Followers

Friday, December 31, 2010

Teater SDAF

Last nite, I took AHA and three other nieces to watch the theatre titled 'Siti Di Alam Fantasi (SDAF)' at Pangung Sari, Istana Budaya.



Teruja dan seronok bebudak tu sepanjang show. I must admit tat the show was entertaining. Not so much of the story line... tapi pementasan yg penuh warna warni dgn props yg menarik, kostum yg cantik dan pancaran laser utk scene tertentu menambahkan effect pada seluruh persembahan. Bukan saje budak2 yg amazed dgn special effect laser tu... saya yg mak budak ni pun amazed jugak! Hehe. Lebih2 lagi scene dlm laut... nampak macam Siti dan duyung2 (yg cantik dan seksi tu...hehe) betul2 berenang. Lakonan bersahaja Ebby Yus, Johan Raja Lawak dan Liyana Jasmay penuh bersahaja. As the conclusion, the show was exciting... and the kids love it! Thanx to Vanidah Imran... yg tolong book kan the best seat utk kami.



Masa beratur nak sign autograf. Dari kiri NAM, AHA, UZ & NAZ


Bergambar dgn Liyana Jasmay @ Siti. Blur pulak gambar ni!! I think it's high time to get a new camera la... hu hu. Ada siapa2 nak sponsor?? Atau nak jual camera murah2 kat saya? :D

Fizo Omar @ the prince charming. AHA excited sungguh bila Fizo puji dia "Adik ni comel la..." Perasan la tuh!

Vanidah Imran @ the Spider Queen. "Vee... I brought my daughter, Liza's two daughters, my first sister's daughter..."



At least, ada jugak la kenangan bebudak ni sebelum berakhirnya tahun 2010. Kalau kengkawan tanya, buat apa cuti sekolah... boleh la bercerita tentang teater...hehe.
Kalau boleh, saya memang nak dedahkan dunia teater kepada budak2 ni esp AHA. Bukan nak suruh berlakon dalam teater... tapi saya nak mereka menghargai aktivis teater ni. Bagi saya, mereka ni org2 seni yg sepatutnya dihargai krn usaha dan penat lelah mereka. Because sometimes I just wonder... do they make money out of this show? Dengan kostum mereka, penat lelah mereka menyanyi, berlakon dan menari...berbaloikah sebenarnya? Or may be... it's not so much of money... it's the satisfaction they got from each show. Well, I guess the same thing goes to novelists in Malaysia. Bukan boleh jadi kaya raya menulis novel di Malaysia ni... (tapi kalau jadi kaya raya jugak... syukur Alhamdulillah) tapi kepuasan setiap kali novel dihasilkan dan diterima pembaca di luar sana. YES... we do need money BUT THEN AGAIN, money is not everything!
SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada semua pengunjung blog saya ni. Semoga tahun baru ini membawa lebih makna dan keceriaan kepada anda semua.

Thursday, December 30, 2010

Last night and tonight



MALAYSIA MENANG!!!

Last night, I think the nations were all 'roaring' as the Tigers won the Championship in AFF Suzuki Cup after defeated Indonesia 4-2 (in aggregate) at Gelora Bung Karno Stadium. Game yg saya kira sengit dan mendebarkan, turun naik la nafas menontonnya walaupun sekadar depan tv rumah saje... hehe. Perit tekak sebab dok menjerit2. Dah lah awal pagi game Red Devils vs Birmingham... malam jeritkan Harimau Malaya pulak. But it's all worth it!!
Well done to our young players... to the Goalie (Khairul Fahmi ), the superhero striker (Safee Sali) and the rest of the team; Mohd Asrarudin Putra Omar, Sabre Mat Abu, Mohamad Muslim Ahmad, Fadhli Mohd Shas, Safiq Rahim, Amar Rohidan, S.Kunanlan, Ashari Samsudin, Norshahrul Idlan and of coz the coach; Rajagopal. I guess everybody played their roles excellently. Harap2 anak2 muda ini akan mengembalikan semula kegemilangan pasukan bola sepak tanah air setelah kemarau sekian lama.

