Friday, November 30, 2012

Carinae Led Table Lamp...


Light up your living cabin with a cozy table lamp. Carinae Table Lamp provides perfect lighting solution to in-house activities, be it writing, reading, lounging or a compliment to modern and stylish home ambiences. The adjustable angle of the lamp ensures infinate illumination preferences, while maintaining its sophisticated, personal lighting style.

Cantik pulak saya rasa Carinae Led Table Lamp (PTL-100) by Pensonic ni... modern and stylish design... just perfect for my writing activity. 

Hmm... ada sesiapa nak hadiahkan saya table lamp ni sempena 'kejayaan' menyiapkan manuskrip kelima?? How I wish I have friends working in Pensonic... ;)

Thursday, November 29, 2012

Jualan Gudang bermula esok!!



Datanglah beramai-ramai ke Jualan Gudang di Perkarangan Kompleks Karangkraf pada 30 November 2012 hingga 2 Disember 2012 bermula jam 9 pagi hingga 7 malam!!!



Cuba tgk harga promo nih!!! Tak ke mengancam???
So jgn tangguh2.... dtg hari Jumaat nih!!!

Photo: Ececehh... mesti you suka, kan?

Pada sesiapa yang teringin nak beli novel yang minah cun ni baca.... iaitu Melodi Kasih... boleh dapatkan di Jualan Gudang itu nanti. Diskaun sehingga 80% tau!! Rugi kalau tak pergi dan beli!! Hehe. Jika dah ada Melodi Kasih, dan berhasrat untuk mencukupkan koleksi dengan karya yg lain iaitu Kenangan Terindah, Cinta Tak Beralih dan Aku Pilih Dia... silalah datang. Kedatangan anda amatlah dialu-alukan!!!

Wednesday, November 28, 2012

After 11 months...

Alhamdulillah... setelah 11 bulan dan 20 hari menghadap dan menulisnya (err... 11 bulan 20 hari tu bukan hari2...kadang2 gap sehingga 15 hari...hehe) akhirnya berjaya juga saya menamatkan manuskrip ke lima saya ni. Bukan pencapaian terbaik saya... kerana MK, KT dan APD, saya mengambil masa yang lebih singkat iaitu between 5-9 months. Tapi saya tetap bersyukur... idea itu tetap datang walaupun ada masanya saya sgt2 buntu utk mengolah manuskrip ini menjadi sebuah naskah yang lebih baik. Benarlah kata rakan2 writer yg lebih senior... lagi byk kita menulis, lagi susah nak menggarap cerita baru. And I have tried my very best. Kalau tak lebih baik pun... setara dengan yg lain2 tu. Kdg2, bersaing dgn diri sendiri adalah lebih sukar drp bersaing dgn org lain... :(

Beberapa kali saya tersasar target date untuk manuskrip ni. Target yg pertama, nak hantar sebelum raya Aidilfitri. Sehingga takbir raya bergema pun, saya masih terkial2 di mukasurat 275. Dan kemudian, saya buat new target date... nak hantar hujung bulan September. Pun gagal jugak (sbb bulan raya, so kenalah beraya, kan? :P) Next target date, sebelum hari raya AidilAdha... pun terlepas jugak. Walaupun masa tu dah cecah 400 mukasurat. Dan azam saya berkobar-kobar nak menoktahkannya pada Awal Muharam. Gone case!! Masa tu sibuk meraikan cousin saya  melangsungkan perkahwinan (err... alasan) walaupun dah 450 masa tu!

Setelah beberapa kali target date berubah (this is what we call moving target date... ahaks!) akhirnya habis juga pada hari Khamis; 8 Muharam 1434 Hijriah bersamaan 22 November 2012 tepat jam 12.05
Inilah rupanya setelah diedit, dicetak dan di 'binding' kemas2 supaya editor yg membacanya nanti, taklah berpinar biji mata menatapnya, atau rasa nak baling ke dinding sbb byk spelling error atau berterabur. Hopefully, that will speed up the editing process. Dan seterusnya, diterbitkan (harap2 juga jalan ceritanya memenuhi kriteria dan selera editor secara khususnya dan pembaca secara keseluruhannya)

Apa tajuknya??
Seperti biasa, saya hentam aje bagi tajuk 'I***** C****'. Sejujurnya, IC bukan tajuk yg saya suka sgt pun, tapi saya tak terfikirkan tajuk lain. Nanti2lah saya fikirkan tajuk yg lebih menarik atau catchy. Apa yg penting, siap dan hantar...;)


Inilah keadaan cuaca ketika saya menghantar 'Raina & Emir' ke pejabat Alaf hari Isnin lepas :)
Hujan lebat giler... kilat sabung-menyabung. Hardly see the cars in front of me... so tak bleh laju... takut tak sempat brake...hehe. Alhamdulillah... sampai juga akhirnya. Berjaya juga saya menyerahkannya ke tangan Puan Editor (dgn harapan setinggi gunung supaya 'ujian penilaian' saya lepas...hu hu)

So now, have to start thinking of the 6th!!
Hmm... Raif Imran kaa?? :D

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...