Wednesday, October 21, 2009

Holidaying...

"Kata sibuk sangat, tapi sempat jugak pergi holiday?" Perli seorang best friend bila saya cakap nak pergi bercuti sempena Deepavali.


Sememangnya saya busy, kepala saya dah bengong. One side of the brain... memikirkan manuskrip yang tak habis-habis. The other side of it... penuh dengan figures, figures and figures i.e. budget, cashflow, profit & loss, payment, payroll! Rasa nak pecah kepala nih!

Talking about my manuscript, I'm almost there. Semuanya dah ada dalam kepala cuma saya tak dapat mencuri masa untuk duduk mengadap lap top lama-lama. Dulu masa workload saya tak banyak, idea saya tak datang. Tapi bila kerja saya penuh meja, baru ilham tu menjelma. Dan memang sukar untuk switch the mind automatically... daripada melihat 'retain profit from year to year' to 'kisah cinta L.K~and the blue car driver!' Memang ada masanya rasa nak hantuk kepala ke meja!


Dan atas nasihat sebilangan kawan-kawan, termasuk novelis Kak Eka Fahara... may be I should take a break... go for a holiday. Mungkin bila balik holiday, tenang sikit fikiran. Boleh menulis dengan lancar dan mengira dengan tepat! Hehe.


Akhirnya pada hari Khams malam Jumaat, saya, husband & AHA berlepas ke Sabah. Menziarah rakan kami yang tinggal di Putatan, tempat sama yang saya pergi ketika AHA masih dua bulan dalam kandungan... 7 years ago!


Kami pergi sana tanpa agenda tertentu. Ikut suka mana nak pergi, ikut saja ke mana tuan rumah nak bawa. But mainly... makan, makan & makan! Mujur weighing scale kat hotel tu rosak... so bila kami timbang, seems like we were all under weight! Hahaha.

Antara gambar2 yang sempat dirakamkan. Beautiful place, good food, great time... thank you to the hosts; Rizal & Dilla.
AHA tgh baca buku semasa tunggu plane di LCCT. Ada exam lepas balik holiday...
Pemandangan dari ruang tamu Pool Villa, Nexus Resort










Monday, October 12, 2009

AHA's Birthdays...

2003- 1st Birthday @ Mak Long's house.
Muka tak reti apa-apa... lebih sibukkan kotak Secret Recipe tu daripada kek depan mata.



2004 - 2nd Birthday @ Grandad's house
Blurry face! Colourful ballons... Barney cake, clowns... but wait... what's going on, mama?2005 - 3rd Birthday @ Grandad's house
Masa ni dah pandai sikit tiup lilin w/pun masih memerlukan pertolongan papa.
2006~4th Birthday @ Wa's house.
Sambutan di bulan Ramadhan selepas waktu berbuka.
2007 - 5th Birthday at Wa's house
Masih sambutan birthday di bulan Ramadhan. Kecil-kecilan aje. Potong kek selepas berbuka. Muka mama pun berminyak-minyak masa tu sebab baru balik kerja.






2008 - 6th Birthday @ Wa's house
Masa ni meriah sikit. Ramai jiran dan sedara-mara. Mama malas nak buat majlis... so, kita tumpang Wa punya open house aje, okay?! Hehe.



2009 - 7th birthday @ own house.
Tahun ni mama rajin sikit dari kebiasaan. Hehe. Kita buat birthday kat rumah kita, tapi cuma sepupu-sepapat aje. Rumah sekangkang kera kita tak boleh nak accomodate 500 jemputan kan sayang! Haha. InsyaALLAH... ada rezeki tahun depan kita buat kat pool side! Chewah... besar hajat! Tapi tak tahulah jadi ke tidak...




Alhamdulillah... hari Sabtu lepas bersamaan 10hb Oktober, AHA genap 7 tahun.

Teringat masa nurse tunjukkan dia pada saya sebaik saja dilahirkan. Bila tengok muka dia terus terdetik di hati... "Ikut muka siapa anak aku ni... awat macam anak Chinesse je? Tak kan kenan muka Park Ju Song kot (Korean & MU player tu)?" Masa mengandungkan dia, saya punya favourite past time memang tengok bola! Hehe. But as time goes by, muka dia pun dah berubah... sampai sekarang ni dah tak tahu ikut muka siapa. Tapi mujurlah bukan muka Park Ju Song! Hehe.



Dia baru 7 tahun, tapi kadang2 bercakap dengan dia, rasa macam bercakap dengan budak 17 tahun!!

AHA: Mama... nak dapat lesen kereta, bila umur dah berapa tahun?
Saya: 17 tahun
AHA: Nanti mama cakap kat papa... jangan jual kereta papa tu. Nanti dah 17 tahun, bila dah dapat lesen, nak drive kereta papa! Kereta mama tak best!
Saya: (Antara nak marah dan nak ketawa! Ada ke dia kata kereta mama tak best! Dan macam la kereta papa dia boleh tahan lagi 10 tahun! Haha)

~ ~ ~

Saya: Awak nak sahur apa esok?
AHA: Roti sapu butter dengan minum fresh milk
Saya: Mana cukup makan roti aje. Nanti awak tak tahan puasa sampai petang. Bila balik sekolah, complaint lapar. (Dan saya pun mula berleter.... bla...bla...bla) Esok mama buat scramble egg, goreng hot dog, roti bakar...bla...bla...bla...
AHA: Ok...ok... whatever!! (Siap dengan muka bosan, jeling2 mata sebab saya dah mula leterkan dia!)
Saya: (Grrr.... geramnya! Rasa nak cubit-cubit mulut dia!!)

~~~

Papa: Cepat kemas buku awak... nanti mama marah!

AHA: Okay... okay (kelam kabut kemas buku dia!) Ha'ah kan, nanti bila mama marah, darah mama naik... telinga mama pun keluar asap!

Saya: (Masa tu kat dapur, tak tahu nak gelak ke nak marah dengar dia cakap macam tu!)

Apa-apa pun, dalam rasa marah dan nak cubit mulut dia... she's still the only love I have. Doa saya masih sama, semoga dia menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. AMIN...

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...