Monday, November 09, 2009

Being A CBNer



Convent Bukit Nanas (CBN)… is celebrating it's 110th Anniversary (1899-2009)


Sekolah yang telah banyak berjasa kepada saya, kini sudah berusia 110 tahun! Dengan masih bangunan berbentuk colonial, satu tempoh yang lama untuk bertahan di celah-celah hutan Bukit Nanas serta kesibukan persimpangan Jalan Raja Chulan dan Lebuh Ampang.

Inilah lencana CBN yang tersemat di baju sekolah saya selama 9 tahun bergelar pelajar di sini. 2 tahun bersekolah rendah (1984-1985) dan 7 tahun bersekolah menengah (1986-1992)

Saya tak tahu kenapa arwah abah beriya-iya menukar sekolah saya pada tahun 1984. Padahal CBN memang jauh dari rumah kami di Kampung Pandan ketika itu. Tak ada bas sekolah dan arwah memang terpaksa hantar pagi-pagi dan jemput bila tengah hari. And I always had the impression, CBN ni sekolah orang-orang kaya, sekolah budak-budak pandai dan budak-budak sombong yang berlagak. Kami tak kaya dan saya bukan pelajar yang cerdik pandai, tetapi arwah tetap bersusah payah turun naik Kementerian Pelajaran supaya saya ditempatkan di situ juga. Memang dah rezeki saya, walaupun ramai orang kata susah nak masuk CBN ni, tetapi akhirnya saya berjaya juga menjadi salah seorang pelajarnya dan memulakan Darjah 5 di sana.

After 9 nine years being a CBNer, I realized that arwah abah has made the right choice for me. Bersekolah di sini, banyak yang saya pelajari. Indirectly, what I am now is how I was brought up in my teen years. Di sini, saya bebas bercampur dengan semua jenis kawan… yang kaya dan tak kaya, yang paling pandai dan yang kurang pandai, yang baik dan yang nakal… there was no barrier in building a friendship. Dan yang bab gedik sikit... kerana saya bersekolah di CBN jugaklah, saya bertemu jodoh dengan husband saya yang merupakan pelajar St John Instituition (jiran CBN di Jalan Bukit Nanas tu) Hahaha.

It was an awesome experience in CBN. Ada pengalaman masuk cheerleading mewakili rumah Pauline (rumah biru) walaupun saya bukannya pandai menari! Hehe. Siap masuk team untuk bersorak di tepi Federal Hiway semasa berlangsungnya larian obor Sukan Komanwel 1989. Panas terik berdiri tepi pintu gerbang Kota Darul Ehsan tu… tapi best sangat.

Saya juga diterima masuk menjadi sebahagian daripada Editorial Board Team untuk tempoh 4 tahun walaupun sekadar Head of Typist bagi sesi 1990 & 1992. Satu team dan kurikulum yang bukan calang-calang. Memang susah nak masuk team ni.

Saya pernah terpilih menjadi Pengawas semasa di Tingkatan Enam setelah menang undian pilihanraya Pengawas sesi 1991/1992. Saya pun tak terfikir dicalonkan pada mulanya… sebab saya bukannya pelajar popular, jauh sekali cemerlang dalam bidang akademik mahupun kurikulum. Mungkin sebab masa di tingkatan 6, dah tak ramai pelajar Melayu yang tinggal… nak cukupkan kuota kot, maka saya pun tersenarai. Hehe. Anyway, bila musim pemilihan Pengawas, betul-betul macam musim pilihanraya umum. Kempen di sekitar sekolah berhari-hari. Macam-macam ragam dan teknik yang digunakan untuk meraih undi. Kami diminta naik atas stage dan berucap tentang azam dan misi kami seandaianya terpilih menjadi pengawas. Macam calon wakil rakyat berucap! Haha. Yeah… that was really fun and unforgetful moments.

Saya pernah dianugerahkan sebagai pelajar terbaik untuk subjek Bahasa Malaysia ketika di tingkatan 1. Satu subjek saje, bukan terbaik untuk keseluruhan. But it was a big thing for me, okay! Sebab saya bukan daripada kelas budak-budak pandai dan memang cukup kompetitif untuk bersaing menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Saya pun tak tahu, apa yang saya jawab masa exam sehingga peratusan markah saya lebih tinggi daripada those straight A’s students. Alhamdulillah… pengiktirafan itu membuatkan keyakinan saya tinggi untuk bersaing dengan mereka yang bagus. At least, I was at par with them… once... biarpun bukan untuk semua subjek.