Selesai cerita bola. And tonight, I'll be bringing the kids (AHA dan anak-anak buah yang lain) untuk menonton teater Siti Di Alam Fantasi di Istana Budaya. Teater lakonan Liyana Jasmay, Fizo Omar, Johan Raja Lawak, Ebby Yus, Vanidah Imran dan ramai lagi. Hope they are going to enjoy it... and fantasize!! :)

Tuesday, December 28, 2010

Tyres for drifting, anyone??

Hah... ada tak mana2 drifters nak beli tayar yg saya nak let go ni… 180/60R14… 4 biji RM50?? Hahaha.

Ok… I’m back on my feet again!! (Oh… ni bukan nak cerita pasal manuskrip… ni nak cerita pasal tayar baru saya… hehehe) Thank u very much dear husband… who took the trouble looking for new tyres for the Pug. Saya bukan pandai sangat nak tengok ‘bunga’ mana yg cantik dan sesuai utk tayar-tayar saya tu. Apa yang saya tahu, ‘bunga’ tu mestilah bersesuaian dengan cara pemanduan saya and it must feel really good to drive it. I suppose my husband knows what’s best for his wife’s needs, safety and style. Sewaktu saya berselubung dengan selimut kerana demam, bila saya dah kebah sikit esok harinya… wah… saya tengok Pug sudah cun semula dengan tayar baru… Dunlop SP Sport!


Sudah hampir 2 bulan, episod slow motion ni bermula. Iaitu saya jadi pemandu yg mematuhi had laju… begitu berhemah tanpa mencilok kiri dan kanan, memberi laluan kpd kereta2 yg lebih laju memandangkn saya dengan sedar dirinya, cuma drive 90km/sejam SAHAJA di lorong tengah atau tepi kanan (ikut kiri jika tidak memotong). Seriously, I don’t enjoy driving like this, ok?? BUT I HAD TO. Kerana TERPAKSA, lebih2 lagi musim2 hujan ni.

Actually for the past 2 months, tayar Pug sudah menampakkan ciri2 kebotakannya… tapi saya masih bertangguh utk menukarnya. Saya telah mendahulukan perkara2 lain… (err… like visiting Universal Studios instead…hehe) Tetapi bila fikirkan keselamatan…hendaknya sekarang ni musim hujan, jalan licin, nak pecut pun tak berani… nak corner baring takut go sideways pulak kan? Hahaha. Since I’ve skidded once in the Iswara 11 years ago… gara2 tahap ilmu tentang kereta & pemanduan yg belum lagi mantap dan mendalam. Ditambah pula memandu dengan tayar yg botak masa tu… maka cukuplah sekali tu saje, merasai pengalaman kereta tiba2 berpusing dan melintang tengah highway bila lalu atas lopak air. Mujur tak de kereta lain hentam saya masa tu… Alhamdulillah. Kalau tidak, saya pun tak berani nak fikir apa jadi pada saya waktu tu. So, when think about it, there’s no two ways about it. Kena tukar jugak by hook or by crook.

Studies of tire safety show that maintaining proper tire pressure, observing tire and vehicle load limits and inspecting tires for cuts, slashes and other irregularities are the most important things you can do to avoid failure, such as tread separation or blowout and flat tires. These actions, along with other care and maintenance activities, can also:
1) Improve vehicle handling
2) Help protect you and others from avoidable breakdowns and accidents
3) Improve fuel economy
4) Increase the life of your tires

Nasihat saya kpd pemandu di luar sana, jangan simpan tayar anda yang telah botak itu… melainkan anda ingin melenjannya untuk GRA di track SIC, parking lot Bukit Jalil, Shah Alam Stadium atau MAEPS… If you are not a drifter, please don’t act like one! :)
P/S: Sebut pasal GRA... rindu pulak saya kat 'SHAQ'...hehe

Wednesday, December 15, 2010

Hari Asyura - 10 Muharam (16 Disember 2010)


14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram )
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah
fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang reda
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak
fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu
10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti
11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di
baca Qulhuwallah sebelas kali.
12.Membaca
“has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”
fadhilat – Tidak mati pada tahun ini
13.Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14.Puasa
Lafaz niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari. Jawab Rasulullah: Benar!.
Semoga bermanfaat dan dapat dipanjangkan kepada yang lain-lain. (Sebagai peringatan utk saya juga)

Friday, December 10, 2010

A day in Singapore...

