








Electric oven yang telah berusia hampir 20 tahun agaknya... harta turun temurun...hehe. Dapat pada saya, 5 tahun lepas. Tapi dalam tempoh tu, saya hanya gunakan setahun sekali rasanya... iaitu musim buat kuih raya!! Hahaha.
Adakah waktu tak berpihak
Atau memang sudah jalannya
Untuk kita terpisah
Selamanya
Ku tak percaya kata
Cinta tak harus memiliki
Lalu mengapa?
Hati terasa sakit
Ini sebahagian daripada lirik lagu 'Cinta Harus Memiliki' nyanyian Anuar Zain.
Apasal tetiba cerita pasal lagu ni pulak? Sebabnya lagu ni kan tgh popular skrg ni... dan bila dihayati liriknya...opss... lagu ini mengingatkan saya pada jalan cerita novel ketiga iaitu 'Cinta Tak Beralih'!
Sedikit sbyk lirik lagu ni ada persamaan dgn kisah cinta Larra-Shaq... esp part 'waktu tak berpihak' tu. Kalau sesiapa yg dah baca CTB dan menjiwainya, pasti faham kesedihan Larra & Shaq kan? Yg 'terbercinta' ketika Shaq sudah menjalinkan pertunangan ;) Tetapi bagi yg belum baca CTB... sudi2kanlah mencarinya di kedai2 buku dan cuba mendalami apa mesej yg tersirat di sebalik percintaan Larra-Shaq. Kerana ketika menulis CTB... saya bukan menulis sesuka hati saje. Setiap plot atau dialog, terselit 'sesuatu' di sebaliknya. It's not just a mere love story...this love story is about principles (principles of Larra, Shaq and Razlan). And you have to see the overall story... jgn sekadar selak page ni, selak page tu... rasa tak berkenan sikit...terus tutup buku! ;)
Frankly speaking, saya bukan seorang pembaca yg tegar. Tetapi saya seorg pembaca yg kritikal dan sabar...;) Sesebuah novel yg saya baca ada kalanya memakan berminggu utk menghabiskannya. Tapi saya cuba untuk berlaku adil pada novel2 yg saya baca tu...I want to do justice to the book. Walaupun mungkin novel itu tidak menepati citarasa saya atau penceritaannya bosan gila... tapi saya membacanya dengan fikiran yg terbuka. Saya TETAP tidak akan tutup buku selagi tak jumpa perkataan 'tamat' dan akan pastikan setiap helaian mukasurat dibaca satu persatu. Simply because, I dont want to be prejudice towards the book. Saya faham kepayahan seseorang penulis untuk menghasilkan sesebuah novel. Maka, setiap perenggan saya akan baca, setiap helaian saya akan selak, saya akan teliti semuanya krn saya ingin mencari apa yg cuba disampaikan oleh penulis. I dont want to miss anything coz, who knows, mungkin helaian yg saya 'missed' itu ada terkandung sesuatu mesej atau moral of the story, kan? Tak kanlah penulis tu saje2 nak tulis cerita yg tidak ada sedikit pun pengajaran... betul tak?
Sebagai seorang penulis (kecil-kecilan), sememangnya saya mengharapkan karya saya diterima. Saya tidak mengharapkan pujian yg melambung terhadap karya saya... tapi janganlah pula terus 'menghukum' karya saya sebagai 'tidak best langsung' hanya selepas anda melangkau-langkau pembacaannya dan terjumpa part yg tidak begitu berkenan di hati.... anda terus kata 'that's it... tak suka hero ni, marah dgn heroin ni, tak suka jln cerita macam ni!' Please judge the book after you have finish reading it and analyse the whole story... not just a few plots in the story. Kalau anda melihat keseluruhan cerita, anda pasti boleh nampak apa sebabnya wujud plot itu... muncul konflik ini... ...apa perkaitan di antara semuanya dan akhir sekali... what this story is all about.
Ish... panjang pulak saya membebel tetiba, ek? Hu hu.
Akhir sekali, saya ingin berkongsi rasa gembira saya bila baru2 ni, ada seorang pembaca dari Temerloh... Salina gerangan namanya... yg sudi membaca CTB dan memberikan komen spt di bawah:-
So utk CTB plak..apa yg saya nampak...sikap Larra yg berpegang kuat pada prinsip hidupnya patut diberi kredit tinggi...walau asyik masyuk syg n cintakan si Shaq, dia mampu ketepikan perasaan dia bila kebenaran terbongkar. Dapat meneruskan kehidupannya seperti biasa walaupun sedikit goyah pd awalnya. Dia mampu keluar dari kepompong kesedihannya..walaupun bkn mudah. Shaq pula...jenis berpegang pada janjinya...dan sanggup mengorbankan perasaannya. Kerana janji yg dah dibuat..dan
This is just what I wanted to show in CTB...;)
Sejak APD mula dipasarkan Disember tahun lalu, saya banyak menerima feed back tentang 'pilihan' Johana.
