Friday, June 26, 2009

Petua mengatasi penat seharian

Ingin berkongsi email yg saya terima ni dengan semua pengunjung blog. Untuk amalan kita bersama...


Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, sudah semestinya petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya dijadikan amalan seharian.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata : "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu." Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.

Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata: "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah yang diajarkan oleh Rasulullah.s.a.w. ini. Katanya :- "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku." Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata. INGAT, lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan). Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) Sampaikanlah dakwah ini kepada keluarga dan saudara-saudara islam yang lain agar dapat dimanfaatkan bersama dan ikhlaskanlah hati kita dalam menyampaikan dakwah ini kerana Allah. Dunia adalah tempat bercucuk tanam dan akhiratlah tempat menuainya. Tanamlah benih yang baik semasa kita di dunia agar kita dapat memperolehi hasil yang baik juga di akhirat sana . AMIN

Monday, June 22, 2009

Father's day... antara abah & papa


Happy Father’s Day to all fathers out there... (walaupun mungkin ada yg terlupa that you are already a father! Haha) Terlambat satu hari nak wish sebab semalam tak ada masa dan tak ada mood nak berblogging.

Bercakap tentang bapa… hmm… sudah 10 tahun saya kehilangan abah. Sebagai anak bongsu, saya cuma sempat merasai nikmatnya kasih sayang arwah abah selama 25 tahun 11 bulan. Cukup singkat jika dibandingkan dengan kakak2 saya. Cukup singkat untuk membalas budinya. Cukup singkat untuk saya berjasa kepadanya.

Tak sempat untuk dia mewalikan saya ketika majlis pernikahan (sebab arwah meninggal dunia 10 hari selepas majlis pertunangan saya). Tak sempat dia menatap wajah AHA… cucunya yang kelima. Tak sempat untuk dia mengetahui yang saya ada sedikit bakat kurniaan ALLAH S.W.T untuk menulis novel (dia cuma tahu yang kakak saya berbakat menulis skrip drama)

Orang selalu kata... kaum lelaki yang bergelar bapa ni cukup susah untuk melahirkan rasa kasih dan sayang kepada anak-anaknya. Tapi itu bukan bermakna, mereka tak sayang... cuma tak terluah dengan kata-kata. Tapi kalau mereka dapat mengucapkannya... bersyukurlah kalau anda dapat mendengarnya kerana kata-kata itu memang lahir dari hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang.

Teringat saya pada satu perbualan dengan arwah abah, 3 hari sebelum dia meninggal dunia. "Dia kerja ke hari ni?" Dia tanya tentang husband saya (masa tu kami baru bertunang). "Tak... kenapa?" "Ajaklah dia dtg rumah... abah rindu nak jumpa." Memang saya terkejut. Rasa kelakar pun ada jugak. Rindu?? Ehh... belum jadi menantu dah rindu? Tapi bila saya fikir balik, that’s a true feeling of a father or father in law about his own anak or menantu.

Walau apapun, saya bersyukur kerana masih ada bapa mentua yang saya panggil papa. Saya dan papa jarang berbual tapi sesekali dia bercakap, kata-kata dia saya akan sentiasa ingat di kepala. Antara kata-kata papa yang saya tak boleh lupa bila dia dapat tahu saya menulis novel, “I’m so proud that we have a lawyer, an accountant, a doctor… and now, we have a writer in the family!” Again… that’s a true feeling of a father or father in law about his own anak or menantu!

Wednesday, June 17, 2009

Antara 'Lelaki Ini' dan 'Satu Wajah'...

















Bulan Julai nanti, month of entertainment kot! Banyak benar concert sampai saya tak tahu nak pergi yg mana satu... 'Lelaki Ini yg bernama Anuar Zain' atau 'Satu Wajah kepunyaan M.Nasir.' Kedua2nya memang tersenarai dalam kategori minat abis! Hehe

Husband saya kata, tak payah pergi konsert M.Nasir sbb kami dah pergi konsert dia kat Istana Budaya last February. So, dia cadangkan pergi Anuar Zain aje. Eh... mana boleh macam tu?? Kat IB lain... ni kat Stadium Negara, mesti lain! Kalau dia tak nak temankan saya pun, tak apa. Saya akan cari geng yg sekepala utk pergi dgn saya! Haha

* Anuar Zain @ IB 1st July, tengok MU kat Bukit Jalil 18 July, M.Nasir kat Stadium Negara 25 July... hmm... bila masa saya nak abiskan manuskrip kalau macam ni?? Ish...ish...

Monday, June 15, 2009

I'm back!!

Waa... hampir dua minggu saya menyepi dari dunia blogging. Selain daripada tak ada mood untuk menulis sebarang entry, saya juga kesuntukan masa untuk kerja2 mengemaskini blog sendiri.







