Saturday, December 31, 2011

Year End and New Year

Menghitung waktu untuk meninggalkan tahun 2011 dan melangkah ke tahun 2012!!!

Apa sejarah yg terlakar dalam tahun 2011 untuk saya??

Looking back at those 12 months, I am still driving the same old car (cuma belanja untuk Cik Pug agak melonjak utk tahun ini... hu hu. Cik Pug kerap kali mengejutkan saya dgn 'kesakitan' yg one after another)

Still working at the same place (mmg rasa tak nak cari kerja kat tempat lain pun. Kalau pun saya berniat untuk berhenti kerja, itu bukan bermakna saya nak berubah majikan, tapi sebenarnya nak duduk rumah jadi full time house wife cum writer ;)

Still doing the same routine... bla...bla...bla.

TAPI...

2011 menyaksikan terbitnya novel ke4 saya iaitu Aku Pilih Dia (APD) yang ada sejarahnya tersendiri.
Saya mula menulis APD pada pertengahan Januari 2011, menoktahkannya pada September 2011 dan kemunculannya di pasaran pada December 2011!! Semuanya berlaku dlm tahun yg sama... iaitu 2011!!
Alhamdulillah... saya syukur sgt2. APD merupakan pencapaian terbaik saya setakat ini. Di mana, proses editingnya tidak makan masa yg lama. Pada mula menghantarnya kepada editor, saya waswas jugak. Boleh ke keluar cepat? Dan kalau cepat...how 'cepat' is 'cepat'? Sebagai penulis, memanglah saya harap buku saya terbit dengan cepat tapi dalam waktu yg sama, saya juga takut nak mengharap. Dah lah lambat hantar... ada hati pulak mintak keluar cepat?? Mmg ada masanya saya tidak sedar diri... hu hu.
Namun rezeki itu di tangan ALLAH... APD tidak melalui fasa yg sukar. Ianya diterbitkan setelah diedit dalam masa sebulan lebih tanpa sebarang perubahan. Inilah yg saya katakan rezeki. APD muncul dalam bulan terakhir tahun 2011 ini.

Dan pada ketika ini, saya pasti ada yg sudah baca dan sedang baca APD. Terima kasih kpd semua atas sokongan dan komen anda terhadap APD dengan mengatakan APD merupakan yang terbaik daripada saya setakat ini!! Saya terima komen tersebut dengan besar hati (seluas Tasik Loch Rannoch yg pernah Ian Redza kelilingi...ahaks!!)
Dalam waktu yg sama, saya juga menghargai komen anda jika ada yg kata Melodi Kasih (MK) is still the best. Atau berterusan memuji Kenangan Terindah (KT) sebagai 'unbeatable so far'. Atau menganggap Cinta Tak Beralih (CTB) jauh lebih cheesy.

Apapun komen anda, saya lapangkan dada untuk mendengarnya!!

Terima ksih semua... dan selamat tahun baru!! Semoga anda lebih sukses menjalani hari2 dalam tahun 2012 ini!!

Thursday, December 29, 2011

APD as at 25th December...


Alhamdulillah, APD masih berada di dalam carta top 10 Karangkraf 19th-25th December 2011. Sedikit tergelincir daripada nombor 3 ke nombor 5 jika dibandingkan dgn carta terdahulu; 12 hingga 18 December 2011.

Walau apapun, Saya masih dlm mood APD... anything related to APD... makes me smile and happy. Especially reading comments from all of u, APD readers!!

And here are some of the comments yg saya sempat copy paste dari FB wall utk masa ini. Komen2 lain, akan dipostkan kemudian.


btw APD really show me that u really really improve! gaya penulisan akak makin best! santai, sweet... and I love the way u 'design' u character... dpt bayangkan keselambaan Jo, keprihatinan Raif and kemelayuaan Ian.. some dialog really turn me on! ade yg sweet.. kelakar...

Br selesai baca apd......mmg best sgt...5* utk hezzy :)

Wohoooo best sangat novel tu akak.

dah abes bce pg td..kak hezzy...terbaik la kak...sedih...hepi..geram..sume ade...

komen~mmg x mngecewakn..best sgt!! cam CTB gak..

Selamat khatam APD selepas 3 hari berulit dgn Jo, Raif & Ian (ehem..ehem..). Another unforgettable story from Hezzy Azra. Well done, sis!

sy dah selesai membaca APD. as usual cerita2 Hezzy Azra sentiasa buat saya tersenyum berada diawang2an.

Thanks to Azrin, Wan Masturah, Suriana, Mimi Syafiqah, Arbaatun, Intan Rosnitta & Nacha for the inspiring comments :)

Friday, December 23, 2011

APD... goes on air & on the shelf...


Khamis 22 Disember 2011 jam 10 hingga 11 pagi... saya dgn ditemani editor kesayangan iaitu Moon, telah bersiaran di Radio Web Selangor (RWS) untuk mempromosikan Aku Pilih Dia.

Terima kasih byk2 kepada RWS terutama DJ Mansor yg sudi bersembang2 dgn kami berdua berkisah tentang novel2 saya. Pada mula ingat nak cerita ttg APD saje... tapi sudahnya MK, KT & CTB pun masuk slot jugak. Alhamdulillah, DJ Mansor yg santai dan happening tu sudi nak kupas novel2 saya yg terdahulu.

Dan terima kasih juga kpd pihak GBK dan Alaf21 krn memberi peluang untuk saya ke udara dan 'menceceh' sikit pasal APD. Dapatlah APD goes on air yesterday...:)

Kepada mereka yg masih tercari2APD, saya umumkan di sini yang APD sudah mula berada di rak2 buku sejak dua, tiga hari lepas. I've spotted APD at MPH 1-Utama yesterday. Dan rasanya, kedai2 lain pun sudah mula menjual APD.

Do grab a copy!!! :) TQ!!!

Wednesday, December 21, 2011

Sembang Buku di Radio Web Selangor



Alhamdulillah... AKU PILIH DIA berjaya menduduki tangga ketiga carta Karangkraf utk tempoh 11 Disember - 18 Disember 2011. Sokongan anda yg telah membeli & membaca APD amat2 saya hargai. Kepada yg masih belum membeli APD...harap bersabar. APD akan berada di kedai2 buku berhampiran anda dlm beberapa hari lagi. InsyaAllah. (Tapi kalau nak lagi cepat, boleh beli dari saya directly. Hantar email kepada saya spt address yg tertera di tepi blog saya ni)

Dan esok, InsyaAllah... saya akan ke udara dalam Segmen Sembang Buku bersama DJ Mansor di siaran Radio Web selangor jam 10 - 11 pagi. Turut ada bersama saya nnt ialah Editor kesayangan... Puan Patonah yg akan tolong menjawabkan soalan untuk saya berkaitan APD yg pernah dieditnya...hehe.

Luangkan masa anda untuk mendengarnya di http://tvnews.net/rws_new/

Friday, December 09, 2011

APD as at 8th December...

APD 'dilahirkan' (mula berada di pasaran) pada Jumaat lepas bersamaan 2 Disember. So hari ni genap seminggu usia APD... moga Jumaat membawa berkat {kalau siapa yg dh baca APD, mungkin perasan apa signifikan hari Jumaat utk Jo...hehe)

Neway, great news to share here!! Dalam masa seminggu APD dipasarkan, APD sudah menduduki tangga ke5. Ok..ok... bukan first... but being in the top 10 list...I'm already happy with it. Bukan senang untuk menulis sesuatu yg buat org nak beli dan baca, tau! :)

Syukur alhamdulillah dan terima kasih kpd mereka yg sudah membeli, membaca dan menghayati kisah Jo, Raif dan Ian. Saya hargai anda semua!!