Memang saya dah agak dari awal penulisan lagi... akan tercetus rasa tidak puas hati ini...:) Semasa saya sedang merangka APD di sebuah cafe yg terletak di Sri Hartamas, saya panggil a few close friends for breakfast. Saya brief mereka apa yang saya bakal tulis. Masa tu aje dah start 'bertelagah'....hehehe. Seorang kata "Aku nak Raif jadi hero!!' Seorang lagi, "Eh... mana boleh Raif jadi hero?? Ian lah!!"Saya senyum aje... sbb masa tu, dalam fikiran saya... APD memang ada dua hero (I purposely create them... dua org lelaki yg sama hebatnya) Saya tidak bias semasa menulis tentang Raif atau Ian... kerana dua2 watak saya enjoy semasa menulisnya. Malah, saya sayang kedua-duanya. Tidak ada istilah anak kandung atau anak tiri...{I pun macam Datin Raudhah gak tau...ahaks!} Cuma persoalannya, siapa yang akan saya angkat sebagai pilihan Johana.
Rupanya, bila APD dah diterbitkan... isu 'pilihan' Johana masih dipersoalkan...hehe. Maka dengan itu, saya terdorong untuk buat sesuatu... just for fun. And about a week ago, saya suka2 buat posting kat wall FB, suruh reader undi siapa yg sebenarnya lebih layak untuk dipilih oleh Johana...
Ini posting saya di FB...
Saya menerima byk komen ttg 'pilihan' Johana dlm APD.
A) Raif Imran- 27, boyish look, smart & stylo (as Johana's description). Very caring (sanggup bersusah untuk Johana to the fact that he let Johana drives his brand new Scirocco!!) Responsible (he's been running his father's company without any complaint) A good friend & a great listener to Johana. BUT, as his mother puts it..."Raif tu...tak pernah lekat pada satu. Seribu itu kawan, berkasih pun seribu juga agaknya!"
B) Ian Redza-33, charming, cool & matured (as Johana's description). Very loving (and lovable by people around him) Generous (can put aside certain amount of his salary for charity). Very definite with his decission. BUT, he was once a sensitive and emotional son as his mother puts it..."Mampukah hati Ian dipujuk setelah Ian berjauh hati bertahun lamanya?"
Setakat ini, penerima undian tertinggi adalah....{jeng...jeng...jeng...macam Anugerah Bintang Popular lak...hehe}
IAN REDZA - 13
RAIF IMRAN- 7
Susulan daripada undian tersebut, keluarlah mcm2 pendapat.
Ian dikatakan lebih matang dan lebih gentleman. Raif, walaupun gentleman... tapi ada emo sikit...hehe.
Ian is a go getter... tapi Raif, take things for granted. Masa Johana single, tak nak cakap apa2. Bila Ian muncul, barulah nak meluah rasa.
Dan mcm2 lagilah komen yg saya terima. Masing2 ingin mempertahankan 'pilihan' mereka.... and that really amazed me, you know!!
By right, Johana doesnt really have to choose who she wants... because it was a clear cut case to her ;) Tapi apa2 pun bagi saya, pemilihan Johana adalah berdasarkan "Kita berhak memilih yang terbaik..." She has the right to choose the best for herself. This is nothing got to do with being racist or whatever... mixed Malay-Scottish ke, Melayu tulen ke...hehe. Bukan bermakna, yang TIDAK DIPILIH itu tidak bagus, cuma yang DIPILIH itu lebik baik.
Sekali lagi, saya berterima kasih kpd anda yg sudi 'memperkatakan' tentang APD. Itu bermakna bila anda membaca APD (tanpa lompat-lompat bab...hu hu) anda turut berfikir ... menganalisa karakter yg saya cipta dan menghayati pergolakan jiwa watak2 utama itu!! Syabas dan terima kasih saya ucapkan!!
Bersama Damya Hanna & Lynn Dayana
Bersama Haiza Najwa (Di mana ada Haiza... selalunya ada Hezzy tapi di mana ada Hezzy, tak semestinya ada Haiza...kuikuikui)
Bersama Aleya Anessa
Bersama Iris Ixora
Kepada yg datang beramah mesra dgn saya, menghulurkan APD untuk ditandatangani, saya ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan semangat anda mengharungi kesesakan lalu lintas dan lautan manusia untuk sampai ke booth Grupbuku yg di bawah rimbunan pokok rhu itu. Untuk anda semua, selamat membaca APD sambil makan cokelat ya...:)


