Friday, February 27, 2009

Tonight!!



Cant wait to go!! A concert which I wont miss it for the world!!



Nota kaki: Bukan saje 'Fariq' peminat fanatik M.Nasir... saya pun tau... hehe...

Monday, February 23, 2009

In Loving Memory of our Putra (2000-2007)

Hari tu masa mengemas book shelf saya, terjumpa gambar ni terselit dalam album lama.


Car Model : Putra 1.8 DOHC (M)
Engine Capacity : 1834 S.P
Year Make : 2000
Color : Silver
0-100km/h : 8.7 seconds
Maxium Output : 140 bhp/6500 rpm
Top Speed : 208km/h
Maximum speed we did : 190km/h (my husband) 160km/h (me)
Maintenance : Rather high, though… e.g. Petrol: V-Power Racing, Minyak hitam: Mobil 1
Spark Plug: Volker Iridium, Air-Filter: K&N Filter. Pasang stabilizer bar...entah jenis apa.
Major Problem Occurred: There was one time… kereta tu asyik jerking aje.
Berulang alik ke USPD Services, but they couldnt detect the cause of it.
Lastly, they changed the coil (cant remember wat coil was it)
Then baru elok.
Major accidents : Nil.
Cuma motor hentam belakang dua kali sampai kemek boot.
Sekali saya yg drive, sekali lagi husband yg drive.
Fair enough! No reason for him to call me a reckless driver!
Exterior : Kita orang tambah body kit sikit saje. Just want to keep it simple… no overdoing it.
Interior : Maintain the Recaro seat but not long after that, we changed to Momo Stereng, single disc player to 10 CD-Changer and got it tinted too.
Personal achievement : KL-Penang took us 2 and a half hours
(Sg Buloh toll @ 0600hrs and reached Penang Bridge @ 0830hrs)
KL-PD took us 45 minutes
(Sg Besi toll @ 1500hrs and reached PD @1545hrs)
Do not under estimate this toy of ours, 5 Series pun cium asap Putra je tau, hahaha!
Jumlah bayaran saman : Approximately RM1500
(after 50% discount! Hehe)
Last Seen : 1st August 2007 @ 2030 hrs

How I missed driving this car!
Dan saya menangis bila tiba-tiba kereta ni terus hilang dari pandangan...

Tuesday, February 17, 2009

Trip to Bandung

Our 9th wedding anniversary trip? Or is it a honey-moon trip? What ever laa...


Apa-apa pun, ini merupakan trip pertama saya ke Bandung bersama husband. Kalau orang lain pergi Bandung macam balik kampung aje... tapi bagi saya, ini pengalaman pertama menjejakkan kaki di sini.


Masa husband saya pelawa ikut sama sebab dia ada seminar kat sana, saya masih jual mahal... macam tak nak ikut aje. Tapi bila fikir berkali-kali dan mendengar semua orang sibuk bercerita tentang kehebatan membeli-belah di sana... saya pun terpengaruh juga untuk melihat apa hebatnya shopping heaven ini. Dan ini juga cara untuk menguji diri sendiri... am I going to shop till I drop? (Satu amaran yang diberikan oleh seorang kenalan bila dpt tahu saya akan ke Bandung)


Sepanjang perjalanan, macam bagus-bagus saje saya kata pada husband, saya akan cuba untuk menjadi seorang pengguna yang berhemah... ehem, ehem... beli apa yang perlu saje! Saya hanya akan membeli kalau ada yg betul2 berkenan di mata dan di hati. Dan saya juga tidak akan pakai duit dia utk barang2 yang saya berkenan itu melainkan jika duit saya dah habis. And on top of that, let's just hope I didn't turn to be one 'rambang mata.'


Di sebuah restoren yg menyajikan makanan Sunda sebaik saja tiba di Bandung.








Di Factory Outlet Rumah Mode. See?? One shopping bag only, maaa....!!!


Di hadapan Heritage & Cascade, Jalan Riau.
Kali ni beg lebih sikit... sbb shopping sampai tutup kedai! Hehe.

Di lobby Holiday Inn sebelum check-out.

Di Cihampelas Walk.

