Followers

Friday, September 18, 2009

Persiapan Raya...


Apa yang telah saya persiapkan untuk raya tahun ini?

Kuih raya~ Rasa-rasa, nak buat satu atau dua jenis biskut last day puasa nanti. Tapi itu semua bergantung kpd keadaan… sama ada larat atau tidak? Rajin atau tidak? Tapi setakat ni, saya dah beli 7 jenis biskut. Dah kira banyak jugak tu… so, perlu atau tidak nak buat lagi? Hehe… another excuse for not doing it la!

Duit raya~ Dah tukar. Bank officer siap call beritahu duit baru dah ada sebab masa tu saya di hospital tengah jaga AHA. Tahun ni budget lebih sikit drp tahun2 lepas. Sebab anak2 sedara makin membesar… so, tak boleh bagi duit kecik2.

Persalinan raya~ Untuk saya, biasa-biasa saje… dua pasang baju kurung. AHA lah yang paling banyak baju… 2 pasang baju kurung, 1 jubah, 3 dresses. Boleh buat fashion show anak dara saya tu!

Cadar raya~ Saya tension betul bila bed sheet saya hilang di ampaian! Dua helai pulak tu! Siapalah yang mencuri tu?? Kerana kehilangan bed sheet maka saya pun pergilah membeli belah cadar baru. Kira cadar raya la tu! Tapi, macamlah orang yang datang beraya ke rumah saya, masuk sampai ke bilik tengok cadar, kan? Haha…

Tayar raya~ Disebabkan raya nak dekat dan saya nak balik beraya, maka satu keperluan untuk tukar tayar baru. Husband tergelak bila saya mintak dia tukarkan tayar. “Eleh… jauh mana you nak balik beraya? Rumah kita dengan rumah mak, 20 minit ikut DUKE! Rumah mak dengan rumah papa, 10 minit ikut MRR2!” Haha. Alaaa… dia bukan apa, jealous sbb kereta dia tayar lama! Hehe. Tapi walau apa pun, saya semakin sayang pada kereta saya sejak ditukar tayar baru… 185/60R14 Dunlop SP Sport. And now, I tend to take the longer road going back home! Hehe. Rasa puas hati drive dengan tayar baru ni… cornering best, memecut laaaagiiii best! Instead of 20 minutes, may be we can make it in 17 minutes going back to my mother’s house!

Kereta raya~Tak tercapai rasanya hasrat nak berkereta baru sebab husband saya dah buat keputusan…untuk menangguhkan sebarang pembelian kereta baru sebab dia masih sayangkan keretanya yang dah berusia 13 tahun itu! Hmm… kalau rasa nak berkereta baru, terpaksalah saya pinjam kereta jiran saya yang berwarna putih tu! Even though it’s just a ‘new second-hand car’… but I’m okay with it! Haha… macamlah dia nak bagi pinjam!

Cuti raya~ Cuti raya selama 9 hari ini, seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk menyiapkan manuskrip. Sepatutnya, inilah persiapan saya menjelang raya ni! Man… I need to finish it a.s.a.p!!!

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan mohon ampun serta maaf kepada semua pengunjung blog ini di atas sebarang kesalahan bicara dan tulisan di sini. Semoga raya ini bermakna daripada yang sebelumnya.

Tuesday, September 15, 2009

I'm back...

Dah masuk 25 Ramadhan dan tinggal 4 hari saje lagi Syawal akan tiba... barulah saya berkesempatan untuk update blog yg sudah berhabuk dan bersawang ni.



So, where have I been and what have I done for the past 25 days (from the last date of my entry)?



First 12 days of Ramadhan ...

I was busy writing my 3rd manuscript every 4 o'clock in the morning! Trying damn hard to finish it off... I really want to get it done and over with! Masa tu semangat saya memang di tahap yang terbaik la kiranya! Haha... terbaik?? Ye la, selepas berbulan-bulan saya tolak ke tepi manuskrip tu gara-gara sibuk, malas dan tak ada mood! Dek kerana, 'semangat' saya tu... husband saya pun amazed agaknya. Sehingga saya diberi kelonggaran... "Tak payah masaklah... kita buka puasa kat luar! Masak sahur aje nanti." 10 days in a row... we have tried different places for iftar with variety of food!



The next 12 days of Ramadhan...

Critical time in the family. AHA was hospitalised in TMC for 5 days due to high fever that lead to Influenza A positive... (H1N1 ke???) Masa doctor beritahu tu, saya menangis dah! After taking all the precaution steps... bagi dia mask untuk pergi sekolah, suruh dia basuh tangan sekerap mungkin... tapi kena jugak?? Memang saya panik, risau, bimbang dan segala-galanyalah! Terus manuskrip tolak ke tepi bila tidur baring, berbuka dan bersahur di hospital. Dinasihatkan agar dikuarantin. Syukur Alhamdulillah... berkat doa Mama, Papa, Wa (mak saya), grandad & grandmummy (mertua saya), Mak Long & Mak Dha (kakak saya), Mama Pot (kakak ipar saya) and the rest of the family... AHA sudah kembali pulih sepenuhnya semalam; 14hb Sept bersamaan 24 Ramadhan. Dia sebenarnya bebas dari sebarang jangkitan kuman H1N1, it was only Influenza A. Dan dia dah boleh pergi sekolah serta berpuasa semula!



Begitulah ceritanya dalam masa 25 hari di bulan Ramadhan ini. Sebab tu, saya menyepi dari dunia blogging, tak update blog sendiri atau membalas mesej di Chatbox. Kepada Kak Sarnia, Kak Zie, Anis, iezza, JHaZKiTaRo... terima kasih kerana tinggak jejak.



Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan dan selamat berbuka kepada semua pengunjung blog ini. Semoga ibadat kita diberkati olehNYA... Amin.
 
Copyright (c) 2010 when Hezzy Azra writes.... Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.