Kepada sesiapa yg masih belum mendapatkan APD... silalah ke kedai buku yg berhampiran anda (I really hope by now APD dh sampai ke kedai2 buku). Mudah2an APD menduduki carta di kedai2 buku pula... just like Melodi Kasih, Kenangan Terindah dan Cinta Tak Beralih... Amin.

Friday, December 02, 2011

Temui saya di Fiesta Karangkraf...

Jom ke Fiesta Buku Karangkraf!!!

Dan temui saya serta rakan-rakan spt Hani Fazuha, Ramlah Rashid dll. Saya akan mula berada di sana pada pukul 2.30pm hingga 5 pm.
Datanglah beramai-ramai. Sekiranya anda merupakan antara 30 pembeli terawal novel Aku Pilih Dia semasa waktu saya bertugas itu, akan ada cenderahati menanti anda!!

Nothing fancy... just a small token as a way of my appreciation to all of you... especially APD readers (pembeli terawal APD)

Thursday, December 01, 2011

Trionovel Disember dan ....Aku Pilih Dia!!!


Alhamdulillah...akhirnya novel keempat saya iaitu AKU PILIH DIA (APD- bukan Aku Pasang Dua dan bukan juga Akanku Paksa Dirimu... hehe) akan mula berada di pasaran pada Disember ini!!!

Sekiranya anda ingin mendapatkan APD... datanglah beramai2 ke FIESTA KARANGKRAF yg bermula pada 2 - 4 Disember bertempat di Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam. APD akan menemui anda di sana!!

Dan saya?? InsyaALLAH akan menemui anda semua pada 3 Disember (Sabtu) jam 2-5 petang. Sudi-sudikanlah membeli APD saya ini. Dan jika anda pembeli bertuah... mungkin anda berpeluang menerima cenderahati daripada saya dengan pembelian naskah APD. Cenderahati yg ditempah khas utk APD tau... mmg tak bleh jumpa kat tempat lain punya...hehe.

Kepada yg menunggu kemunculan karya kecil Hezzy Azra, APD adalah hadiah saya untuk anda. Harapan saya, agar anda semua terhibur dgn APD seperti mana anda pernah terhibur membaca MK, KT & CTB saya. Saya telah berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan APD sebaris dgn novel2 kegemaran anda...semoga ianya memenuhi citarasa!

Sinopsis AKU PILIH DIA... (kisah Jo, Raif dan Ian)

Pemergian Khalil tiga bulan sebelum diijabkabulkan, mengheret cinta Johana hingga ke pusara. Bertahun-tahun dia merawat duka di hati, namun pengganti Khalil tetap sukar dicari. Bila ada yang bertanya siapa Raif Imran di sisinya, jawapan yang diulang berkali-kali; lelaki itu cuma teman... tapi mesra.

Raif pula tidak pernah meluah rasa kepada Johana. Baginya, walau didampingi ramai gadis sekalipun, Johana tetap ada ruang istimewa di hati. Johana sering menduduki senarai teratasnya biarpun tidak pernah mengisytiharkan gadis itu miliknya. Kemunculan Ian Redza mula mengubah segala-galanya. Kali pertama Raif menonton kemesraan Ian dan Johana, dia dijangkiti virus cemburu.

Raif kata: Ian merampas Johana daripada aku!
Ian balas: Aku tak mencuri hak sesiapa.
Hati Johana berbisik: Hanya aku yang tahu... ada seorang sahaja yang aku cinta.

Dalam pada ingin mencintai, tidak seharusnya ada yang akan terluka.

Wednesday, November 30, 2011

Fiesta Buku Karangkraf!!

FIESTA BUKU KARANGKRAF akan bermula!!!

2-4 Disember ni... jangan lupa!!!

Bertempat di Seksyen 15, Shah Alam... kat Jalan Sepana (bukan Jalan Sesiku, ye...hu hu)... jangan silap!!

Diskaun sehingga 70%!! Menarik, kan???

Dan banyak lagi yg 'menarik' menanti anda di sana!!!

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah...(and APD at 3rd glance)


Hari terakhir utk tahun 1432 hijrah. Dan esok kita akan melangkah ke tahun baru 1433. Di sini saya ingin ambil kesempatan utk mengucapkan Salam Maal Hijrah kpd semua pengunjung blog yg tak seberapa ini. Marilah kita sama2 bermusabah diri dan mempertingkatkan diri untuk tahun yg akan datang (peringatan utk diri sendiri juga)

Boleh rujuk entry terdahulu saya utk doa akhir tahun dan doa awal tahun...

Dan di penghujung tahun ni... saya paparkan skit lagi teaser APD. Harap2 ni teaser yg terakhir ye...hehe. Kerana besar harapan saya agar APD akan berada di pasaran any time this coming December. Kpd yg menantikan kemunculan APD... harap bersabar skit jer lagi, ek? Layan ni dulu, ek? :D

“Sambal belacan ada?”
Bagai ada tarikan dalam suara itu. Satu tarikan yang cukup kuat dan hebat sehingga memaksa Johana menoleh sepantas kilat ke arah datangnya suara tersebut.
Sejurus dia berpaling, degupan jantungnya bagai terhenti. Getaran di dadanya menyerang kembali. Pinggan di tangan bagai terlalu berat dirasakan sehingga senget dipegangnya. Keadaan menjadi statik bila matanya berpadu renungan dengan empunya suara itu... yakni pemandu Toyota Supra yang ditemuinya semalam!
“Sambal belacan ada kat depan kakak ni, bang!” sahut seorang pelayan yang bertugas menyendukkan nasi kepada tetamu.
“Oh... tak nampak!” ujar lelaki itu tersengih.
Johana yang baru tersedar mangkuk berisi sambal belacan itu berada betul-betul di hadapannya, mengundur setapak ke belakang dan memberi laluan kepada lelaki itu untuk mencedoknya ke pinggan.
“A’m sairy... been a long time since I last had this delicious sambal belacan!” tuturnya diiringi tawa kecil sambil mengerling Johana. Tangannya terus mencedok empat sudu sambal belacan ke atas pinggan nasinya.
Johana terpegun mendengar suara dan tawa garau itu. Bila berbahasa Melayu, kedengaran cukup fasih tetapi bila berbahasa Inggeris, bagai ada satu slanga pula. Dalam diam Johana mengamati lelaki yang berbaju Melayu teluk belanga berona biru muda dan berkain pelekat itu.
“Where have you been?” Timbul akal Johana untuk berseloroh apabila melihat lelaki itu mencedok sehingga empat sudu bagaikan tak pernah jumpa bertahun lamanya!
Lelaki itu tertawa bila terasa dirinya diusik oleh Johana. “Awa... fur quite some time!” jawabnya kemudian. Terasa senang dengan gurauan gadis itu. Tidak langsung dia berkecil hati.
Johana tersenyum. Sah, lelaki yang telah berada ‘away’ ini terlalu ‘merindui’ sambal belacan!
Kemudian lelaki itu menatap wajah Johana dalam-dalam. “I rasa, I tak tersilap orang. You yang I jumpa di Petronas dengan tayar kempis semalam, kan?”
Muka Johana berubah rona. Dia terkejut. Hatinya kembali berdetak. Tidak menyangka lelaki itu mengingati pertemuan mereka semalam. Dan yang malunya, lelaki itu mengingatinya hanya kerana sebiji tayar! “Ya... sayalah tu!” balasnya dalam senyuman malu.
“Dah isi angin tayar you tu?” Lelaki itu menyoal sambil berjalan mengiringi Johana yang hendak menyenduk lauk ke pinggan.
“Dah... dah. Terima kasih sebab beritahu semalam.” Sekali lagi Johana mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan lelaki itu. Rasa kekok pula hendak meletakkan lauk ke pinggan bila lelaki itu berdiri di sebelahnya.
“Bila dah nampak, kena diberitahu. Sebab ia akan membahayakan pemanduan.” Lelaki itu berhujah.
Johana terdiam. Bagai mendengar ceramah keselamatan memandu pula!