We started our journey as early as 3.30am... (from home to LCCT). Not much write-up (may be later la kot, bila saya rajin skit nak menulis) but I guess, these photos could tell everything...:)

7.25 am. At Changi Airport

7.45am. Breakfast at Geylang Pasar


8.30 am. Window shopping at Mustafa Centre (since other shopping complexes are still closed... baru pkl 8am, kan? hehe)


9.45am. Reached Universal Studio









































































































4.30pm. Window shopping along Orchard Road.Dari petang sampai ke malam mencuci mata. From one shopping mall to another i.e ION Orchard, Takashimaya, Lucky Plaza, Paragon, Wheelock Place... tapi belinya tiga empat barang jer... hehe. Tak pe... kalau ada rezeki, next time datang S'pore during christmas sale, saya nak shopping sakan. This trip is mainly for sight seeing ONLY (exchange rate mahal seh... hu hu)











9.00pm. Changi Airport. Flight pulak delayed. Lastnya, kami sampai semula ke rumah pukul 2.30am. So... all in all... 23 jam perjalanan kami pergi dan balik ke Singapore.
Kesimpulannya, penat gilers!! Rasa nak putus urat kaki menapak satu hari suntuk. Nampak sangat tak cukup exercise.... hehehe. BUT, we had FUN (esp AHA). So, kepada ibu2 dan bapa2 yang tak tahu nak bawa anak2 ke mana sempena cuti sekolah yang tinggal beberapa hari saje lagi ni...dan nak keluar jauh sikit dari Malaysia... cuba la bercuti ke Universal Studio Singapore. I think it's worth going...

Wednesday, December 01, 2010

Tamatnya tarikh MOU...

Kalau anda merupakan follower kepada blog saya yg tak seberapa ni... tentunya anda masih ingat entry saya bertajuk Antara World Cup, Countdown CTB dan MOU bertarikh 30 June 2010.

Dan hari ini, dukacita ingin dimaklumkan bahawa saya telah GAGAL menyiapkan manuskrip ke4 pada tarikh yg ditetapkan iaitu hari ini... 1 December 2010.

Dissapointed?? Of coz I am!! Tapi bila memikirkan yg kelewatan dan kegagalan saya adalah merupakan kesilapan sendiri... bukan org lain, then I have to swallow the dissapointment!!

Regret?? Of coz I am!! Tapi menyesal sekarang pun dah terlambat. But I can try to reduce the level of regrets by starting to write again now! Saya diberi masa selama lebih kurang 6 bulan tapi saya tidak cukup berkeras dan bertegas dalam mendisiplinkan diri untuk menulisnya. I didnt put much effort to it all these while. Saya tidak all out seperti menulis MK, KT dan CTB. Inilah natijah yg harus dihadapi.

Feel embarassed?? Of coz I am!! Lebih2 lagi bila melihat rakan2 seperjuangan sudah berjaya menyiapkan manuskrip mereka sedangkan saya masih di takuk lama... 22 pages not moving!! Rakan2 novelis saya memang berbakat dan hebat-hebat belaka... they are all gifted, I must say that! Boleh pulun menulis manuskrip walau dalam keadaan apa sekalipun. Idea mereka sentiasa ada. Dari segi itu, saya agak sukar untuk tandingi mereka. Mungkin saya boleh pulun habis-habisan kalau idea saya mencurah-curah di kepala... tapi sayangnya, bagi saya idea itu belum cukup mantap untuk dijadikan satu cerita. I want to write one good story... bukannya cerita yang pincang dan lompong sana sini.

SO WITH THAT....

