dalam keadaan safe and sound!!

Itu semua antara pengalaman yg kami tempuhi dan beri pengajaran serta peringatan buat saya dan husband. And today, she’s already 8. Dialah teman gelak saya dan juga lawan bergaduh saya. Kadang2 kami boleh ketawa bersama over silly things. Tapi ada masanya, kami akan bergaduh over small things!

Apa2 pun, dia tetap kesayangan saya. Moga dia sentiasa menjadi hamba yg soleh, anak yg taat, pelajar yg bijak dan insan yg berbakti satu hari nanti. Amin…

Thursday, October 07, 2010

Carta Langganan Alaf (1-30 September 2010)

Cinta Tak Beralih berada di tangga ke enam!! Alhamdulillah. Walaupun agak lambat sikit saya buat entry pasal berita gembira ni, tapi rasa nye berita ini masih menggembirakan!



Kepuasan dan kegembiraan bagi saya sebagai seorang penulis adalah bila...

1) ...karya saya diterbitkan

2) ...melihat novel saya tersusun di rak2 kedai buku

3) ...ada pembaca belek2 novel saya dan kemudian membawanya ke cashier

4) ...pembeli novel tersebut sudi untuk membacanya (ye la... kadang2 org beli tapi bacanya belum tentu jugak kan? hehe)

5) ...pembaca tersebut menyukai novel saya (ada pembaca yg khatam buku saya, tapi tak semua yg suka apa yg saya cerita)

6)...pembaca yg suka novel saya tadi, mula war-warkan kepada org lain (ada yg baca dan suka tapi tak berminat nak berkongsi pendapat)

7)...pembaca-pembaca lain turut membeli novel saya (ada yg terpengaruh, dan ada jugak yg tidak suka dipengaruhi)

8)...ramai pembaca sudah membeli, membaca dan menyukai novel saya hingga tersenarai di carta. Seperti yg tertera di carta langganan ALAF21 sepanjang bulan September 2010.



Terima kasih kpd semua yg menyokong karya2 tempatan secara amnya, dan karya saya (CTB) secara khususnya!! Saya amat hargai sokongan anda...

Thursday, September 30, 2010

Antara fantasi dan realiti dlm CTB...



Nacha kata buku ni best...Buku ini mengingatkan aku tentang kisah aku dan dia. Cerita yang indah. Sesungguhnya novel bukan fantasi kerana bagi sesetengah orang... ia realiti...


Comment via FB... terima kasih byk2 kpd Nacha (for promoting CTB)



Karya Hezzy Azra ini sangat manis. Manis kerana setelah aku habis membacanya aku bagai diseru semangat baharu bahawasanya dalam hidup ini kebahagiaan tidak datang bergolek, tidak juga datang meluru dan tidak juga ia datang saat kita mahukannya.
Kisah cinta semusim aku kira, kenal bunyi kereta, kenal kereta (Subaru Impreza... I like too!) tapi tidak kenal tuan punya kereta! Flamboyant cocky guy katanya walhal dalam hati ada cinta. Perkenalan di tempat letak kereta memutikkan cinta. Where do I met him first? At the basement too, right? Yeah... that's the first significant points of this story. Shaqril Hafizi vs Larra Kirana, cinta yang unik kerana sesingkat itu perkenalan mereka sudah membuahkan cinta dan kasih sayang yang utuh sesama mereka.
BTW aku bukan nak review buku ini tetapi kisahnya yang bersangkutan (banyak) denganku bagai menyeru dan menyuntik semangat baharu bahawa hidup ini sangat indah bilamana kita bersedia dengan jiwa yang tenang untuk berhadapan dengan sesuatu ujian.
Tahniah buat penulisnya.

Dipetik drp http://nazurah-nazurah.blogspot.com/2010/09/cinta-tak-beralih.html Terima kasih byk2 utk Nazurah Aisyah krn sudi baca CTB dan atas komen yg cukup ikhlas.