Tuesday, November 22, 2011

Bila Harimau Muda mengaum...

Inilah dia... skuad Harimau Muda yg telah mengaum mlm smlm membaham Indonesia si Garuda melalui sepakan penalti 4-3 untuk memenangi pingat emas dalam acara bola sepak sempena SEA Games ke26 yg diadakan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

120 minit yg penuh debar bila Malaysia-Indonesia terikat dgn kedudukan 1-1. Bak kata seorang rakan di FB yg memberi laporan di statusnya pada waktu genting tersebut Majikan Prihatin 1- Maid Sengal 1... ;) Dan ramai lagi yg update mcm2 status di FB... masing2 sungguh bersemangat. Yg tak pernah2 layan bola pun boleh komen macam2. Sports can really unite the people... and football knows no boundaries ;)

It was a very stressfull game yesterday... (I think my blood go upstairs so many times... hu hu) but yet very entertaining!! Ada masanya.... dek kerana terlalu stress dgn cubaan2 Harimau Muda yg tersasar... saya terpaksa pergi ke dapur kejap untuk ambil udara dan nafas...hehe. Mmg hiruk pikuk rumah saya smlm.... (w/pun penontonnya hanya 3 org... iaitu saya, hubby & adik ipar :D)

Selepas 150 minit... baru boleh tarik nafas lega. Syukran!! Berbaloi segala penat lelah. Berbalas semua kepayahan dan kesulitan yg pasukan ini terpaksa hadapi sebelum perlawanan. Tekanan yg mereka terima, dihadiahkan dengan kepuasan yg tak terhingga nilainya... that is, winning the Queen of all gold...(Ibu kpd segala Emas)!!

Congratulations to the team which is led by Ong Kim Swee for the excellent performance!!!

Saturday, November 19, 2011

Anugerah Kecemerlangan...

Sepanjang minggu lepas, hampir semua sekolah mengadakan hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar sbgai acara penutup untuk sesi persekolahan tahun 2011. Hari utk mak pak/mama papa berbangga dengan pencapaian anak2 dalam akademik dan ko-kurikulum. Kalau tgk di FB, hampir setiap hari ada jer parents yg 'meng'upload gambar anak2 mereka yg excel... best student in subjects la, dapat nombor terbaik dlm kelas la... the best in this, the best in that. Ada yg tayang slip keputusan peperiksaan... tayang award dan sebagainya... kudos to all!!

Well, saya pun ada jugak menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan pada hari Khamis lepas. Tapi bukan untuk menyaksikan AHA menerima sebarang anugerah kecemerlangan atau diberi penghargaan kerana berjaya menjalankan tugas sebagai Pengawas sekolah selama setahun.... tapi sekadar tgk dia buat persembahan nasyid bersama rakan2 Tahun 3 ;)

Dah jadi macam trend sekarang ni, masing2 bersaing nak tunjuk kehebatan dan pencapaian anak2 mereka. Hendaknya di FB.... wah....laju jer meng'update' status dan 'meng'upload gambar dan menanti kawan2 'meng'omen...;) Yeah... I understand the excitement of being a proud parents as I have a daughter too. Tapi status2 tersebut telah melahirkan rasa khuatir pula pada segelintir yg lain... sehingga tertulis ayat yg lbh kurg begini pula di status seorg rakan...stressnya dengar budak2 semua pandai2. 5As lah, jadi prefectlah....etc. Very competitive!!

Bila terbaca status tu... saya bersetuju sgt2. Saya pun terikut2 rasa stress itu!!!

Start to ask myself... am I not a good mother to tutor my own daughter? Or my daughter is not clever enough to be the best out of the best?

AHA tidak mempamerkan kecemerlangan sepanjang tahun 2011 ni berbanding pada tahun2 lepas. Rasa tension sgt sbb dia tak dapat nombor yg baik di dalam kelas dan straights A's di dlm semua subject... sekadar 4A saje. Sebelum ni, dia sentiasa dapat nombor 1-10... with 5A's di dalam kelas mahupun aliran. The worse she got was number 7... :( Tapi tahun ni, dia tidak begitu menyerlah. Untuk peperiksaan akhir tahun ni... dia dapat nombor 17 di dalam kelas dan 18 di dalam aliran. The only thing yg buat saya lega.... she remains in the first class (4A) for next year.

Tapi bila diluaskan fikiran dan dilapangkan dada... saya cuba bersikap positif dlm hal ni. Saya masa darjah 3 dulu pun, bukannya excel sangat. Nombor pun belas2 jugak. Kenapa saya nak tension klau dia dpt nombor belas2?!

AHA baru Tahun 3... masih ada byk masa lagi utk menyiapkan dia menghadapi UPSR Tahun 6 nnt supaya dia dpt 5A. Di waktu ni, saya teringat kata seorg rakan ... "Kenapa parents nowadays risau sgt klau anak tak pass exam? Bukannya tak boleh naik tahun atau tingkatan? Tak pass UPSR pun boleh naik Form One jugak!" Which is true!! With no A's at all... the students can still enter secondary school and sit for PMR the next 3 years. So, why the worry??

Tapi kerisauan ini tetap ada. Mungkinkah kalau result tak elok... susah nak dapat kerja yg bagus nanti?? Betul ke?? Skrg ni pun nak dpt kerja cukup susah... apatah lagi di zaman generasi akan dtg...yg lebih mencabar dan terlalu kompetitif. Gerun pulak bila fikirkan masa depan AHA nnt. Tapi teringat pula kata seorang rakan lain... "Budak2 sekarang ni exam oriented.... belajar utk pass exam. Bila buat kerja... satu apa pun tak tahu. To be successful in your career...tak semestinya you pass with flying colours...it's the attitute and personality." Hati saya sejuk sikit... this is something to ponder, rite? Banyak juga contoh, orang yg bijak pandai ni tak jadi kaya raya pun. Tapi yg jadi kaya raya tu, ada jugak yg tak lulus periksa. Dalam erti kata lain... nak berjaya dlm hidup adalah berdasarkan kesungguhan seseorg itu untuk berjaya.... bukan kejayaan dlm menjawab kertas periksa!!

Saya percaya, rezeki masing2 di tangan Allah. Seharusnya saya bersyukur dengan apa yg ada setakat ini. Alhamdulillah, AHA dpt nombor tujuh belas... bukannya last in the class...

Kepada mereka yg diiktiraf kecemerlangannya pada tahun ini... saya ucapkan tahniah!!! Well done!!

Friday, November 11, 2011

APD... at 2nd glance

11.11.11... cantik tarikh hari Jumaat yg indah ni, kan? I missed a few minutes to write this entry... kalau dapat tulis entry ni pada pukul 11 pagi...11 minit...11 saat... sure lagi cun! ;)

I'm sure, hari ni jugak ramai yg ambil kesempatan nak nikah la, nak kahwin la, etc... sebagai kenangan utk hari yg bersejarah ni... once in a lifetime, kan!! Kepada sesiapa yg bakal mengakhiri zaman bujang/gadis pada hari ni, saya ucapkan tahniah!