And may be because his pray along the journey kot. Sebagai kesimpulannya... tanpa sebarang shopping list, ini SAHAJA yang saya beli. Haha... selamat duit dia bila saya tidak begitu teruja untuk membeli-belah, tidak terpengaruh dengan harga yang murah dan diskon (as in discount!) What I've bought was mainly for the kids... AHA, nieces & nephews. Untuk saya sendiri, empat helai baju dan satu handbag (masih dalam kategori sikit tu! Ok what??) Hehe



As the conclusion, it was an enjoyable trip. But at the same time, it was also very tiring one. Kemungkinan besar, kalau ada rezeki saya akan ke sini lagi. Next time around, boleh bawa AHA sekali. Mungkin bila dengan AHA, kami akan kurangkan waktu shopping. Sebaliknya, fokus kepada sight-seeing. Sebab, selama empat hari tiga malam di sana, kami tidak langsung melawat ke mana-mana melainkan shopping area saje!

Tuesday, February 10, 2009

I'm Earning For Living...

Kenapa saya cakap begini? Kerana ingin membetulkan persepsi sesetengah kenalan yg berpendapat, saya ni berduit sangat agaknya. Kononnya… pergi holiday sana sini, tukar-tukar kereta pergi kerja, asyik makan luar saje.

Well, this is my answer.

Alhamdulillah… ALLAH berikan rezeki buat kami. Bukan mewah tetapi tidak juga susah. Tidak juga senang lenang, tetapi ada juga masanya kami boleh duduk di rumah sambil bersenang-senang. Orang luar mungkin nampak kami yg sentiasa ‘senang’ saja. Tetapi orang luar tak pernah tahu, kami juga pernah susah. Selalu rasa stress bila budget tiap-tiap bulan lari. Selalu juga mengeluh bila terpaksa berebut kereta dengan husband semata-mata kerana kami cuma ada sebiji kereta saja. Pernah juga turun naik LRT sebab tak dapat pakai kereta. Dan menjadi rutin bila terpaksa keluar rumah pukul 5.50 pagi, gara-gara hantar AHA ke rumah mak saya, kemudian hantar husband ke ofis dia, lepas tu barulah sampai di ofis saya!

But that is all the ups and downs in life. ALLAH dah tentukan rezeki masing-masing. Dan ALLAH juga tidak kejam terhadap hambaNYA. Kita diuji kerana ada hikmah di sebaliknya yg ALLAH sahaja yg tahu.

Apabila kami pergi bercuti, 60 peratus daripadanya merupakan percutian yg subsidi. Bila husband saya outstation atas urusan kerja, kemungkinan besar saya mengekor. Dan begitu jugalah sebaliknya... kalau saya yang outstation, dia pun akan mengikut. It’s much cheaper to pay for only one person rather to two, right??

Apabila kami tukar-tukar kereta pergi kerja, itu semua setelah kami berkongsi kereta bertahun-tahun lamanya. Bila ada rezeki lebih, saya beli sendiri kereta yang saya minati. Kebetulan pula, syarikat tempat saya bekerja mempunyai kereta extra buat sementara waktu. Dan rezeki saya pula, bila dipertanggungjawabkan memandu salah satu daripadanya. Sebab itu nampak macam kami ni banyak sangat kereta, sedangkan saya cuma menjaganya saja!

Bila orang mendengar kami selalu makan luar, orang mesti ingat kami ni loaded bebenar! Well, it’s not that. Hari-hari bekerja, memang saya kesempitan masa untuk memasak. Dan saya juga bukannya cekap dan hebat di dapur untuk menyiapkan makan malam sebelum pukul 7 (that is my husband’s preferred time for dinner) bila saya sendiri sampai rumah pukul 6.45!

How I wish I could stay at home, receive the housewife monthly allowance (which is equivalent to my monthly salary or even more) drive around with my dream car (preferably Audi A4) hire a driver to send AHA to school, get a maid to do all the house chores. And all I need to do is to concentrate on my writing... and produce 4 novels a year!

But the truth is, I can’t be doing that… not at this moment. I’m just like most of you out there…

Yup… I’m still earning my living too!!

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...