Sunday, August 24, 2008

MAHA 2008



Kesibukan saya sejak dua minggu kebelakangan ini sebenarnya gara-gara MAHA 2008 yg bermula dari 11 Ogos dan berakhir semalam 23 Ogos di MAEPS (Serdang). Syarikat tempat saya bekerja mempunyai subsidiari yg terlibat dgn penternakan kambing. Tapi sempena MAHA kali ni, kami tak angkut sekali kambing-kambing kami tu... sebaliknya mempromosikan barangan drpd kulit kambing i.e beg tangan, jaket, topi, dompet dan sbgainya.



Dan sepanjang berlangsungnya MAHA, semua staff kena turun padang... or shall I say, dikerah 'masuk kandang?' Saya tidak terkecuali berulang alik berhari-hari ke sana dan terpaksa mengatur semula rutin harian. Jadi driver, jadi remover, jadi cleaner, jadi cashier dan bidan terjun jadi interior designer! Multi-skilled betul! Sehingga kerja di pejabat pun tertangguh dan misi-misi peribadi saya tergendala!



Bergambar pada hari terakhir ketika bertugas jadi cashier.




Berposing di depan showunit sebelum kami officially tutup operasi.




























AHA ketika berkunjung ke MAHA, sempat jadi promoter di pintu masuk show unit... mempromosikan topi cowboy drp kulit kambing!








AHA tunggang kuda padi...













Tapi dalam sibuk-sibuk tu... sempat jugak ambik time-off. Semata-mata untuk menghadiri Majlis Pelancaran Trilogi Ramlee Awang Murshid... Bagaikan Puteri,Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Bergambar bersama Abg Ramlee. Kesian dia... nak makan pun tak senang, memenuhi permintaan utk bergambar! Apa-apa pun, tahniah Abg RAM!



Bergambar bersama Kak Durrah Fatiha, Aleya Anessa, Kak Sri Diah, Bikash Nur Idris dan Shanika Latisha.





Kpd Kak Eka... sorry, saya 'curi' gambar ni dari blog akak. Gambar yg anak dara saya snap tu kureng skit kualitinya... hehe.

Saturday, August 16, 2008

Birthday Party







Saya agak sibuk sejak 10 hari yg lepas. Tapi dalam sibuk-sibuk tu, sempat jugak memotong kek hari jadi di samping anak buah saya. Kebetulan, kami lahir dalam bulan Ogos, jadi kami sambut serentak di satu majlis kecil-kecilan di kampung abang ipar saya di Kuala Klawang, Jelebu.


Dah jadi orang bujang anak buah saya sorang ni. Dah 13 tahun (bermakna Che Su pun makin tua!) Kecik2 dulu... dia selalu tidur atas riba atau atas bahu saya... sekarang ni, dia lebih BESAR daripada saya!!


Kami semua panggil dia Abang Mirul. Tapi masa AHA kecik2 dan baru nak belajar bercakap, AHA selalu terpanggil dia Abang Biul! Hahaha... member tension jer dgn AHA!

Monday, August 04, 2008

Age Ain't Nothing But A Number...

Bersyukur saya ke hadrat ILAHI... dianugerahkan kesihatan yang memuaskan dan segala limpah kurnia yang dinikmati selama 35 tahun di muka bumi ini. Tiada kehidupan yang sempurna, I've gone thru a lot of ups and downs, the tears and the laughters... but Alhamdulillah... I survived all these years.

Segala-galanya berjalan dengan lancar sejak pagi tadi.
~ Masih dapat mengusik husband saya "Ada surprise present atau celebration utk I ke?" And he replied "I'll see what I can do about it. Tapi nak present amendenye lagi? Dah beli itu... dah beli ini... dah ambik itu... dan ambik ini..." And when he pointed out all those 'itus and inis'... saya cuma gelak aje. Sejak seminggu yang lalu, apa benda pun yang saya mintak dia belikan, alasan saya cuma satu "Itu pre-birthday present!" Cukup-cukup la tu kan... kesian the 'World's Romantic Husband (WRH)! Bagi can la... give him some credit! Hahaha...

~Masih dapat menyiapkan, melayan dan menghantar AHA ke sekolah. "Mama, kenapa boss mama tak bagi mama cuti? Hari ni kan birthday mama!" Wait until I own the company and become the boss, sayang!