Bagi penulis kecil-kecilan mcm saya, menulis sebuah novel bukan perkara mudah. Takes a lot of thinking & observation. Soalan2 seperti "what if? why did he/she do tat? how come?" akan sentiasa berlegar di fikiran saya sepanjang proses penulisan. Kerana sesungguhnya, novel bagi saya bukan fantasi semata-mata... ia juga satu realiti. It may be a creative writing... tidak seperti autobiography yg segala2nya adalah fakta dan realiti. Tapi kalau menulis cerita dgn hanya berfantasi tanpa berpijak di alam realiti... then for me, tat wont be a 'story'!!


Semasa saya ingin mula menulis CTB... saya sudah pun terfikirkan konfliknya i.e. 'ter'bercinta dgn tunang orang. Dlm melayari konflik itu juga, saya dah fikir mcm2 mesej dan moral of the story utk diketengahkan dlm novel ni. Kalau boleh, saya mahu pembaca rasa puas hati and gain something out of it bila baca buku saya hingga ke mukasurat terakhir. Bukannya selesai baca, tutup buku and that's it!! Err... wat was the story, again???


Tapi utk mencipta plot2 yg 'real' dan 'hidup'... mmg saya berlandaskan kepada orang2 dan keadaan sekeliling saya. Ianya satu realiti yg 'dipercantik dan diperkemaskan' supaya kisah realiti itu akan menjadi semakin indah dan manis dalam bentuk tulisan. Contohnya, plot Larra dan Shaq berjumpa di parking itu boleh dikaitkan with my own personal experience. No.. no.. I'm not saying tat I've met my husband at the parking lot and we fell in love!! Saya jumpa dia first time kat tempat lain... hehehe. Anyway, what I'm saying is... saya selalu park kereta di lot dan level yg sama di bangunan pejabat saya iaitu berhampiran dengan lif sejak dua tahun yg lalu. Lot saya tu bukan lot reserved tapi ia seakan2 'reserved' bila tak de pemilik kereta lain yg berani nak ceroboh lot tu gara2 kereta saya... hehehe. Satu hari sewaktu dlm kereta dan saya perhatikan sekeliling... saya terfikir, what if ada org lain yg tak reti bahasa cuba 'curi' parking saya tu. Atau cuba2 nak menyibuk dan menyelit kat situ. Atau tak tahu apa2 dan 'ter'park kat situ tanpa sengaja. Mesti saya bengang dan rasa nak calar2kan kereta tu (w/pun tak tertulis parking tu saya punya... but well, I consider that lot as mine... hahaha) I never know who ever the owner of the car is. Tapi apa akan jadi jika lepas kejadian calar mencalar tu, rupanya saya pernah terjumpa dan berpandangan dengan 'dia' kat food court nearby office. Tak ke haru!! This surely will create a story of it's own!! Hah... masa tu lah, timbul idea utk menulis ttg Larra dan Shaq yg berebut parking di basement berhampiran tangga!! And of coz, saya tukar sikit plot tu dan cuba jadi kreatif. Dan selebihnya, berimaginasi untuk menulisnya :)


Have to admit that, terdapat insiden2 dlm CTB yg sesungguhnya real... termasuk dialog2 yg diucapkan. Malah, beberapa character dlm CTB sememangnya wujud. Saya tidak menulis watak2 ciptaan semata-mata. Tapi watak2 tu mmg tercipta utk karya saya!! Hahahah... boleh gitu??


Apa-apa pun, saya berterima kasih kpd semua yg sudi baca CTB... sama ada anda menyukainya atau tidak. Tetapi jika anda menyukai dan terhibur dgn CTB... ianya memberi kepuasan utk saya sebagai penulisnya. Dan jika anda menganggap CTB bukan sekadar fantasi tapi juga realiti and could 'gain something out of it'.... ianya satu bonus dan rahmat utk saya! Alhamdulillah...

Tuesday, September 07, 2010

Berakhirnya Ramadhan dan tibanya Syawal

Hari ni dah 28 Ramadhan (hmm... kalau dalam CTB, 28 Ramadhan ni hari terakhir Shaq bekerja sebelum cuti raya dan cuti kahwin... kesian Larra...hehe)

Ramadhan kali ni menyaksikan :-

1) pecah rekod... setakat ini, tak sekali pun kami berbuka puasa di hotel! Tak seperti tahun2 lepas, akhirnya dapat juga kami menahan nafsu dari menjejakkan kaki ke mana2 hotel yg ada buffet ramadhan.

