Monday, February 29, 2016

Antologi Cinta Dia - feedback from readers

 It took me 7 weeks to write Melodi Kasih 2. But getting these feedback from readers are just amazing... it makes me smile forever!!










Ni review daripada Aidah

Thank you Lin, Rukia & Aidah kerana sudi berkongsi pendapat ttg ACD. ACD ni cerita secoet saja sebenarnya. Tapi bila cerita secoet macam ni mampu membuat anda membaca dan menghayatinya... saya hanya mampu ucapkan Alhamdulillah dan terima kasih juta2 kali!! 

Ada lagi yang nak beli ACD? You can still do so at: 
hezzy_azra@yahoo.com





Wednesday, February 24, 2016

Di sebalik photo shoot Majalah Nur

 Throwback!!! Entry tertangguh...;)

Ini kejadian 2 minggu lepas di mana saya ada photo shoot untuk Majalah Nur. Buat dessert you!!  Memang la saya suka makan dessert... tapi sebenarnya tak reti sgt pun buat apa2 dessert melainkan yg instant aje..;)

Tapi demi permintaan editor Majalah Nur...saya buat jugaklah satu jenis dessert. Apa yg saya masak?? Surprise!! Sila beli Majalah Nur keluaran April dan tengok la apa yg saya masak...;)



 Bergambar bersama dua rakan novelis iaitu Murni Aqila dan Nurul Syahida.  Dessert diorg pun sedap2...:)


Saya bab posing ni fail sungguh. Rasa kaku!! :P
Camanalah some people tu boleh berposing dgn selambanya, kan? Turun dari kereta pun boleh posing, keluar berjalan dari cinema pun boleh posing, hantar anak dpn sekolah pun sempat posing....I'm so amazed with this kind of people...;)

Tapi tiba-tiba 'ter'ambil gambar pulak dgn pelakon2 yg tgh hot sekarang ni! Siapa lagi kalau bukan hero2 Ola Bola ('Tauke & Ali') yg kebetulan ada photo shoot sblh studio kami!! Makcik rasa sungguh kerdil di sisi budak2 tinggi ni!! :)


Karnival Karangkraf 26-28 Feb 2016

Coming soon in just 2 days more!!!

Karnival Karangkraf 2016... 'Game On' from 26 to 28 Feb at Kompleks Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam.

 Macam2 ada!! And for sure, novel2 memang akan dijual murah gila!! Buy 4 novels at RM50!! Murah kan??? Kalau biasa satu novel pun 20 hengget lebih, ye tak??

So apa lagi?? Buat senarai awal2 supaya tiba sana nnt, just grab what you wish. Dan dalam senarai novel2 di bwh ni... ada AKU PILIH DIA & SEMERAH RED VELVET.

So belilah 2 of each ye....:))

Saya akan menjenguk ke sana juga.. tapi tak sure hari apa lagi. Hope to see you guys!!

Wednesday, February 10, 2016

It's almost there...


Ini Antologi Cinta Dia yg masih bersusun di atas pallete di dalam kilang. Cuma menunggu cover dan kemudian deliver kpd saya.

Yes...ACD 'baby' saya dan kwn2 is almost ready. Rasa excited, nervous dan berdebar pulak. Setiap kali novel baru akan keluar, itulah yg saya akan rasa. The mixed feeling. Tapi kali ni, rasa itu semakin berganda. Sebabnya, ini buku yg pertama kami terbit sendiri. From writing, editing, getting the printer, the designer... all was done by us!! Setiap proses itu kami lalui and yes, it's an experience. Bukan senang sebenarnya nak jadi one-woman-show ni...;)

Ok...tunggu 'kelahiran' baby kami ni real soon. Expected to be out from the factory tomorrow. Give us a few days to pack and post it ya? In sya Allah, by next week... semua penghantaran akan bermula. Anda yg dah order tu cuma tunggu je Abam Poslaju dtg dpn pintu, hokey?? :)

Kalau ada yg nak order lagi... you can still do so. Kami masih simpan stok extra utk mereka yg agak2 ketinggalan bas/LRT/ETS itu...:)

Ok... ni ada few Q&A about ACD :-
Q: ACD ni ada dijual di kedai buku tak?
A: Tidak dijual di mana2 kedai buku berhampiran atau berjauhan anda. Bak kata Lynn Dayana... cuma ada kat gobok Poreng Kertas sahaja e.g. gobok Lynn, gobok Dhiya Zafira dan gobok saya...smile emoticon
Q: Ada 3 cerita lain2... best ke semua citer tu sbb lain2 genre?
A: Walaupun kami buat projek ni secara suka2... tapi percayalah, kami tak menulis secara lewa smile emoticon
Walaupun bukan money back guarantee (kalau anda tak puas hati...hehe) tapi saya gerenti ketiga2 cerita ni berbaloi utk dibaca. Ada romantic comedy & action romance... semua ada own touch & strength.
Q:Lepas2 ni boleh beli lagi ke ACD ni?
A: ACD ni Limited Edition. Kami print on demand. Kalau dah habis stok yg ada ni...mmg kami tak print lagi. Kalau lps ni nak beli lagi... tgk la kalau2 ada stok lebih terselit tepi gobok kami tu... kira rezeki andalah tu...smile emoticon

Tuesday, February 02, 2016

Antologi Cinta Dia... kenapa Melodi Kasih 2?

