Thursday, February 18, 2010

Quiet February... and in pain...

Ini entry pertama saya untuk bulan Februari. Dah lama blog ni sunyi dan sepi. A quiet February, eh? Kalau ikutkan tak 'quiet' sebenarnya... mesti tak lama lagi akan kedengaran bunyi lion dance di persekitaran ofis saya ni sempena Tahun Baru Cina. Lion dance tau... not tiger dance... hehe (eventhough it's the year of a tiger... fiery tiger! Hahaha)

So, why is it no new posting?

Saya akui, saya kehilangan minat untuk menulis sejak kebelakangan ni... baik di blog mahu pun manuskrip. Macam-macam perkara yang boleh dikongsikan di blog, tapi saya malas untuk meluahkannya di sini. Idea untuk manuskrip yang ke4 sudah berada di dalam kepala... tapi saya belum cukup rajin untuk melakarkannya dalam bentuk tulisan. Why is this laziness still haunting me???

Tahap kesihatan saya juga tidak begitu baik sejak kebelakangan ni. I'm in pain... banyak betul penyakit bila dah berumur nih! Silap sikit aje, akan bertimpa-timpalah penyakit yang datang. After 36 years, then only I realize how important it is to eat good and healthy food... tat's real bad!! Sekarang baru lah terhegeh-hegeh nak buat jus timun, buat bekam, makan makanan yang a bit tasteless (sebab kurang garam dan gula... hehe), makan segala ubat yang payau dan pahit. Yup... tat is what it takes when you have eaten soooooooo much of oily, junk, rubbish dan fast food!!!

Dan ini, 'kecederaan' saya yang terbaru!!



Jari saya terkepit kat pintu kereta husband!! Ek eleh... entah apa-apa kan? Cuai sungguh!! Tapi kecuaian itulah yang telah menyebabkan jari saya yang dahulunya runcing, cantik dengan kuku yang kilat dan bersinar (perasan tahap gaban... hahahaha) sudah bertukar jadi hitam dan lebam begini!!




Dengan kejadian yang berlaku, pelbagai reaksi yang saya terima.

Kata AHA: "Lepas ni mama kena berhati-hati tau, bila tutup pintu kereta papa." Sungguh penyayang dan prihatin pulak anak saya ni...

Kata seorang office mate: "Akak boleh tulis cek lagi tak? Tak gaji pulak kitorang nanti!" Bukannya 10 jari... satu jari aje lah!! Hish... budak-budak ni!!


Kata novelis Dhiya Zafira: "Penulis macam kita ni, kena ambik insurans jari kalau gini!" Hahaha... lawaklah kau ni Dhiya... penulis kecil-kecilan jer kita nih!

Kata husband saya "Nasib baiklah I dah kahwin dengan you 10 tahun lepas. Kalau sekarang ni, banyak betul you punya defect... duit hantaran pun kenalah discounted!!" Hah?? Nak diskaun duit hantaran?? Syukran...syukran... it all happened after 10 years!! Hahaha

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...