Followers

Saturday, July 26, 2008

Back Dated Stories

Terlebih dulu, saya memohon maaf kalau ada sesiapa yg cuba tinggal jejak kat chat box saya tapi tak berhasil. Entah, saya pun tak tahu kenapa chat box tu tetiba buat hal pulak... needs to reinstall. Malangnya, buat masa ini saya belum cukup rajin utk meng'install'nya sekali lagi. Ada angin kemalasan sedang melanda! InsyaALLAH... i'll try to fix it in this near future.





Hari Jumaat 25hb - Editor (Moon) beritahu yg manuskrip kedua saya sudah ada tajuk yg sesuai. Finally!!! But I cannot reveal it here and now. Tunggguuu!! Cukup la sekadar saya menamakannya 'KT' buat sementara waktu.
Moral of the story: Lain kali cari tajuk sendiri! Hehe







Hari Khamis 24hb - Saya ke konti Putra.fm 90.7...first time ever being interviewed on radio station. Another wonderful experience. Terima kasih kpd ALAF21 dan K.Wan yg mengaturkan sesi tersebut utk saya. Terima kasih juga kpd DJ Mat yg friendly, sporting and humble. And me, being so forgetful at times... lupa nak ambil gambar sebagai kenangan. Dah lah lupa nak bawak camera... camera yg ada kat phone tu pun saya lupa nak gunakan!
Moral of the story: Lain kali gantung camera kat leher. Atau adakah ini tanda2 penuaan?? Yg hanya tinggal beberapa hari lagi??




Hari Isnin 21hb - It was a good start for the week. Pagi Isnin yang banyak kereta sepanjang NKVE tapi tak berapa jammed. Dan macam2 terjadi sepanjang hari tu... tapi saya tak boleh nak recall semua.
But still, moral of the story: We know each other's car very well... but sometimes, we need to know the owner's name as well! (Huh??)


Hari Sabtu 19hb - Saya menghadiri satu lagi gathering CBN 1990 di rumah Datin S. Sepatutnya kami bermula pukul 5.30 ptg... tapi seperti biasa la... kaum2 ibu ni semuanya lambat. Sudahnya bermula lepas solat maghrib. Apa2 pun, terima kasih kpd kwn2 yg bertungkus lumus organize (Helinda dan tuan rumah), yg penat lelah di tepi pembakar BBQ tu (Lah... the BBQ was yummy) dan gang2 yg havoc dan vogue! I had a great time catching up with each other's stories.
Moral of the story: Ambil gambar byk2... itu sebagai bahan bukti bahawa kita semua mmg ada gathering mlm tu... *wink*



Wednesday, July 23, 2008

Antara lega dan tidak...

Saya lega! Kerana minggu lepas editor saya kembalikan manuskrip yg kedua. Minta saya check dan go thru semula tanpa perlu merombak apa-apa bahagian pun.



Alhamdulillah... memang saya bersyukur sangat2. Sebab sebenarnya saya dah terlalu penat dengan manuskrip yg kedua ni. Sebelum sampai ke meja editor, ianya telah dirombak lebih tujuh kali... believe me, I've got more than 7 versions of it in my thumbdrive! It's nothing like MK... yg diubah dua kali saja... permulaan dan pengakhiran.



Tapi dlm waktu yg sama, saya belum lega sepenuhnya. Masih ada satu lagi permasalahan yang belum selesai... iaitu tentang tajuk manuskrip saya ni. Terus terang saya katakan, bila tiba masa memberi tajuk buku... saya tahu saya bukan mcm novelis Lynn Dayana yg mampu menamakan bukunya dgn tajuk yg cukup catchy. I'm useless in tat sense! Wat ever it is, I still have to come out with a title. Apa halnya pulak kalau tak de tajuk, kan? Seperti jugak nama seseorang... I'm sure everybody has a name... (opps... apa yg tetiba saya melalut pasal nama orang nih?) Anyway, let's just hope that I'll find a good and nice title. Or any idea, my fellow friends??



Dan esok, insya-ALLAH... saya akan ke udara di saluran radio Putra.fm 90.7 dari jam 12 hingga 1 t/hari. Akan ditemubual ttg MK. Ingatkan dah lega bila keluar dari studio Astro Awani minggu lepas... rupanya saya belum cukup lega lagi. Esok ada lagi satu rancangan 'live' yg saya perlu hadapi. Aargh...

Friday, July 18, 2008

Di Studio Astro Awani











Agak lambat saya buat entry ttg pengalaman berada di konti WW saluran Astro Awani. Just a little bit busy for the past two days. Sampai cerita ni dah jadi suam-suam kuku pulak dah...





