Monday, August 07, 2017

Antologi Cinta Dia 2 - Marry Ku Ril?

Memandangkan dah lama tak blogging, maka lama jugaklah tak share ttg buku sendiri. So skrg ni barulah terhegeh-hegeh nak promote buku saya yg ke9. Yg dah lama terbitnya... which was in February 2017.

Dalam Antologi Cinta Dia 2 (ACD2) ada hasil karya saya bertajuk 'MARRY Ku Ril?' dan karya Lynn Dayana 'Aku Bukan Dewa'.

Tau tak siapa Ku Ril tu? :D
Bagi mereka yg dah baca MELODI KASIH dan MELODI KASIH 2... gerenti tahu siapa Ku Ril kan? Tengku Azril Shah a.k.a Ku Ril is bff of Fariq (hero MK & MK2). Dulu2 saya ingat Ku Ril ni takde peminat... sbb citer dia secoet je dlm MK tu...hehe. Tapi rupanya, Ku Ril ada own fans/followers yg mmg menantikan kisah dia dan Edrina Julia (EJ) bff Zahara (heroin MK & MK2). Ada yg  siap kata, Ku Ril ni lagi cool drp Fariq walaupun Ku Ril 'duda terhangat di Malaya'...:P

Jadinya, setelah fikir berpuluh-puluh kali (reason being sbb saya takde idea nak buat citer ttg Ku Ril & EJ ni)... akhirnya saya turutkan juga kehendak anda yg demand kisah couple ni. And it took me 3 months to come with their so called love story.

Dgn terbitnya Marry Ku Ril? (ACD2) ni, saya harap peminat Ku Ril & EJ puas hati ye? Tak mau mintak2 lagi sbb saya dah kering idea nak buat sequel MK ni...hehe.

Dan bersempena dgn bulan kelahiran saya Ogos ni... saya nak bagi diskaun 44% utk pembelian ACD2!! Normal price RM24. Since I'm turning 44 this year (urgh... feel so old!!) ACD2 ni cuma berharga RM13 sahaja!!! Murah ke idok?? (Price exclusive postage).

Kalau rasa murah dan berbaloi, meh la beli direct drp saya. Cara-caranya:

Bank in RM20 (RM13 + RM7 postage) ke JENDELA BERLIAN (MBB 562562-304472) dan email bukti pembayaran serta detail anda ke hezzy_azra@yahoo.com.


2 comments:

Anonymous said...

ACD 1 ada lagi ke Kak?mana tau ada kena cetak lagi ke..

Hezzy Azra... said...

Anonymous...boleh email akak tak? hezzy_azra@yahoo.com. Akak try cari...kot la ada terselit lagi kat mana2...hehe

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...