Memandangkan tajuk entry ni pasal APD... di sini saya paparkan lagi sedikit sedutan dari novel terbaru yg bakal terbit ini. Kali ni kita intai2 skit bab 11 ye?? Layannnnn.... :)
“You look sweet tonight.” Raif seakan berbisik di telinga Johana. Matanya masih tidak lepas dari merenung wajah gadis itu dalam kelam cahaya Panggung Sari. Sejak tadi dia memerhatikan seri di wajah Johana biarpun sekadar bergincu nipis.
Johana sedikit tersentak mendengar pujian itu. Suara Raif kedengaran begitu romantis di dalam cahaya yang malap itu. Haruman Bvlgari Blv milik Raif pula mempersonakan. Tiba-tiba dia terasa malu dan debar di dadanya mula tidak menentu.
Serasanya, dia biasa saja pada malam itu. Tidak berdandan pun melainkan hanya gincu nipis. Pakaiannya pun seperti selalu. Berseluar panjang, berkemeja dan menyarung vest. Kenapa Raif kata dia berseri?
“Tak payahlah puji-puji saya Raif… saya tak ada duit nak belanja awak. Setakat minum three layer tea, mampulah saya.” Johana cuba untuk tidak terpengaruh dengan sebarang pujian. Tidak mahu cair dengan bisikan manis lelaki itu biarpun ada getar di dadanya bila direnung oleh Raif sebegitu.
“Saya puji bukan sebab nak awak belanja. Awak ni selalu fikir yang bukan-bukan tentang saya… tak baik, tau! Ikhlas, awak nampak cantik dan berseri malam ni,” tutur Raif sejujurnya. Kalaulah Teesya atau Atilia dipuji begitu, pasti sudah terlentok-lentok tubuh mereka menghargai pujiannya. Jari jemari pun sudah tentu merayap ke pinggangnya. Tetapi Johana... setiap kali dia memuji, pasti gadis itu berfikiran dia mempunyai maksud yang tersembunyi. Entah bila persepsi Johana akan berubah terhadapnya.
“Okey… terima kasih…” Johana akhirnya membalas dan merenggangkan sedikit badannya daripada Raif. Tidak mahu terlalu dekat dengan lelaki itu, biarpun dia yakin Raif tidak akan melakukan apa-apa. Dua tahun mereka sering keluar bersama, Raif tidak pernah sekali pun menyentuh atau tersentuh dirinya. Sedikit rasa hormat terselit terhadap pendirian lelaki itu.
Raif yang perasan Johana cuba menjauhkan tubuhnya, kembali ke posisi asalnya yang tegak. Mengakui dalam diam yang dia agak keterlaluan sebentar tadi apabila berbisik di telinga Johana. Tindakan yang spontan dan di luar sedar.

Thursday, November 03, 2011

APD...at 1st glance

Diam tak diam dah masuk hari ketiga dlm bulan November (eh...eh... baru 3 November?? Lambatnya nak December!! Hu hu)
Spt yg pernah saya janjikan dulu pada anda (Masih ingat janji kita? Eh...macam tajuk novel terbaru Murni Aqila yg terhangat di pasaran tu pulak... hehe (http://murniaqila.blogspot.com/2011/09/manisnya-september-ini.html), di sini saya siarkan petikan novel terbaru bertajuk A** P**** D** yg bakal menemui anda tidak lama lagi.

Buat permulaan, layan yg ni dulu, ek? Harap anda semua terhibur dan teruja... spt perasaan saya ketika menulis scene ini...;)

BARU sahaja Johana melangkah masuk ke unit berita, kedengaran bunyi mesej diterima melalui telefon bimbitnya. Dia meletakkan beg di atas meja dan mengeluarkan telefon dari poket hadapan beg tersebut.
Awak dah smpai ofis?
Raif! Hampir terlucut telefon bimbitnya dari genggaman akibat terkejut. Bagai dalam mimpi pula mendapat mesej daripada lelaki yang sudah menyepi berminggu lamanya. Dengan jari-jari yang sedikit menggeletar, dia pantas menekan kekunci.
Ye… nape?
Dua puluh saat kemudian.
Turun jap kat gerai makcik dpn ofis awak ni
Raif sudah ada di bawah? Betul ke? Macam mana aku boleh tak perasan? Kejutan Raif ini sungguh tidak disangka. Hati Johana sudah melonjak riang. Namun dia cuba berlagak tenang.
Ada apa?
Sarapan dgn saya
Saya dah sarapan kat umah
Johana cuba bermain tarik tali. Kalau diikutkan rasa hati, mahu saja dia berlari menuruni anak tangga menuju ke gerai yang dimaksudkan. Sudah lama benar dia tidak menatap wajah Raif. Bercerita dan bergurau senda dengan lelaki itu bagai waktu dulu. Tetapi ada ego dalam dirinya yang menghalang sebarang tindakan yang boleh memalukan dirinya nanti.
Saya pun… siap mkn nasi goreng umi saya masak
Spontan Johana tersenyum dengan jawapan selamba Raif. Tetapi dia masih ingin menguji.
Habis tu apasal nak mkn lagi?
Saje...
Johana duduk sebentar di kerusi. Termenung menatap mesej Raif. Tidak mengerti. Saja suka-suka nak jumpa aku… tak ada sebab lain yang tersembunyi? Rindu, misalnya? Hish… jangan merepeklah, Jo! Kau mungkin gadis terakhir yang akan dirindui oleh Raif!
Saya ada kerja ni…
Johana berdalih untuk menduga kesungguhan Raif.
Saya pun… tapi saya masih ada kat gerai makcik ni tunggu awak…
Jawapan Raif itu akhirnya mencairkan hati Johana. Dia mengalah. Dicapai dompet duitnya dan melangkah keluar dari situ dengan hati yang berbunga-bunga. Hilang rasa malu, timbul pula rasa teruja untuk bertemu rakan yang telah berminggu tidak bersua. Tidak sabar untuk berkongsi cerita dan bergelak tawa.

Monday, October 31, 2011

End of October...

Hari terakhir di bulan Oktober... esok dah masuk November...hu hu...cepatnya masa berlalu!!!

Rasa tak terkejar masa... tapi saya juga sebenarnya mengharapkan December cepat tiba!!

Kenapa????

For me to know and for all of you to guess...:)))

Sunday, October 23, 2011

Aktiviti hujung minggu...

Hujung minggu yang sibuk sejak awal bulan lagi...

Gathering with old friends (The 'G21' reunion, well 12 out of 21)
Majlis Malam Santapan Amal Yayasan Nur Karangkraf di SACC
Sohaimi Meor Hassan with his 'Epilog Cinta Dari Bromley & Misteri Cinta'
Ning Baizura's Unforgettable'

Kenduri novelis Anis Ayuni yg akan berangkat ke Tanah Suci Mekah
Sesi Bertemu Penulis; Aisya Sofea & Laila Kamilia di MPH 1Utama

Tiap2 minggu ada aktiviti... pendek kata memang saya sibuk la sepanjang bulan Oktober ni. :D. Ini aktiviti yg bergambar... yg tak sempat digambarkan pun ada jugak i.e kenduri2 kahwin, majlis aqiqah dan sbgainya. :) Mujur APD dapat juga diedit dalam masa 'kesibukan' saya ni dan menyerahkannya ke tangan editor. Lega sesangat...

Tapi kesibukan ini telah menangguhkan misi saya untuk mula menulis manuskrip yang ke5. Well, tak pe... tak pe... ada masa lagi... {kata2 utk menyedapkan hati sendiri...;) }

Friday, October 14, 2011

Ini dia... APD!!


Inilah manuskrip terbaru saya yg sedang diedit dgn gigih dan tekunnya!!!