Secara ringkasnya, it was a rainy morning. Sementara menunggu hujan sedikit reda, I had breakfast alone at Dataran Sunway. Hujan itu ada rahmatnya, kerana bila saya bergerak nak tinggalkan Dataran Sunway, the traffic flow was already cleared. I was driving alone and reached Bursa Saham, Jln Raja Chulan just on time. Dipertemukan dgn Dang Suria sebelum wajah saya di touch-up dan kemudian menunggu di guest room seorang diri. Lone ranger betul saya hari tu!





Perasaan berdebar tu mmg ada... tapi bila masuk studio, I tried my very best to remain compose, berbekalkan sms husband saya "Good luck, just be yourself!" Dan saya punya own tips utk menenangkan diri... dlm studio cuma ada Dang Suria dan cameraman... mana ada audience... so, kenapa nak panik-panik, relax laaa! Tapi rupanya, masa diwawancara... 'berterbangan' jugak idea dan ilham saya utk bercakap! And I thought, I had a lot of things to say... but at the end, I was actually repeating the same thing! Geramnya saya pada diri sendiri! Tapi mungkin elok jugak saya tak byk cakap... takut saya pulak yg take over the slot nanti! Hahaha...





Anyway, it was a wonderful experience. Tak pernah sepanjang hidup selama 35 tahun ni, saya masuk dlm apa-apa rancangan TV yang disiarkan secara langsung! Terima kasih kepada ALAF 21 yg memberi saya peluang untuk muncul di WW mempromosikan MK. Terima kasih kepada pihak Astro Awani esp crew WW (terutama Dang dan Fiza) for the warm hospitality.















Remarks yang saya terima selepas slot tersebut :-


Dari AHA : "Kenapa suara dan muka mama macam lain aje?" Sebab mama control suara dan control ayu, sayang! Haha


Dari Mak saya: "Nampak tembam muka tu!" Mak, itu camera trick! (Sebenarnya, tak nak ngaku dh put on weight! Haha)


Dari anak saudara saya yg berusia 4 tahun: "Kenapa Che Su ni... asyik cakap aje? Tak de nyanyi-nyanyi ke?" Luqman, Che Su bukan penyanyi sayang, ooii!


Dari suami saya: "For a first timer, you were quite okay! Tapi kalau lain kali, tak payah panik-panik. You should be more relax and convincing!" Hellooo... ingat senang ke nak maintain tidak panik, relax dan convincing when you are on air? (Geram nih... hehe)




Tuesday, July 15, 2008

Astro Awani 160708



Less than 24 hours from now, InsyaALLAH I'll be on Astro Awani (channel 501) in the programme 'Dari Wanita Untuk Wanita' (or better known as WW).


Rancangan yang akan ke udara 'live' pada hari Rabu 16 Julai 2008 pukul 11.30 pagi itu dihoskan oleh Dang Suria dan saya bakal diwawancara tentang Melodi Kasih.


Bila Kak Wan (org kuat ALAF 21) email beritahu yang saya next in line untuk masuk dlm programme ni... saya dah gelabah. Kata Kak Wan untuk meredakan debaran dan kegelabahan saya "Alah... borak2 mcm biasa jer dengan Dang promosikan MK..." Terima kasih K.Wan dgn kata-kata perangsang tersebut... but as for me, mak ooiii... it's not just 'borak-borak biasa' when you'll be watched live on tv, okay! Kalau saya maintain stail 'borak-borak biasa' saya tu... takut orang nak tengok! Hahaha


Kepada sesiapa yg berkesempatan, silalah menonton WW @ Astro Awani 501 hari Rabu 16 Julai pukul 11.30am.

Sunday, July 13, 2008

This post is about... err, nothing in particular!

Blog saya sudah mula nak bersawang... dan hari ni saya mengemaskinikannya dengan cerita sepanjang seminggu.

4hb Julai - Saya menonton filem SEPI. When was the last time I ever watch a Malay movie? Err.. dah tak ingat. Filem CINTA agaknya! Whoa... that's real bad... not something to be proud of actually! Komen saya, CINTA dan SEPI masing2 ada kekuatan dan kelemahannya... dan keduanya saya anggap menarik.


5hb Julai- Saya di Stadium Putra Bukit Jalil menonton Kids Olympiad sekolah AHA. Saya dulu, masa tingkatan 1 baru berpeluang bersukan di Stadium... iaitu Stadium Merdeka. AHA, kindergarten 6 tahun dah bersukan di Stadium... Stadium Puta pulak tu! Bebudak zaman sekarang...



6hb Julai- Tidak berminat utk berblogging atau apa kerana tarikh ini genap 9 tahun arwah abah kembali ke Rahmatullah.


8hb Julai - Hujan selebat2nya selepas Subuh sehingga pergerakan saya agak terlewat sikit dari waktu biasa. Dah lah keluar rumah lambat, stuck in a traffic jammed along NKVE. Tapi sesungguhnya, hujan itu ada rahmatnya...


9hb Julai - Pagi yg cerah... tidak seperti smlm. It was really a 'Good Morning'!!!