Saya akan cuba bangkit semula dari segala kekecewaan, penyesalan dan rasa malu yg menebal ini. I need to get back on my feet again. Saya perlu 'keluar' mencari watak2 ciptaan saya. Dan bermula hari ini, saya harap persediaan saya sudah cukup untuk duduk menghadap lap top berjam-jam lamanya... sudah kembali menulis serba sedikit... dan sudah mula berangan itu dan ini. Harap2 perjalanan saya kali ini laju dan lancar... (selaju Neo CPS seperti kata Lynn Dayana...hehe) tak terganggu dan tak tersangkut. Saya tak mahu meletakkan sebarang tarikh sasaran (takut tersasar lagi??) tapi akan cuba menyiapkannya juga. It doesnt matter how slow you go... as long as you dont stop!!

Tuesday, November 30, 2010

My 18 years of driving...

Just renewed my driving license for the 18th time!! Waahhh... lama jugak ye saya sudah bergelar pemandu/drebar/supir/chauffeur walaupun saya digelar kaki speeding (by my friends), lazy driver (by my husband esp bila bab menjaga tahap kebersihan kereta), good and stable driver (by my father in law) tapi pokok pangkalnya, saya ni dikira pemegang lesen otai la, kan? No doubt about it!! Chewah... hehehe.

Sebagai seorang pemandu, apa yg membuatkan saya rasa 'dihargai' adalah bila orang-orang di sekeliling saya memberikan kunci kereta mereka kepada saya. Gerenti buat saya berada di awang-awangan... macam masa husband mengurat saya dulu!! Oppss... terbukak cerita pulak!! Hahahaha.

Ok back to the main topic, when given a car key by someone... to me, that is the biggest compliment! Meaning... they trust their cars to be driven by me, to be handled in my good hands (??) and also my driving skill. :) Bagi la saya kereta apa... insyaALLAH saya boleh drive... be it Manual transmission or Auto. But somehow, my preference is to drive Manual cars. Maka sebab itu, kereta yg saya beli semuanya manual... (err... selain daripada itu, faktor harga juga memainkan peranan. Sbb kereta Auto sememangya lebih mahal drp manual... jadi secara langsung, ia tidak termasuk dlm pilihan dan belanjawan... hehehe) Ye saya akui, majority of lady drivers prefer to drive An Automatic cars. Lebih senang dan mudah. Infact, masa saya nak beli my Pug dulu pun, salesman tu sibuk dok promote yg Auto. "Sangat sesuai utk akak!" Katanya. Tapi bagi saya, saya cuma sukakan Auto cars bila keadaan memerlukan i.e time kaki sakit ke, tangan lenguh ke, malas nak tukar gear ke and of coz, time traffic jammed. Tapi bila memandu kereta manual, saya rasa lebih thrill... lebih syiok... dan lebih feeling bila mengemudinya. You can really trash the car and play along with it! Kalau drive Auto ni... tangan kiri saya ni tak tahu nak buat apa... kaku, macam kurang fungsi pulak rasanya! Hehehe.

Yeah.. after 18 years, my love for driving is getting stronger! Dan rasanya, perasaan 'cinta' itu pasti bercambah dan berakar umbi sekiranya saya berpeluang memiliki kereta2 idaman saya (seperti yg menghiasi laman blog saya ini... hehe) Yeah... dream, dream and dream... that's all I can do!! At the rate I'm going now... with all the financial constrain... dunno when I could grab an Audi!! Hmmm...

Monday, November 22, 2010

When the school holiday starts....

Cuti sekolah sudah bermula sejak 20hb November. Ahhh.... lega!! Walaupun yg bersekolah HANYA AHA SEORANG... tapi kelegaan itu dirasai oleh semua orang... hehehe. I think all mothers out there will agree with me... when you dont need to wake up so early, send the kids to school and bla, bla, etc, etc. Now, we got roughly 46 days for ourselves!!


Maka dgn itu, saya pun mulalah merancang dlm kepala untuk menulis manuskrip dgn GIAT dan GIGIHNYA sepanjang cuti sekolah ni i.e 46 hari. Idea ada atau tidak... itu lain cerita. Pokok pangkalnya, menulis aje!! Once you get started... insyaALLAH... the idea will come slowly.


Tapi baru aje bermulanya cuti 46 hari ni, sudah tersusun rupanya pelbagai agenda yg saya teruja untuk menghadirinya. Antaranya:



~Menghadiri Jamuan Hari Raya Aidil Adha anjuran Karangkraf bersama novelis Durrah Fatiha & Eka Fahara.