Tajuk awal yg saya bagi adalah TST yg membawa maksud 'Tak Sanggup Terluka'... tapi biasa lah saya ni. Bab memberi tajuk manuskrip memang failed sentiasa. I can write up to 550 pages with more than 115,000 words of manuscript.... but I cant think of one single line with only three words to be the title!! Lastly... pihak editorial jugak yang kena carikan tajuk (terima kasih puan editor...hehe) And they have decided to name it APD. Now TST is known as APD ye kengkawan...;)

Apa itu APD??? Akanku Paksa Dirimu... baca novel ini!!! Hahaha

Ok la... nak sambung mengedit ni!

Kepada semua pembaca karya kecil Hezzy Azra, harap sabar menanti kemunculan novel ke4 saya ni. Kalau tiada aral melintang dan semuanya berjalan seperti yang dirancangkan... InsyaAllah, APD akan muncul tidak lama lagi... :)

Monday, October 10, 2011

AHA is nine...

This princess of mine is nine years old today!!!


Dah besar anak dara saya ni (mmg sikit lagi akan jadi anak dara sunti!)

Dah tinggi (given another one or two years, she will be the same height as I am)

Dah pandai nak melaram (koleksi handbags dan kasut dia lagi banyak daripada saya!!)

Dah pandai bergayut telefon dengan kawan2 bersosek-sosek... kejap jer credit handphone dia habis!! (yang ini dia ikut jejak langkah mama dia masa muda-muda dolu!)

Dah ada own preferrence in clothing, music and interest (bab ni selalu bertekak dengan saya!)

Dah pandai berbalas cakap (saya cakap A... dia balas B...)

Dah pandai tanya macam2 soalan and passed remark
Dia: Mama malam tadi menulis tak?
Saya: Menulis...
Dia: Dapat berapa page?
Saya: Dua jer...
Dia: Dah agak dah... (dengan muka selamba)
Saya: *berasap jer telinga*


Memang kadang2 pening kepala dan stress dengan ragam dia (ini baru anak sorang...hu hu) Bila saya tengok perangai dia sekarang... saya mula terfikir, agaknya macam ni lah saya masa umur 9 tahun. Stress dan pening tak kepala mak saya dulu??? ;)

Happy 9th birthday sayang mama!! (I'll 'tepuk' you tonite, k?)

Saturday, October 01, 2011

Tawaran Istimewa!!

Bersempena pembukaan Karangkraf Mall di Seksyen 15, Shah Alam... Karangkraf mengadakan tawaran istimewa sehingga 70% bermula dari hari ini 1 Oktober hingga 3 Isnin Oktober.

Kalau anda ada niat nak beli novel2 keluaran GBK secara amnya dan novel2 Hezzy Azra secara khususnya {Melodi Kasih, Kenangan Terindah dan Cinta Tak Beralih}... jangan lepaskan peluang ini. Dan pastikan anda beli NOVEL yg ORIGINAL!!! (Sekarang kena guna tagline ni pulak sejak ada kes novel yg telah dicetak rompak ni... hu hu)

Wednesday, September 28, 2011

Novel dicetak rompak??

Sekarang ini, semua benda boleh dirompak... termasuk novel!!!!

Sesuatu yg di luar dugaan dan jangkaan krn selama ni kita selalu fikir yg dicetak rompak cuma CD dan VCD. Terkini, industri penulisan novel juga sudah terkena bahana cetak rompak ini!!
Di atas ini, gambar novel saya yg original.

Tapi ciri-ciri novel cetak rompak adalah seperti berikut:-

1. Kandungan teks dalam telah difotostat.

2. Bunga di bahagian permulaan setiap bab tidak jelas kerana difotostat.

3. Warna cover di bahagian depan dan belakang lebih gelap daripada cover yang asli.

4. Barcode di cover belakang tidak jelas.

5. Novel yang tiruan digam saja dan ini menyebabkan muka suratnya mudah tercabut. Manakala novel yang asli dijahit dan tidak tercabut.


Kes ini dianggap serius kerana ia menjejaskan imej Alaf 21 di bawah Grup Buku Karangkraf, menganiayai pembeli-pembeli dan menjejaskan pendapatan penulis. Perkara ini akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan seterusnya bertindak membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.

Di sini kami (saya dan pihakl Alaf21 serta GBK) menyeru kepada semua pembeli agar lebih berhati-hati. Sebarang laporan mengenai perkara ini sila hubungi
03 51013888 sambungan ke Alaf 21 - 3692/3683/3684.
Kerjasama anda sangat kami hargai.


Who's the culprit???

Monday, September 26, 2011

Komen CTB

Dalam masa saya teruja dengan kelahiran TST {biarpun saya sebenarnya tak tahu bila 'tarikh kelahirannya'...;) }... 'anak2' lain tetap mendapat tempat di hati saya :)

Dan bila menerima komen tentang Cinta Tak Beralih dari seorang pembaca yg di'posted' di wall FB saya... waah... rasa kembang semula hati ni (setelah agak lama kuncupnya)...

Kak Hezzy.. Novel Cinta Tak Beralih sangat2 best kak!! Jalan cerita sangat menyentuh perasaan...huhu. Gabungan elemen persahabatan, percintaan, family love telah menjadikan naskhah CTB antara karya terbaik yg pernah Hana baca..!! Thumbs up Kak Hezzy!! Teruskan berkarya :)) ~Farhana Zainudin.
Terima kasih Farhana... atas komen yg memberangsangkan, lantas membakar semula semangat untuk menulis (setelah hampir terpadam bara semangat itu sejak akhir-akhir ini... hu hu)

Andai ada yg masih belum memiliki CTB... sudi2kanlah membeli dan membacanya. :)

Thursday, September 15, 2011

Being a novel writer...

Being a novel writer has NEVER BEEN my dream.

Ya... sebetulnya, saya tidak pernah bermimpi untuk menulis novel atau menjadi novelis. Tak pernah termasuk dlm senarai cita2 saya kalau cikgu tanya zaman sekolah dulu...hehe. Saya juga tidak pernah cuba menulis cerpen atau puisi. Seingat saya, saya pernah menulis artikel untuk disiarkan di majalah sekolah... tapi itu pun tak terpilih untuk diterbitkan... hehe. Maka dengan itu, ada sebablah kiranya sehingga sekarang ni, saya tak rasa diri saya ni penulis novel... apatah lagi untuk dikenali sebagai novelis. Kalau ada yg bertanya; you ni penulis novel ke? Saya senyum aje. Tapi kalau orang tak tahu dan tak bertanya langsung... lagi bagus rasanya...;)

Namun saya tidak dapat mengelak bila ada yg bertanya, "Kak, boleh bagi tips untuk menulis novel? Saya pun berminat nak tulis novel jugak." Saya garu kepala. Apa saya nak jawab ni??

Sejujurnya, saya ni bukanlah hebat sangat untuk memberi tips menulis kepada sesiapa yg berminat. Saya terjun dalam bidang penulisan ini pada tahun 2006... so, baru 5 tahun saya menulis berbanding dengan penulis2 tersohor yg sudah mencecah 10 tahun ke atas dan menghasilkan belasan dan puluhan novel. Novel saya pun baru nak masuk 4. Dan 3 novel saya yg sudah diterbitkan itu pun bukannya meletop2 di pasaran sehingga kehabisan stok di kedai2 buku... dan org ramai berpusu2 membelinya... jadi, siapalah saya ni untuk memberikan tips??

Dan saya juga mula terfikir, kenapa ramai orang nak jadi penulis novel sekarang ni? Sudah menjadi trend mungkin, penulis novel tumbuh bagai cendawan. Satu perkembangan yg sihat sebenarnya. Akan ada lebih ramai penulis dalam industri ni, maka lebih banyak bahan bacaan dan lebih variasi dalam bidang penulisan. The more the merrier.

Tapi saya juga terfikir, mereka yang ingin menulis ini kerana apa? Adakah kerana minat? Bakat terpendam? Semata-mata hobi? Nak glamor? Atau nak jadikan sumber pendapatan atau mencari duit sampingan?

