Kenapa saya cakap begini? Kerana ingin membetulkan persepsi sesetengah kenalan yg berpendapat, saya ni berduit sangat agaknya. Kononnya… pergi holiday sana sini, tukar-tukar kereta pergi kerja, asyik makan luar saje.
Well, this is my answer.
Alhamdulillah… ALLAH berikan rezeki buat kami. Bukan mewah tetapi tidak juga susah. Tidak juga senang lenang, tetapi ada juga masanya kami boleh duduk di rumah sambil bersenang-senang. Orang luar mungkin nampak kami yg sentiasa ‘senang’ saja. Tetapi orang luar tak pernah tahu, kami juga pernah susah. Selalu rasa stress bila budget tiap-tiap bulan lari. Selalu juga mengeluh bila terpaksa berebut kereta dengan husband semata-mata kerana kami cuma ada sebiji kereta saja. Pernah juga turun naik LRT sebab tak dapat pakai kereta. Dan menjadi rutin bila terpaksa keluar rumah pukul 5.50 pagi, gara-gara hantar AHA ke rumah mak saya, kemudian hantar husband ke ofis dia, lepas tu barulah sampai di ofis saya!
But that is all the ups and downs in life. ALLAH dah tentukan rezeki masing-masing. Dan ALLAH juga tidak kejam terhadap hambaNYA. Kita diuji kerana ada hikmah di sebaliknya yg ALLAH sahaja yg tahu.
Apabila kami pergi bercuti, 60 peratus daripadanya merupakan percutian yg subsidi. Bila husband saya outstation atas urusan kerja, kemungkinan besar saya mengekor. Dan begitu jugalah sebaliknya... kalau saya yang outstation, dia pun akan mengikut. It’s much cheaper to pay for only one person rather to two, right??
Apabila kami tukar-tukar kereta pergi kerja, itu semua setelah kami berkongsi kereta bertahun-tahun lamanya. Bila ada rezeki lebih, saya beli sendiri kereta yang saya minati. Kebetulan pula, syarikat tempat saya bekerja mempunyai kereta extra buat sementara waktu. Dan rezeki saya pula, bila dipertanggungjawabkan memandu salah satu daripadanya. Sebab itu nampak macam kami ni banyak sangat kereta, sedangkan saya cuma menjaganya saja!
Bila orang mendengar kami selalu makan luar, orang mesti ingat kami ni loaded bebenar! Well, it’s not that. Hari-hari bekerja, memang saya kesempitan masa untuk memasak. Dan saya juga bukannya cekap dan hebat di dapur untuk menyiapkan makan malam sebelum pukul 7 (that is my husband’s preferred time for dinner) bila saya sendiri sampai rumah pukul 6.45!
How I wish I could stay at home, receive the housewife monthly allowance (which is equivalent to my monthly salary or even more) drive around with my dream car (preferably Audi A4) hire a driver to send AHA to school, get a maid to do all the house chores. And all I need to do is to concentrate on my writing... and produce 4 novels a year!
But the truth is, I can’t be doing that… not at this moment. I’m just like most of you out there…
Yup… I’m still earning my living too!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SEPERTI ADA CINTA
Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...
-
1 BANGLO dua tingkat berwarna coklat cair yang tersergam indah itu telah siap pembinaannya sejak sebulan yang lalu. Dan tiga minggu lep...
-
Memang sesuatu yg tak disangka, bila sebulan yg lalu, Ziana (Alaf 21) 'menjemput' saya menyertai barisan penulis otai ALAF utk ke Br...
-
Bertempat di Panggung GSC Pavilion KL, saya berkesempatan menonton tayangan perdana (Premier Show) filem MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA p...
6 comments:
Hezzy, apa pun our lifestyle... asalkan kita sama2 setuju n sama2 bahagia, kan?
Assalamualaikum kak Hezzy. Lama kita tak bertegur sapa kat alam maya ni kan?
Komen saya, terimalah apa juga yang orang nak kata, yang penting kita tahu siapa diri kita. Berduit ke kita, atau tak berduit...
Apa yang penting kalau berduit kita tak angkuh/menunjuk-nunjuk. Dan kalau tak berduit pun kita tak melupakan rezeki(walaupun sedikit)yang telah dikurniakan olehNya. Betul tak?
Salam Kak Durrah,
Alhamdulillah kak... lifestyle kami yg sederhana ni dh cukup sempurna utk saya & suami...
Salam Jogi,
Apa kabar...sihat semuanya? Tu la, dh lama kita tak bertemu di alam maya. Akak pun dh lama tak jenguk blog sendiri... hehe!
Apa yg Jogi ckp tu mmg betul... asalkan kita tahu siapa diri kita, duit kita byk mana dan sedar semuanya itu rezeki dariNYA.
Alhamdulillah... semuanya sihat dan bertambah sihat.
Dah lama tak jenguk blog sendiri? Sibuk siapkan manuskrip yang ke-3 ye? Mesti byk idea dan byk cerita yg nak dikongsikan dgn pembaca.
Apa2 pun mudah-mudahan 3rd novel dapat sambutan yang menggalakkan.
Aja! Aja!
Salam Jogi,
Manuskrip yg ke 3?? Alahai... teramatlah slow progress nye kali ni. Entahlah... tak tahu apa yg di'sibuk'kan sngat! Sibuk 'memburu' cerita yg masih tak dapat2 kot! Hahaha
Terima kasih atas doa dan sokongan.
Amin...
Post a Comment