Monday, January 22, 2018

SEPERTI ADA CINTA



Blurb:

Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari bahagia, impiannya semakin jauh hendak digapai.

Farra: You’ve changed, Ilhan!

Ilhan: Or is it you? Berubah sejak berjumpa doktor muda tu?

Benarkah begitu? Farra terpempan.

Argh… Nashriq cuma secebis kisah di zaman remaja. Seharusnya di antara mereka tidak ada apa-apa yang merantainya. Tetapi kenapa dalam diam, kemunculan doktor itu dinanti? Madah kata doktor itu yang dijadikan inspirasi?

Nashriq:  If he’s not doing anything to fix the relationship with you… then why are you fighting to stay?

Seperti Ada Cinta… bila cinta itu mula terasa. Tetapi sayangnya, tidak terungkap di ruang dan waktu yang sama!


Pre-order masih dibuka sehingga 31 Januari 2018 ini!!Novel ini DIJUAL SECARA ONLINE sahaja. Kami belum hantar ke mana2 kedai buku buat masa ini. 

Jika berminat boleh bank in RM35 (WM) / RM38 (EM) ke JENDELA BERLIAN Mbb 562357-516458
dan email ke:
hezzy_azra@yahoo.com




My new baby 'SEPERTI ADA CINTA'

Alhamdulillah... finally siap jugak buku saya yg ke 10 ni!! Punyalah lama menulisnya... setahun!! Ni semua sebab byk kali stop (yeah... I've been taking too much break). Lps tu asyik la tukar draf cerita (sometimes a writer can be quite a fickle minded too... hehe)

So last2... dah lps setahun 'berjuang'... akhirnya siaplah SEPERTI ADA CINTA di bawah label PORENG KERTAS.


Pre order sudah dibuka ye. InsyaALLAH buku akan siap hujung bulan ni. Novel ini hanya dijual secara ONLINE sahaja buat masa ini. To place your order, please bank in:

RM35 (WM) / RM38 (EM)
(price inclusive postage)

to 

JENDELA BERLIAN
MAYBANK 562357-516458

and
email to:
Hezzy_azra@yahoo.com


Nak order yg combo pun boleh jugak. SEPERTI ADA CINTA dan 'rakan-rakannya' iaitu JAUH KAU PERGI 2017 (karya Dhiya Zafira) dan DONGENG CINTA (karya Lynn Dayana).

We are waiting for your orders! :)


DIA ANAK JENERAL

Assalam...

Again... I neglect my own blog!! (Probably due to the ups and downs in the year 2017... sampaikan selalu lupa ada blog...huhu)

Neway, now that I'm back... dan sebagai pembuka tirai 2018, meh kita share yg best2 je.

Starting from 24th Januari 2018... akan bermulalah tayangan drama adaptasi DIA ANAK JENERAL pada setiap Rabu & Khamis jam 8.30 malam di TV2.

Kepada sesiapa yang dah baca novelnya, jgn ketinggalan menonton dramanya. Kepada sesiapa yg belum baca, sila beli novelnya dan boleh baca sambil2 menontonnya... hehe.

But dont expect sebijik-sebijik dalam novel akan ada di layar tv. Pasti ada perubahan dari novel asal bila divisualkan utk tayangan umum. Jadi... pesan saya, marilah kita sama2 menontonnya dgn lapang dada dan minda...hehe.

Jgn lupa tau, Rabu ni!!

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...