Foto2 di bawah ini menjelaskan kenapa saya macam tak cukup masa aje sejak kebelakangan ni.








5, 6 & 7 June


Menghadiri ESQ di PICC.




Bersama bonda Ilyani Maisarah, Kak Meen Zulaikha, Kak Eka Fahara, Hani Fazuha dan Lily Suriani, Kak Haiza Najwa dan En Norden.




























Terima kasih kepada pihak ALAF21 yg memberi peluang utk saya menghadiri seminar ESQ ini. Satu-satunya seminar yang membuatkan hati saya sebak dan mata saya bergenang!



8 & 9 June




Budak2 lain lazimnya tidur di hotel sempena cuti sekolah baru-baru ni. Tapi AHA terpaksa tidur di hospital satu malam. Alhamdulillah... the operation went as planned. It was just a minor surgery, actually. Cuma nak membuang satu ketumbuhan di leher kirinya. Tapi kerisauan saya tetap di tahap yg tinggi bila temankan dia masuk operation theater. Sedangkan dia relax aje... masih terkinja-kinja lagi sebelum masuk OT. Siap boleh tanya saya... "Mama, pukul berapa nak masuk OT ni? Kenapa Dr Razak lambat?"




















Terima kasih kpd rakan2 yg bertanya khabar AHA. Terutama Kak Eka Fahara yg dtg ke DSH dengan membawa toy yg 'dijahit' sendiri dan belon GET WELL SOON yang 'ditiup' oleh suaminya! Hehe




10,11 & 12 June



















Dek kerana dah beberapa hari bercuti tak masuk ofis, kerja saya pun berlambak bila kembali ke meja. Tak cukup meja sendiri, meja orang lain pun saya sepahkan! Dan bila saya bawak balik kerja ofis ke rumah, husband saya gelakkan saya! Sebab sebelum ni bila dia buat macam tu, saya akan cakap pada dia, "Tak cukup ke you duduk kat ofis dari pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang buat kerja? Cuma orang2 yang tak pandai time management aje yg bawak balik kerja ofis ke rumah!" Hah... sekarang kan dah kena batang hidung sendiri!




13 June


Perjumpaan di D'Palma Hotel Shah Alam antara ALAF 21 dan para novelis. Havoc jadinya bila dah lama tak bersua muka dengan rakan penulis.


Bersama Lily Suriani, Eka Fahara, Lynn Dayana, Dhiya Zafira, Aleya Aneesa, Shanika Latisha, Hani Fazuha, Liza Zahira, Hasreeyati Ramli, Fatin Nabila & Aida Adriani
























Inilah antara penulis yang hadir. Ramai lagi yg datang tapi saya tak sempat nak bergambar sbb tak boleh lepak lama-lama. Kena rush balik utk kenduri kahwin sepupu saya.

Ini gambar AHA dgn sepupu-sepupunya di atas pelamin. Gambar pengantin bersanding belum sempat upload... terpaksa cilok drp camera kakak saya lepas ni. Sebab saya sampai agak lewat, masa tu pengantin pun dah tukar baju biasa!







Itulah alkisahnya sepanjang dua minggu ni...

Monday, June 01, 2009

Me And My Chair...

Macam tajuk karangan masa sekolah aje entry saya kali ni! Hehe



Sudah lebih setahun saya duduk atas kerusi hijau ni ketika menyiapkan manuskrip. Kalau duduk mengadap lap top sekejap-sekejap, ok lagi. Tapi kalau duduk berjam-jam… memang lenguh dan sakit belakang dibuatnya. Hendaknya bila usia dah meningkat ni… silap urat sikit dah mula rasa sakit-sakit! Hehe… sakit orang tua!

Dan ini juga mungkin antara penyebab kenapa perkembangan manuskrip ketiga saya agak lembab… saya tak boleh duduk lama-lama atas kerusi ni… kerusi tak best!! Yeah… blame it on the chair! What an excuse, eh? Manusia memang penuh dengan alasan, kan??

Tiba-tiba pada hari Jumaat lepas, balik aje dari pejabat saya tengok kerusi hijau saya sudah tak ada di tempat asalnya… tetapi digantikan dengan kerusi ini….


Saya tanya AHA… “Siapa beli kerusi ni? Beli kat mana?” Dia jawab… “Tadi pergi IKEA dengan papa… papa beli.” Lepas tu saya tanya papa dia… “Kenapa beli kerusi ni?” Dia jawab… “You kan nak duduk berjam-jam mengadap lap top siapkan manuskrip… so now, no more complaint about backache or whatsover. I dah belikan you kerusi yang elok dan selesa… no reasons for you not to finish your manuscript on time!!”

Opps!! (Saya tertunduk malu… pedih telinga, lidah kelu, hilang suara…)

Adakah saya mempunyai sebarang alasan jika manuskrip ketiga saya masih sangkut lagi selepas ini??

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...