Saya menulis kerana disarankan oleh kakak kedua saya. Melihat saya membelek novel yang berada di rak bukunya, dia bertanya pada saya, "Tak nak tulis novel? Try la..." Itulah saranan kakak saya... dan saya menerima saranan tersebut sebulan selepas itu.

Nak kata saya ni menulis kerana minat? Well, saya bukannya jenis yg on saje laptop dan boleh menulis apa saje yg terlintas di fikiran dan hati. Kalau diberikan pen dan kertas pun, saya bukannya boleh mencoretkan apa saje. 'Minat' saya mungkin boleh dikategorikan sebagai 'average' saje, agaknya ;) Bukan ekstreem... sehingga sehari tak menulis serasa tak lengkap hidup... ;)

Menulis kerana bakat? Hmm... berbakat sangat ke saya ni? Saya rasa saya ni macam orang lain jugak... orang yang mampu menulis. I think everybody can write. Dari segi tu, saya rasa... saya tergolong dalam kategori yg ada bakat sikit la... ;)

Menulis sebagai hobi? Ya... mungkin, Bila ada kelapangan, saya menulis. Bila saya tak ada masa, saya tak paksa diri. Tapi kalau idea tengah mencurah-curah (which is very seldom...hehe) baru saya serius menulis. Berjaga sepanjang malam hingga ke pagi... sanggup bersengkang mata menghadap computer. Tapi itu pun kadang-kadang aje... ;)

Menulis kerana mengejar glamor? Hmmm... glamor ke jadi penulis ni? Bagi saya glamor tu tak akan kekal lama. Mula2 novel keluar dan terpampang di kedai2 buku, sedikit sebanyak akan rasa "wow... glamornya aku!!" But given a year after that... tell u, the feeling will just fade away. Rasa pressure pulak bila satu atau dua org dah mula kenal kita....;)


Menulis kerana duit? Sebagai mata pencarian atau duit sampingan?? Saya masih seorang 'nine to five employee' (who works every Saturday...hu hu) Maka saya menulis bukan kerana menjadikan penulisan ini sebagai mata pencarian tetap. Tetapi kalau sebagai duit sampingan... ya, saya akui itu! If I can make money out of my hobby (sesuatu yg saya mampu lakukan di waktu senggang dengan berbekalkan minat dan bakat yg kecil ini...) Why not, right??

Berbalik kepada persoalan di atas, sebelum anda menjadi penulis... fikirkanlah kenapa anda ingin menulis. Minat? Bakat? Hobi? Glamour? Atau duit? If you choose the latter... let me share with you my experience... saya belum mampu jadi kaya dengan menulis.... hahaha.

Untuk memberi tips... insyaAllah, saya akan usahakan setakat termampu. Nanti bila ilmu saya bertambah... saya akan kongsikan di sini segala tips yg saya perolehi dan dari pengalaman saya sendiri buat panduan untuk mereka yg bertanya dan berminat untuk menulis.

Saturday, September 10, 2011

The old and the new...

The old...
This Acer was a second hand purchase. Saya membelinya dari seorang rakan dgn harga RM1000 (harga kengkawan...hehe) pada tahun 2006. The actual price masa tu almost 2 ribu jugak kot. Dengan mengetuk lappy ni la... terhasilnya MK, KT, CTB dan TST.

Alhamdulillah... lappy ni tidak pernah mendatangkan masalah untuk saya melainkan bateri yg dah kong! So, bila2 dan mana2 nak on pun, mmg kena plug in (serupa desktop jugak la...hu hu) Tapi saya tak kisah sgt, sebab saya bukannya jenis yg rajin nak mengangkut ke hulu ke hilir laptop ni. Since I'm not a writer who writes at anytime and anywhere, so I dont see the needs of carrying it with me everywhere I go.

... and the new
Asus ni baru semalam husband belikan. Tak mahal pun harganya... ada offer masa tu, only RM699. That's the reason why we grabbed one. Sempena apa ye saya dibelikan netbook ni? Entah la...belated birthday present kot (sbb masa birthday last month saya tak decide lagi nak hadiah apa...;) Atau mungkin sebab saya berjaya jugak menyiapkan TST walaupun sudah delay dari targetted date. Mulanya target nak siapkan end of June (gagal), then end of July (gagal lagi) dan kemudian sebelum Syawal (pun gagal jugak!!) Ianya mungkin sebagai menghargai usaha saya yang tidak putus2 itu, maka saya 'dihadiahkan' netbook ini... ahaks!!!

Apa-apa pun sebabnya, untuk manuskrip kelima nanti bolehlah saya menaip dgn Asus ni. Bila nak mula manuskrip kelima?? Hmm... idea ada tapi feel takde lagi. I know I shouldnt be taking a long break... (spt yg sering dinasihatkan oleh 'juara lumba menaip manuskrip' baru-baru ini iaitu Cik Lynn Dayana...hehe). Tapi sebelum saya memulakan penulisan, saya nak kaji lagi scenario yang berlaku skrg ini. Apa faktor yg menyebabkan sesebuah buku itu diterima oleh pembaca dan sekaligus laris di pasaran. What is it that the readers out there looking for in a book??? Ada sesiapa yg sudi jawab soalan saya ni?

Wednesday, September 07, 2011

TST... my 4th baby

T.S.T.... tentatively... itulah tajuk manuskrip saya yg ke4. Mungkin akan ditukarkan... dan mungkin juga tidak. As it is now... saya kekalkan tajuknya sebagai TST. Apa itu TST?? *Tak Suka Takpe*....:D

Tepat jam 8.30 pagi, hari Sabtu 3 September bersamaan 5 Syawal... saya telah berjaya meletakkan titik noktah untuknya!! Dan tengah hari tadi, saya telah berjaya menghantarnya ke tangan editor. Alhamdulillah...



Well... I was supposed to finished it by end of Ramadhan. Tapi biasa la saya ni... ada masanya kureng disiplin diri... i.e penat la, malas la, tak de mood la, tak ada idea la, tak ada feel la!! Hu hu. Sudahnya, dah masuk 5 Syawal baru siap. Itu pun setelah saya hadkan waktu beraya saya setakat 3 hari yg pertama saje. Kalau ikut hati nak beraya lagi... tapi mengenangkan yg saya dah overdue... let just finish it off once and for all. Lepas tu, kalau nak beraya lagi... boleh la sambung... ;)


Lega sesangat!! Lepas ni boleh fikirkan tentang manuskrip seterusnya... the 5th!! Idea sudah mula berlegar-legar di fikiran... cuma menunggu masa untuk merangka dan menulisnya. Tapi biasa la saya ni... (again).... still can't get over the characters in the 4th novel i.e Ian, Jo & Raif. Selagi saya masih terkenang-kenangkan dialog mereka bertiga... rasanya sukar nak mencipta dialog utk novel seterusnya. This is what normally happened to writer like me who is so into the characters... perhaps same goes to other writer!

Bila dah habis TST ni... saya pandang laptop tu mcm rasa sepi dan kosong pulak! Seperti saya pandang ruang parking yg luas tapi sunyi dan sepi...(mungkin sbb ramai org masih bercuti raya agaknya...:D) As if I'm missing something lately... hmmm...

Saturday, August 27, 2011

As at 27th Ramadhan...

Dah 27 hari kita berpuasa... tinggal 2 hari lagi kita akan beraya. Di sini saya ingin ucapkan Salam Aidilfitri kepada semua yang menjenguk ke blog ini. Mohon maaf sekiranya ada tersalah tulis atau tersilap bicara di sini.... yang telah mengguris hati tanpa saya sedari....harap kemaafan saya diterima.