Dan bila saya baca semula lirik lagu CBN yang kami nyanyikan setiap perhimpunan pagi Isnin… memang masih terasa auranya...
CBN
A shining star of my life
You will always glow within me
And through me you will shine forth
A new light others will follow

CBN
With us your memory will stay
You will always light the way
Show us our strengths and our hopes
CBN our star forever more
So, hear our song sung with spirits strong
We, the girls of CBN today
Will lift up our motto and strive to be
Simple in virtue, steadfast in duty
So, hear our song sung with spirits strong
We, the girls of CBN today
The youth of tomorrow, we promise to be true
For CBN we love you



Dan ini antara gambar2 semasa 'CBN 110th Anniversary Dinner' bertempat di Sunway Hotel 8hb November 2009. Saya dan sebahagian drp geng 'G21' dan kawan2 CBN Class of 90'








Sunday, November 08, 2009

Busy weekend with CTM and Dinner...





Saya bukannya peminat teater sangat. Boleh dikira dengan jari, berapa banyak teater yang pernah saya tonton. Itupun sebab dapat tiket free. And it was like... err, ten years ago, think so! hehe.

Tetapi sebagai tanda menyokong industri teater tanah air dan Vanidah Imran… (kawan satu sekolah CBN & satu geng G21) saya dan seorang lagi member G21 turun ke Istana Budaya untuk menonton Cuci The Musical (CTM) pada hari Sabtu 7 Nov.

How was it? All I can say is … CTM was an awesome performance. I really enjoyed the 3 hours show. Tak kering gusi ketawa dengan lakonan yang bersahaja dan dialog yang kelakar serta mantap. Afdlin, AC, Awie and Hans are true entertainers. Kemunculan Vee dan Adibah Noor (also an ex CBNer) really added colors to the show. Bukan setakat bergelak tawa saja, ada mesej yang tersirat walaupun disampaikan dalam bentuk yang cukup sinikal. Memang berbaloi menontonnya... worth every single cents!

Lepas saja show, ingat nak jumpa Vanidah sekejap... tapi tak berkesempatan sbb dia ada next performance pukul 8.30... a bit rush for her. Tapi saya hantar juga SMS kepada dia, to congratulate her and the whole CTM team. And when she replied 'Tq... glad you enjoyed it...' surely she's happy when all the effort and hard work paid off!




Dan malam ni, saya akan menghadiri 'CBN 110th Anniversary Dinner' pula. Memang weekend ni saya banyak hal. Hingga husband saya bising... "Banyaknye aktiviti you minggu ni!" Alaa... macam tak biasa... hehe. Lagipun kesibukan saya ni memberi peluang kepada dia untuk menikmati ‘cinta’ barunya. I know that this ‘new love’ could bring him joy & excitement. Well... being the most understanding ‘isteri tua’ … yup, memang saya tak kisah bila dia lebih byk berulit dgn ‘isteri muda’ sejak sepuluh hari yang lalu!! :)

Friday, November 06, 2009

Masak-masak dan makan-makan

Pada hari Ahad lepas (1 Nov) saya dan beberapa penulis ALAF yang lain (i.e Lynn Dayana, Kak Iris Ixora, Kak Meen Zulaikha dan Hani Fazuha) ke rumah Kak Anis Ayuni untuk mengikuti sesi ‘masak-masak’ yg dikendalikan oleh Kak Lina (our very own Celebrity Chef- Norzailina Nordin).

Ini bukan kelas masak-masak macam zaman Sains Rumah Tangga dulu, okay? Ini ada class punya kelas memasak… sbb lokasinya di dapur Kak Anis yang sungguh sofistikated! Kami ditunjukkan cara memasak Beef Lasagna dan Japanesse Cotton Cheese Cake. Memang meriah!

Ini antara gambar yg sempat dirakamkan.

Ambil angin di luar rumah K.Anis sebelum bermulanya sesi pembelajaran. Saya, Lynn, K. Lina & K. Anis

Bergambar semasa sesi memanaskan kuali… hehe. Turut serta K. Iris dan K. Meen

Sesi menyenduk white sauce ke dalam mangkuk lasagna. Saya dan K.Iris

Sesi sebelum memasukkan lasagna ke dalam oven. Gambar ni senget benget pasal photographernya tengah mengong kot… hehe… sorry Lynn!
Dan ini sesi 'setelah perut kenyang'... haha



Dan tengah hari tadi (Jumaat 6hb Nov), sesi makan-makan di rumah K. Iris Ixora. Pun meriah jugak… ada K. Durrah Fatiha, K.Meen Zulaikha, Lily Suriani dan staf2 pompuan Alaf termasuk big bos; Puan Fir. Lunch time saya yg sepatutnya satu jam saja… telah terlajak hingga 2 jam! Harap2 bos saya tak baca entry saya nih! Hehe…

Ini gambar2 yg diabadikan di rumah K.Iris yg cantik & nyaman persekitarannya.

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...