~ Masih dapat mendengar suara mak saya mengucapkan selamat hari jadi yang ke 35

~Masih menerima ucapan2 melalui phone calls, SMS, Yahoo Messenger, Facebook dari kawan-kawan/kenalan yang sudi mengingati tarikh ini

~Masih ada yang sudi belanja Pizza Hut utk makan tengah hari

~Masih berpeluang utk menikmati makan malam bersama husband dan AHA di 1-Utama

I feel blessed... Alhamdulillah. Walaupun ada yang kata... umur 35 tahun ini berkemungkinan akan menghadapi middle age crisis. Cheh... iya ke? Boleh percaya ke andaian2 tersebut?!
Let me prove them wrong! Hahaha

Saturday, July 26, 2008

Back Dated Stories

Terlebih dulu, saya memohon maaf kalau ada sesiapa yg cuba tinggal jejak kat chat box saya tapi tak berhasil. Entah, saya pun tak tahu kenapa chat box tu tetiba buat hal pulak... needs to reinstall. Malangnya, buat masa ini saya belum cukup rajin utk meng'install'nya sekali lagi. Ada angin kemalasan sedang melanda! InsyaALLAH... i'll try to fix it in this near future.





Hari Jumaat 25hb - Editor (Moon) beritahu yg manuskrip kedua saya sudah ada tajuk yg sesuai. Finally!!! But I cannot reveal it here and now. Tunggguuu!! Cukup la sekadar saya menamakannya 'KT' buat sementara waktu.
Moral of the story: Lain kali cari tajuk sendiri! Hehe







Hari Khamis 24hb - Saya ke konti Putra.fm 90.7...first time ever being interviewed on radio station. Another wonderful experience. Terima kasih kpd ALAF21 dan K.Wan yg mengaturkan sesi tersebut utk saya. Terima kasih juga kpd DJ Mat yg friendly, sporting and humble. And me, being so forgetful at times... lupa nak ambil gambar sebagai kenangan. Dah lah lupa nak bawak camera... camera yg ada kat phone tu pun saya lupa nak gunakan!
Moral of the story: Lain kali gantung camera kat leher. Atau adakah ini tanda2 penuaan?? Yg hanya tinggal beberapa hari lagi??




Hari Isnin 21hb - It was a good start for the week. Pagi Isnin yang banyak kereta sepanjang NKVE tapi tak berapa jammed. Dan macam2 terjadi sepanjang hari tu... tapi saya tak boleh nak recall semua.
But still, moral of the story: We know each other's car very well... but sometimes, we need to know the owner's name as well! (Huh??)


Hari Sabtu 19hb - Saya menghadiri satu lagi gathering CBN 1990 di rumah Datin S. Sepatutnya kami bermula pukul 5.30 ptg... tapi seperti biasa la... kaum2 ibu ni semuanya lambat. Sudahnya bermula lepas solat maghrib. Apa2 pun, terima kasih kpd kwn2 yg bertungkus lumus organize (Helinda dan tuan rumah), yg penat lelah di tepi pembakar BBQ tu (Lah... the BBQ was yummy) dan gang2 yg havoc dan vogue! I had a great time catching up with each other's stories.
Moral of the story: Ambil gambar byk2... itu sebagai bahan bukti bahawa kita semua mmg ada gathering mlm tu... *wink*



Wednesday, July 23, 2008

Antara lega dan tidak...

Saya lega! Kerana minggu lepas editor saya kembalikan manuskrip yg kedua. Minta saya check dan go thru semula tanpa perlu merombak apa-apa bahagian pun.



Alhamdulillah... memang saya bersyukur sangat2. Sebab sebenarnya saya dah terlalu penat dengan manuskrip yg kedua ni. Sebelum sampai ke meja editor, ianya telah dirombak lebih tujuh kali... believe me, I've got more than 7 versions of it in my thumbdrive! It's nothing like MK... yg diubah dua kali saja... permulaan dan pengakhiran.



Tapi dlm waktu yg sama, saya belum lega sepenuhnya. Masih ada satu lagi permasalahan yang belum selesai... iaitu tentang tajuk manuskrip saya ni. Terus terang saya katakan, bila tiba masa memberi tajuk buku... saya tahu saya bukan mcm novelis Lynn Dayana yg mampu menamakan bukunya dgn tajuk yg cukup catchy. I'm useless in tat sense! Wat ever it is, I still have to come out with a title. Apa halnya pulak kalau tak de tajuk, kan? Seperti jugak nama seseorang... I'm sure everybody has a name... (opps... apa yg tetiba saya melalut pasal nama orang nih?) Anyway, let's just hope that I'll find a good and nice title. Or any idea, my fellow friends??