Misi saya utk menghabiskan manuskrip ke 4 sebelum Syawal... masih dalam proses perlaksanaan...:D I only have 2 more chapters to go... and hope to wrap everything up in this last 2 days of Ramadhan. Kena pulun habis sbb masa raya mmg saya tak nak bukak laptop lagi dah!! Nak berehat...

Misi saya untuk buat biskut raya... masih belum terlaksana! :( Saya hanya ada esok saja nak membuatnya... sbb last day puasa tu sure sibuk hal lain pulak. Tengok la esok jadi ke tak biskut cornflakes saya tuh! ;) (which is actually bergantung kpd 'siap atau tidak manuskrip saya tu'!!) Or worse come to worst... angkut laptop depan oven!! Haaa.... tu baru real... sebelah tangan menaip, sebelah lagi bakar biskut!! Hahaha.

... and as at 27th Ramadhan, sejujurnya saya masih tak ada mood nak beraya. Why arr???

Monday, August 08, 2011

Manuscript & MU.... again!!

Goalie baru MU... David de Gea yg menggantikan favourite saya Edwin Van de Sar!! First appearance masa MU lwn Man City utk merebut kejuaraan Community Shield.

Mujur menang jugak MU (3-2) walaupun dah ketinggalan 2-0 separuh masa pertama akibat daripada kesilapan dan kegelabahan goalie baru ini! Hu hu. Dia tak relax macam Van de Sar laaa... byk ilmu dia kena tuntut lagi ni... :)




Dengan bermulanya game ni, bermakna musim EPL 2010/2011 yang dah berakhir pada May lepas di mana MU menjadi juara liga utk kali yg ke 19, maka pada minggu hadapan akan bermula pula musim EPL 2011/2012. Bermula la aktiviti malam ahad yg terpaksa disesuaikan dengan jadual bola!! Hmm...

Apa kaitan MU dan manuskrip saya spt tajuk di atas??

Moral of the story... season in and season out... manuscript saya tak siap2 lagi!!! Itulah kaitannya!!!

Buat masa sekarang ni saya masih berusaha menulisnya... dengan 'dipantau' oleh rakan seperjuangan Lynn Dayana...hehe. Saya dgn Lynn akan mengirim laporan SMS setiap kali mukasurat berganjak. And as usual... I've started much earlier than her... then she comes closer...and getting closer.. (laju sungguh cik Lynn ni...selaju neo CPS agaknya!!! hehe)

Tapi tak apa... kami bersaing secara sihat... (w/pun sakit2 pinggang menulis...hu hu) Misi kami cuma satu... hendak menyiapkan manuskrip di akhir Ramadhan supaya kami boleh beraya sakan... hahaha... tak gitu, Lynn??

Tapi ada boleh karrr?? Lynn mungkin boleh kot!! Saya?? Akan berusaha dan terus berusaha...

Thursday, August 04, 2011

Being 36 + 2

Today, I am.... 36 + 2 = _________ ??? (sila jawab... ianya satu kiraan matematik yg mudah) Hehehe.

Alhamdulillah... seawal pukul 12 pagi lagi saya sudah menerima ucapan 'happy birthday' dari rakan2 di FB dan SMS di telefon. Korang ni semua berjaga nak tunggu the clock strikes 12 ke to be the first person to wish me?... Ahaks... perasan sungguh saya!! Hehehe.

Apa2 pun, saya terharu dengan doa2 dan ucapan2 anda semua. Tak sangka, rakan2 di FB tu kebanyakannya saya belum pernah bersua muka... tapi mereka tetap memberikan ucapan kpd saya. Saya hargai2 sgt-sgt... dan mohon Allah limpahkan kurnia kpd anda semua. Amin.

What does it means being 36 + 2??

I dunno... more wrinkles?? (Kena belek kat cermin jap lagi ni...ahaks! Tapi krim Safi Gold tu kan ada... yg aktress Rozita Che Wan dok pakai tu...;) )

More wiser?? (Macam mana nak ukur tahap kematangan?? Hmm... may be the way you handle things?? Kalau dulu... silap sikit aje, nak marah. Sekarang ni dah boleh tahan sabar sikit, kot. Tak boleh marah2, nanti kena makan ubat Hypertension lebih pulak... instead of half; which is only 5mg, kena ambik sebiji lak nnt!!)


Waist line is bigger?? More fatter?? (Kadar metobolisme sudah berkurangan... that is what I realize!! Hu hu. I cannot be wearing those baju I used to wear when I was 26.... huwaaa!! Jeans pun dah ketat... kebaya langsung tak muat!!)

On a serious note: Saya bersyukur di atas rezeki dan kurnia Yang Maha Esa... umur saya masih panjang untuk berada di muka bumi ALLAH ini. Masih diberi kesihatan yang baik untuk menjalankan tugas sbagai anak untuk mak saya, masih boleh menjadi isteri utk suami saya, dan menjadi mama untuk anak saya. Alhamdulillah...

Monday, August 01, 2011

Salam Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan yang mulia saya ucapkan kepada pengunjung blog yg tak seberapa ni.


Semoga Ramadhan kali ini lebih baik drp Ramadhan kita yg sebelum2 ini. Ingin saya kongsikan di sini, doa2 yg boleh kita amalkan sepanjang menempuh ibadah puasa. Terima kasih kpd sepupu saya yg memanjangkan email tersebut kpd saya.


“ Doa Harian Ramadhan “

Doa hari – 1

Yaa Allah! Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dan tidunya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku ... Wahai Tuhan sekalian alam!!Dan ampunilah aku, Wahai Pengampun para pembuat dosa.


Doa hari – 2

Yaa Allah! Dekatkanlah aku kepada kenidloan-MU dan jauhkanlah aku dan kemurkaan serta balasan-MU. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-MU dengan rahmat-MU, Wahai Maha Pengasih dad semua Pengasih!!

Doa hari – 3

Yaa Allah! Berikanlah aku nizki akal dan kewaspadaan. dan jauhkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bahagian untukku dari segala kebaikan yang KAU turunkan, demi kemurahan-MU, Wahai zat Yang Maha Dermawan dari semua dermawan!


Doa hari – 4

Yaa Allah! Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintah-MU, dan berilah aku manisnya berzikir mengingat-MU. Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada-MU, dengan kemuliaan- MU. Dan jagalah aku dengan penjagaan-MU dan perlindungan-MU, Wahai zat Yang Maha Melihat.


Doa hari - 5


Yaa Allah! Jadikanlah aku di antara orang-orang yang memohon ampunan, dan jadikanlah aku sebagai hamba-MU yang soleh dan setia serta jadikanlah aku di antara Auliya'- MU yang dekat disisi-MU, dengan kelembutan-MU, Wahai zat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.


Doa hari – 6

Yaa Allah! Janganlah Engkau hinakan aku karena perbuatan maksiat terhadap-MU, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasan-MU. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-MU, dengan anugerah dan bantuan-MU, Wahai puncak keinginan orang-orang yang berkeinginan!

Doa hari – 7

Yaa Allah! Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya, dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosanya. Dan berikanlah aku zikir berupa zikir mengingat-MU secara berkesinambungan, dengan Taufiq- MU, Wahai Pemberi Petunjuk orang-orang yang sesat.

Doa hari – 8

Yaa Allah! Berilah aku rezeki berupa kasih sayang terhadap anak-anak yatim dan pemberian makan, serta penyebaran salam, dan pergaulan dengan orang-onang mulia, dengan kemuliaan-MU, Wahai tempat berlindung bagi orang-onang yang berharap

Doa hari - 9

Yaa Allah! Sediakanlah untukku sebahagian dari rahmat-MU yang luas, dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran- ajaran-MU yang terang, dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaan-MU yang penuh dengan kecintaan-MU, Wahai harapan orang-orang yang rindu.