2) Alhamdulillah... setakat ni, AHA tak tinggal puasa walaupun sehari! Sungguh pun ada sekali tu, kami sekeluarga ter'missed' sahur gara2 terlajak tidur. Tidur mati saya masa tu, tak sedar langsung bunyi alarm! Or may be I should use a bigger alarm!! Hehe. Tiba2 AHA kejutkan saya "Mama, kita ni puasa ke tidak? Kenapa kita tak sahur... dah pukul 6!" Memang terlompatlah saya dari katil dan terus pesan kat dia, cuba puasa dulu... tapi kalau dah tak larat, nanti buka. Alhamdulillah... berjaya juga dia menunaikan fardhu puasa hari tu!


Neway, mixed feeling sebenarnya bila dh hujung2 puasa dan nak raya ni. Sebab tak tahu dah banyak ke pahala yg dikumpul di bulan yg mulia ini? Dan bila raya muncul, bermakna dah 11 tahun kami tidak meraikannya dengan arwah abah.



Walaupun masih terasa kehilangan, tapi kami tetap menyambutnya sama seperti ketika arwah abah ada. Kalau dulu, arwah abah yg menyertai rombongan takbir dari rumah ke rumah di kawasan perumahan kami ni... dan semestinya rumah kami pun diziarahi... tak kira rumah paling awal atau paling akhir. Arwah abah mesti suruh kami siapkan makanan yg best2 utk menjamu rakan2 dan jiran2. Dan skrg ni, bila arwah tak ada... Alhamdulillah, rutin itu masih diteruskan dengan menantu2 lelaki yg take over. Ikut giliran dan availability. Kalau abang ipar sulung saya tak ada, abang ipar nombor 2 akan ikut. Dan kalau dua2 tak de krn beraya di kampung masing2, husband saya akan follow suit. Dan kami akan cuba mengekalkannya sampai bila2. InsyaALLAH.


Persiapan raya tahun ni pun paling minimal. Baju raya utk AHA cuma tiga pasang i.e kebaya, baju kurung & dress. Suami saya, baju melayu sepasang. Saya, cuma kasut sepasang. And that's it!! Eh...wait a minute... haaa... tahun ni kami tukar langsir baru dan sarung cushion baru!! Yeah... after 3 years!! Tapi klau org tak perasan, sure tak tahu itu baru sbb kami beli colour dan design yg sama jugak!! Hehe... sewel kan?


Seperti juga tahun2 sebelum ni, saya tetap akan beraya di KL. Kalau keluar dari KL pun mungkin pergi ke Tampin dan Kuala Kubu Baharu. Best ke beraya di KL? Atau boring seperti yg dikatakan oleh org2 luar KL... "Raya kat KL apa ada? Kat kampung lagi best!" Saya juga sebenarnya, pernah merasa beraya di kampung masa kecik2 dulu sehinggalah arwah atuk meninggal. Tapi, sesudah lebih 20 tahun beraya di kotaraya ni... raya kat mana2 pun serupa aje.... tak de beza. Kalau ada pun yg berbeza, cara kita meraikannya. And I think, it's not so much of the location... but it's how you celebrate it and whom are you celebrating with. Dan saya pun tak rasa rugi atau terkilan bila tak ada kampung nak balik semasa hari raya. I'm so used to that already!! Dan yg paling best... tak pyh gaduh2 dgn husband nak balik beraya di rumah siapa. Sebab rumah mak saya dan rumah mertua lebih kurang 15 minit aje! Hehehe.

Saya akhiri entry saya kali ini dengan ucapan Selamat Hari Raya...mohon maaf zahir dan batin di atas segala kesilapan bicara dan tulisan. Semoga anda semua ceria di hari lebaran ini dan sampai ke destinasi yg dituju dengan selamatnya.

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...