~ Ke rumah novelis Laila Kamilia sempena Majlis Aqiqah puterinya; Hana











~Birthday parties & old friends get together














(Mak2 sedang makan2 dan berposing... anak dah terjun swimming pool...hehe)



















In between those... terselit jugak agenda menziarah keluarga dua ayah saudara (long lost relative) yg kembali ke Rahmatullah sehari sebelum hari raya Aidil Adha dan sebulan yg lepas. Termasuk juga ayah kepada sahabat saya yg meninggal pada hari Jumaat lepas. Al-Fatihah untuk Haji Kasim, Datuk Dr. Zul dan Haji Abas.

Dan utk minggu2 yg akan datang... saya sudah terima beberapa kad jemputan kahwin, FB mesej utk another old friends gathering, few more birthday parties coming... mak oooii... banyak lagi rupanya agenda... which I hardly resist!!

How now?? 46 hari saya sudah tinggal 42 hari sahaja lagi. Dapat ke saya fully utilised 42 hari ini sebaik-baiknya??

Monday, November 15, 2010

Test drove...








The 1.8litre CVT Proton Inspira.


Akhirnya, tercapai jugak cita2 nak test drive Inspira ni...hehe. I know... to some people, it's just A PROTON. Another Proton car... yg sudah di 're-badge' drp Mitsu Lancer... yg dikatakan 'copy paste' dan sebagainya. Tak kisahlah apa org kata... tapi saya memang teruja nak test drive semua kereta baru yg berada di pasaran esp Malaysian cars... be it Proton or Perodua. Not so much of buying it... just to get the feel of it. Support Malaysian cars, maaahhh... :)


After tested it twice... roughly about 15 minutes drive...so, how do we find this car? Bagi saya, yg tak la terror sgt pasal kereta ni... (but I love driving, though) this Inspira is spacious, quite responsive but personally, saya rasa 1.8 ni kurang power utk kereta yg saiz sebegitu. Mungkin sbb tayarnya hanya saiz 16 inci (205/60/R16) berbanding dgn Lancer yg 17 inci, so... cornering tu tak berapa best sgt. Lain rasanya drive berbanding dgn Mitsu Lancer 2.0 GT. Tapi kalau nak compare betul2, sepatutnya kami drive 2.0 litre Inspira... then tat would be a fair comparison, I guess. Tapi sayang, tak de test unit utk 2.0 litre setakat ni.


Apa yg ada pada 2.0 litre dan tak de pada 1.8:-

- leather seat

- GPS navigation system

- paddle shift control at column switch

- rear spoiler & body kit

- steering wheel with auto cruise control

- fully auto aircond control

- auto light/rain sensor

In terms of powertrain & performance, both are MIVEC engine, 4 cylinder DOHC 16 valve. Maximum speed for 1.8CVT is 191 whereas 2.0 is 198. Accelaration 0-100km/h for 1.8CVT is 11.4 seconds... 10.5 seconds for 2.0 litre. Hmm... Putra saya dulu kalau tak silap, 8.7 seconds. Neway, Inspira is available in 4 colours... Plum Red, Solid White, Genetic Silver & Tranquility Black. Seperti kata Linda (salesperson di Mutiara Damansara tu) saya ni dah boleh jadi salesperson Proton!! Hehehe

Kepada sesiapa yg rasa2 tak mampu nak beli Lancer berharga seratus ribu lebih tu... boleh la beli Inspira ni yg harganya cuma (if I'm not mistaken) RM74,xxx for 1.8 and RM91,999 for 2.0 Premium. Go and grab one... if you have the sufficient fund and you need the power!! As for me... err... no budget for a new car yet... :((

Thursday, November 11, 2010

After one month...

Uish… dah lama betul saya tak update blog ni! Bila tengok date last entry… sudah sebulan rupanya saya tak menulis di sini.

What has happened for the last one month?

Err… sesuatu yang memalukan untuk mengakui bahawasanya saya berada di dalam zone malas (and I don’t even remember when was the last time I ever be ‘rajin’ pun… hehe) Ye… saya rasa cukup2 malas untuk menulis. Jangankan manuskrip… blog pun saya tak kuasa!! Bila tiba waktu macam ni, mulalah saya terfikir… may be I’m just not born to be a writer…hu hu.