Doa hari – 10

Yaa Allah! Jadikanlah aku di antara orang-orang yang bertawakkal kepada-Mu, dan jadikanlah aku di antara orang- orang yang menang disisi-MU, dan jadikanlah aku di antara orang-orang yang dekat kepada-MU dengan ihsan-MIU, Wahai Tujuan orang-orang yang memohon.

Doa hari – 11

Yaa Allah! Tanamkanlah dalam diriku kecintaan kepada perbuatan baik, dan tanamkanlah dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaan-MU dan api neraka dengan pertolongan-MU, Wahai Penolong orang-orang yang meminta pertolongan.

Doa hari – 12

Yaa Allah! Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian qana'ah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus. Amankanlah diriku dari setiap yang aku takuti dengan penjagaan-MU, Wahai penjaga orang-orang yang takut.


Doa hari – 13

Yaa Allah! Sucikanlah diriku dari kekotoran dan kejelekan. Berilah kesabaran padaku untuk menerima segala ketentuan. Dan berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa, dan bergaul dengan orang-orang yang baik dengan bantuan-MU,Wahai Dambaan orang-orang miskin.


Doa hari - 14

Yaa Allah! Janganlah Engkau hukum aku, karena kekeliruan yang kulakukan. Dan ampunilah aku dari kesalahan-kesalahan dan kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala' dan malapetaka dengan kemualian-MU, Wahai Kemulian kaum Muslimin.

Doa hari – 15

Yaa Allah! Berilah aku rezeki berupa ketaatan orang-orang yang khusyu'. Dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal, dengan keamanan-MU, Wahai Keamanan untuk orang-orang yang takut.

Doa hari - 16

Yaa Allah! Berilah aku kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku dari kehidupan bersama orang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan rahmat-MU hingga sampai kepada alam akhirat. Demi ketuhanan-MU Wahai Tuhan seru sekalian alam.

Doa hari – 17

Yaa Allah! Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita-ku. Wahai Yang Maha Mengetahui keperluan, tanpa pengungkapan permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada di dalam hati seluruh isi alam. Salawat atas Mohammad dan keluarganya yang suci.

Doa hari – 18

Yaa Allah! Sedarkanlah aku akan berkat-berkat yang terdapat di saat saharnya. Dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya dan bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat mengikufi ajaran-ajarannya, Demi cahaya-Mu Wahai Penerang hati para arifin.

Doa hari - 19

Yaa Allah! Penuhilah bahagianku dengan berkat-berkatnya, dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikan-kebaikannya. Janganlah Kau jauhkan aku dari ketertedmaan kebaikan- kebaikannya, Wahai Pemberi petunjuk kepada kebenaran yang terang.

Doa hari – 20

Yaa Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu neraka, dan berikanlah kemampuan padaku untuk membaca AI-Quran Wahai Penurun ketenangan di dalam hati orang-orang Mu'min.

Doa hari – 21

Yaa Allah! berilah aku petunjuk menuju kepada kenidloan- MU. Dan janganlah Engkau beri jalan kepada setan untuk menguasaiku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirahatan, Wahai Pemenuh kepenluan orang- orang yang meminta.

Doa hari – 22

Yaa Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu kurnia-MU, turunkan untukku berkah-berkahmu. Berilah kemampuan untukku kepada penyebab-penyebab keridloan-MU, dan tempatkanlah aku di dalam syurga-MU yang luas, Wahai Penjawab doa orang-orang yang dalam kesempitan.

Doa hari – 23

Yaa Allah! Sucikanlah aku dari dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku dari segala aib. Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku, Wahai Penghapus kesalahan onang-orang yang berdosa.

Doa hari – 24

Yaa Allah! Aku memohon kepada-MU hal-hal yang mendatangkan keridloan-MU, dan aku berlindung dengan- MU dan hal-hal yang mendatangkan kemarahan-MU, dan aku memohon kepada-MU kemampuan untuk mentaati-MU serta menghindari kemaksiatan terhadap-MU, Wahai Pemberi para peminta.


Doa hari – 25

Yaa Allah! Jadikanlah aku orang-.orang yang mencintai Auliya-MU dan memusuhi musuh-musuh MU. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup Nabi-MU, Wahai Penjaga hati para Nabi.

Doa hari – 26

Yaa Allah! Jadikanlah usahaku sebagai usaha yang disyukuri, dan dosa-dosaku diampuni, amal perbuatan ku diterima, dan seluruh aibku ditutupi, Wahai Maha Pendengar dan semua yang mendengar.

Doa hari – 27

Yaa Allah! Rezekikanlah kepadaku keutamaan Lailatul Qadr, dan ubahlah perkara-perkaraku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku, Wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba- hambanya yang soleh.

Doa hari – 28

Yaa Allah! Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan Sunnah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah perantaraanku kepada-MU di antara semua perantara, Wahai Yang tidak tersibukkan oleh permintaan orang-orang yang meminta.

Doa hari – 29

Yaa Allah! Liputilah aku dengan rahmat dan benikanlah kepadaku Taufiq dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dan noda-noda fitnah wahai pengasih terhadap hamb- hambaNYA yang Mu'min.


Doa hari – 30

Yaa Allah! Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keridloan-MU dan keridloan Rasul. Cabang-cabangnya kukuh dan kuat berkat pokok-pokoknya, Demi kenabian Mohammad dan keluarganya yang suci, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.


** Dalam email yg saya terima tu, doa2 ini disertakan dengan tulisan jawa sekali. Tapi bila copy paste... tak keluar pulak tulisan jawi tu. Hmm... apsal ye?

Sesungguhnya ALLAH Maha Mendengar Doa Hambanya...

Monday, July 25, 2011

Morning at Bukit Kiara...





Banshee Amok DH Race at Bukit Kiara.

Meeting point: Bukit Kiara DH Trail

Day: Sunday 24th July 2011

Starting time: Morning











What was I doing there???



Hmmm.... selalunya Sunday morning saya ke pasar atau lepak2 di rumah makan nasi lemak Tanglin sambil baca surat khabar atau baru lipat selimut... atau tengah sibuk2 nak masuk baju dlm mesin basuh (baju2 saya tak dihantar ke LK Laundry ye? Ahaks!)



Tapi atas 'desakan' naluri untuk menyaksikan sendiri apa itu *MTB & DH... saya gagahkan diri ke sana. Yes... I have my reasons to be there. It's all because of **I.R.I. Siapakah I.R.I??? Anda semua akan tahu nanti.... tungggguuuuu!!!






And there I was... with AHA of course. Saje angkut dia sekali supaya dia pulak dpt idea pasal DH ni. Nanti bila dia dah besar... kot la tersangkut kat mamat rider ke...mama ok je...hehe. Well, it was really an experience for me, being surrounded by bikes and riders... from all different kind of background and age... and their true passion in bikes (Macam Shaq yg bercinta dengan kereta dlm CTB...ngeee)



Walaupun sekadar setengah hari aje kat sana and by 12 noon, saya ada hal lain pulak... I really hope that, the few hours could give me some ideas of what to write in my 4th manuscript.



To Miju & Zit... thanks a lot for inviting!!



Nota kaki:


*MTB is Mountain Trail Biking. DH is Down Hill. Betul kan, Miju?? ;)

** Nama hero baru iaitu Ian R.I. ;)

Antologi Cinta Dia 2 - Marry Ku Ril?

Memandangkan dah lama tak blogging, maka lama jugaklah tak share ttg buku sendiri. So skrg ni barulah terhegeh-hegeh nak promote buku saya...