Masih bercerita ttg projek Antologi Cinta Dia.




When Dhiya Zafira and Lynn Dayana came out with the idea of writing a short story… saya sebenarnya cuak jugak nak join projek antologi ni. Sebab saya ni bukannya reti sgt tulis cerpen (walaupun saya dah tulis 7 novel). Rasa macam payah aje nak tulis satu cerita yg pjgnya hanya 120-150 pages...  I kan dah terbiasa menceceh dan merapu sehingga 500 pages!! (Statement poyo!!) :P

And on top of that, nak tulis cerita apa? Saya bukannya jenis yg idea melimpah ruah sepanjang masa atau ada stok cerita berfolder-folder dlm lappy. Tapi bila dok diam pikir… then saya recall there’s bunch of readers who kept asking me about MK’s sequel. “Taknak sambung MK ke? Taknak buat comeback Zaha-Fariq ke? Nak tahu sgt pasal sambungan EJ-Ku Ril!”

Kalau diikutkan, saya tak suka buat sequel. Pressure sebenarnya tulis sequel ni sbb pembaca for sure akan buat perbandingan antara yg original dan sequel. Tapi desakan anda semua kuat kot… sampaikan saya akhirnya take this into consideration. And after deep thinking… akhirnya saya decided utk sambung MK ni. TAPI hanya focus kpd watak Zaha-Fariq sbgai main character. Sebabnya; pages are limited. 120 pages aje… so tak boleh nak sumbat semua cerita. And another reason is, I still adore this couple!!

Mungkin saya agak bias di situ… tapi mmg sejak dulu lagi, Zaha-Fariq lebih lekat di hati saya berbanding dgn watak EJ, Ku Ril, Iman & Huzir. I just love their characters dan selalu rasa, banyak lagi yg saya boleh explore ttg diorg   ni. EJ-Ku Ril bagi saya couple yg dah almost perfect. There’s nothing much to write about them unlike Zaha-Fariq yg masih byk boleh diceritakan. Sbgai buktinya, bila saya decide nak sambung MK… I only took  2-3 days to plan for the rangka cerita. Rasa mcm senang aje… sbb feel tu dah ada. And it took me  only 7 weeks to finish writing it!!

To some writers, 7 weeks tu bukanlah hebat sgt. Cerita yg secoet itu, ada yg tulis seminggu aje kot? Tapi bagi saya yg tak hebat ni… I should pat my shoulder coz 7 weeks is the fastest in my record. Saya menulis tanpa pressure… sama seperti menulis MK bertahun dulu. Kalau hari ni saya siap satu bab… dan smbung lagi the next chapter few days after that… feel tu tak lari. Saya masih rasa connected to the story and character. Mmg MK ni serasi betul dgn jiwa saya kot….:)

 So, jika anda nak tahu kisah lanjutan Zaha-Fariq ni, dptkan MK2 yg terdapat dlm Antologi Cinta Dia.


Order utk ACD ni masih dibuka ya… sehingga 5 Feb. And let me remind you again… this antology is LIMITED and  ONLINE PURCHASE ONLY. Carilah di mana pun, ia TIDAK AKAN ada di kedai2 buku berhampiran atau berjauhan dari anda…;)

Tuesday, January 26, 2016

Calling all Melodi Kasih fans!!!

Adakah anda pembaca novel saya sejak dulu lagi?? Masih ingat Melodi Kasih; novel pertama saya yg terbit pada Dis 2007?? Kisah tiga sahabat karib; Zahara Inas (Zaha), Edrina Julia (EJ) & Iman Syukriah (Iman) serta pasangan mereka?? Dan apakah perkembangan favourite couple Zaha-Fariq after 7 years??

Kalau anda peminat MK… ini ada berita gumbira utk anda!!

Saya akan terbitkan sequel MK pada bulan Februari ini!!

Sequel MK ni, saya namakan Melodi Kasih 2 (koman je tajuknya… sbb saya tak tahu nak bagi tajuk apa lagi!) :))

MK2 ni merupakan salah satu cerpen yg bakal terbit dalam ANTOLOGI CINTA DIA (akan dirujuk sbgai ACD selepas ini) yg saya hasilkan bersama dua org rakan novelis iaitu Lynn Dayana dan Dhiya Zafira.