Dan esok, insya-ALLAH... saya akan ke udara di saluran radio Putra.fm 90.7 dari jam 12 hingga 1 t/hari. Akan ditemubual ttg MK. Ingatkan dah lega bila keluar dari studio Astro Awani minggu lepas... rupanya saya belum cukup lega lagi. Esok ada lagi satu rancangan 'live' yg saya perlu hadapi. Aargh...

Friday, July 18, 2008

Di Studio Astro Awani











Agak lambat saya buat entry ttg pengalaman berada di konti WW saluran Astro Awani. Just a little bit busy for the past two days. Sampai cerita ni dah jadi suam-suam kuku pulak dah...





Secara ringkasnya, it was a rainy morning. Sementara menunggu hujan sedikit reda, I had breakfast alone at Dataran Sunway. Hujan itu ada rahmatnya, kerana bila saya bergerak nak tinggalkan Dataran Sunway, the traffic flow was already cleared. I was driving alone and reached Bursa Saham, Jln Raja Chulan just on time. Dipertemukan dgn Dang Suria sebelum wajah saya di touch-up dan kemudian menunggu di guest room seorang diri. Lone ranger betul saya hari tu!





Perasaan berdebar tu mmg ada... tapi bila masuk studio, I tried my very best to remain compose, berbekalkan sms husband saya "Good luck, just be yourself!" Dan saya punya own tips utk menenangkan diri... dlm studio cuma ada Dang Suria dan cameraman... mana ada audience... so, kenapa nak panik-panik, relax laaa! Tapi rupanya, masa diwawancara... 'berterbangan' jugak idea dan ilham saya utk bercakap! And I thought, I had a lot of things to say... but at the end, I was actually repeating the same thing! Geramnya saya pada diri sendiri! Tapi mungkin elok jugak saya tak byk cakap... takut saya pulak yg take over the slot nanti! Hahaha...





Anyway, it was a wonderful experience. Tak pernah sepanjang hidup selama 35 tahun ni, saya masuk dlm apa-apa rancangan TV yang disiarkan secara langsung! Terima kasih kepada ALAF 21 yg memberi saya peluang untuk muncul di WW mempromosikan MK. Terima kasih kepada pihak Astro Awani esp crew WW (terutama Dang dan Fiza) for the warm hospitality.















Remarks yang saya terima selepas slot tersebut :-


Dari AHA : "Kenapa suara dan muka mama macam lain aje?" Sebab mama control suara dan control ayu, sayang! Haha


Dari Mak saya: "Nampak tembam muka tu!" Mak, itu camera trick! (Sebenarnya, tak nak ngaku dh put on weight! Haha)


Dari anak saudara saya yg berusia 4 tahun: "Kenapa Che Su ni... asyik cakap aje? Tak de nyanyi-nyanyi ke?" Luqman, Che Su bukan penyanyi sayang, ooii!


Dari suami saya: "For a first timer, you were quite okay! Tapi kalau lain kali, tak payah panik-panik. You should be more relax and convincing!" Hellooo... ingat senang ke nak maintain tidak panik, relax dan convincing when you are on air? (Geram nih... hehe)




Tuesday, July 15, 2008

Astro Awani 160708



Less than 24 hours from now, InsyaALLAH I'll be on Astro Awani (channel 501) in the programme 'Dari Wanita Untuk Wanita' (or better known as WW).


Rancangan yang akan ke udara 'live' pada hari Rabu 16 Julai 2008 pukul 11.30 pagi itu dihoskan oleh Dang Suria dan saya bakal diwawancara tentang Melodi Kasih.


Bila Kak Wan (org kuat ALAF 21) email beritahu yang saya next in line untuk masuk dlm programme ni... saya dah gelabah. Kata Kak Wan untuk meredakan debaran dan kegelabahan saya "Alah... borak2 mcm biasa jer dengan Dang promosikan MK..." Terima kasih K.Wan dgn kata-kata perangsang tersebut... but as for me, mak ooiii... it's not just 'borak-borak biasa' when you'll be watched live on tv, okay! Kalau saya maintain stail 'borak-borak biasa' saya tu... takut orang nak tengok! Hahaha


Kepada sesiapa yg berkesempatan, silalah menonton WW @ Astro Awani 501 hari Rabu 16 Julai pukul 11.30am.

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...