11hb Julai- Just discovered that the mamak downstairs is selling RM1.20 for a plate of roti canai! Damn... mahalnya! May be we should start boycott the mamak and seriously considering oats for breakfast as a substitute to a roti canai!

Thursday, July 03, 2008

Can I give some constructive comments about your novel; Melodi Kasih?

1. The English wordings werent that great. There were some grammatical errors.

2. I think you've got what it takes to be a great writer in the Malaysian scene. So, pls dont just write what the masses want. You need to challenge yourself and I know you have the potential to succeed in a big way.

3. *CBNers are movers & shakers, there's no doubt about that. Hence, write something which is totally un-YOU. Explore and experiment. You might just end up embracing the experience.

4. Write something which is taboo in society. Open society's minds, that would be your contribution to society and making a mark in the writer's space. Society has been too conformist and 'sheltered' to the norm.

Hey, if I've stepped into your boundaries, my apologies.
Comments received via Facebook
*Convent Bukit Nanas

1) Maaf kalau English dalam MK tidak se’great’ yang diharapkan. I am a malay oriented novelist… may be, that is the cause of those ‘grammatical errors’.

2) Thank you for your comment. But as a new writer in the industry, in order for me to reach ‘greatness’, mass appeal is a prerequisite and not merely for own satisfaction. Sebagai langkah pertama, saya ingin menulis cerita yang simple tetapi bermesej. Sesuatu yang ada nilai komersial tetapi ada juga nilai moral. Sesuatu yang mungkin dianggap remeh tetapi ada impak tersendiri atau ada signifikasinya terhadap pembaca lain. Bila seseorang penulis menulis cerita yang agak berat dan sarat, ada kemungkinan buku itu akan menjadi ‘favourable’ hanya pada golongan tertentu sahaja. And when I started to write, yes I admit… I have in mind the readers who really enjoy reading malay novels.

3) True… CBNers are movers and shakers, we are made to set the difference by experimenting and exploring new ideas. Perhaps, in my next project… (after writing more than 3 novels or so, InsyaALLAH) I could try to write something which is totally un-ME. As for the time being, I want to write what I am familiar with. Something which is close to my heart… my friends, my surrounding and people whom I am associated with.

Ada pembaca inginkan sesuatu yang ‘dekat’ di hati mereka. Something similar to their life and experience, in which my writing could be a ‘mirror’ to the readers. I am not being exaggerating by stating this… tetapi ada pembaca yang merasakan persahabatan tiga watak utama MK iaitu Zahara Inas, Edrina Julia dan Iman Syukriah mengembalikan nostalgia mereka dan rakan-rakan. Ada pembaca yang menerokai watak Zahara seperti melihat kepada diri sendiri… (the fact that Zahara is a lady with big ego and she loves white color!) Ada juga yang kata watak Ahmad Fariq mengingatkan mereka pada seseorang yang mereka kenali. Dan tak lupa juga, ada yang mengaku pada saya, pengalaman Ahmad Fariq sama seperti apa yang mereka pernah tempuhi… (Yes… I’ve been there, I’ve done that!)
Tetapi ada juga pembaca yang mahukan sesuatu di luar persekitaran mereka. Dengan rendah dirinya, saya mengaku… I cannot satisfy or please everybody if MK is not up to the expectation or their high level of thinking. Apa yang saya tulis adalah berdasarkan pergaulan saya sehari-hari. Mungkin kerana itu, saya sedikit terbawa-bawa cara pemikiran dan pengalaman sendiri ketika menulis MK. It is kind of difficult not to write something which is totally un-ME. Seandainya saya menulis sesuatu dengan menjadi un-ME… then, I’ll be writing something based purely on assumptions and imagination and I do not wish to end up being an hypocrite!

4) Frankly speaking, that is what I wish to do… try to open up the society’s mind with my writing. Dan MK sebagai permulaan. To some urban mentality malays, watak2 dalam MK bukanlah sesuatu yg asing. Tetapi masih ada pembaca di luar sana yang mungkin terbuka serba sedikit minda mereka hanya setelah membaca MK. Bila selesai menamatkan MK, mereka mula terfikir segala kemungkinan dan persoalan e.g what if that incident were to happen to me? How would I react? Questions might have triggered the readers to open up their mind.

May be, you could share with me what you do have in mind about making the society to think ‘out of the norm’. But yet again, contractual obligations preclude me from exploring taboo subjects. I may share your views on this but reality dictates that we are actually a society of conformists and we abide by the norm which have positive and negative effects according to the circumstances in hand. There are times, we have to delve a little more deeper behind the reasons as to why are things as they are rather than being an idealist.

Nevertheless in short, I would like to express my gratitude and thanks for posting those invaluable comment.
 
Copyright (c) 2010 when Hezzy Azra writes.... Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.