Tadaaaaa... ni dia ACD!!!

ACD adalah percubaan pertama kami bertiga menulis dan menerbitkannya sendiri. BUKAN  terbitan lain2 publishing co. Jgn confuse pulak. Dan memandangkan terbitan ACD adalah sangat terhad (Limited Edition gitu) maka ACD hanya dijual secara ONLINE melalui kami sahaja! You will never get this at any bookstores.

Selain MK2, dalam ACD  juga terdapat cerpen karya Lynn Dayana bertajuk ‘Aku Bukan Cupid’ dan Dhiya Zafira bertajuk ‘Haq’. So kalau anda berminat nak beli hasil nukilan kami ni…the details are as follows:

RM34 (SM)
RM38 (S/S)
Price inclusive postage.
Bank in to: JENDELA BERLIAN
Mbb 562562304472
Dan email bukti pembayaran serta butir-butir anda kpd: hezzy_azra@yahoo.com

Here’s the blurb:

Melodi Kasih 2

Zahara Inas : Hidup dah sempurna. I'm happy with what I have now. I don't need new episode in life. 

Fariq : A lot of things can be done. Bukan setakat untuk kita tapi untuk orang lain juga. 

Bila yang tenang mula berkocak... bila keikhlasan mula dipertikaikan, mampukah ikatan kukuh bertahan? Atau terpaksa leburkan sahaja impian?

Aku Bukan Cupid

Antara Amry, Benz dan Chairyl akan selalu ada Ai. Cousins are awesome. One for all, all for one. 

Tika masih hingusan, janji dipateri : Kita akan selalu utamakan Ai. Bila usia injak remaja : Tak boleh! Seorang pun tak boleh jatuh cinta pada Ai. Dilarang! 

Tapi...bagaimana kalau ada hati yang tergelincir? Tak rancang, tak minta...tapi doa, adalah sikit-sikit. Masalahnya, mak usu kata, "Ai tak sesuai untuk kamu semua." Erk...parah.

Haq

"Polis?" 
Geleng.
"Tentera? Spy?" 
Geleng.
"Criminal? Smuggler?"

Siapa Haq sebenarnya?

"Who do u think i am?

Bagi Alin seorang 'agoraphobia', kehadiran Haq amat meresahkan.

Terperangkap dalam dunia yang bukan pilihan. Namun dunia itu juga memberi kebebasan.

Antara Haq dan Alin, ekspedisi mereka baru bermula...


Amacam? Tertarik tak?? I’ll tell you… this is very rare to get, you know?!

Ada kisah cinta di alam rumahtangga. Ada kisah cinta yg bermula di zaman Pampers. Dan ada kisah cinta yg bakal berputik. Genre yg berbeza… ada romantic-comedy, ada action-romance. Kisah cinta yg setiap satu berlainan garapannya. Satu antologi yg tidak berkonsep. Kami menulis mengikut citarasa dan kesesuaian masing-masing. We just write what we are good at and what we enjoy.



Apa tunggu lagi?? Jom order!! Kami buka pre-order sehingga 5 Februari 2016. Saya remind sekali lagi ye… this is VERY LIMITED EDITION. Kami tak print banyak. Kalau habis stok yang ada ni… memang kami tak akan print lagi dah. Anda merayu atau menangis tak berlagu, memang kami takkan print pun ;)



Sebab ini hanya projek sampingan kami… projek suka-suka… projek kawan-kawan. Can be considered as a special gift from us to our readers out there for your continous support. As the conclusion… meh la order cepat2!

First entry for 2016

Assalam

Hello... hello... I'm back after so lonnnggggg!!!

Dah lama betul saya tak jengah blog ni. Bukannya takde cerita…mcm2 sebenarnya kejadian since the last entry in October 2015. Tapi sebab agaknya dah tua ni kan…mood menulis tu semakin merudum. Nak menulis blog pun rasa macam seksa jer :P

Atau mungkin sbb dah ada IG sekarang ni kan….so apa-apa pun lagi senang share atau update kat IG je (statement berlagak la pulak…hahaha)

Ni IG saya…yg baru dibuka May 2015. Takat tu je pun followers saya… AHA punya followers lagi ramai kot! Kalau ada yg teringin nak follow tu… sila-silakan ye. Walaupun saya tahu saya ni bukan novelis tersohor… bukan juga fashion icon atau individu yang glamour… but having 500 followers, kira ok jugak kan? ;)

Till we meet again in my next entry… harap2 saya tak malas lagi utk update blog ni.

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...