And on top of being lazy… yes, I was quite busy. Tapi busy sangat ke saya? Hehehe. Ok la… put it this way, setiap hujung minggu ada saje agendanya. Macam-macam hal dan antaranya adalah:

Attending my cousin’s wedding.

Syikeen & Angus... congratulations!! May ALLAH blessed the two of you. And be a good wife, ya? :)
Part of the family members...



Taking the kids to Tiara Beach Resort, Port Dickson. AHA dan sepupunya.




Tapi dalam kesibukan yang tersebut di atas, sempat jugak saya dan hubby menjenguk showroom Proton di Mutiara Damansara petang tadi. Apa lagi… nak test drive Proton Inspira la!! Hahaha



These are few pics taken. Proton Inspira 2.0 litre Premium








Unfortunately, we were unable to test drive the car. Dapat duduk2 kat dalam Inspira tu… pegang2 stereng tapi tak boleh tekan minyak!! Dissapointed!!



Actually, kami tiba di showroom tu dah agak lewat…pukul 6.30. Tapi kami terus juga bagi nama untuk menunggu giliran test drive. Dapat nombor 46… dan ketika tu, giliran yang ke 42. Ingatkan sempat tapi tetiba, bila sampai nombor giliran yang ke 45… bos kat situ sudah sound anak2 buahnya… “No more test drive… it’s already 7pm.” Rupanya, kereta test drive tu tak boleh keluar dari premis selepas pukul 7 malam. Aiseyman… terlepas peluang nak merasai persamaan atau perbezaan antara Inspira dan Mitsu Lancer. Tapi tak pe… tunggu hujung minggu ni. Kami dah buat booking untuk test drive Ahad nanti. Lepas test drive baru boleh review best ke tak Inspira ni… then only we can decide whether to buy or not! Ceh… cakap macam duit berkepuk-kepuk dalam tangan!! Hahahaha.

Sunday, October 10, 2010

AHA turns 8...

Lapan tahun lalu, bila saya luahkan kerisauan kpd gynae sbb dia nak fly ke Sidney (tak silap saya) krn ada seminar dan saya pulak tak nak gynae lain kecuali dia, lebih kurang beginilah dia ‘memujuk’ saya... “I balik dari Sydney on the 6th October. I touch down aje… I will switch on my handphone. Kot la u nak call sbb dah nak bersalin sgt. Tapi entah2 anak u ni nak lahir 10th October…”



Memang betul kata gynae tu… AHA lahir pada 10.10.2002 bersamaan 3 Syaaban 1423 pkl 2.59pm. Alhamdulillah… kelahiran yg dipermudahkan untuk saya w/pun ada sedikit complication.

Dan hari ni, 10.10.2010… genaplah umur AHA 8 tahun. Selama 8 tahun membesarkan dia, bermacam2 perasaan yg saya pernah rasa dan pengalaman yg saya tempuhi.

Pernah rasa nak gugur jantung, bila mak saya beritahu yg AHA tak naik van sekolah utk ke tadikanya dan maid saya pun ‘hilang’!! YA ALLAH… masa tu saya yg on the way ke ofis, dah menangis kat telefon dan nafas rasa sungguh ketat masa tu!! Dlm kepala saya dh fikir macam2 yg negative. Mana anak saya? Apa dah jadi pada dia? Maid tu bawak lari ke? Ni ke dugaan untuk saya? Dan masa tu jugak, saya patah balik dan pecut balik ke rumah. Bila dah sampai rumah, cerita sebenarnya… AHA tertinggal bas sekolah! Dan maid saya yg ‘terlebih’ pandai tu… ambik keputusan utk hantar AHA ke tadika dgn berjalan kaki without informing my mother!! Alasan dia, takut nak ckp dgn mak saya yg it was her mistake tat AHA missed the school bus!! YA ALLAH… masa tu tak dpt nak gambarkan marahnya saya pada maid tu!! Mmg kaw-kaw dia kena marah dgn saya, husband dan mak saya!! Mana tak nye, panik la mak saya bila dia keluar dari bilik air tetiba tgk cucu dia dan maid tak de kat porch rumah. Walhal sepatutnya, sedang menunggu van utk ke sekolah. Tak terfikir ke maid tu, tindakan dia tu mengundang lebih bahaya. W/pun jarak tadika AHA dgn rumah mak saya mmg walking distance tapi kena melintas main road dan kawasan construction di mana terdapat some Indon workers kat situ. Dan maid saya tu… dengan selambanya mengendong AHA yg baru berumur 5 thn masa tu… merentasi kawasan construction yg ada crane, lori hantu dan kereta yg laju2 untuk ke sekolah!! Ngeri betul bila saya bayangkan semua tu!!

