Monday, July 25, 2011

Morning at Bukit Kiara...





Banshee Amok DH Race at Bukit Kiara.

Meeting point: Bukit Kiara DH Trail

Day: Sunday 24th July 2011

Starting time: Morning











What was I doing there???



Hmmm.... selalunya Sunday morning saya ke pasar atau lepak2 di rumah makan nasi lemak Tanglin sambil baca surat khabar atau baru lipat selimut... atau tengah sibuk2 nak masuk baju dlm mesin basuh (baju2 saya tak dihantar ke LK Laundry ye? Ahaks!)



Tapi atas 'desakan' naluri untuk menyaksikan sendiri apa itu *MTB & DH... saya gagahkan diri ke sana. Yes... I have my reasons to be there. It's all because of **I.R.I. Siapakah I.R.I??? Anda semua akan tahu nanti.... tungggguuuuu!!!






And there I was... with AHA of course. Saje angkut dia sekali supaya dia pulak dpt idea pasal DH ni. Nanti bila dia dah besar... kot la tersangkut kat mamat rider ke...mama ok je...hehe. Well, it was really an experience for me, being surrounded by bikes and riders... from all different kind of background and age... and their true passion in bikes (Macam Shaq yg bercinta dengan kereta dlm CTB...ngeee)



Walaupun sekadar setengah hari aje kat sana and by 12 noon, saya ada hal lain pulak... I really hope that, the few hours could give me some ideas of what to write in my 4th manuscript.



To Miju & Zit... thanks a lot for inviting!!



Nota kaki:


*MTB is Mountain Trail Biking. DH is Down Hill. Betul kan, Miju?? ;)

** Nama hero baru iaitu Ian R.I. ;)

Friday, July 01, 2011

Dah masuk Julai??

Dah masuk bulan Julai!!

Apa signifikannya Julai pada saya??

1) Kalau July 2010... Cinta Tak Beralih (CTB) mula berada di pasaran. Semasa tu, berlangsungnya Pesta Buku Selangor 2010... dan CTB laris bagai goreng pisang panas pada ketika itu (ceh... perasan! hehe) Walau pun CTB sehingga waktu saya menulis ini masih dalam cetakan pertama... Alhamdulillah... saya bersyukur, ramai yang telah membaca dan menyukainya (berdasarkan kpd komen2 yg saya terima di FB atau pun di blog ini.) Ingin saya ucapkan berbanyak-byk terima kasih di atas review Rinn di website nya http://novelcinta.multiply.com/reviews/item/541 yg bagi saya 4 **** utk CTB. Dan baru2 ni Mimie di FB memberikan saya 5*****
Dan sehingga ke hari ini pun, masih ada lagi yg tercari2 CTB di rak2 buku di kedai. Nasihat saya kepada anda semua, jika tak berjumpa CTB di kedai buku... sila berhubung dengan saya melalui FB atau email: hezzy_azra@yahoo.com dan membuat pembelian terus daripada saya. Maklumlah... rak buku di kedai agak terhad untuk CTB berada lama di situ terutama bila kemunculan byk novel lain pada setiap bulan. Lebih2 lagi CTB sudah setahun diterbitkan. Sekiranya anda masih belum mendapatkan CTB... sudi-sudikanlah membeli dan membacanya... sementara saya menyiapkan manuskrip yg ke 4 nih...;)

2) Saya mensasarkan manuskrip ke 4 ni siap penghujung Julai... boleh karrr?? Dengan 332 mukasurat... sebenarnya byk lagi yg saya perlu tulis. KALAU sehari menulis 10 page... tengah bulan ni dh boleh siap. Kemudian, dua minggu saya perlukan untuk wrap up semuanya dan edit ejaan dan buat pembetulan sikit2, sebelum saya menyerahkan kepada editor saya. Saya nak manuskrip saya sampai ke tangan editor dengan secantik-cantik dan sekemas-kemasnya. Bagi mengelakkan editor saya meraung atau menangis bila menatapnya....hehehe. (Tak gitu, Moon??)Tapi key wordnya di sini... ialah KALAU...hehe. Which I also have doubt abt it... can I write 10 pages per day?? Think positive!!! Ya... saya akan usahakannya termampu mungkin... need to finish it A.S.A.P!!!

3) 6hb Julai ni... genap 12 tahun arwah abah kembali ke Rahmatullah. Dah 12 tahun... tapi saya rasa baru saje lagi. Masih terbayang lagi kegembiraan di wajahnya semasa majlis pertunangan saya yg berlangsung 10 hari sblm arwah menutup mata. Semuanya masih segar di dalam memori dan jiwa saya. Dan saya rasa masih baru saje lagi 'kejadian' arwah sakit dada dan saya kejarkan dia ke klinik berdekatan. Rupanya, itulah 'trip' terakhir kami di dalam Proton Iswara putih tu... saya memandu di depan dan dia duduk di kerusi belakang. Selang beberapa jam selepas itu, saya di belakang mengiringi arwah ke pusara di hadapan rumah...(sebak dah ni...) Al-Fatihah untuk arwah.

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...