Pernah rasa risau dan sedih bila AHA dimasukkan ke hospital krn disyaki terkena jangkitan H1N1 gara2 demam yg tak kebah-kebah. Tengok dia dimasukkan drip berbotol-botol dan mengadu pening kepala, memang masa tu saya rasa, biarlah saya aje yg sakit drp tengok dia tak bermaya macam tu. 5 hari kami terpaksa berkampung di Tropicana Medical Centre. Masa tu bulan puasa… bersahur dan berbukalah saya dan husband kat sana. Alhamdulillah, rupa-rupanya cuma Viral Fever saje.

Pernah rasa panik gila bila AHA yg berumur 6 tahun masa tu telah berlari masuk ke lif seorang diri utk ke ofis saya di tingkat 6. Masa tu husband saya ada kat belakang… tapi tak sempat nak kejar dia dan pintu lif terus tertutup bila AHA masuk. Immediately dia called saya dan minta saya tunggu di depan lif, kalau2 AHA keluar kat tingkat 6. Saya tunggu2 tak ada... sementara husband saya naik ke each level mencari dia. Dah gelabah kitorg masa tu! Rupa-rupanya, AHA naik ke tingkat 8 (sbb dia lupa yg saya di tingkat 6) dan bila tengok lain aje… dia turun ke ground floor semula. Masa dia lalu sorang diri di koridor ground floor tu, sorang pekerja kedai mamak panggil dan suruh dia duduk kat restoren tu. Nasib baik pekerja tu perasan yg AHA sebelum tu berjalan di koridor dgn husband saya dan bila AHA berjalan sorang diri, dia pun rasa pelik. Berterima kasih betul saya pada pekerja yg prihatin tu. At least we know, there are still good people around. Next few minutes, husband saya turun semula ke ground floor untuk ke kereta. Dia terfikir kalau AHA berjalan semula ke kereta bila dah tak jumpa saya. Masa tu, baru nampak AHA tunggu di restoren mamak tu dengan relaxnye sambil jeling2 junk food yg terjual kat situ! When we asked her what was she thinking at ta time?... dia jawab “Bila dah tak jumpa ofis mama dan papa pun tak de ikut kat belakang, ingat nak tunggu papa kat kereta aje! Tapi orang India tu panggil suruh duduk kat sini.” Ish… budak ni! Memang la apa yg dia terfikir nak buat tu sama dengan apa yg husband saya fikir. Tapi husband saya masa tu park kereta kat tepi jalan!! Kalaulah pekerja tu tak panggil dia dan biarkan dia berjalan sorang diri menunggu di kereta… tak ke haru dan bahaya menanti? Seriau betul lah bila terfikir insiden tu. Alhamdulillah… akhirnya AHA ‘dijumpai’ semula dalam keadaan safe and sound!!

Itu semua antara pengalaman yg kami tempuhi dan beri pengajaran serta peringatan buat saya dan husband. And today, she’s already 8. Dialah teman gelak saya dan juga lawan bergaduh saya. Kadang2 kami boleh ketawa bersama over silly things. Tapi ada masanya, kami akan bergaduh over small things!

Apa2 pun, dia tetap kesayangan saya. Moga dia sentiasa menjadi hamba yg soleh, anak yg taat, pelajar yg bijak dan insan yg berbakti satu hari nanti. Amin…
 
Copyright (c) 2010 when Hezzy Azra writes.... Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.